Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

L A P O R A X

A K H I R

Kajian Potensi Pemasaran

COPYRIGHT @ UiTM

A.flF-^v.^H.J B .

J S T .B.

COPYRIGHT @ UiTM

A M I

m**mm* P e m b a n g u n a n T J a l * a w

M a l a y s i a

mmm^MxmmMjm

j u m m

mmuuM-M

J a b a t a n &e>x*ix*eJ<Ka T e h p t U K a j i a n Senilwkla d a n S e n t r e k a

COPYRIGHT @ UiTM

P e n g e n a l a n A r a h . A l i r a n P a s a r a n S a i z P a s a r a n I 2 1

1 0

P r o d u k H a r g a P r o m o s i E d a r a n C a d a n g a n P r o f i l R e s p o n d e n L a m p i r a n . S a m p el
liembaraa Koa Borang Soalaelidik Penguaaha

S 5

3 3 3

0 2 7

Borang SoalaeHdifc Pembeli Runclt

COPYRIGHT @ UiTM

Kajian

PENGENALAN
Pasaran

Kain

Kajian Potensi Pasaran Kain Tenun Pahang merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk mengenalpasti peluang-peluang pasaran yang wujud di Malaysia bagi produk Kain Tenun Pahang.

Tenun
Pahang

OBJEKTIF
Objektif-objektif kajian ini ialah seperti berikut:

Mengenalpasti potensi pasaran bagi Kain Tenun Pahang. Mengkaji dan menilai pasaran kain tenun di pasaran negara ini. Mengkaji dan menilai sasaran pasaran semasa kain tenun tempatan. Mengkaji dan menilai produk-produk kain tenun yang dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha tempatan

Mencadangkan produk-produk Kain Tenun Pahang yang berpotensi bagi pasaran tempatan.

! 9

KAEDAH KAJIAN
Dua kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui data sekunder dan prima. Data sekunder merujuk kepada maklumat-maklumat media cetak yang tersedia ada mengenai produk, pengusaha dan pasaran kain tenun oleh institusi-institusi pembangunan dan penggalakan krafitangan di negara ini. Institusi-institusi yang dimaksudkan ialah seperti berikut: 1. Ibu pejabat Kraftangan Malaysia di Rawang, Selangor dan pejabat-pejabat awangannya di Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuching. Infokraf Malaysia di Jalan Sultan Hisyamuddin, Kuala Lumpur. Jabatan Tekstil, Kaj ian Senilukis dan Senireka, Institut Teknologi MARA, Shah Alam.

2. 3.

COPYRIGHT @ UiTM

Maklumat primapuladikumpulkanmelalui kajiankhusus keijamedanyang melibatkan lawatan, pemerhatian dan temubual ke premis-premis pengusaha dan pembeli runcit di negeri-negeri yang telah dikenalpasti sebagai pusat pengeluaran dan jualan produkproduk kain tenun. Pemilihan responden pengusaha dan pembeli runcit adalah berdasarkan persamaan produk yang dikeluarkan dan teknik tenun yang digunakan.

DEFINISI
Pengusaha kain tenun Pengusaha kain tenun merujuk kepada individu atau perniagaan yang mengusahakan produk-produk kain tenun secara komersil. Responden pengusaha yang dikaji termasuklah entiti yang terlibat secara langsung di dalam keija-kerja memproses, menenun dan memasarkan produk-produk yang berasaskan kain tenun yang dikeluarkan sendiri atau pun yang diusahakan secara 'sub-contract'o\oh orang-orang perseorangan di bawah kelolaannya.

Pembeli runcit Responden pembeli runcit merujuk kepada individu atau perniagaan yang terlibat secara langsung menjual dan membeli produk-produk kain tenun atau yang yang berasaskan kain tenun di premis perniagaan mereka. Pembeli runcit yang dimaksudkan termasuklah entiti-entiti yang membeli dan menjual produk-produk kain tenun secara runcit atau borong kepada pelanggan mereka. Jualan borong merupakan jualan secara pukal yang melebihi sesuatu tahap kuantiti yang ditentukan oleh pengusaha atau pembeli. Dalam kajian ini,'kuantiti yang dianggap jualan borong bagi produk tenun kain sampin atau sarong ialah sebanyak 20 unit. Kebiasaanya, pengusaha akan menetapkan harga yang berlainan dengan memberikan potongan harga yang lebih tinggi bagi jualan secara borong berbanding penjualan secara runcit.

Kain Tenun Biasa


Kain tenun biasa yang dirujuk dalam kajian ini ialah produk-produk tenun yang diusahakan secara tradisi menggunakan tangan dan peralatan-peralatan tenun yang asas. Bahan mentah utama yang digunakan di dalam pengeluaran kain tenun ini ialah benang suterahalus, benang kapas halus dan benang sintetik atautiruan. Kebiasaanya, kain tenun biasa mempunyai corak yang ringkas melalui proses tenun benang 'warp' dan W/yang berlainan warna. Teknik ikatjuga digunakan untuk menghasilkan produk kain tenun yang lebih bercorak kontemporari. Dipercayai bahawa teknik ini telah diperkenalkan oleh pedagangpedagang India Muslim dari Guj erat satu abad yang lalu ke negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

COPYRIGHT @ UiTM

Penggunaan benang-benang emas dan perak adalah terhad kepada corak-corak tertentu yang menghiasi produk kain tenvmyang diusahakan.

Kajian Potensi Pasaran

Kain Tenun Pahang

Kain Tenun Pahang Produk Kain Tenun Pahang yang dirujuk dalam kaj ian ini ialah sama dengan produk kain tenun biasa. Walau bagaimanapun, dari aspek corak dan warna, produk kain tenun Pahang mempunyai corak yang ringkas iaitu melintang atau menegak dan kombinasi keduanya. Bahan kain yang digunakan ialah benang sutera halus, benang kapas halus dan benang sintetik. Benang emas dan perak tidak digunakan pada kain atau corak yang dihasilkan.

Kain Tenun Songket Tenunan songket merujuk kepada kain tenun tradisional Malaysia yang ditenun tangan menggunakan benang sutera halus, benang kapas halus atau kombinasi keduanya. Corak-corak pada kain tenun songket dihiasi sepenuhnya dengan benang emas atau perak. Tenunan songket kebanyakannya di usahakan di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang merupakan kain yang dijadikan pakaian istimewa bagi majlismajlis keraian dan upacara rasmi masyarakat Melayu di negara ini.

Tenunan Pua Kain tenun Pua merupakan sej enis kain tenun yang banyak dihasilkan di Sarawak; khususnya oleh puan Iban. Corak pada kain puan sebahagian besarnya menggunakan corak-corak primitif yang menggambarkan manusia, buaya, ular, cicak dan burung kenyalang. Teknik ikat juga banyak dipraktikkan puak ini bagi menghasilkan kain yang dikenali sebagai Kain Pua. Warna-warna pada kain pua terhad kepada warna-warna asa/ (earthy coloursj seperti hitam, merah tua, coklat kekuningan dan coklat. Kain pua merupakan pakaian harian puak Iban yang dijadikan bidang (skirt), kalambi (jacket), sirat(7/o cloth) dandangdong (shoulder cloth). Kain Pua juga turut dijadikan warisan dari satu generasi ke generasi yang lain serta mas kahwin bagi sesuatu majlis perkahwinan masyarakat ini. Terdapat juga beberapa motif pada corak kain pua yang hanya boleh digunakan oleh sesuatu keluarga atau golongan sahaja.

i I
5
01

Kain Tenun India Kain tenun yang diimport dari India ini kebanyakan dijadikan bahan untuk pakaian seperti sampin di negara ini. Corak dan warna bagi kain tenun yang diimport ini adalah sama dengan Kain Tenun Biasa dan Kain Tenun Songket; tetapi dijual pada harga yang lebih rendah. Penjualan kain tenun ini paling ketara semasa musimmusim perayaan seperti Hari Raya di negara ini. Walau bagaimanapun, kualiti kain didapati lebih rendah dan diusahakan dengan mesin sepenuhnya. 'Daging'kain juga didapati lebih kasar dan jarang berbanding dengan yang diusahakan di negara inL

COPYRIGHT @ UiTM

PENSAMPELAN
Pensampelan Pengusaha Sebanyak enam pengusaha utama kain tenun telah dikenalpasti sebagai responden bagi kajian ini. Pemilihan responden ini dibuat berdasarkan rujukan yang diberikan oleh Kraftangan Malaysia dan juga yang disenaraikan dalam Buku Panduan Kraf Malaysia edisi 1995/96 yang diterbitkan oleh Kraftangan Malaysia. Berikut adalah senarai responden di kalangan pengusaha-pengusaha berkenaan: Kelantan Pantas (Cik Minah) Songket dan Batik Hajj ah Cik Bidah Hj Che Yin Haji Idris Omar Terengganu Permint Suterasemai Sdn. Bhd. Terengganu Songket The House of Tengku Ismail Johor PKKM cawangan Johor

Kajian Potensi Pasaran

Kain Tenun Pahang

Pensampelan Pembeli Runcit Bagi kategori pembeli runcit pula, pemilihan dibuat berdasarkan kuantiti produk kain tenun yang ditawarkan di premis perniagaan dan lokasi'perniagaan berkenaan. Walau bagaimanapun, panduan yang diberikan oleh cawangan-cawangan Kraftangan Malaysia di lokasi kajian juga diambilkira dalam pemilihan sampel responden i ni. Berikut adalah senarai responden pembeli runcit berkenaan: Kelantan SyarikatMAS Butik WanAzmi Terengganu Gong Kapas Songket & Batik Yusmee Batik DutaCendering NA Sutra Collection Johor Johorcraft Sdn. Bhd. Sa'adah Suhairi

s i I9
tl

COPYRIGHT @ UiTM

Kuala Lumpur Kraf Holdings Sdn. Bhd. Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Bogies Thai Silk Sdn. Bhd. Songket & Sutera Asli Tenun Songket dan Kraftangan Melaka Karyaneka cawangan Melaka Infokraf cawangan Melaka Pusat Kraftangan Dulu Kala Pusat Kraftanan Muzium Sastera dan Ethnography Sarawak Sarakraf Gallery Unika Sarawak Borneo Vision Nelsons Gallery Arts of Asia Langkawi Gallery Coccoon Karyaneka cawangan Kedah Pulau Pinang Pasar Chowrasta Kampung Budaya Pulau Pinang Berdasarkan senarai di atas, sebanyak 19 responden pembeli runcit kain tenun tempatan telah dikenalpasti sesuai untuk dianalisis. Responden-responden pembeli runcit berikut digugurkan kerana volum jualan dan stok barangan kain tenun atau yang berasaskan kain tenun yang amat kecil dan tidak ketara. Responden-responden tersebut ialah seperti berikut: Melaka Pusat Kraftangan Dulu Kala Pusat Kraftanan Muzium Sastera dan Ethnography Infokraf cawangan Melaka Langkawi Gallery Coccoon Karyaneka cawangan Kedah Pulau Pinang Pasar Chowrasta Kampung Budaya Pulau Pinang Maklumat lengkap responden pengusaha dan pembeli runcit ini ditujukkan di bahagian Profil laporan ini.

Kajian Potensi Pasaran

Pahang

S ?

COPYRIGHT @ UiTM

INSTRUMEN DAN KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT


Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah dua borang soalselidik yang mengandungi dua bahagian iaitu: Bahagian I Profil Pengusaha dan Pembeli Runcit Bagian ini mengumpulkan maklumat ringkas responden yang berkaitan dengan perkara-perkara berikut: O O O O O Nama Jenis perniagaan Lokasi Perniagan Jawatan responden Tahun periniagaan dimulakan

Bahagian II Maklumat-maklumat pasaran Bahagiak ini merujuk kepada maklumat campuran pemasaran respondenresponden pengusaha dan pembeli runcit yang berkaitan dengan perkaraperkara berikut: O O O O Produk Strategi Meletak Harga Strategi Promosi Strategi Pengedaran

Maklumat-maklumai kualitatif juga dianggap penting dalam kajian ini. Jesteru itu, soalan terbuka atau 'open -ended questions 'juga dimasukkan di dalam borang soalselidik ini.

COPYRIGHT @ UiTM

Soalselidik Pengusaha Maklumat-maklumat utama berkaitan dengan Pengusaha kain tenun yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah seperti berikut: Jenis-jenis produk kain tenun yang dihasilkan Kegunaan utama kain tenun yang dihasilkan Bahan mentah utama yang digunakan dalam pengeluaran Sumber bekalan bahan mentah utama Anggaran belian bahan mentah utama sebulan Masalah-masalah yang dihadapi dengan pembekal bahan mentah utama yang digunakan Pembeli-pembeli utama produk kain tenun yang dikeluarkan Tujuan pembelian kain tenun oleh pelanggan Ciri-ciri utama yang dikehendaki oleh pelanggan di dalam pembelian kain tenun Purata harga sehelai produk kain tenun yang banyak dikeluarkan Anggaran purata jualan bulanan kain tenun Anggaran keuntungan bulanan produk kain tenun yang hasilkan Bantuan-bantuan luar yang diterima dalam mengendalikan perusahaan Kaedah pengedaran produk kain tenun yang diamalkan Program promosi kain tenun yang dilaksanakan Masalah-masalah yang dihadapi di dalam pengeluaran kain tenun Langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan pasaran kain tenun

Kajian Potensi Pasaran

Tenun Pahang

\
0 1

COPYRIGHT @ UiTM

Soalselidik Pembeli Runcit Seterusnya, maklumat-maklumat utama mengenai Pembeli Runcit produk kain tenun meliputi perkara-perkara berikut: Jenis perniagaan Lokasi Tahun perniagaan dimulakan Jenis-jenis produk kain tenun yang ditawarkan Kegunaan utama kain tenun yang ditawarkan Sumber bekalan produk kain tenun Pembeli-pembeli utama produk kain tenun yang ditawarkan Kegunaan utama produk kain tenun yang dijual Ciri-ciri utama kain tenun yang dikehendaki oleh pelanggan dalam pembelian kain tenun Anggaran jualan purata kain tenun sebulan Anggaran belian purata kain tenun sebulan Langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan pasaran kain tenun

Kajian Potenst Pasaran

Kain Tenun Pahang

8
W ^ W

I
9

>

COPYRIGHT @ UiTM

KEKAKANGAN
Kekangan-kekangan yang dikenalpasti semasa menjalankan kajian ialah seperti berikut: Tiadanya maklumat bertulis tentang perkara-perkara kuantitatifseperti laporan kewangan, rekod-rekod jualan, beliandan sebagainya yang menyokong kesahihan maklumat yang diberikan oleh responden pengusaha dan pembeli runcit Kumpulan pengkaji menggunakan maklumat yang diberikan oleh respondenresponden tersebut dan membandingkannya dengan faktor-faktorfizikalyang terdapat di premis perniagaan pengusaha dan pembeli runcit. Antara faktor yang dijadikan perbandingan ialah kuantiti stok kain tenun, kunjungan pelanggan, saiz premis, bilangan kakitangan, lokasi dan masa perniagaan beroperasi

Rujukan terhad kepada media cetak yang terdapat di ITM dan Kraftangan Malaysia sahaja. Kumpulan pengkaji berpendapat maklumat-maklumat yang diperolehi adalah mencukupi untuk tujuan kajian. Walau bagaimana pun, maklumat-maklumat terkini lebih banyak diperolehi melalui responden-responden pengusaha dan pembeli runcit sendiri.

Panduan-panduan pasaran dan pengeluaran produk kain tenun diperolehi secara lisan melalui pengarah dan pegawai-pegawai Kraftangan Malaysia di negeri-negeri kajian dijalankan. Maklumat yang diperolehi melalui sumber ini telah banyak menolong di dalam pemilihan sampel responden dan kawasan pengeluaran dan penjualan utama produk kain tenun. Oleh yang demikian, kumpulan pengkaji mengakui bahawa kepakaran dan pengalaman kakitangan Kraftangan Malaysia di negeri-negeri berkenaan boleh dijadikan asas untuk mendapatkan maklumbalas yang diperlukan untuk kajian ini.

COPYRIGHT @ UiTM

ARAH ALIRAN PASARAN


Kajian menunjukkan arah aliran pasaran kain tenun adalah bermusim di mana jualan paling ketara semasa musim-musim perayaan seperti Hari Raya, cuti sekolah dan juga apabila pesta-pesta pelancongan diadakan. Lima belas responden pembeli runcit (78.95%) menyatakan jualan produk kain tenun mereka paling ketara semasa musim-musim perayaan ini. Hanya responden Kraf Holdings Sdn. Bhd. sahaja mencatatkan jualan yang mendatar sepanjang tahun. Ini merujuk kepada kategori produk yang ditawarkan iaitu sebagai sumber kraftangan dan hiasan pada produkproduk lain; terutamanya sebagai hiasan pada beg seminar, fail, folder dan sebagainya. Produk-produk ini dibekalkan sebahagian besarnya kepada sektor kerajaan dan swasta. Dua responden pembeli runcit tenunan pua di Sarawak juga turut menyatakan jualan produk pua adalah ketara sepanjang tahun. Mereka ialah Sarakraf dan Borneo Vision. Ringkasan penemuanini ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1
Jualan kain tenun paling ketara semasa: Bilangatt Responden Peratus

Musim-musim Perayaan (contohnya Hari Raya, cuti sekolah dan sebagainya) Pesta-pesta Pelancongan (contohnya Malaysia Fest, Pesta Flora dan sebagainya) Semasa Promosi Jualan Sepanjang Tahun

15

78.95%

5.26%

1 4

5.26% 21.05%

Nota: Responden boleh memilih lebih dari satu kategori yang didapati sesuai

COPYRIGHT @ UiTM

SASARAN PASARAN
Pengusaha Ditinjau dari aspek pembeli-pembeli utama produk kain tenun yang dikeluarkan, enam pengusaha (85.71%) menyatakan orang-orang persendirian merupakan kelompok pembeli utama bagi pasaran kain tenun. Jumlah ini termasuklahjualan kepada individu yang membeli dalam kuantiti yang besar untuk dijadikan pakaian seragam untuk sesuatu organisasi. Contohnya ialah pakaian seragam sekolah serta pasukan keselamatan seperti tentera dan polis. Pengusaha-pengusaha kain tenun yang banyak membekalkan produk mereka kepada pasukan berpakaian seragam ini ialah seperti Pantas (Cik Minah) Songket dan Batik, Cik Bidah Haji Cik Yin dan Terengganu Songket. Jualan terus kepada pembeli runcit pula menunjukkan jumlah nilai jualan yang kedua selepas orang-orang persendiran. Empat responden pengusaha (57.14%) menyatakan pembeli-pembeli runcit dalam negeri merupakan pembeli utama kain tenun yang ditawarkan dan mereka ini diberikan harga yang menarik bagi pembelian borong yang dibuat. Ringkasan penemuan ini ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut:

Jadual 2
Pembeli-pembeli utama kain tenun oleh responden pengusaha-pengusah kain tenun ialah: Bilangan Responden Peratus

Orang-orang persendirian (termasuk pelancong) Pembeli runcit dalam negeri Agensi-agensi kerajaan/korporat Agen-agen pengeksport barangan kraftangan

85.71%

4 1

57.14% 14.28%

14.28%

Nota: Responden boleh memilih lebih dari satu kategori yang didapati sesuai

COPYRIGHT @ UiTM

Pembeli Runcit Dari aspek pembeli runcit pula, sasaran utama pasaran kain tenun yang ditawarkan ialah pengunjung-pengunjung tempatan. Kesemua responden pembeli runcit menyatakan pengunjung tempatan adalah pembeli paling banyak; lebih dari 75 peratus daripada jualan keseluruhan produk kain tenun mereka. Hanya lima responden sahaj a (3 5.71 %) yang menyatakan pelancong luar negeri juga merupakan pembeli utama produk kain tenun yang ditawarkan. Seterusnya, kesemua responden pembeli-pembeli runcit tenunan pua menyatakan bahawa pelancong-pelancong luar negeri adalah pasaran utama bagi produk tenunan pua yang ditawarkan. Ringkasan penemuan ini ditunjukkan dalam Jadual 3 berikut:

Kajian Potensi Pasaran

tain \iun

l^f"^

HI < 8

12

COPYRIGHT @ UiTM

Kajian Potensi

Pa

^taiit
ng

O N

< S 3 = a 3 a < u H

O o o 00

N T O q o o

M
o (*>

a
a

o o

0s

m ci

< N

00

a c W O .2 " S < u a (S S ro T3 C S -S ee oo M l e C M

is

cs

o o
o

0s

00
CM

c 3 e ai H

vn o

( N

00

| i 113
oo c I C L t
5

oo c < u o o z c s 3 ID C LJ

00

o c 2 c
+L

0.

o c e < D

C ( D
00 <

00

! D< tD

13

COPYRIGHT @ UiTM

SAIZ PASARAN
Berdasarkan anggaran jualan purata bulanan pengusaha-pengusaha kain tenun yang dikaji, nilai jualan didapati berbeza di antara pengusaha Sepanjang tahun 1995, purata jualan bulanan responden pengusaha-pengusaha kain tenun ialah sebanyak RM125,500.00 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut. Walau bagaimanapun, PKKM cawangan Johor tidak diambilkira dalam aspek ini kerana kaedah pengeluaran yang tidak komersial. Responden ini lebih menumpukan perhatian kepada bidang latihan menenun.

Kajian Potensi Pasaran

Kain Tenun Pahang

Jadual 4
Anggaran Jualan Kain Tenun Sebulan (purata) Pengusaha Tenun Biasa Songket Jumlah

Kelantan Pantas (Cik Minah) Songket dan Batik HajjahCikBidah Hj Che Yin Haji Idris Omar Terengganu Permint Suterasemai Sdn. Bhd. Terengganu Songket The House of Tengku Ismail

RM9,000 RM7,000 RM5,000

RM3,500 RM3,000 RM5,000

RM 12,500 RM 10,000 RM 10,000

RM50,000 RM 9,000 RM 500

RM 9,000 RM24,500

, RM 50,000 RM 18,000 RM 25,000

Jumlah

RM80,500

RM45,000

RM125,500

Nota: Responden PKKM cawangan Johor tidak diambilkira dalam persampelan ini kerana jumlah dan kaedah pengeluaran yang tidak komersil.

14

COPYRIGHT @ UiTM

Dalam tempoh yang sama, responden-responden pembeli runcit pula menunjukkan jualan purata sebulan sebanyak RM107,900.00. Ringkasan penemuan ini ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 berikut:

Jadual 5
Anggaran Jualan Kain Tenun Sebulan (purata) Pembeli Runcit Tenun Biasa Songket Jumlah

Kelantan
Syarikat MAS Butik WanAzmi RM 200 RM , 300 RM 1,300 RM1.200 RM 1,500 RM 1,500

Terengganu
Gong Kapas Songket & Batik Yusmee Batik DutaCendering NA Sutra Collection RM15,000 RM 500 RM 1,000 RM 500 RM5,000 RM 1,500 RM4,000 RM 700 RM20,000 RM 2,000 RM 5,000 RM 1,200

Johor
Johorcraft Sdn. Bhd. Sa'adah & Suhairi Tex. Trdg. RM 1,000 RM 200 RM5,000 RM 500 RM 5,000 RM 700

Kuala Lumpur
Kraf Holdings Sdn. Bhd. Syarikat Pemasaran Karyaneka Bogies Thai Silk Sdn. Bhd. Songket &SuteraAsli Tenun Songket dan Kraftangan RM 4,000 RM 200 RM15,000 RM 500 RM 500 RM6,000 RM1,800 RM2,500 RM1,000 RM 10,000 RM 2,000 RM 15,000 RM 3,000 RM 1,500

Melaka
Karyaneka cawangan Melaka RM 50 RM 450 RM 500

Jumlah

RM38,950

RM30,950

RM69,900

Pembeli Runcit Sarawak


Sarakraf Gallery Unika Sarawak Borneo Vision Nelsons Gallery Arts of Asia

Tenun Pua

Songket

Jumlah

RM24,000 RM 3,000 RM 3,000 RM 4,000 RM 3,000

RM 1,000

RM24,000 RM 3,000 RM 3,000 RM 5,000 RM 3,000

Jumlah

RM37,000

RM1,000

RM38,000

COPYRIGHT @ UiTM

Berdasarkan kepada purata jualan sebulan produk-produk kain tenun oleh responden-responden pengusaha dan pembeli runcit, anggaran saiz pasaran sebulan keseluruhan kain tenun bagi tahun 1995 adalah sebanyak RM233,400.00 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 berikut:

Potlnsi Pasaran

Jadual 6
Anggaran Jualan Kain Tenun Sebulan (purata keseluruhan) Responden Tenun Biasa Tenunan Songket Tenunan Pua

Pengusaha Pembeli Runcit Jumlah

RM 80,500 RM 38,950 RM119,450

RM 45,000 RM 31,950 RM 76,950

RM 37,000 RM 37,000

Kain Tenun Pahang

Jumlah Keseluruhan Sebulan

RM 233,400

03

Penemuan ini memberi gambaran bahawa anggaran saiz pasaran keseluruhan produk kain tenun bernilai RM233,400.00 sebulan, iaitu bersamaan dengan RM2.8 juta setahun. Bagi kategori tenun biasa pula, kajian menunjukkan saiz pasaran produk ialah sebanyak RM119,450 sebulan; atau pun bersamaan dengan RM1.4 juta setahun. Walau bagaimanapun, kajian ini hanyadianggarkanmeliputi 60 peratus sahaja daripadapengusaha-pengusaha kain tenun dan 25 peratus pembeli-pembeli runcit tempatan. Oleh yang demikian, sekiranya diambilkira bersama produkproduk kain tenun yang diimport dari luar negeri seperti Indonesia dan India, saiz pasaran ini adalah lebih luas daripada yang dinyatakan dalam kajian ini. Anggaran saiz pasaran sebenar kain tenun biasa dengan mengandaikan sampel kaj ian hanya meliputi 60 peratus daripada keseluruhan pengusaha tempatan dan 25 peratus daripada pembeli runcit, maka saiznya adalah bernilai RM289,900 sebulan atau pun RM3.47 juta setahun. Berdasarkan andaian-andaian yang sama juga, anggaran saiz sebenar pasaran bagi produk kain tenun di negara ini bagi tahun 1995 ialah sebanyak RM7.6 juta setahun. Kaedahpengiraan yang dibuat ialah seperti berikut:

I
16

COPYRIGHT @ UiTM

Anggaran Saiz Pasaran Kajian Sebulan

Responden

Peratusan

Tenun Biasa

Tenunan Songket

Tenunan Pua

Pengusaha Pembeli Runcit

60% 25%

RM 80,500 RM 38,950

RM 45,000 RM 31,950

RM37,000

Jumlah Sebulan

RM119,450

RM 76,950

RM37,000

Anggaran Saiz Pasaran Sebenar Sebulan

Responden

Peratusan

Tenun Bi^sa

Tenunan Songket

Tenunan Pua

Pengusaha Pembeli Runcit

100% 100%

RM134,100 RM155,800

RM 75,000 RM125,800

RM148,000

Jumlah Sebulan

RM289,900 RM200,800 RM148,000

Jumlah Setahun

RM3.479j

RM2.410j

RM1.776j

Jumlah Keseluruhan

RM7.6646j setahun

COPYRIGHT @ UiTM

Kajian

PRODUK
Produk yang dikeluarkan oleh Pengusaha Kajian mendapati tujuh pengusaha utama produk kain tenun yang aktif di dalam pengeluaran dan pemasaran kain tenun. Responden-responden tersebut ialah tiga di Kelantan, tiga di Terengganu dan satu di Johor. Senarai pengusaha-pengusaha berkenaan ialah seperti berikut: Kelantan Pantas (Cik Minah) Songket dan Batik Hajjah Cik Bidah Hj Che Yin Haji Idris Omar Terengganu Permint Suterasemai Sdn. Bhd. Terengganu Songket The House of Tengku Ismail Johor PKKM cawangan Johor Dari segi persamaan produk dengan Kain Tenun Pahang, hanya tiga pengusaha (42.86%) yang menghasilkan kain tenun biasa dalam kuantiti yang paling banyak; iaitu melebihi 75 peratus daripada keseluruhan pengeluaran kain tenun mereka. Pengusaha-pengusaha yang dimaksudkan ialah Pantas (Cik Minah) Songket dan Batik, Hajjah Cik Bidah Hj Che Yin dan Permint Suterasemai Sdn. Bhd. Permint Suterasemai Sdn. Bhd. hanya mengeluarkan produk kain tenun biasa sahaja. Produk-produk tenun lain diperolehi daripada pengusaha-pengusaha persendirian di Terengganu. Analisis terhadap produk-produk kain tenun yang dikeluarkan oleh kesemua responden pengusaha ini menunjukkan produk pakaian iaitu sampin dan kain sarong merupakan produk utama bagi kain tenun mereka. Jadual 7 berikut menunjukkan ringkasan penemuan penggunaan produk kain tenun yang dikeluarkan oleh responden pengusaha-pengusaha ini.

Pasaran

Kain Tenun Pahang

18

COPYRIGHT @ UiTM

Kajian

Jadual 7
Pasaran

Penggunaan utama kain tenun yang dihasilkan oleh Pengusaha:


Tenun Biasa
Bil Peratus

Kain Tenun Pahang

Tenunan Songket
Bil Peratus

Pakaian Hiasan

7 -

100.00% -

6 1

85.71% 14.29%

Nota: Responden boleh memilih lebih dari satu kategori yang didapati sesuai

Pengusaha-pengusaha kain tenun seperti Pantas (Cik Minah) Songket dan Batik, Hajjah Cik Bidah Hj Che Yin dan Permint Suterasemai Sdn. Bhd. turut menawarkan produk kain tenun dalam bentuk 'kain e/a'terutamanya untuk dijadikan pakaian. Walau bagaimanapun, hanya Permint Suterasemai Sdn. Bhd. sahaja yang menawarkan rangkaian kain tenun yang lebih luas dan dalam pelbagai pilihan warna dan corak yang lebih kontemporari. Produk yang ditawarkan juga diberi jenama iatu Suteramas yang melambangkan ketinggian mutu dan nilai estatika kain tenun yang diusahakan dengan tangan sepenuhnya. Pengusaha juga, melalui unit pemasarannya, turut memperkenalkan produk-produk baru di pasaran seperti produk 'Dwisutera' iaitu kain tenun yang dipasangkan dengan fabrik baju wanita. Produk tali leher yang menggunakan bahan kain tenun juga turut menjadi produk yang popular dikeluarkan oleh perniagaan ini. Seterusnya, Permint Suterasemai Sdn. Bhd. dan The House of Tengku Ismail telah membuat percubaan untuk mempelbagaikan penggunaan kain tenun mereka kepada rangkaian produk-produk 'household' seperti fabrik untuk sofa, langsir dan kusyen. Setakat kajian dijalankan, produk 'household' ini masih lagi dalam peringkat pembangunan prototaip serta dan belum lagi dipasarkan. Berdasarkan maklumbalas pengusaha-pengusaha berkenaan, produk 'household' ini mempunyai potensi pasaran yang baik sekiranya dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang besar dan boleh dipasarkan pada harga yang mampu bersaing dengan fabrik-fabrik lain yang ada di pasaran. Dalam situasi ini, faktor harga dan kemampuan operasi turut memainkan peranan yang penting bagi membangun dan memajukan industri kain tenun di negara ini

tl

I
19

COPYRIGHT @ UiTM

Kajian

Produk yang ditawarkan oleh Pembeli Runcit Penemuan yang samajuga ditunjukkan terhadap maklumbalas yang diterima daripada responden pembeli runcit. Dalam kajian ini, sebanyak 19 responden pembeli runcit telah dikenalpasti sesuai untuk tujuan penganalisaan. Responden-responden tersebut ialah seperti berikut:

Potensi
Pasaran

Temm
Pahang

Kelantan Syarikat MAS Butik WanAzmi Terengganu Gong Kapas Songket & Batik Yusmee Batik DutaCendering NA Sutra Collection Johor Johorcraft Sdn. Bhd. Sa'adah Suhairi Kuala Lumpur Kraf Holdings Sdn. Bhd. Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Bogies Thai Silk Sdn. Bhd. Songket & Sutera Asli Tenun Songket dan Kraftangan Melaka Karyaneka cawangan Melaka Infokraf cawangan Melaka Sarawak Sarakraf Gallery Unika Sarawak Borneo Vision Nelsons Gallery Arts of Asia Analisis terhadap responden pembeli-pembeli runcit ini menunjukkan penggunaan utama produk kain tenun sebagai pakaian; iaitu 60 peratus bagi produk kain tenun biasa dan 57.14 peratus bagi produk tenunan songket. Hanya sebahagian kecil sahaja produk kain tenun ini yang digunakan sebagai hiasan, cenderahati ataupun sebagai sumber kraftangan. Penemuan terhadap produk tenunan pua, bagaimana pun menunjukkan kegunaan utama utama produk sebagai hiasan (42.86%), cenderahati dan 'household' (21.43%). Produk 'household'yang banyak dihasilkan dari produk kain pua ialah kusyen, alas meja dan dij adikan bahan hiasan pada lampu meja Ringkasanpenemuan ini ditunjukkan dalam Jadual 8 berikut:
20

COPYRIGHT @ UiTM

You might also like