Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Isi Kandungan

Bilangan
1 2 3 4 5 6 7

Tajuk
Pengenalan Dasar Pragmatik Dewan Perwakilan Komunisme Perang Cheka Kesimpulan Bibliografi

Halaman
1 2 3-5 5-8 8-10 11 12

1. Pengenalan

Vladimir Lenin http://en.wikipedia.org/wiki/Lenin

Nama sebenar Lenin ialah Vladimir Ilyich Ulyanov. Lenin merupakan pengasas Parti Komunis Rusia yang pertama di dunia. Beliau menjadi memimpin Rusia sejak revolusi Oktober pada 1917 sehinggalah kematiannya pada tahun 1924. Lenin mempercayai teori Karl Marx dan menggunakannya semasa memerintah Rusia. Beliau memerintah sebagai seorang diktator dan mengharamkan kesemua parti politik selain Bolshevik. Sepanjang menjadi pemimpin Rusia, banyak dasar telah dilaksanakan olehnya. Di sini, terdapat empat perkara atau dasar yang dilaksanakan atau digunakan oleh Lenin sepanjang pemerintahannya iaitu dasar pragmatik, dewan perwakilan, penubuhan komunisme perang dan Cheka.

2 Dasar Pragmatik Lenin Lenin menggunakan Dasar Pragmatik sepanjang memimpin Kesatuan Soviet. Dasar pragmatik ialah perubahan dasar yang dilakukan oleh Lenin mengikut keadaan semasa. Peralihan dasar yang dilakukan oleh Lenin bersesuaian dengan ideologi komunis. Lenin bersedia mengambil keputusan yang bercanggah bukan hanya dengan pendapat pihak lawan tetapi juga dengan pihak rakan seperjuangan. Lenin juga bersedia memanfaatkan atau menyesuaikan sesuatu keadaan untuk tujuan politik dan ekonomi. Untuk melaksanakan dasar ini, beliau hanya menunggu keadaan yang sesuai.1 Dalam aspek politik, dasar pragmatik Lenin dilihat dari segi perubahan kepimpinannya. Pada peringkat awal Revolusi, Lenin dan parti Bolshevik tidak menekankan kekerasan, tetapi keadaan ini telah bertukar menjadi keganasan dan kekerasan untuk mendapatkan kerajaan dan kuasa. Lenin membuat dasar yang begini kerana beliau tidak mempunyai pilihan. 2 Kesannya, pihak lawan dapat ditewaskan dan Bolshevik mampu meraih sokongan dengan cara kekerasan. Dasar pragmatik Lenin semasa memimpin Rusia juga boleh dilihat dalam aspek ekonomi. Lenin telah membuat peralihan dasar daripada Komunisme Perang kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).3 Hal ini disebabkan Komunisme Perang yang ditubuhkan pada bulan Mei tahun 1918 gagal mengatasi masalah kemerosotan ekonomi Rusia. Oleh yang demikian, Lenin memperkenalkan DEB pada pada bulan
1

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 158. 2 Ibid., hlm 160-161. 3 Ibid., hlm 173.

April tahun 1921. Perubahan dasar ini adalah daripada sosialis (Komunisme Perang) kepada kapitalis (DEB). Walaupun DEB lebih kepada kapitalis, tetapi kemerosotan ekonomi Rusia berjaya dipulihkan. Selain itu, tujuan Lenin membuat peralihan dasar ini adalah untuk mendapatkan sokongan rakyat Rusia khususnya golongan petani. Sesungguhnya, peralihan dasar yang dilakukan oleh Lenin ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan rakyat Rusia dan seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin negara. Peralihan dasar ini berfaedah dalam mengukuhkan sesuatu ideologi (komunis) dalam sesebuah negara. Kesannya, Lenin berjaya mewujudkan negara komunis yang pertama di Rusia.

3 Dewan Perwakilan

Gambar: Tauride Palace, tempat persidangan diadakan. http://en.wikipedia.org/wiki/Russian_Constituent_Assembly

Mengadakan pilihan raya umum merupakan tindakan satu langkah Lenin untuk memenuhi janji. Hal ini kerana, pada masa Kerensky mengetuai kerajaan sementara dahulu, kerajaan Bolshevik begitu lantang menggesa Kerensky mengadakan pilihan raya umum. Sebelum disingkirkan, Kerensky sudah membuat jadual pilihan raya tersebut. Trotsky pernah mengatakan kepada Lenin, jika rancangan mengadakan pilihan raya umum dimansuhkan, maka satu reaksi yang tidak diingini mungkin akan timbul.4 Oleh yang demikian, satu pilihan raya telah ditetapkan selama tiga hari iaitu dari 24 hingga 26 November 1917. Antara parti-parti yang bertanding ialah Parti Revolusioner Sosial, Parti Bolshevik, Parti Menshevik, Consitutional Democratss
4

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 163.

Party, Parti Monority, Parti golongan kiri Revolusioner Sosial dan parti Peoples Socialists. Lenin dan Parti Bolshevik menggunakan slogan All powers to the Soviets! untuk menumpaskan Karensky dan menghalang Dewan Perwakilan. Slogan ini merujuk kepada perpindahan kuasa negara daripada Kerajaan Sementara kepada Sosialis yang didominasi oleh pekerja dan tentera yang dikenali sebagai Soviet. 5 Untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam pilihan raya, Lenin melaksanakan pembahagian tanah. Dikri tanah yang diisytiharkan pada permulaan revolusi membawa kepada pembahagian tanah kepada golongan petani. Kerja pembahagian yang dilakukan oleh soviet-soviet desa ini sebenarnya merupakan tindakan merasmikan apa yang sudahpun dirasmikan oleh para petani itu sendiri. Sebelum ini, para petani sudah mengambil alih pemilikan tanah itu sendiri. Kesannya, tanahtanah petani kaya atau kulaks telah dibahagi kepada petani miskin. Menurut Deutscher, tindakan inilah yang menyebabkan petani miskin menolong Bolshevik dalam Perang Saudara di Rusia. Deuscher juga menyatakan para petani telah disogok oleh Lenin dan Trotsky dengan tanah. 6 Pilihan raya untuk memilih ahli ke Dewan Perwakilan telah diadakan pada 24, 25 dan 26 November 1917. Dalam pilihanraya ini, parti Bolshevik gagal mendapat kerusi majoriti ke Dewan Perwakilan. Parti Revolusioner Sosial mendapat 410 kerusi, Parti Bolshevik mendapat 175 kerusi, Menshevik mendapat 16 kerusi, Kedets memperolehi 17 kerusi dan parti-parti etnik mendapat 86 kerusi. Kerusi selebihnya dimenangi oleh beberapa parti kecil. Dari peratusan sudut pula, hanya 24.7 peratus daripada jumlah para pengundi memberi sokongan kepada Parti Bolshevik. Daripada jumlah lebih kurang 40 juta pengundi, Bolshevik hanya mendapat 8,562,358 undi berbanding dengan 17, 490, 837 undi yang diperolehi Parti Revolusioner Sosial. 7 Pada 5 hingga 6 Januari 1918, satu persidangan diadakan di Tauride Palace, Petrograd. Dalam persidangan sesi pertama pada 5 Januari, kira-kira 700 perwakilan
5

R.R Palmer et al, A History Of The Modern World since 1815 , The McGraw-Hill Companies, 2002, hlm 715. 6 Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 163. 7 Ibifd., hlm 163-164.

hadir. Pemimpin Parti Revolusioner Sosial, iaitu Victor Chernov telah dilantik menjadi pengerusi Dewan Perwakilan. Victor Chernov mendapat 244 undian menewaskan pemimpin Bolshevik, Maria Spiridonova yang mendapat 153 undian. 8 Semasa persidangan ini, ahli Bolshevik melakukan keganasan dan kekejaman. Parti Kedets telah diharamkan terus dan dua orang perwakilannya iaitu F.F Kokoshkin dan A. I Shingarev telah dibunuh di hospital, iaitu di atas katil mereka pada 6 Januari 1918. Pada masa ini juga, Bolshevik juga menumpukan kegiatan menimbulkan kekacauan untuk mencemarkan imej Dewan Perwakilan. Apabila kepercayaan para pekerja dan tentera terhadap Dewan Perwakilan tidak juga luntur, maka Lenin memindahkan infantri dari Latvia yang kuat menyokongnya ke ibu negara. 9

Dewan Perwakilan bersidang juga walaupun terdapat gangguan. Para perwakilan Bolshevik meninggalkan Dewan apabila mereka gagal mendapatkan sokongan majoriti terhadap revolusi-revolusi mereka. Pada hari keduanya, para pekerja telah menghalang para perwakilan masuk ke Dewan dan pihak kerajaan mengeluarkan arahan untuk memansuhkan Dewan Perwakilan. Hujah atau helah Lenin ialah menyatakan Dewan Perwakilan sebagai topeng kepada antirevolusi. Kini, wujudlah satu keadaan baru. Lenin mengatakan bahawa dalam keadaan begini, kuasa patut berada di tangan revolusi dan bukannya di tangan Dewan Perwakilan. Kemudian satu Perlembagaan baru digubal dan ini dengan rasminya melenyapkan Dewan Perwakilan sebagai institusi di Rusia. 10

4 Komunisme Perang Komunisme Perang ialah tindakan kerajaan untuk mengatasi keadaan ekonomi yang meruncing pada masa itu. Dasar ini dikenakan dalam sektor pertanian dan industri. Komunisme Perang diperkenalkan oleh Lenin untuk memperjuangkan masalah

Russian Constituent Assembly http://en.wikipedia.org/wiki/Russian_Constituent_Assembly. 3 Oktober 2009. 9 Qasim Ahmad, op. cit., hlm 164. 10 Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 164.

ekonomi yang dibawa semasa Perang Saudara tercetus juga dan merupakan percubaan awal untuk mencapai matlamat ideologi parti. Semasa Bolshevik mengambil alih kuasa di Rusia, ekonomi Rusia mengalami kemerosotan. Diantara tahun 1913 hingga tahun 1917, jumlah pekerja di industri telah meningkat kepada 16. 38 peratus, tetapi pengeluaran industri menurun kepada 27.71 peratus. Rusia mengalami mesalah inflasi, masalah pengangkutan dan komunikasi yang teruk dan penawaran makanan yang semakin menurun. Keadaan menjadi lebih buruk selepas Revolusi Oktober. Pergeluaran industri menurun dan berlaku pengangguran. Pada 1 Januari 1917, terdapat kira-kira 400,000 orang pekerja industri dan jumlah ini menurun kepada 143,000 orang menjelang 1 May 1918. Pada bulan Ogos tahun 1918, 264 dari 1190 buah perusahaan telah ditutup. Dalam Republik Soviet, pengangguran telah meningkat sekitar 500,000 orang pada bulan Mei tahun 1918. Masalah kekurangan makanan di bandar semakin kronik. 11 Dasar tegas Bolshevik dalam bidang pertanian ini dimulakan secara rasminya pada bulan Mei 1918. maka Dengan berakhirlah pengisytiharan kapitalism. satu Kerajaan Dikri Tentang telah Pemiliknegarakan, Soviet

memiliknegarakan semua perusahaan utama dan meletakan perusahaan ini di bawah Majlis Tertinggi Ekonomi. Majlis Tertinggi Ekonomi yang diperkenalkan mempunyai hak untuk merampas hasil tanaman tanpa membayar ganti rugi. Lebih 40 ketua Jabatan yang dikenali sebagai glavki dibentuk untuk menyempurnakannya. Satu glavki akan bertanggungjawab kepada seribu kilang. 12. Dikri ini juga memberikan kuasa istimewa kepada Jawatankuasa Pembekalan Rakyat bagi menentang boujuis desa yang menyorok bekalan bijirin dan mengadakan spekulasi (harga) terhadap bahan itu.13 Pada tahun berikutnya, Jawatankuasa Petani Miskin (kombedy) telah

ditubuhkan. Jawatankuasa ini dikelola oleh soviet-soviet tempatan di bawah penyelarasan Jawatankuasa Pembekalan Rakyat. Semua rakyat boleh dilantik
11

War Communism in Retrospect dalam http://www.whatnextjournal.co.uk/Pages/Back/Wnext5/Warcomm.html. 3 Oktober 2009. 12 Donald W.Treadgold, Russia Abad ke-20 (terjemah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm 192-193. 13 Qasim Ahmad, hlm 167.

menjadi ahli jawatankuasa ini dan mereka bertugas mencari dan merampas bahanbahan sorokan di kalangan petani kaya (kulaks) dan golongan kaya yang lain. Pada mulanya para perampas ini mendapat sebahagian daripada bahan rampasan itu secara percuma, kemudian mereka dikenakan bayaran sebanyak 50 peratus daripada bahan tersebut dan kemudiannya 25 peratus. Tindakan ini sesuai dengan keadaan negara yang mengalami kekurangan makanan di bandar-bandar dan medan perang. Ia bersesuaian dengan dasar sosialis/komunis yang antikeuntungan.14 Komunisme Perang ini membawa kesan negatif kepada sistem ekonomi dan taraf hidup rakyat Rusia. Pengurusan dasar yang tidak teratur ini menyebabkan pengurus-pengurus baru yang dilantik adalah daripada kalangan pengurus lama. Mereka diawasi oleh wakil-wakil politik seperti yang dilakukan ke atas pegawaipegawai tentera. Pada 20 Julai 1918, Bolshevik berperanan menentukan semua lebihan makanan dan meletakkannya di bawah kawalan kerajaan untuk meningkatan penawaran dalam negeri. Dari tahun 1917 hingga tahun 1928, kira-kira tiga per empat juta tan hasil makanan telah dikumpul oleh karajaan. Pada tahun 1920-1921, jumlah makanan yang dikumpul meningkat kepada 6 juta. Polisi mengawal lebihan makanan oleh kerajaan menyebabkan kemarahan panduduk luar bandar. Hal ini kerana Lenin pernah menjanjikan tanah untuk rakyat sebelum semasa pilihan raya pada Oktober 1917. Pada tahun 1933, 25 tan padi telah dikutip. Pada tahun 1921, nilai batu-batan menurun dengan banyak dan inflasi meningkat. Kerajaan juga menghapuskan cukai. Cukai yang dibenarkan hanya cukai revolusi luar biasa yang ditarget kepada golongan kaya dan bukannya pekerja. 15 Dalam dasar memiliknegarakan tanah ini, petani kecil dikecualikan. Dasar pengecualian ini ditentang oleh golongan yang lebih radikal, iaitu golongan Revolusioner Sosialis kiri. Golongan ini menganggap tindakan pengecualian itu sebagai anti-sosialis. Lenin membela pengecualian ini dari segi taknik dan mengatakan bahawa tindakan ini perlu bagi mendapatkan sokongan majoriti walaupun terdapat golongan yang tidak bersetuju dengannya. Terdapat juga permogokan
14

dan

tindakan

sendirian

para

pekerja

yang

bertekad

untuk

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 168. 15 War Communism dalam http://www.historylearningsite.co.uk/war_communism.htm. 3 Oktober 2009

mengendalikan industri tanpa campur tangan kerajaan. Keadaan ini menjejaskan keadaan ekonomi pada masa itu.16 Petani hanya menaman tanaman untuk mereka sahaja kerana mereka tahu lebihan akan diambil oleh kerajaan. Hasil tuaian yang tidak baik membawa kesan negatif kepada penduduk luar bandar. Mereka yang tinggal di bandar percaya satusatunya harapan mereka ialah berhijrah ke luar bandar dan bertani untuk diri mereka sendiri. Antara tahun 1916 hingga tahun 1920, bandar-bandar di bahagian utara dan bahagian tengah Rusia hilang 33% penduduk. Mereka telah berhijrah ke luar bandar. Penduduk Petrograd susut daripada 2 juta orang kepada 6 juta orang dan penduduk Moscow susut daripada 1.5 juta orang kepada 500,000 orang berbanding tahun 1914.17 Di bawah Komunisme Perang, bilangan orang yang bekerja di kilang-kilang dan perlombangan jatuh 50%. Di bandar, perniagaan milik persendirian adalah diharamkan. Tetapi ramai diambil bekerja di sini. Kilang yang besar menjadi lumpuh disebabkan kekurangan bahan bakar dan pekerja yang berkemahiran. 18 Selain itu, berlaku masalah inflasi. Pada bulan Oktober 1920, nilai mata wang Rusia, rouble telah menjunam ke paras satu peratus. Pada bulan Mei tahun 1922, tambang kereta api telah meningkat satu juta kali lebih tinggi daripada nilainya pada bulan Jun tahun 1917. Pada tahun berikutnya, tambang ini meningkat empat juta kali lebih tinggi. Nilai mata wang tidak berguna lagi. Pada tahun 1921, lebih daripada sembilan per sepuluh daripada jumlah gaji telah dibayar dengan barangan. Semasa keruntuhan ekonomi, Perang Saudara, wabak penyakit dan kebuluran, berlaku amalan memakan daging manusia.19 Dasar Komunisme Perang gagal mengatasi kemerosotan ekonomi Rusia. Ekonomi Rusia telah mengalami keruntuhan teruk pada masa komunisme Perang

16

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 167-168. 17 Ibid., hlm 169. 18 War Communism dalam http://www.historylearningsite.co.uk/war_communism.htm. 3 Oktober 2009 19 Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 169.

dan Perang Saudara. Oleh itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah ditubuhkan pada bulan April tahun 1921.

5. Cheka

Gambar: Lambang Cheka http://wapedia.mobi/en/Cheka

Satu Suruhanjaya Luar Biasa telah dibentuk hasil daripada cadangan seorang ahli Bolshevik iaitu Felix Dzerzhinsky. Tujuannya adalah untuk membanteras Revolusi Balas dan sebotaj. Suruhanjaya ini dalam bahasa Rusia biasanya dikenali sebagai Vecheka atau Cheka.20 Ahli Cheka dipanggil Chekist. Cheka telah ditubuhkan oleh Majlis Komisar Rakyat (Kabinet Menteri) pada 7 Disember 1917 di Petrogard, yang merupakan ibu pejabatnya. Ahli Cheka terdiri daripada ahli-ahli parti Bolshevik. Pada bulan Januari tahun 1918, golongan kiri parti Revolusioner Sosial turut menyertai Cheka. Walau bagaimanapun, golongan kiri parti Revolusioner Sosial telah disingkirkan dan ditangkap tidak lama kemudian kerana terlibat dalam percubaan hendak membunuh Lenin.21 Pada mulanya Cheka hanya merupakan badan penyiasat yang tidak

mempunyai kuasa kehakiman dan diletakan di bawah kekuasaan langsung pihak kabinet atau sovnarkom. Cheka hanya dibekalkan dengan kuasa pentadbiran yang terhad dan wujud di samping beberapa suruhanjaya keselamatan yang lain. Pada sepuluh hari pertamanya, Cheka tidak mempunyai kuasa untuk menangkap pesalah. Bentuknya yang begini sesuai dengan prinsip Marxisme yang amat anti kepada unsur pengawasan dan kekuasaan negara terhadap rakyat. Lenin sendiri pernah
20

21

Ibid., hlm 164-165 Cheka dalam http://wapedia.mobi/en/Cheka. 3 Oktober 2009.

10

menjelaskan pendiriannya tentang hal ini. Masyarakat sosialis yang bakal lahir, katanya;
adalah secocok dengan penyebaran demokrasi ke khalayak majoriti amat besar rakyat sehinggakan keperluan satu jentera khusus bagi menyekat dan menekan akan mula terhapus rakyat dapat membasmi para pengeksploit dengan organisasi rakyat bersenjata dengan mudah (seperti Soviet Para Pekerja dan Perwakilan Para Soldadu) 22

Cita-cita Lenin untuk menubuhkan polis dan tentera rakyat sebenarnya tidak terhasil. Lenin membela kekerasan yang digunakannya berdasarkan kepentingan rakyat sendiri. Bagi Lenin, kekerasan revolusi hanya digunakan terhadap musuh rakyat. Dalam keganasan yang kemudiannya berleluasa di Rusia, Cheka telah memainkan peranan penting. Pada bulan Mac 1918, Cheka telah memonopoli segala urusan menentang revolusi balas, spekulasi ekonomi dan penyalahgunaan kuasa dan media.23 Golongan borjuis dan paderi merupakan golongan yang ditangkap oleh Cheka. Operasi menentang golongan Sosialis di Petrograd pada April 1918 dilakukan secara besar-besaran. Dalam beberapa bulan berikutnya, 800 orang ditangkap dan ditembak tanpa dibicarakan. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh Cheka. 24 Pada pertengahan tahun 1918, orang tidak lagi ditangkap oleh Cheka secara berasingan tetapi secara kumpulan dan secara meluas. Pada tahun ini, Cheka sudah mempunyai cawangan di segala tempat yang dikuasainya. Anggota Cheka diarah agar mempertahankan revolusi menurut rasa hati revolusi mereka. Mereka menangkap dan kadangkala menembak dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja yang dianggap merbahaya. Pada penghujung tahun 1918, akhbar pemerintah Pravda, memuatkan panduan bertindak yang dikeluarkan oleh seorang pegawai tinggi Cheka.25
22

Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 165 23 Ibid.
24

Cheka dalam http://wapedia.mobi/en/Cheka. 3 Oktober 2009. Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 165.
25

11

Golongan Sosial Revolusiner berpengaruh dalam kalangan petani di Rusia. Kebangkitan demi kebangkitan berlaku di beberapa wilayah. Pada petang 30 Ogos 1918, ketika sedang berucap kepada sekumpulan pekerja kilang di Moscow, Lenin ditembak dengan dua das tembakan oleh Dore Kaplan, seorang ahli Parti Revolusi Sosial. Sebelum itu, pada hari yang sama, Uritsky, iaitu ketua Petrograd Cheka telah ditembak mati.26 Walau bagaimanapun, Lenin hanya cedera dan telah pulih beberapa minggu kemudian. Kaplan telah dihukum bunuh. Kesan daripada kejadian ini, beratus orang tawanan telah dibunuh supaya perkara ini tidak berulang lagi. Hal ini menyebabkan pemerintahan Bolshevik semakin kejam. 27 Sebagai tindak balas kepada kematian Uritsky, pasukan polis rahsia iaitu Cheka telah diperbesarkan dan disusun semula. Cheka juga melaksanakan hukuman mati ke atas lima ratus orang di Petrograd dan menahan golongan revolusi.28 Sebilangan anggota parti Sosial Revosiner ditangkap dan ditembak. Kegiatan parti pula ditindas. Anggota Cheka juga bertindak menangkap dan membunuh bekas tentera merah yang meninggalkan khidmat tentera tanpa izin. Dipercayai, kira-kira tiga juta tentera Merah keluar dari tentera pada tahun 1919 dan 1920. Kesannya, kira-kira 500,000 bekas tentera Merah telah ditahan dan jumlahnya meningkat kepada 800,000 pada tahun 1920. Mereka telah dihikum oleh Cheka. Pada September 1918, berdasarkan buku berjudul The Black Book of Communism , dalam 12 daerah di Rusia, 48,735 orang bekas tentera dan 7,325 orang pengganas telah telah ditangkap. Daripada jumlah ini 1,826 orang telah dibunuh dan 2,230 orang telah dijatuhkan hukuman mati.29 Keadaan menjadi begitu kejam sehinggakan pihak berkuasa komunis tempatan membantah. Ramai rakyat Rusia termasuk kaum wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasan Cheka. Pada 6 Februari 1922, Cheka telah dihapuskan dan diganti dengan GPU (Gosudarstvennoe Politicheskoe Upravlenie) atau Pentadbiran Politik Negara yang Disatukan. 30 6. Kesimpulan
26 27 28

Ronald Hingley, Russian Revolution, London: The Bodley Head, 1970, hlm 112-113. Herbert L. Peacock, Sejarah Eropah Moden (terjemah), Kuala Lumpur: DBP, 1976, hlm Ronald Hingley, op. cit., hlm 112-113. Cheka dalam http://wapedia.mobi/en/Cheka. 3 Oktober 2009.

29 30

Donald W. Treadgold, Russia Abad ke-20 (terjemah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm 322.

12

Ketokohan Lenin terbukti dengan dasar-dasar yang dilaksanakan ini. Secara keseluruhannya, Dasar Pragmatik, pemilihan ke Dewan Perwakilan, Komunisme Perang dan Cheka adalah dasar penting Lenin semasa memimpin Kesatuan Soviet. Sesungguhnya, kesemua dasar yang dilaksanakannya sama ada dalam politik, ekonomi dan sosial bertujuan untuk mengatasi keadaan negara Soviet di samping mengukuhkan ideologi komunis dan mendapatkan sokongan rakyatnya. Setelah kematian Lenin pada tahun 1924 di usia 54 tahun, Joseph Stalin telah menggantikan Lenin sebagai pemimpin Kesatuan Soviet.

7. Rujukan

13

Buku Dziewanowski, M. K. 1997. A History of Soviet Rusia And Its Aftermath 5th edition. New Jersey: Prentice Hall. Hingley, Ronald. 1970. Russian Revolution. London: The Bodley Head. Peacock, Herbert L. 1976. Sejarah Eropah Moden (terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Palmer, R.R et al. 2002. A History Of The Modern World since 1815. The McGraw-Hill Companies. Qasim Ahmad. 1997. Eropah Moden Arus sosiopolitik dan Pemerintahan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Treadgold, Donald W. 1986. Russia Abad ke-20 (terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Ensiklopedia Dunia. Jilid 12. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Internet (diakses pada 3.Oktober.2009/ masa: 9-10 am) Cheka dalam http://wapedia.mobi/en/Cheka. 3 Oktober 2009. Russian Constituent Assembly http://en.wikipedia.org/wiki/Russian_Constituent_Assembly. 3 Oktober 2009. Vladimir Lenin dalam http://en.wikipedia.org/wiki/War_communism.3 Oktober 2009 War Communism dalam http://www.historylearningsite.co.uk/war_communism.htm. 3 Oktober 2009 War Communism in Retrospect dalam http://www.whatnextjournal.co.uk/Pages/Back/Wnext5/Warcomm.html. 3 Oktober 2009.

14

You might also like