Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PERJALANAN KE MALIAU BASIN

Sebanyak 15 orang guru pelatih PISMP Sains IPG Kampus Tawau telah mengadakan program Kajian Lapangan Biodiversiti di Kawasan Konservasi Maliau Basin, Tawau pada 20 hingga 23 September 2012 yang lalu. Dua orang pensyarah penasihat yang turut menyertai ekspedisi tersebut ialah Encik Ruslan Mapeala dan Puan Lina Thomas. Kajian lapangan yang dilaksanakan bertujuan untuk memenuhi keperluan subjek subjek major Ekosistem dan Biodiversiti dan seterusnya memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar tentang kepelbagaian spesis flora dan fauna yang terdapat di dalam kawasan kajian tersebut. Kawasan Konservasi Maliau Basin turut dipilih sebagai lokasi kajian untuk melaksanakan program kajian lapangan ini kerana kawasan ini mempunyai pelbagai kelebihan geografi, flora dan fauna yang amat menakjubkan serta turut mendapat pengiktirafan sebagai Perlindungan Hutan Simpan Kelas Satu oleh kerajaan negeri. Kajian lapangan ini telah memberikan seribu pengalaman dan pengetahuan kepada semua guru pelatih yang terlibat dalam program ini. Pelbagai spesis flora dan fauna yang telah ditemui sepanjang meredah hutan. Menurut Ranjer Hutan Unit Hospitaliti dan Rekreasi, Encik Bil Maarof Mohamad dan Encik Rajinus, terdapat lebih daripada 80 mamalia dikenalpasti menghuni hutan itu termasuk gajah Asia, badak sumbu, beruk proboscis, beruang matahari, harimau dahan, seladang, kijang dan pelbagai jenis haiwan lain. Selain itu, terdapat beberapa fauna yang telah kami temui ketika mengikuti aktiviti safari malam, iaitu aktiviti di mana kami telah dibawa untuk melihat suasana malam di Maliau Basin. Ketika mengikuti safari malam berhampiran pusat penyelidikan, haiwan seperti rusa, babi hutan dan musang beberapa kali

kelihatan tidak jauh dari laluan yang kami gunakan. Suasana di situ juga tidak pernah sunyi daripada kicauan unggas. Maklumat daripada pihak pengurusan menyatakan lebih daripada 290 spesies burung termasuk menghuni hutan itu. Sepanjang kajian lapangan ini berlangsung, terdapat pelbagai spesis flora yang telah berjaya kami temui di sepanjang perjalanan ke kawasan penginapan. Antara kawasan yang sangat menarik perhatian kami ialah ketika meredah laluan yang dipenuhi oleh tumbuhan periuk kera sepanjang menuju ke Kem Ginseng. Kawasan ini

berada pada ketinggian (750M 850M atas paras laut) dan turut dikenali sebagai Lower Montane Forest. Kawasan ini penuh dengan tumbuhan periuk kera yang mempunyai pelbagai jenis bentuk dan saiz yang berbeza. Antara tumbuhan periuk kera yang telah kami temui sepanjang berada di laluan ini Nephentes Veitchii, Nephentes Tentaculata dan Nephentes Reinwardtiana. Laluan ini mempunyai ruang yang agak sempit, suhu persekitaran yang lebih rendah dan turut terdedah kepada cahaya matahari. Sehubungan itu, program ini sememangnya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saintifik kami sebagai bakal seorang guru sains pada masa akan datang. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan bukan sahaja dapat mendedahkan kami tentang kepelbagaian spesis yang terdapat dalam Pusat Konservasi Maliau Basin, malah penerangan yang telah diberikan oleh renjer yang terlibat turut menyedarkan kami tentang kegunaan pokok-pokok yang ditemui serta kegunaan damar yang dapat ditemui pada pokok. Kesimpulannya, kajian lapangan ini memberikan seribu makna kepada guru pelatih PISMP Sains IPG Kampus Tawau.

You might also like