Masyarakat Peribumi Jakun

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

BINCANGKAN PERUBAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN MASYARAKAT PRIBUMI SUKU KAUM JAKUN

KUMPULAN 5 NURU AIN MASITAH BT ZAIDI AEA 100238 NURUL SHAZWANI BT MARUDING AEA 100250

PENGENALAN
Istilah Jakun adalah hasil cantuman dua perkataan iaitu Jah dan Kun. Jah bermaksud orang manakala Kun ialah liar (Iskandar Carey 1976). Dikenali juga sebagai masyarakat Orang Hulu didapati tersebar luas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri Pahang dan Johor. Mengamalkan gaya hidup yang hampir sama dengan kehidupan Orang Melayu dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (Hervey, 1881). Mereka mengamalkan animisme. Mereka berasal dari Yunnan (Selatan China).

SISTEM KEPIMPINAN
Mempunyai sistem ketua yang dipanggil Batin. Berperanan menguruskan segala urusan kebajikan di kampung. Juga menjadi orang perantaraan antara JHEOA dengan masyarakat. Juga berperanan sebagai wali dan mempunyai peranan dalam adat istiadat perkahwinan. Contohnya, Batin Awang di Kg. Gumum iaitu kampung yang paling maju. Kampung yang tidak mempunyai ketua kerana hanya mempunyai 2 3 buah rumah, dan hanya mendengar arahan daripada Batin Awang.

Terdapat seorang ahli komuniti daripada kampung kecil iaitu Kg. Tg. Puput yang mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan Tasik Chini iaitu Cik Baharin. Beliau merupakan tokoh yang sangat dihormati. JKKK pula wujud sejak 2004, dengan pengerusi pertamanya ialah Cik Ismail. Pengerusi sekarang ialah Abu Seman. Adanya Tok Pawang atau bomoh kampung. Tok Pawang mengetuai amalan pemujaan dan menghalau syaitan mengikut adat.

PERKAHWINAN
Adat perkahwinan bermula dengan rombongan merisik diketuai oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Batin. Dilakukan secara senyap, apabila kata sepakat dicapai barulah upacara meminang dilakukan. Cincin belah rotan digunakan sebagai tanda pertunangan, pengeras (batu kepala) satu suku(dua puluh lima sen) ,dan kelengkapan serba satu (sepasang pakaian, sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan dan satu set perkakas jahitan iaitu gunting, jarum, dan benang) pula dijadikan sebagai hantaran. Rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki, saudara mara terdekat, dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat perkahwinan.

Peranan Tok Batin juga boleh bertindak sebagai wali, dalam situasi tertentu. Upacara malam berinai dilakukan sebelum majlis persandingan bermula. Sebelum majlis persandingan bermula, perarakan akan dilakukan oleh keluarga pihak lelaki ke rumah perempuan dan seterusnya ke jenjang pelamin. Tepung tawar direnjis tanda restu daripada keluarga. Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin (jika pasangan pengantin berasal dari kampung yang berbeza).

KEPERCAYAAN
Percaya kepada animisme dan hubungan dengan alam. Contohnya, suku bangsa Jakun di Johor percaya wujudnya dua Tuhan (Tuhan Atas dan Tuhan Bawah), dewata, keramat dan roh-roh penting dalam kehidupan mereka. Tuhan Bawah, suami kepada Tuhan Atas yang mana tugasnya menjaga bumi. Tuhan Atas pula adalah sebagai isteri yang memayungi bumi atau Tuhan Bumi. Mereka mempunyai pegangan ruyub dan raib (kitab suci masyarakat jakun dalam bentuk lisan) yang diwariskan dalam bentuk lisan.

PERAYAAN
1. PERAYAAN
Perayaan ini akan diadakan pada setiap tahun. Kebiasaannya diadakan semasa cuti Tahun Baru Cina. Tujuan mengadakan perayaan ini adalah memuja dan menjauhkan dari segala bencana untuk kampung dan semua penduduk kampung tersebut. Perayaan ini juga ditetapkan dan didahului oleh seorang Tok Pawang atau bomoh kampung. Pada ketika ini, kunjung-mengunjung tidak dibenarkan. Orang luar tidak dibenarkan masuk ke kampung yang sedang menjalankan istiadat ini. Masyarakat percaya hantu-hantu jahat akan mengikut masuk bersama mereka.

Tok Pawang akan mendahului upacara dengan mengadakan satu tempat khas bagi memuja dan menghalau segala syaitan. Di kawasan upacara ini dipasangkan sangkak dan disediakan satu tempat makan bagi sajian hantu, syaitan dan hantu yang dipanggil untuk bersama-sama makan. Perkara ini hanya diketahui oleh Tok Pawang sahaja. Pada saat ini, Tok Pawang dan pengiringnya memuja dan mengelilingi sangkak yang telah disediakan dengan penuh adat istiadat dan kepercayaannya.

Penduduk lain yang diketuai oleh ketua kampung atau batin akan menyediakan makanan yang agak luar biasa dari hari kebiasaannya. Juadah tersebut seperti lemang, kuih-muih dan juga ayam serta daging. Selama tiga hari oarng kampung dilarang :i. Mencangkul tanah atau membajak ii. Mandi secara riuh rendah iii. Memetik segala daun-daun yang hidup seperti pucuk ubi. iv. Mengupas batang pisang atau kulit kayu yang menyerupai cahaya putih. v. Membenarkan orang-orang kampung lain masuk ke kampung yang telah dibela (pagar).

2. BERJEROM Orang Jakun masih percaya kepada hantu, keramat,


dewa-dewa dan adat istiadat mengubat pesakit secara berjampi dan ia masih diamalkan sehingga kini. Upacara berjerom akan diadakan di tempat berpuaka seperti batu besar, gua batu, lubuk sungai, pokok-pokok seperti pokok sena, pokok beringin, ara, merbau dan meranti. Pada hari itu, mereka akan menurunkan segala ilmu tangkal jampi serta kepandaian bomoh kepada individu yang terpilih. Semua penduduk kampung akan berkumpul dalam upacara tersebut di mana sebelah malamnya, bomoh-bomoh akan menurunkan segala tangkal jampi kepada bakal bomoh yang baru.

3. BERLANCANG
Perayaan ini diadakan setahun sekali iaitu hari bagi memuja sungai dengan mengadakan berjenis-jenis masakan. Ia dimakan sambil bermandi selepas patung atau perahu kecil yang dihias dihanyutkan ke sungai

KEMATIAN SUKU JAKUN


Aktiviti harian seperti berladang, memburu, berotan, dan sebagainya dihentikan seketika bagi mengelakkan ditimpa malapetaka. Derma ikhlas dilakukan sama ada dalam bentuk wang, makanan dan minuman atau barang-barang masakan kepada keluarga si mati dilakukan mengikut kemampuan masing-masing untuk persiapan upacara pengembumian. Setelah menerima khabar kematian biasanya, telinga kanak-kanak diconteng dengan kapur sireh atau arang yang telah dijampi bagi mengelakkan tersampuk (terkena gangguan roh si mati atau hantu syaitan).

Sebelum mayat dikebumikan, dimandikan terlebih dahulu dengan air biasa seterusnya badan si mati disapu bedak tepung tawar. Setelah selesai dimandikan, simati dikapankan menggunakan kain putih tujuh lapis, dalam keadaan terbujur tangan bersilang di dada, bahagian muka dibuka, serta mayat diikat tujuh dan dimasukkan ke dalam keranda. Dikebumikan dikawasan perkuburan nenek moyang dengan menggali lubang berbentuk empat segi bujur sedalam tidak kurang melepasi paras dada. Sudah menjadi amalan nenek moyang mereka dimana kedudukan keranda iaitu bahagian kepala mayat ditanam ke arah matahari terbenam.

Dalam suasana kesedihan, anggota keluarga, sudara mara,dan rakan-rakan yang hadir diberi peluang mencampakkan segenggam tanah ke dalam lubang kubur sebelum ditimbus sepenuhnya sebagai tanda bekalan dan melepas si mati kembali kepada asal usul kejadian manusia, kembali tanah (bumi). Seterusnya, tiang nisan didirikan dengan tujuh lilitan tali kain kapan (cebisan tepi kain kapan). Ahli keluarga dan sudara mara juga berkesempatan menyiram air di atas kubur, masing-masing mengucapkan kata selamat ke alam baru dan mengingati roh si mati jangan mengacau ganggu ahli keluarga serta saudara mara yang masih hidup.

Biasanya juga ahli keluarga si mati akan membawa bersama makanan (termasuk kapur sireh dan rokok) serta air (tea / kopi / milo / susu / air biasa dan / atau kesemuanya), diletakkan pada bahagian kaki kubur si mati, dan memasang api. Pokok Bunga Cempaka atau lain-lain pokok bunga yang bersesuaian akan ditanam sebagai tanda peringatan dan keindahan alam baru si mati. Anggota keluarga, saudara mara serta rakan-rakan, masing-masing meninggalkan tanah perkuburan dengan tidak menoleh kebelakang, sejauh tujuh langkah dari kubur.

Sekembali dari upacara pengkebumian, daun limau selit


didinding rumah agar roh simati tidak lepas masuk ke dalam rumah dan terhenti di situ sahaja. Orang yangterlibat dalam aktiviti pengebumian hendaklah mandi terlebih dahulu sebelum naik ke rumah. Sementara pakaian yang dipakai semasa menziarahi kematian, alatan seperti cangkul, penggali, dan sebagainya, juga tidak boleh dibawa naik terus ke dalam rumah dan biasanya diletak berjauhan atau di luar rumah. Ahli keluarga, dan sudara mara terdekat juga akan mengadakan kenduri kecil setelah genap tujuh hari pemergian si mati atau disebutnujuh hari .

Jenis masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur awal pagi. Setelah genap seratus hari, sekali lagi dibuat kenduri besar sedikit disebut meratus Seluruh warga kampung dijemput datang. Seperti biasa juga, masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur berserta unggun api dipasang. Selepas meratus hari semua harta benda atau harta pusaka kepunyaan si mati diagihkan kepada ahli keluarga atau waris yang layak atau juga sekiranya diwasiatkan oleh si mati sebelum meninggal. Barangan pusaka atau barangan peninggalan yang tidak diperlukan akan dibakar, manakala barangan harta benda yang selalu sangat digunakan oleh si mati semasa hidup, biasanya dihantar ke kuburnya.

PERUBAHAN MASYARAKAT JAKUN

SOSIO-EKONOMI MASYARAKAT
Mengamalkan ekonomi tradisi dan moden. Dulu mengamalkan 'shifting cultivation' dan berpindah-randah. Sekarang, mereka tinggal setempat dan sudah memiliki hak ke atas tanah masing-masing. Mereka juga sudah dibekalkan kemudahan seperti elektrik dan air. Kerana perubahan itu, keluarga Jakun sudah pandai menguruskan sumber dan kapital. Getah dan kelapa sawit diuruskan sendiri kerana keduaduanya adalah 'cash crops'. Ini juga menunjukkan mereka sudah terlibat dalam pertanian yang moden, dalam skala yang kecil. Permintaan yang tinggi terhadap produk hutan menyebabkan sesetengah masyarakat Jakun terlibat secara serius didalam memungut rotan, buluh, sumber kayu, ubi, dan ubat-ubatan. Produk ini akan dijual kepada orang tengah atau dijual sendiri di Pekan. Mereka juga terlibat dalam ekonomi moden seperti di syarikat ladang, dan juga kilang. Pemburuan bintang liar seperti babi hutan tidak lagi dijalankan kerana mereka menganggap tidak bertamadun jika memakan haiwan eksotik. Lebih mudah, mereka makan ayam atau daging haiwan peliharaan lain yang dijual di pasar malam atau dijual oleh pedagang yang masuk ke kampung mereka.

Mereka akan mengusahakan tanah sendiri dan tidak boleh memasuki kawasan orang lain. Mereka juga telah diajar untuk melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Dahulu, ekonomi biasa didominasi oleh lelaki tetapi sekarang wanita juga telah maju. Ada diantaranya terlibat dalam perusahaan kraftangan dan juga herba. Terdapat usahasama dengan pihak luar iaitu Biotropics Malaysia Berhad dalam perusahaan memproses herba di Kg. Gumum. Daripada menjalankan aktiviti sekadar untuk keperluan, mereka telah mampu menambah nilai kepada aktiviti mereka. Mereka juga mampu meraih sebanyak RM500 sebulan. Mereka tidak terlalu menerima aktiviti eko-pelancongan kerana menganggap ia tidak mempunyai masa depan yang baik. Namun, ada yang menyokong iaitu satu-satunya pengusaha resort dikawasan itu. Beliau menganggap ekopelancongan boleh memperbaiki hidupnya dan masyarakatnya. Beliau juga mengatakan bahawa masyarakat Jakun mempunyai personalti yang baik yang, peramah, tutur kata yang sopan dan senyuman yang manis.

SOSIO-DEMOGRAFI MASYARAKAT
Jakun hidup bermasyarakat dan tinggal berdekatan ahli keluarga. Jakun tinggal dalam keluarga nuklear. Tapi bergantung kepada saiz rumah dan jumlah ahli keluarga. Jika terlalu ramai, ahli keluarga lain akan tinggal bersebelahan. Masyarakat Jakun terdiri daripada generasi lama yang dikenali sebagai settlers dan generasi baru iaitu followers. Menurut kajian, mereka didapati mula berkahwin pada usia 17 tahun.

INTEGRASI SOSIAL MASYARAKAT


Sikap hormat dan kerjasama antara ahli adalah lebih baik daripada sebelumnya. Namun, pengetahuan tradisi diantara generasi muda semakin luput. Contohnya kemahiran membina rumah. Generasi muda tidak lagi menunjukkan minat. Ini kerana, ibubapa tidak lagi mengajar anak2 mencari kayu dan daun yang sesuai untuk membuat rumah. Generasi muda juga tidak lagi berpeluang mencari ubatan tradisional kerana tidak lagi keluar ke hutan.

PENDIDIKAN
Mereka tinggal jauh daripada pusat pembangunan tapi mereka telah diberi penempatan kekal untuk kehidupan yang lebih terjamin. Anak-anak muda pula akan pergi ke sekolah dan ini menyebabkan anak muda tidak/kurang terlibat dengan aktiviti keusahawanan. Ibubapa mula mempercayai bahawa kemudahan pendidikan mampu membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik. Terdapat sebuah sekolah rendah di Kg. Gumam dan sebuah sekolah menengah di Felda 1. Semasa cuti sekolah, mereka akan dibawa ke hutan/ladang untuk membantu dalam kerja memungut herba dan makanan.

PERTANIAN
Kerana perubahan dan pembangunan, kawasan air dibersihkan secara berleluasa dalam masa 50 tahun. Wujud kawasan pertanian dan juga perladangan. Aktiviti manusia juga semakin meningkat. Lelaki dibantu oleh perempuan iaitu menoreh getah, menuai buah-buahan, memungut herba dan kelapa sawit. Anak-anak juga membantu ibu bapa iaitu semasa musim cuti sekolah. Ini menunjukkan semua ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam ekonomi dan sosial, untuk meneruskan hidup.

PEMBAHAGIAN TUGAS
Isteri dan perempuan menguruskan tugas-tugas domestik iaitu mengemas/menguruskan rumah, memasak, membasuh pakaian, menjaga anak dan suami. Manakala lelaki pula mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga dan menjadi ketua rumah. Lelaki juga harus mencari wang untuk keluarga dan menanggung keperluan keluarga. Dalam membuat sebarang keputusan dalam keluarga serta pembahagian tugas, lelaki adalah lebih berhak. Manakala dalam bahagian domestik pula, perempuan lebih berkuasa.

FAKTOR PERUBAHAN
Aspek pemilikan dan akses kepada kemudahan asas adalah antara faktor perubahan masyarakat Jakun kearah lebih baik. Tasik Chini adalah 50km jauh daripada Pekan. Hanya Kg. Gumum yang mendapat kemudahan berbanding kampung Jakun lain. Di kg tersebut, mereka mendapat bekalan elektrik pada waktu malam sahaja. Tetapi sekarang keadaan mereka adalah lebih baik dimana mereka mendapat kemudahan elektrik yang sama rata kerana bekalannya yang terhad. Juga terdapat kemudahan jalan raya dan jalan air. Masyarakat juga mula memiliki kenderaan darat seperti kereta, motosikal dan trak manakala kenderaan air pula seperti bot yang diperlukan untuk kerja, merantau dan juga untuk kehidupan yang lebih baik. Terdapat dua jalanraya yang menghubungkan Tasik Chini dengan orang luar, berbanding dulu, mereka hanya dihubungkan melalui Sungai Pahang. Masyarakat juga sudah mula terlibat dengan migrasi iaitu migrasi jarak jauh dan migrasi jarak dekat.

KESIMPULAN
Orang Asli Jakun juga turut dikenali sebagai Orang Melayu Asli dan Orang Hulu. Mereka bergantung sepenuhnya kepada ekosistem tempatan untuk meneruskan hidup pada mula-mula mereka mendiami kawasan tersebut. Dalam dua dekad yang lepas, aktiviti mereka yang utama ialah berasaskan perhutanan seperti memancing, memburu dan mencari herba. Walau bagaimanapun, semasa perkembangan ekonomi akhir 90-an, pelncongan mining dan logging telah mula dijalankan seperti yang berlaku di Tasik Chini. Oleh hal yang demikian, pembangunan semakin berleluasa dan keadaan ini telah menyebabkan pengurangan yang substantial dalam sumber semulajadi dan kebudayaan masyarakat Jakun. Sangatlah penting untuk mewujudkan rancangan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar.

You might also like