Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

CARTA ORGANISASI HEM 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LANGSAT

PENGERUSI GURU BESAR ENCIK MOHAMED ABASS ROBAN TIMBALAN PENGERUSI GURU PENOLONG KANAN HEM ENCIK MD ZAIDI BIN MD ZAIN SETIAUSAHA HEM ENCIK MOHD ROSDI BIN MUSA

DISIPLIN DAN PENGAWAS ENCIK M. AZRUL HISAM B ABD KADIR SPBT


ENCIK NOORAZROL B. SHARIFUDDIN

RMT USTAZAH ROSNI BINTI CHE AZIZ SMM ENCIK MOHD ROSDI BIN MUSA KWAMP USTAZAH SITI KHUZAINI BT ABD AZIZ
KESIHATAN, KEBERSIHAN & KEBAJIKAN

KANTIN USTAZAH ROSNI BINTI CHE AZIZ BIMBINGAN & KAUNSELING USTAZ AMBRI BIN NGARIP PERABOT DAN INVENTORI ENCIK MOHD ZAMRI BIN MD LADIN PROFIL DAN PENDAFTARAN PUAN HASMIZA BT HASHIM SIMPANAN DAN INSURAN CIK NURUL ASNA BT MAT ISA LAWATAN CIK HAZMAWANI BT M.A. HASSAN KELAB RUKUN NEGARA ENCIK MOHD HAFIZ HANAPIAH

CIK NUR IZZAH BT ABD RAHIM SEKOLAH SELAMAT ENCIK SUHARDI BIN ROSLI RIMUP ENCIK MOHD HANIF BIN MUSA PENEMPATAN & ASRAMA PENUH ENCIK HASRUL ISMAIL KECERIAAN & BANGGUNAN PUAN NELLY JAMES PPDa ENCIK MOHD SHAH BIN AZIZ

CARTA ORGANISASI PROGRAM PENCEGAHAN DADAH 2010 SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG LANGSAT

PENGERUSI GURU BESAR ENCIK MOHAMED ABASS BIN ROBAN

TIMBALAN PENGERUSI GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID ENCIK ZAIDI BIN ZAIN PENYELARAS ENCIK MOHD SHAH BIN AZIZ

AHLI JAWATANKUASA ENCIK MOHD AZRUL HISAM B ABD KADIR ENCIK MOHD HAFIZ HANAPIAH CIK NUR IZZAH BT ABD RAHIM ENCIK MOHD HANIF BIN MUSA ENCIK NOORAZROL B. SHARIFUDDIN ENCIK SUHARDI ROSLI USTAZ AMBRI NGARIP

Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah

Sekolah Kebangsan Bandar Hilir, Melaka


Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir mempunyai satu daya tarikan yang baru. Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Unit Bimbingan telah berjaya mendirikan sudut Pendidikan Pencegahan Dadah. Sudut ini diharap dapat memberi informasi dan menimbulkan rasa jijik murid terhadap penyalahgunaan dadah, inhalan, arak, dan rokok. Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah

Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir Melaka


Pengenalan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah .

Objektif 1. 1. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni. 2. 2. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar dalam usaha mencegah dadah. 3. 3. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran cara mencegah penyalahgunaan dadah agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. 4. 4. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.

Carta Organisasi dan Gambar Aktiviti Unit Pendidikan Pencegahan Dadah SK Bandar Hilir.

Bahan-bahan yang merosakkan tubuh manusia Sebahagian racun yang ada dalam rokok Sudut hukuman Sudut ini mendapat tumpuan murid-murid Kali pertama semasa waktu rehat, bilik bimbingan tak ada tetamu. Murid-murid bertumpu ke kawasan sudut Pendidikan Pencegahan Dadah. Tahniah Unit PPDa.

Visi
Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015 Misi Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah. Matlamat Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Fungsi :Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids. Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencubarokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids. Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa. Pengurusan Hubungan Luar

AKIBAT DADAH

Masa depan gelap.......mahu..???

BENCANA MENGHISAP ROKOK

KEBANYAKAN pelajar sekolah mula menagih dadah selepas terjebak dengan tabiat menghisap rokok
Apa la nak jadi dengan anak bangsa kita? Belajar tak tara mana...dah melibatkan diri dengan najis dadah. Macam ni ka bakal pemimpin kita yang akan datang? Eeee...menakutkan bila di fikir-fikir. Sapa yang kita nak persalahkan disini? Parents? Guru? Senagai seorang ibu dan juga seorang guru, I strongly believe that this is the parents' absolute responsible. Anak kita, tentunya kita yang lahirkan dan besarkan..kita sudah semestinya inginkan yang terbaik buat anak-anak kita. So..jangan harapkan orang lain untuk mendidik,

menanam sifat-sifat dan nilai-nilai yang murni kedalam anak2 kita. Perumpamaannya..macam kita tanam pokok, tak kan kita nak suruh jiran pulak yang siram dan bajakan pokok kita. Sendiri tanam..sendiri mau ingat. nak BELA anak memang senang...macam BELA haiwan ternakan jugak lah...siapkan tempat tinggal dan bagi makan hari-hari. Tapi dengan anak-anak kita, bukan cukup dengan hanya lahirkan dan BELA mereka hingga besar..tetapi kita sebagai parents perlu DIDIK supaya anak-anak ada pedoman dan nilai-nilai murni yang kita terapkan dari awal. Ada juga yang sering menyalahkan pihak sekolah/guru. Memang tak patut!! Kita mula hantar anak kita ke sekolah waktu umur mereka 6 atau 7 tahun bukanya sejak lahir. Foundation atau asas yang kita beri pada anak-anak kita dalam tempoh 0 - 7 tahun tu...ada ka?...cukup ka? Tugas guru hanya memberi penekanan yang lebih kepada para pelajar. Sekiranya parents hanya pandai melahirkan zuriat tetapi nak mengharapkan guru untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendidik.....memang akan terhasil lah umat-umat seperti dalam gambar itu!! Nauzulillah...jauhkan dari keturunan ku... Yang best lagi tu, ada parents yang merokok, tapi melarang anak-anak merokok!! Ini definitely bukan KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN lansung!! Buat anak-anak ketawa kan kita lagi ada...dalam hati nanti mereka berkata "Dia merokok..tak bagi kita merokok kunun..PIRRRAH!!" Kalau ini lah yang terjadi...memang tersepuk atas hidung sendiri la. So, from the news today, 60% pelajar sekolah di Kelantan positif dadah. Mak ai..ramai tuuu!! Mana kita nak dapat pemimpin yang berwibawa dan yang mempunyai nilai-nilai murni serta ciri-ciri KEISLAMAN yang sejati? Renong-renongkan lah...adakah selama ini kita membela anak-anak kita atau kita mendidik anak-anak kita? Wallualam...

HIDU GAM

Jangan ikut sikap ini...merana sepanjang hayat

SAJAK
PETIKAN PUISI DARI FILEM PENCEGAHAN DADAH AADK Tajuk: Misi Generasi Ditulis: Zaen Kasturi Pendeklamasi: Tengku Khalida Tengku Bidin Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?, Dan lembah bernanah ini dituruni?, Sedang denai hayat di hadapan, Sayup Memandang, Sedang sinar iman di belakang, Setia Menyuluh Jalan, Denai diterokai, Dari kasih sayang ayah bonda, Sinar yang terpercik, Dari jiwa dan harapan bangsa, Dan Tuhan tidak pernah berkata, Bahawa nafsu lebih mulia, Daripada akal manusia, Sekali diredahi lorong berjelaga, Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda, Sekali dituruni lembah bernanah, Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa, Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan, Iman ditusuk jarum dari mata syaitan, Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan, Seluruh hayat terapung, Di sungai zaman, Ini seteru zaman baru harus ditentang, Dengan semangat padu, Tak kira apa nama kamu, Mereka, dia dan aku, Kerana anak-anak kita, Diintip setiap waktu, Sekali leka, Seribu kali menyesal,

Tidak mudah berlaku, Mari kita gempur lorong berjelaga, Agar ruyup luka di wajah berhemah, Mari kita lafaz ikrar, Menjadi sumpah berakar, Mari kita genggam, Tekad membangun generasi berdaulat, Ini misi generasi masa kini, Tidak ingin menjadi cermin yang retak, Di kamar nusa, Tidak ingin menjadi album kosong, Di lantai sejarah, Gempur!!..., Gempur lorong berjelaga, Gempur!!..., Gempur lembah bernanah....

BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH


BILIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (BILIK PPDA)

TEMA BERTINDAK BERSAMA MEMBENTERAS DADAH SEKOLAH BEBAS DADAH

PENGENALAN: Bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) diujudkan sebagai Pusat Akses Maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah yang lengkap kepada murid-murid ,guru,ibu bapa dan komuniti setempat bagi meningkatkan lagi pengetahuan murid khususnya dan masyarakat amnya tentang bahaya penggunaan Dadah, Arak, Rokok, Inhalan dan juga gejala social lainnya. Ia juga merupakan pusat Operasi Gerakan kepada Jawatankuasa PPDA disesebuah sekolah melalui 4 strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.

RASIONAL Sebagai pemangkin bagi pihak sekolah menyebarkan maklumat PPDA secara interaktif ,sistematik dan efaktif. Dengankata lain, dapat memberikan pendidikan pencegahan awalan.

MATLAMAT Diujudkan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran membenteras penggunaan dadah ke arah merealisasikan hasrat melahirkan sekolah Bebas Dadah

OBJEKTIF secara lebih

ram PPDA

an karektor

SAJAK-DADAH DURJANA Sajak : Dadah Durjana


Dadah Tika dulu kau bagai penawar Mengukir sejarah di bidang perubatan Penyelamat nyawa tika kesakitan Namun kini Martabatmu begitu hina Hadirmu bak najis semata Kau hanyalah pemusnah Generasi dunia Dadah Kau umpama racun yang mengalir Dalam pembuluh darah Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang Perit.. Pedih.. Dadah Kau durjana Hadirmu membawa derita Khayalan sementara cuma Imaginasi dusta di bumi nyata Membawa kesedihan Mengundang derita sengsara Dan mengusung Kematian.. Nurkilan bersama..Md. Rz & Adik-Beradik..07.

DADAH MUSUH NEGARA


Dadah, Kau datang mengaku kawan Konon membantu meringan beban Tetapi, wahai teman Kau sebenarnya musuh Musuh nombor 1 negara kau buat mereka alpa kau buat anak bangsa rebah kau musuh negara !Tatkala negara membangun kau meratah belia negara punah, musnah, lemah kerana kau... dadah durjanaEctacy, Heroin , Ganja Pelbagai nama dan rupa namun aku bersumpah kau akan musnahTeman, Marilah kita bangkit bersama Perangi Dadah Musuh Negara Nukilan, INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA

SAJAK
Sajak Terpanah Dadah Durjana Jahil menangkap minda memerangkap pembentuk penjara maruah menterjemah sebuah watak derita menghancurkan hidup ceria meranapkan impian dijulang lantaran dadah bermahkota durjana.

Usahlah dipandang lagi kebodohan yang bermaharajalela angkara dadah pembunuh melumat segala suka menjelmakan kepayahan yang dicari sendiri bahana kekhilafan yang mencengkam diri. Kini, lancarkan sebuah perang di medan globalisasi mencairkan segala sengsara bersenjatakan ilmu yang dijana berhunuskan pedang pengetahuan agar lumat segala dadah penoda yang selama ini mencorak mewarnai diri remaja melakari jiwa belia watan. Bersatulah mencanai minda membentuk madani benci dadah dengan memanah segala bahaya menghala tepat ke busar si durjana dan lakarkan sebuah kemenangan hakiki menjulang bendera kemurniaan diri. Cantaskanlah segala ranting nikotin keratkanlah segala dahan heroin cabutkanlah jalaran akar syabu lalu menggugurkan dedaun ganja agar tumbuh pohon generasi yang sihat daripada baja dadah yang meracunkan. IMRAMLEE AMIR HUSSIN Fakulti Bahasa Upsi

You might also like