Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)

1. PENDAHULUAN Minggu Orientasi Sekolah (MOS) merupakan satu program yang diwajibkan kepada pelajar Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) j-QAF. Program ini sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta peranan guru di sekolah. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah, pelajar dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

2. OBJEKTIF MOS Melalui program Minggu Orientasi Sekolah pelajar dapat: a) mengenal pasti warga serta memahami budaya sekolah; b) pendedahan awal mengenai tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan suasana persekitaran sekolah; c) menyesuaikan diri dengan pengurusan sekolah; d) pendedahan awal mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran; e) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah; f) memupuk budaya pemikiran reflektif dan kreatif; g) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam bentuk portfolio

3. STRATEGI PELAKSANAAN a) Tempoh Minggu Orientasi Sekolah (MOS) telah dilaksanakan selama 1 (satu) minggu bermula pada hari pertama pelajar ditempatkan di sekolah. b) Tugasan MOS Pelajar telah membuat tugasan tentang tiga perkara berikut:1. Suasana pengajaran dan pembelajaran. 2. Kemahiran mengajar dan pengurusan bilik darjah. 3. Kemudahan fizikal dan peralatan sekolah.

A. SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i) Maklumat pelajar dan peralatan fizikal Lazimnya, kompleksiti sesuatu sistem dan alatan fizikal sesebuah sekolah itu mempengaruhi suasana keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. Semasa

pelaksanaan aktiviti minggu orientasi sekolah (MOS) dijalankan, pelajar telah mengumpul beberapa data yang dianggap penting untuk mengenal pasti struktur dan organisasi sekolah. Antara maklumat yang dikumpul adalah seperti berikut:Aktiviti 1 Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Nibong Tebal

Lokasi Sekolah

Bandar

Lelaki: 12 Bilangan Guru Perempuan: 43

Bilangan Bilik Darjah

24

Lelaki: 234 Jumlah Murid Keseluruhan Perempuan: 210

TAHUN

JUMLAH MURID DALAM DARJAH

Lelaki 1

Perempuan

32

25

26

34

40

34

26

23

29

21

31

31

Pra Sekolah

29

33

Pendidikan Khas

21

JUMLAH

234

210

ii) Suasana Bilik Darjah Secara umumnya, guru diberi kebebasan untuk menentukan susun atur perabot, kedudukan murid dan pemilihan bahan di dalam bilik darjah. Ini bertujuan untuk mewujudkan keceriaan bilik darjah dan suasana yang kondusif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam aktiviti MOS, pelajar telah mengenal pasti dua buah bilik darjah dan perbandingan telah dibuat terhadap kedua-dua kelas ini.

Aktiviti 2 KELAS A: 1 BESTARI

Papan Kenyataan

Papan Hitam

Papan Kenyataan

Meja Guru

Pintu

Meja Murid

Meja Murid

Meja Murid

Tingkap

S.B

Tingkap Pintu Sudut Bacaan (S.B) Almari Papan Kenyataan

1. Bagaimanakah bahan bantu mengajar disusun di dalam bilik darjah? Bahan bantu mengajar diletakkan di bahagian belakang bilik darjah dimana sebuah almari telah disediakan untuk menyimpan bahan bantu mengajar. Terdapat kad imbasan huruf, gambar rajah dan juga buku-buku ilmiah diletakkan di dalam almari tersebut. 2. Bagaimanakah bahan bantu mengajar digunakan? Pelajar dapat menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan apabila diminta oeleh guru supaya mereka sentiasa bersedia dan mendapat maklumat semasa proses pengjaaran dan pembalajaran berlaku. 3. Apakah bahan yang murid boleh gunakan apabila mereka memerlukannya? Hasil pemerhatian yang dibuat, banyak bahan bantu mengjara yang disediakan di dalam kelas ini dan boleh digunakan apabila diperlukan. Antaranya termasuklah buku rujukan, kamus bergambar,kad huruf dan nombor serta gambar rajah. 4. Sejauh manakah pergerakan murid dibenarkan di dalam bilik darjah? Pergerakan murid-murid hanya dibenarkan ketika sesi perbincangan dan aktiviti, walau bagaimanapun pelajar diberi amaran agar tidak membuat bising. 5. Bagaimanakah murid diletakkan dalam kumpulan masing-masing? Murid diletakkan secara berpasangan di dalam 3 kumpulan. Murid lelaki akan diletakkan berpasangan dengan murid perempuan, ini adalah satu cara dimana guru cuba untuk mengelakkan murid bersembang dan membuat bising. 6. Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas yang anda lawati? Kelas 1 Bestari mempunyai bilangan pelajar yang ramai, iaitu sebanyak 27 orang, walaubagaimanapun suasana di dalam kelas dapat di kawal. 7. Bagaimanakah ianya berbeza? Pelajar Kelas 1 Bestari merupakan kelas pelajar yang cemerlang, oleh itu tahap kefahaman dan tingkah laku mereka dapat dikawal dengan baik. 6

KELAS B: 3 GEMILANG

Papan Kenyataan

Papan Hitam

Papan Kenyataan

Pintu Meja Guru

Meja Murid

Meja Murid

Tingkap

Meja Murid

Tingkap Pintu Sudut Bacaan Papan Kenyataan

1. Bagaimanakah bahan bantu mengajar disusun di dalam bilik darjah? Bahan bantu mengajar diletakkan di bahagian belakang bilik darjah dimana guru kelas telah menyediakan sudut bacaan. Selain itu, terdapat papan kenyataan disediakan untuk dipamerkan. 2. Bagaimanakah bahan bantu mengajar itu digunakan? Para pelajar boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan. 3. Apakah bahan yang murid boleh gunakan apabila mereka memerlukan? Murid boleh menggunakan bahan-bahan yang disediakan seperti kad setiap matapelajaran supaya setiap maklumat dapat

bergambar, kad huruf hijaiyah dan juga buku-buku rujukan yang diletakkan di bahagian sudut bacaan. 4. Sejauh manakah pergerakan murid dibenarkan di dalam bilik darjah? Murid tidak dibenarkan bergerak dari tempat duduk mereka, kecuali apabila diminta oleh guru untuk berbuat demikian. 5. Bagaimanakah murid diletakkan dalam kumpulan masing-masing? Murid diletakkan di dalam kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari enam hingga tujuh orang murid. 6. Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas yang anda lawati? Bilangan pelajar di dalam kelas 3 Gemilang tidak terlalu ramai jika dibandingkan dengan kelas 1 Bestari, tetapi ada kalanya kawalan kelas terganggu oleh pelajar yang membuat bising. 7. Bagaimanakah ianya berbeza? Kelas 3 Gemilang merupakan kelas yang terakhir, oleh itu setiap tindak tanduk dan tingkah laku mereka sering mengundang masalah kepada guru untuk mengawal suasana kelas.

iii) Peraturan dan Disiplin Sekolah Pengurusan peraturan sekolah yang baik dapat membantu mengawal masalah disiplin dan tingkah laku murid.

Aktiviti 3 1. Peraturan sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa telah dibukukan di dalam buku Panduan Peraturan Sekolah. Antara peraturan sekolah yang terkandung di dalam buku ini adalah seperti berikut :1) Waktu Persekolahan Murid-murid harus berada awal di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu pemebelajaran bermula. Murid-murid dikehendaki berkumpul dan beratur di tempat perhimpunan sebelum masuk kekelas. Waktu persekolahan akan tamat pada jam 1.35 ptg bagi hari isnin hingga khamis, manakala pada hari jumaat sesi persekolahan akan berakhir pukul 12.05 tengahari. 2) Waktu Rehat Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat dan tidak dibenarkan bermain ketika waktu rehat. Selepas loceng tamat waktu rehat dibunyikan, semua murid diminta berkumpul di tapak perhimpunan sebelum masuk kedalam kelas masing-masing. 3) Murid yang tidak hadir Waris diminta memberikan surat atau menalefon ke sekolah menyatakan sebab ketidakhadiran anak mereka. Murid yang ponteng 3 hari berturut-turut tanpa sebab akan dikeluarkan surat amaran pertama. Jika 7 hari selepas surat amaran pertama dikeluarkan pelajar masih juga tidak hadir, surat amaran kedua akan dikeluarkan. Tindakan disiplin akan diambil jika tidak hadir tanpa sebab. 9

4) Bilik Darjah dan Kawasan Sekolah Murid-murid bertanggungjawab tentang kebersihan bilik darjah dan persekitaran sekolah Murid-murid bertanggungjawab menjaga agar kerusi dan meja tidak rosak. Murid-murid tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis jika tidak disuruh oleh guru Tidak dibenarkan menconteng meja dan kerusi yang telah disediakan. 5) Panduan Adab dan Peraturan Di Dalam Bilik Darjah Sentiasa menghormati guru, tetamu dan pelawat Sentiasa mengamalkan budaya memberi salam atau ucap selamat Sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa Sentiasa bekerjasama antara satu sama lain Sentiasa memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan bersih Sentiasa mematuhi jadual waktu dan jadual giliran bertugas Sentiasa memastikan kebersihan, keceriaan dan kekemasan kelas Sentiasa mengutamakan keselamatan diri Sentiasa menjaga keselamatan peralatan atau kemudahan dalam kelas Segera mematuhi amaran kecemasan sekolah Laporkan kejadian yang tidak diingini kepada ketua kelas atau guru Tidak berada di dalam kelas ketika waktu rehat Tidak ponteng atau keluar kelas tanpa kebenaran guru Tidak berbuat bising, mengganggu rakan dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar Mematuhi setiap amaran yang di keluarkan oleh pihak sekolah dan guru kelas

10

2. Antara cara yang digunakan supaya murid tahu tentang peraturan sekolah adalah seperti berikut :Mengedarkan buku peraturan sekolah untuk setiap murid dan menerangkan peraturan sekolah dan bilik darjah ketika perhimpunan an ketika di dalam kelas. Pengawas juga di beri tanggungjawab untuk menjaga peraturan sekolah dengan mengawasi rakan-rakan agar tidak melanggar disiplin sekolah. Mengadakan pertandingan kelas terbersih setiap bulan bagi tahap 1 dan tahap 2. Para pelajar juga akan dibekalkan dengan Buku Panduan Peraturan Sekolah.

3. Pada setiap bulan, pihak sekolah akan mengadakan pelbagai program pengurusan disiplin di sekolah, antaranya ialah :Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling bagi pelajar yang bermasalah secara individu dan berkumpulan Guru yang bertugas akan membuat pemantauan setiap pagi dan memastikan murid-murid yang bertugas menjalankan tugas masing-masing berdasarkan jadual tugas harian. Bagi masalah disiplin yang kurang series seperti bergaduh, tindakan yang sewajarnya akan di ambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

11

B. KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

i) Pengurusan Bilik Darjah Pengalaman pembelajaran seorang murid adalah dipengaruhi oleh bagaimana ianya diperkenalkan kepada mereka. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti dijalankan pada jangka waktu yang terlalu lama. Permulaan dan penutup sesuatu pelajaran adalah fasa yang penting untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti 4 Pemerhatian telah dibuat terhadap 2 orang guru yang mengajar subjek yang berbeza, guru A mengajar subjek major iaitu subjek Pendidikan Islam, manakala Guru B pula mengajar subjek Bahasa Arab. Pengajaran yang dibuat pemerhatian:-

Guru A

Subjek Umur Murid

: Pendidikan Islam : 7 tahun

1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan? Semua murid memberi tumpuan yang baik semasa proses pengajaran dan pemebelajaran Tumpuan diberikan terhadap bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh guru Murid dapat memberikan tumpuan terhadap tugasan yang diberikan oleh guru mereka

12

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan? Sebahagian murid terlibat secara aktif dalam perbincangan Murid memberi respon yang baik terhadap soalan guru Sebahagian dari murid yang lain kurang memberi respon terhadap perbincangan dan solaan yang dikemukakan oleh guru 3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran? Guru bijak menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk menarik perhatian pelajar Aktiviti di dalam kelas diselang seli dengan nyanyian Proses pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan gerakan badan dan suara yang jelas 4) Adakah sesuatu arahan itu diberikan dengan jelas? Terangkan. Arahan yang diberikan sangat jelas dan mudah difahami Contoh arahan yang diberikan ialah Tuliskan huruf dan di dalam buku tulis 5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif? Guru terpaksa memberikan arahan kepada setiap pelajar Arahan dijelaskan berulang-kali untuk memudahkan pelajar memahami Arahan diberikan kepada pelajar supaya menyiapkan tugasan dengan kadar segera 6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan setelah murid menyelesaikan tugasan atau semasa tiada tugasan? Amaran diberikan kepada murid yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran Murid yang telah menyelesaikan tugasan diminta membantu rakannya untuk memastikan semua pelajar dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan Guru juga tidak teragak-agak untuk memberikan denda kepada pelajar yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain 13

7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain? Aktiviti di dalam bilik darjah diselang seli dengan nyanyian yang menyeronokkan 8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberikan? Guru memberi tempoh supaya murid menyiapkan tugasan dengan kadar segera Guru sama-sama terlibat menyiapkan tugasan yang diberikan Pelajar yang berjaya menyiapkan tugasan diberi ganjaran 9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya? Tiada kesimpulan untuk menamatkan pengajaran Guru mengingatkan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan di kelas supaya menyiapakannya di rumah Guru hanya mengakhiri sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bacaan doa

Guru B

Subjek Umur Murid

: Bahasa Arab : 9 tahun

1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan? Murid berminat terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Murid memberi tumpuan yang sangat baik terhadap pelajaran

14

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan? Semua murid memberikan respon yang positif di dalam perbincangan Sekumpulan murid berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan Sebahagian yang lain kurang aktif dan kurang melibatkan diri dalam perbincangan 3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran? Guru menggunakan suara yang lantang dan jelas Intonasi suara guru membuatkan pelajar memberi tumpuan yang baik dalam pelajaran Guru membimbing murid supaya sama-sama terlibat dalam perbincangan 4) Adakah sesuatu arahan itu diberikan dengan jelas? Terangkan. Setiap arahan diberikan dengan jelas dan terang Guru hanya menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar, dan pelajar dapat memahami setiap arahan berdasarkan apa yang dilihat di dalam buku teks 5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif? Guru menggunakan intonasi suara yang tinggi untuk memberi arahan kepada murid-murid Guru mengulang-ulang arahan yang diberikan supaya setiap murid dapat memahami dengan jelas 6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan setelah murid menyelesaikan tugasan atau semasa tiada tugasan? Guru mengingatkan murid agar tidak membuat bising Guru memberikan amaran kepada murid yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran Guru mencatat nama pelajar yang tidak membawa buku dan tidak memberi kerjasama di dalam buku yang disediakan.

15

7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain? Guru menarik minat pelajar dengan mengemukakan soalan terlebih dahulu Aktiviti diteruskan apabila murid murid kelihatan bersedia Apabila setiap aktiviti selesai, guru meminta murid-murid memberi tumpuan dan bersedia untuk aktiviti seterusnya. 8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberikan? Guru memeriksa buku aktiviti setiap pelajar untuk memastikan latihan yang diberikan telah selesai Guru menyuruh pelajar menghantar buku latihan apabila mereka telah selesai melakukan tugasan yang diberi Nama peajar yang tidak menyiapkan tugasan akan dicatat di dalam buku rekod pemantauan pelajar. 9) Bagaimanakah guru menamatkan pengajarannya? Guru mengingatkan semula topik yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebentar tadi Guru mengingatkan murid supaya meyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan Sesi pengajaran dan pembelajaran di tamatkan dengan bacaan doa oleh muridmurid

16

ii) Strategi Pengajaran Setiap pendidik mempunyai kemahiran yang pelbagai seperti menulis dengan kemas dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan menjadikan aktiviti yang susah kelihatan mudah. Oleh yang demikian, adalah wajar setiap bakal guru itu memiliki kemahiran tertentu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menarik.

Aktiviti 5 KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU A GURU B

1) Penggunaan Soalan

- Soalan yang mudah difahami - Soalan yang ringkas dan oleh pelajar. mudah difahami. - Contoh soalan: apakah huruf - Contoh soalan: ini?

2) Memberi Penerangan

- Penerangan yang diberikan - Penerangan yang jelas dan sangat jelas. ringkas.

- Perkataan yang digunakan - Guru mengulang-ulang setiap sesuai pelajar. 3) Pergerakan Guru Dalam Proses P&P - Guru menggunakan gerakan - Guru sentiasa bergerak untuk badan untuk menarik minat memastikan pelajar memberi dengan laras umur penerangan.

pelajar dalam proses P&P.

tumpuan yang baik.

4) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

- Penggunaan kad huruf dan - Penggunaan buku teks yang gambar untuk menjadikan bergambar sebagai bahan bantu mengajar.

proses P&P lebih menarik.

5) Respon Kepada Kerja Murid

- Guru memberi pujian terhadap - Guru memeriksa secara terus penglibatan perbincangan. murid dalam setiap latihan yang diberikan kepada pelajar.

17

6) Penggunaan Suara dan Eye Contact

- Guru menggunakan intonasi -

Penggunaan dan

suara jelas

yang untuk

suara yang baik dalam proses lantang pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan memberi eye

memastikan murid fokus. Guru menggunakan yang baik eye untuk

contact -

dalam

penerangan contact

juga sangat baik.

memastikan memberi tumpuan.

murid-murid

18

Aktiviti 6 Hasil dari pemerhatian yang dibuat, kedua-dua orang guru ini mempunyai kekuatan dan kelemahan serta persamaan dan kelainan di dalam dua aspek tersebut. Secara ringkasnya, setiap kekuatan dan kelemahan mereka dapat dihuraikan seperti berikut :KATEGORI GURU A GURU B

Kekuatan

Mempunyai

kemahiran -

Penggunaan

suara

yang

menyanyi yang dapat menarik lantang dan jelas dalam proses minat pelajaran. Penggunaan bahan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. - Berjaya menarik perhatian bantu pelajar untuk terlibat dalam dengan soalan yang

mengajar yang menarik supaya perbincangan pelajar dapat memberi respon menggunakan positif dalam pembelajaran. kreatif.

Kelemahan

Tiada

pendahuluan

yang - Tiada bahan bantu mengajar

menarik untuk memulakan sesi yang menarik seperti gambar pengajaran dan pembelajaran. rajah.

Persamaan

- Berjaya mengawal suasana - Berjaya mengawal suasana pembelajaran penggunaan bahan dengan pembelajaran dengan

bantu penggunaan suara yang lantang dan jelas.

mengajar yang menarik.

Kelainan

- Kreatif dalam menarik minat pelajar dengan terhadap

Penggunaan

bahan

bantu

pelajaran mengajar yang terhad seperti

menggunakan buku teks, tetapi masih boleh mewujudkan suasana

kemahiran menyanyi.

pembelajaan yang ceria.

19

C. KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi penyediaan prasarana dan kemudahan kepada murid dan guru. Walaupun keluasan kawasan sekolah tidak terlalu besar, tetapi kemudahan yang disediakan adalah lengkap dan mampu menyumbang kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :-

BIL 1

BENTUK KEMUDAHAN Makmal Teknologi Maklumat dan Komputer (ICT)

ADA/TIADA Ada

CADANGAN - Lebih banyak komputer perlu disediakan. - Jadual harus disediakan untuk memastikan setiap pelajar berpeluang menggunakan komputer.

Makmal Sains

Ada

- Lebih banyak bahan harus disediakan. Pelbagai aktiviti perlu supaya

diadakan

penggunaan makmal sains bukan untuk tujuan

pembelajaran sahaja.

Bilik J-Qaf

Ada

Perbanyakkan

bahan

bacaan unutk menarik minat pelajar. - Suasana bilik j-Qaf perlu diceriakan.

Surau

Ada

Kebersihan

surau

perlu

dijaga oleh setiap pelajar.

20

- Banyak program yang perlu diadakan penggunaan surau supaya dapat

dimaksimumkan.

Pusat Sumber

Ada

- Ruang Pusat Sumber harus dibesarkan untuk

menampung bilangan pelajar yang ramai. - Bahan bacaan yang terbaru perlu menarik membaca. disediakan minat untuk pelajar

Bilik Pendidikan Moral

Ada

Keceriaan

bilik

perlu

diwujudkan. - Bahan bahan ilmiah harus disediakan lebih banyak.

Bengkel Kemahiran Hidup

Ada

- Penggunaan bilik ini harus digalakkan kepada pelajar. - Hasil reka cipta murid boleh dipamerkan.

Pondok Bacaan

Ada

Bahan

Bacaan

perlu

disediakan. -Membaik bacaan pelajar. pulih untuk pondok

keselesaan

21

Bilik Muzik

Ada

- Susun atur alatan muzik perlu disimpan dengan

teratur dan kemas.

10

Bilik SPBT

Ada

Ruang

bilik

perlu untuk

dibesarkan keselesaan.

- Penyediaan almari dan rak amat diperlukan dapat supaya disusun

buku-buku

dengan kemas.

22

You might also like