Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN BADMINTON

Perancangan amat penting sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti. Perancangan adalah proses melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk mencapainya. Perancangan juga memerlukan pembuatan keputusan,yakni menerangkan strategi-strategi dan membangunkan perancangan-perancangan untuk menyelaraskan aktiviti yang bakal dilakukan. MESYUARAT Dalam merangka perancangan, persatuan Badminton telah melaksanakan mesyuarat yang bertujuan untuk membentuk tenaga kerja, merancang perjalanan aktiviti dan pelaksanaan pertandingan. Dalam mesyuarat ini, kelab badminton telah membentuk ahli jawatankuasa pertandingan, ini termasuk berberapa orang guru dan KTBM dari persatuan yang lain yang mempunayi asas kepegawaian dan kejurulatihan. Ahli Jawatankuasa Pelaksana** Penasihat : Pengerusi : Setiausaha : Bendahari : Teknik dan Pertandingan : Pegawai dan Pengadil : : : :

AJK Kecil

: : :

CARTA GANTT Melalui mesyuarat, AJK telah merangka carta gantt yang bertujuan untuk menyusun perjalanan pertandingan. Carta gantt yang dibuat secara menyeluruh aktiviti dari minggu pertama hingga minggu ke-20.
MINGGU /AKTIVITI MESYUARAT PENYEDIAAN PERALATAN DAN MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 MINGGU 6 MINGGU 7 MINGGU 8 MINGGU 9 MINGGU 10 MINGGU 11 MINGGU 12 MINGGU 13 MINGGU 14 MINGGU 15 MINGGU 16 MINGGU 17 MINGGU 18 MINGGU 19 MINGGU 20 SEWA DEWAN LIGA KUMP. SINGLE L&P LIGA KUMP. DOUBLE L& P PERLAWANAN PENENTUAN JUARA UPACARA PENUTUPAN

PROMOSI PERTANDINGAN Promosi pertandingan dilakukan dengan menggunakan poster, pengumuman semasa perhimpunan dan juga melalui laman facebook SK Pinggan-Pinggan

TEMPAT PERTANDINGAN Setiap perlawanan pertandingan ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Kg.PingganPinggan. Dewan ini mempunyai 2 gelanggang dan kemudahan asas seperti tandas. Pihak persatuan telah memohon kebenaran untuk menggunakan dewan bermula jam 2.00 petang hingga 4.30 petang pada setiap hari Selasa dan Khamis.

PERALATAN PERTANDINGAN RAKET Raket diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit. Umumnya raket dibahagikan kepada dua jenis iaitu raket dua bahagian dan raket satu bahagian. Raket dua bahagian kepalanya disambung ke bahagian batang dengan satu aloi zink berbentuk T dan raket satu bahagian dibentuk di bawah suhu dan tekanan tinggi. BULU TANGKIS Terdapat dua jenis bulu tangkis iaitu yang diperbuat daripada bulu angsa dan nilon plastik. Bulu tangkis bulu mempunyai lebih sesuai berbanding dengan bulu tangkis nilon plastik.Bulu tangkis bulu diperbuat daripada bulu lurus angsa. Bulu tangkis dibuat untuk pelbagai keadaan serta kelajuan yang berbeza. TIANG DAN JARING Tinggi jaring ialah 1.524 meter dari lantai diukur titik tengah gelanggang ke atas jaring. Tiang tidak melebihi daripada 1.55 meter dan diletakkan di garisan tepi gelanggang. GELANGGANG Gelanggang badminton berbentuk empat segi bujur berukuran 13.40 meter panjang dan lebar 6.1 meter. Terdapat tiga jenis permukaan gelanggang yang digunakan bagi permainan badminton iaitu permukaan sintetik, parket dan konkrit. Lantai gelanggang harus berwarna gelap. Garisan gelanggang (4 sm lebar) hendaklah berwarna terang putih atau kuning.

FORMAT, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG Penetapan peraturan dan undang-undang pertandingan juga dibuat semasa mesyuarat. Oleh yang demikin, AKJ pertandingan bahawa format pertandingan dan peraturan adalah seperti berikut : SISTEM : LIGA DALAM KUMPULAN. Johan setiap kategori dikira melalui kutipan mata. Jika ada persamaan mata untuk menentukan tempat pertama,kedua dan ketiga, perlawanan penentuan akan dilakukan.

SISTEM KIRAAN MATA Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (The Best o Three Games). Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain/pihak yang memenangi rali. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan akan diteruskan hingga mata 29-29. Pemain/pasangan pertama yang mencapai mata 30 dikira sebagai pemenang. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis dilakukan disebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat servis dan sebaliknya. KIRAAN MATA : MENANG-3 MATA. SERI-1 MATA. KALAH-0

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. Terbuka kepada semua murid SK Pinggan-Pinggan 2. Setiap kelas perlu menghantar 6 orang wakil. Pemilihan dilakukan oleh guru kelas. 3. Kategori yang dipertandingkan ialah perseorang lelaki dan perempuan dan bergu lelaki dan perempuan. Pemain yang bermain dalam mana-mana kategori tidak boleh bermain dalam kategori lain. 4. Setiap pemain akan bertanding antara kelas mengikut tahap/tahun 5. Pemain yang lambat 15 minit akan dikira kalah dan pemain yang berada dalam gelanggang akan mendapat 3 mata. Jika kedua-dua pemain tidak datang, keduanya dianggap kalah. 6. Pemain mesti megenakan pakaian sukan yang sesuai. Pemain yang tidak mengikut peraturan pakaian akan diarahkan menukar pakaian. 7. Pertandingan akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh BWF (Badminton World Federation)

PENGADIL DAN PEGAWAI PERTANDINGAN Tugas menjaga garisan akan diberikan kepada AJK Kecil. Mereka akan diberikan taklimat mengenai cara pengadil garisan menjalankan tugas. Bagi tugas pengadil, ini akan dijalankan oleh berberapa orang guru yang berpengalaman

SURAT PERLANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PERTANDINGAN

Persatuan Badminton, SK Pinggan-Pinggan, Peti Surat 88 89100 Pitas, Sabah 29 Januari 2013 Cikgu................................................ Kg.Pinggan-Pinggan, 89100 Pitas

Tuan/puan MENJADI PENGADIL PERTANDINGAN Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan perkara di atas, pihak persatuan badminton akan mengadakan pertandingan antara kelas kepada murid-murid di sekolah ini. Oleh itu pihak kami berbesar hati untuk melantik tuan/puan sebagai pengadil untuk pertandingan tersebut 3. Kerjasama dan budi bicara pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian,terima kasih MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah .................................

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Persatuan Badminton, SK Pinggan-Pinggan, Peti Surat 88 89100 Pitas, Sabah 29 Januari 2013 Cikgu................................................ Kg.Pinggan-Pinggan, 89100 Pitas

Tuan/puan MESYUARAT PERTANDINGAN JAWATANKUASA PERTANDINGAN Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan perkara di atas, pihak persatuan badminton akan mengadakan pertandingan antara kelas kepada murid-murid di sekolah ini. Sukacita dimaklumkan pihak tuan untuk hadir ke mesyuarat seperti ketetapan berikut: TARIKH MASA TEMPAT : 30 JAN 2013 : 2.00 PETANG : PUSAT SUMBER SK PINGGAN-PINGGAN BADMINTON DAN PEMBENTUKAN

3. Kerjasama dan budi bicara pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian,terima kasih MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah .................................


6

SURAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN DEWAN

Persatuan Badminton, SK Pinggan-Pinggan, Peti Surat 88 89100 Pitas, Sabah 29 Januari 2013 Persatuan Belia, Kg.Pinggan-Pinggan, 89100 Pitas

Tuan, MENGGUNAKAN DEWAN SERBAGUNA UNTUK PERTANDINGAN BADMINTON Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan perkara di atas, pihak persatuan badminton akan mengadakan pertandingan antara kelas kepada murid-murid di sekolah ini. Dengan ketiadaan dewan sekolah, pihak kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk menggunakan dewan tersebut pada setiap hari Selasa dan Khamis sahaja bermula pada bulan mac hingga bulan Mei ini. 3. Kerjasama dan budi bicara pihak tuan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pihak sekolah di talian 088676100 Sekian,terima kasih MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah .................................

You might also like