Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KELENGKAPAN LOMPAT JAUH

Acara lompat jauh memerlukan peralatan khususnya, iaitu ruang atau kawasan dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk acara lompat jauh.

Rajah 1.1: Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh

Alat yang digunakan pada lompat jauh: - Rol meter - Cangkul - Bendera kecil (merah dan putih) - Gaya jongkok - Gaya berjalan di udara (walking in the air) - Gaya menggantung (snapper)

Hal hal yang perlu diperhatikan untuk meraih hasil maksimal: - Awalan, jarak awalan 30-40 dan dilakukan secepat cepatnya - Tolakan, menolakkan kaki sekuat kuatnya pada papan tolakan dengan kaki yang terkuat. - Gaya badan di udara diusahakan melayang selama mungkin - Gaya badan waktu mendarat, diusahakan jangan sampai jatuh ke belakang (punggung jatuh dahulu)

Diskualifikasi - Dipanggil 3 minit belum melompat - Menumpu dengan 2 kaki - Setelah melompat, kembali ke arah awalan - Mendarat luar daripada kawasan lompatan

Cara Mengukur Jarak Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang diukur.

Catatan - Kawasan lompatan diisi dengan pasir - Apabila peserta gagal/diskualifikasi ditunjukkan dengan bendera merah oleh juri. - Apabila peserta melakukan lompatan dengan baik, juri akan mengangkat bendera putih - Lebar awalan 122 cm - Panjang papan lonjakan 122 cm - Lebar papan lonjakan 20 cm

1. Lorong Larian Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk membuat pecutan, larian landas dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m X 1.22 m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh mengganggu peserta membuat lompatan.

Rajah 1.2: Lorong Larian 2. Papan Pelepas. Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20cm lebar yang diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan . Papan ini biasanya diwarnakan putih seluruhnya.

Rajah 1.3: Papan Pelepas

3. Kawasan Pendaratan Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh. Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m panjang dan 2.75m lebar.

Rajah 1.4: Kawasan Pendaratan 4. Bendera Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih untuk peserta yang berjaya melakukan lompatan manakala bendera merah untuk lompatan yang batal.

Rajah 1.5: Bendera

5.0 Pengukur Halaju Angin Ia digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat.

Rajah 1.6: Penunjuk Halaju Angin 5. Petunjuk Plastisin Petunjuk plastisin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Ia diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

Rajah 1.7: Penunjuk Plastisin

6. Pita Pengukur Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat pada tempat pendaratandalam kotak pendaratan. Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik yang menjadikan pengukuran lebih mudah,cepat dan tepat.

Rajah 1.8: Pita Pengukur 7. Kasut Berpaku Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku dan bertumit plastik. Ini adalah penting untuk larian dan juga perlindungan kepada pelompat.

Rajah 1.9: Kasut Berpaku

UNDANG-UNDANG PERATURAN ASAS.


1. Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta terlalu ramai, semua peserta akan membuat lompatan tiga kali atau enam kali. Dua belas atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke pusingan akhir. 2. Lompatan terbaik, yakni yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta. 3. Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di tempat melompat. Bgaimanapun, peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan lonjak, yakni kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat di atas papan lompatan. 4. Lompatan akan dikira batal atau gagal sekiranya seseorang pelompat melakukan perkara-perkara berikut. a. Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan melepasi tanda yang dibenarkan. b. Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat (kawasan berpasir). 5. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan. 6. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan melompat dengan kesan pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat. 7. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasur berpaku.

8. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat. 9. Seperti mana yang kita ketahui, sebelum melakukan aktiviti senaman kita hendaklah memanaskan badan terlebih dahulu. Ia patut dilakukan kerana untuk menyediakan otot kita untuk melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan yang berat mahupun ringan. 10. Regangan otot utama di bahagian kaki, peha,badan dan tangan adalah amat penting kerana ia merupakan anggota utama yang akan mengalami banyak pergerakan. 11. Pastikan juga kawasan lari landas dan pendaratan selamat untuk melakukan aktiviti lompat jauh. Kawasan pendaratan yang berpasir mestilah digemburkan dan diratakan terlebih dahulu agar pendaratan dapat dilakukan dengan selamat. 12. Pastikan papan lonjakan diletakkan dengan baik dan betul. Dalam erti kata lain, kawasan aktiviti atau acara lompat jauh hendaklah berada dalam keadaan selamat dan sesuai termasuklah keadaan cuaca yang bersesuaian.

PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH (PERATURAN 147) Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan di benarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik di pilih untuk membuat 3 lagi lompatan. beri.

Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan di

Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut: Kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak Melonjak di luar kawasan papan lonjak

Semasa mendarat, menyentuh kawasan di luar kawasan mendarat yang lebih dekat dengan papan lonjakan

Selepas mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan

PERATURAN ACARA LOMPAT JAUH CARA MEGUKUR JARAK (PERATURAN 145) Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang

terdekat dengan kawasan Merekod kepada meter terdekat iaitu0.01 m di bawah ketinggian yang di ukur.

Ini bererti bahagian kurang daripada 1cm diabaikan PERATURAN 185 ( PERATURAN LOMPAT JAUH ) Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau, i. Semasa melonjak, menyetuh bumi selepas garisan lonjak dengan manamana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau sedang membuat lompatan;atau ii. Melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada selepas atau sebelum garisan lonjak; atau iii. iv. Menyentuh bumi di kawasan antara papan dengan kawasan mendarat, atau Melakukan apa jua jenis balki kuang semasa membuat larian atau sedang membuat lompatan, atau v. Semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat berhampir dengan papan lonjak dart bahagian kesan jatuh yang paling hampir.

You might also like