JMS313 Bosnia

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Terangkan isu-isu yang mencetuskan pemberontakan Bosnia-Herzegovina 18751878. Apakah kepentingan Bosnia-Herzegovina kepada kuasa-kuasa besar?

PENDAHULUAN Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah wilayah di mana bersempadan antara kebudayaan barat dan timur. Pada Abad Pertengahan, wilayah tersebut menjadi pertikaian dan perebutan pengaruh antara Rom Barat yang Katolik dan Rom Timur yang Ortodoks.1 Masyarakat Bosnia-Herzegovina terdiri daripada rumpun Slav yang berhijrah ke semenanjung Balkan pada abad ke-7 Masihi. 2 Negara Bosnia-Herzegovina merupakan sebuah negara yang mempunyai 3 etnik masyarakat iaitu Bosniak, Serb Bosnia dan Crotia Bosnia. Bosnia berada dibawah jajahan kerajaan Uthmaniah bermula pada tahun 1463 ekoran berlakunya perluasan kuasa kerajaan Uthmaniah di Semenanjung Balkan selepas kekalahan tentera Serbia ketangan tentera kerajaan Uthmaniah dalam Perang Kosovo. Perang ini dikenali sebagai Kosovo sempena nama tempat berlakunya pertempuran antara tentera Turki Uthmaniah dengan tentera Serbia di Kosovo yang meletus pada tahun 1389. Penaklukan ini menandakan era pemerintahan kerajaan Islam di Bosnia Herzegovina. Sistem pentadbiran kerajaan Uthmaniah ini berjalan selama 412 tahun sehinggalah pada 1875 apabila berlakunya pemberontakan terhadap kerajaan Uthmaniah di Bosnia oleh orang-orang kristian yang menentang pemerintahan Uthmaniah di Bosnia-Hezergovina. Manakala, pada 1876 pula berlaku pula

pemberontakkan di Bulgaria yang bertujuan untuk memberikan lagi tekanan kepada


1 2

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bosnia_dan_Herzegovina Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 19

Kerajaan Uthmaniah. Masalah dalaman empayar Kerajaan Uthmaniyyah ini sentiasa menarik perhatian kuasa-kuasa besar Eropah untuk campurtangan di Bosnia walaupun hakikatnya penglibatan kuasa-kuasa besar dalam masalah dalaman kerajaan Uthmaniah tidak memabantu menyelesaikan masalah, bahkan memburukkan keadaan, seperti konflik yang berlaku di Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875-1876.

LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH Sebelum Kedatangan Kerajaan Uthmaniyyah, Bosnia di perintah oleh beberapa kerajaan Kristian katolik dan ortodoks. Pada tahun 1463, peperangan telah meletus yang mana orang-orang Kristian telah memberikan bantuan kepada tentera Islam kerajaan Uthmaniah untuk menakluki Bosnia Hezergovina. Oleh itu, masyarakat Kristian di Bosnia telah menyambut baik kedatangan orang muslim di sana dan telah mewujudkan satu identiti baru kepada rakyat Bosnia yang sebelum ini terdiri daripada pecahan-pecahan suku bangsa dan agama dengan identiti bangsa Islam. Golongan Kristian mendapat tempat yang istimewa semasa pemerintahan kerajaan Uthmaniah berbanding semasa sebelum itu.3 Sewaktu Bosnia Hezergovina di bawah pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Gabenor berperanan sebagai pentadbir wilayah dengan arahan daripada Kerajaan Pusat di Konstaniah. Di peringkat negeri pula, kuasa pentadbiran adalah ditangan Gabenor dengan dibantu oleh badan kerajan iaitu Majlis. Ahli-ahli

Mihailo D. Stojanovi, The great powers and the Balkans 1875-1878, Cambridge University Press,

1939. Hlm 12

Majlis ini terdiri daripada golongan Islam dan Kristian. Layanan yang sama diberikan kepada semua rakyat. Dari segi ketenteraan pula, kerajaan menetapkan sama ada Islam atau Kristian yang sihat berumur 18-35 tahun wajib menyertai tentera. 4 Namun begitu, rakyat berhak untuk tidak menyertainya dengan membayar cukai terutamanya golongan Kristian. Pentadbiran kerajaan Uthamniah yang lebih menghormati agama-agama lain dan bebas menjalankan aktiviti keagamaan menyebabkan ia diterima di dalam Bosnia Hezegorvina. Agama-agama lain bebas menjalankan aktiviti-aktviti keagamaaan. Antara agama-agama yang dianuti adalah seperti Islam, Kristian, Katolik, Kristian ortodoks dan Jews. Malahan, kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi membina dan membaiki gereja dengan kebenaran pihak kerajaan. Selain itu, sistem undangundang pula adalah berteraskan ajaran Al-Quran.

ISU-ISU YANG MENCETUSKAN PEMBERONTAKAN PADA TAHUN 1875-1878 Pemberontakan di Bosnia-Hezergovina yang meletus pada tahun 1875 adalah disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan Uthmaniah.ini kerana, orang Kristian yang terlibat dalam pemberontakan tersebut menganggap diri mereka ditindas kerana tidak mempunyai hak yang sama dengan orang Islam dalam pelbagai perkara. Undangundang Islam atau hukum Islam dikatakan tidak sesuai diaplikasikan kepada orang Kristian. Isu-isu ini adalah ditimbulkan atas rasa tidak puas hati mereka berkenaan

Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 25

pentadbiran kerajaan Uthmaniah dan menjadi fatktor-faktor dalaman terhadap konflik Bosnia-Hezergovina pada tahun 1875-1878. Pada hakikatnya, ia bukan disebabkan kelemahan dasar atau reformasi kerajaan itu, tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor luaran yang telah mengagalkan usaha kerajaan Uthmaniah ini. Faktor-tersebut dapatlah dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

Faktor Dalaman Dalam sistem pungutan cukai yang dilaksanakan, orang kristian merasa tidak berpuas hati kerana dikatakan ia membebankan. Ini kerana wakil pengutip cukai yang dihantar oleh pihak Kerajaan Bosnia-Herzegovina tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Mereka tidak mentafsir cukai dengan betul dan para penduduk terpaksa membayar cukai pada kadar yang tinggi daripada kadar yang sepatutnya seperti terkandung dalam undang-undang. Selain itu, cukai pertanian yang dibayar kepada kerajaan pula oleh petani-petani adalah dianggap menindas orang-orang kristian kerana majoriti para petani terdiri daripada golongan tersebut. 5 Maka dengan itu pihak petani Kristian meminta agar kerajaan memansuhkan sistem pungutan cukai tersebut malahan juga isu ini dikatakan pihak Kristian terhadap kerajaan Uthmaniah, walaupun jika dilihat dari status hidup petani ini adalah lebih baik berbanding dengan kehidupan mereka 20 tahun yang lalu. Pada dasarnya, pihak petani Kristian bukanlah ingin memusuhi piak kerajaan sebaliknya mereka melahirkan rasa tidak berpuashati terhadap pemungut-pemungut cukai yang dilantik kerajaan.
5

Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 28

Seterusnya dari segi pemilikan senjata pula, orang kristian dilarang memiliki senjata manakala orang islam dibenarkan memilikinya. Oleh itu mereka menganggap pihak kerajaan adalah tidak adil sungguhpun undang-undang itu telah dipraktikkan selama 412 tahun yang lampau sebelum tercetusnya pemberontakan. 6 Pemilikan senjata oleh orang islam pula merupakan satu tardisi dan budaya mereka dan jika mengikut hokum syariah juga, orang Kristian bebas daripada tanggungjawab memikul senjata dan berperang tetapi hanya perlu membayar jizyah. Dalam tuntutan mereka, mereka berkehendakkan agar orang Islam turut dilarang memiliki senjata dan dalam masa yang sama mereka ingin memiliki senjata. Tuntutan ini sebenarnya bertujuan untuk mendapatkan kebebasan dari Bosnia dan dalam masa yang sama ia dipengaruhi kejayaan yang dicapai dalam pemberontakan Greek (1830) dan Serbia (1862) yang menentang kerajaan Uthmaniah. Dari segi pentadbiran ketenteraan jika dilihat dari sudut undang-undang ketenteraan Islam, orang Kristian tidak dibenarkan unuk berkhidmat dalam ketenteraan, kerana ia akan mengundang bahaya kepada sesebuah kerajaan Islam. 7

Walaubagaimanapun kerajaaan Uthmaniah telah member layanan sama rata terhadap rakyatnya tanpa mengira agama dalam penglibatan mereka dalam bidang ketenteraan. Kerajaan Uthmaniah menetapkan undang-undang bahawa penganut Kristian atau Islam yang cukup syarat wajib menyertai bidang ketenteraan. Pengecualian diberikan dengan rakyat membayar cukai pengecualian. 8 Sungguhpun demikian, golongan Kristian tidak
6

Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 30
7 8

Ibid. hlm 31 Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 31

berminat untuk melibatkan diri dalam bidang ini berbanding orang Islam yang menganggap ketenteraan merupakan satu jihad. Orang Kristian lebih sukar membayar cukai bagi mengecualikan mereaka daripada menyertai tentera. Dalam sistem kehakiman dan perundangan pula adalah berlandaskan hokum syarak dan ini menyebabkan golongan Kristian menggunakan isu ini sebagai salah satu sebab kenapa mereka memberontak. Menurut mereka, sistem ini menyebabkan mereka ditindas oleh oleh kerajaan kerana bagi mereka ia tidak adil dan hanya berat sebelah. Mereka menginginkan agar kerajaan juga menerapkan sistem perundangan barat dalam sistem perundangan Bosnia. Dan ini akan menyebabkan berlaku percanggahan dalam sistem kehakiman kerana terdapat banyak perbezaan dan tidak sesuai diamalkan di negara Islam seperti Bosnia Herzegovina. Bukan itu sahaja, golongan Kristian turut menimbulkan isu perwakilan dalam Majlis Kerajaan Negeri yang tidak adil kerana keahlian mereka tidak seimbang dengan orang Islam iaitu 2:10. Mereka mahukan kerajaan menyamaratakan keahlian agar

nasib mereka lebih terjamin. Sesungguhnya mereka hanya menggunakan isu ini bagi tujuan pemberontakan walaupun pada hakikat sebenarnya mereka tidak pernah menggunakan hak mereka dalam perwakilan majlis.

Faktor Luaran Serbia memainkan peranan penting dalam mencetuskan konflik ini kerana ia berdendam dengan kerajaan Uthmaniah. Ini kerana mereka telah kalah dalam Perang Kosovo pada abad ke-14. Tujuan mereka menghasut golongan Kristian ini adalah ingin
6

menyataukan Bosnia dengan Serbia, memandangkan Bosnia mempunya persamaan dari segi etnik masyarakat, pertalian darah dengan dan ekonomi. Selain itu Serbia juga ingin membentuk sebuah empayar yang besar di bawah pentadbirannya. Selain itu, dari segi ekonomi, Bosnia merupakan sebuah kerajaan yang stategik iaitu laluan keluar melalui Laut Adriatik yang merupakan laluan yang penting dalam pertahanan dan juga perdagangan antarabangsa. Disebabkan faktor inilah, Serbia begitu menginginkan Bosnia menjadi sebahagian empayarnya. Mereka berusaha sedaya upaya menghasut masyarakat Kristian untuk menentang Kerajaan Uthmaniah dengan membangkitkan beberapa isu seperti masayarakat Kristian ditindas dalam pemerintahan kerajaan Uthmaniah. Sebelum meletusnya pemberontakan di BosniaHezergovina pada tahun 1875, para penyokong pemberontak Serbia sering berulangalik dari Serbia ke wilayah Bosnia-Hezergovina seperti di Wichgard dan Zwornick dan juga di sempadannya di Novi Bazar. 9 Pelbagai kekacauan dilakukan bagi menarik pihak kerajaan campur tangan dalam pemberontakan ini. Bahkan Serbia turut menjadi agen kepada Russia

dalam propaganda Pan Slav di Semenanjung Balkan termasuk di Bosnia-Hezergovina. Selain menyebarkan propaganda Rusia, ia juga giat mengatur perjumpaan sulit dengan pengganut Kristian Ortodoks bagi menetang kerajan Uthmaniah. Malahan mereka menyebarkan berita-berita palsu melalui akhbar Serbia tentang penindasan terhadap orang Kristian dengan tujuan agar kuasa-kuasa besar mendengar dan akan menyerahkan Bosnia kepada mereka. Pelbagai usaha dilakukan termasuk

membekalkan senjata dan tenaga tentera dalam menjayakan pemberontakan ini.


9

Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 43

Antara yang dilakukan oleh Serbia adalah menghantar seramai 40 orang tentera pada tahun 1875 yang dibekalkan dengan senjata dan ubat-ubatan untuk membantu pemberontak-pemberontak menentang kerajaan, dan lima orang pegawai tentera Serbia untuk melatih pemberontak-pemberontak dan meningkat menjadi 10,000 oarang pada September 1875. Rusia turut memainkan peranan yang penting dalam pemberontakan ini. Ini kerana mereka berminat untuk menguasai dua selat iaitu selat Dardanelles dan selat Bosphorus di Laut Hitam dari segi pertahanan dan perdagangan Rusia. Bagai mencapai impiannya, beliau menggunakan pengaruhnya ke atas negeri semenanjung Balkan member tekanan kepada Kerajaan Uthmaniah. Malahan mereka juga turut mengeksploitasi situasi dalam yang wujud ketika itu dan mengharapkan campurtangan ini sebagai pembela agama Kristian dan dalammasa yang sama menguatan lagi pengaruhnya di kalangan Bangsa Slav. Selain bertindak sebagai penasihat, Rusia juga mengarahkan kepada

pemberontak agar meneruskan pemberontakan terhadap kerajaan Uthmaniah, walaupun pemberontak mereka mengalami kecederaan. Dan ini jelas menunjukkan Rusia memang mengeksploitasi dan menjadi dalang dalam pemberontakan ini demi kepentingannya bagi mendapatkan selat-selat terbabit walaupun menyedari

kelengkapan peperangan Kerajaan Uthmaniah lebih baik dari Serbia. Malahan mereka sanggup membelanjakan wang untuk membiayai pemberontakan ini. Gereja Katolik juga memainkan peranan penting dalam pemberontakan ini, kerana orang Kristian mempunyai sikap benci dan prejudis terhadap orang Islam yang
8

mmerintah negara-negara Kristian selama hampir 412 tahun. 10 Mereka mendakwa kerajaan Uthmaniah member layanan yang buruk terhadap orang Kristian di Bosnia Herzegovina. Oleh itu, golongan paderi ini menggunakan pengaruh mereka untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang Kristian lain untuk tujuan membalas dendam terhadap orang Islam. Seorang paderi yang bernama Nikifor bertanggungjawab ke atas permusuhan yang berlaku antara orang Kristian dan orang Islam. 11 Kebangkitan Semangat Kebangsaan di Semenanjung Balkan juga menjadi salah satu faktor yang mendorong tercetusnya pemberontakan ini. Antara negeri-negeri yang berjaya menentang kerajaan Uthmaniah adalah seperti Greek (1830) dan Serbia (1862) dan ini menjadi inspirasi kepada golongan Kristian untuk mendapatkan Bosnia dan menjadi merdeka dan mencapai hak autonomi. Selain itu, negara sekitarnya juga giat memberontak terhadapa kerajaan Uthmaniah seperti Montenegro dan Bulgaria. Selain itu, pemberontakan ini juga mendapat simpati dari masyarakat Kristian antarabangsa. Sokongan-sokongan masyarakat antarabangsa agar Bosnia mendapat hak sama dilaung-laungkan malahan mereka juga turut member bekalan ketenteraan dan perubatan kepada juga pemberontak-pemberontak peluang kepada tersebut. Bahkan faktor

geografiBosnia

member

pemberontak

menjayakan

pemberontakan mereka. Kawasannya yang berbukit-bukau memudahkan pemberontak mendapatkan bantuan makanan dan perubatan serta tenaga daripada negeri-negeri jiran. Dengan struktur muka bumi sebegini, menyukarkan pihak kerajaan untuk membanteras pemberontak.
10

Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009. Hlm 56
11

Ibid, hlm 57

KEPENTINGAN BOSNIA KEPADA KUASA-KUASA BESAR Bagi Rusia, Bosnia-Herzegovina penting baginya untuk meluaskan pengaruhnya ke atas semenanjung Balkan. Ini kerana ia penting untuknya dalam menguasai Laut Hitam. Oleh itu ia memerlukan penduduk Balkan terutamanya Bosnia bagi meluaskan dan menguasai Laut Hitam bagi tujuan ekonomi dan pertahanan. Laut Balkan merupakan laluan yang strategik kapal-kapal perdagangan manakala dari segi

pertahanan, ia dapat menguatkan lagi ketenteraan Rusia dari sebarang serangan hendap dari kuasa-kuasa asing. Ini terbukti apabila, secara tidak sengaja mereka telah menyuarakan hasrat tersebut dengan wakil Britain dalam pemberontakan Crete pada tahun 1862. Kerajaan Austria-Hungary pula bersifat neutral dalam pemberontakan ini selagi kepentingannya di Eropah tidak digugat oleh Rusia. Jika Rusia masih meneruskan niatnya, maka Austria tidak akan menyokong kerana ini akan menggugat kedudukan negaranya. Manakala Britain pula mempertahankan wilayah Uthmaniah demi kepentingan ekonomi dan telah member amaran kepada Rusia dan tidak teragak-agak menghalang mereka dari menganggu Terusan Suez. Ini kerana ia akan memberi ancaman kepada Britain di India. Malahan penaklukan ini akan menganggu perusahaan dan juga kewangan Britain di Mesir. Dan ini menjadi tanggungjawab Britain untuk menghalang Rusia demi kepentingan ekonominya. Walaubagaimanapun, Jerman pula berbeza dengan kuasa-kuasa besar yang lain dalam melindungi kepentingannya. Walaupun ia tidak menuntut apa-apa tetapi ia penting untuk mengelakkan daripada berlakunya peperangan di Eropah. Ini kerana ia
10

perlu menumpukan perhatian terhadap pembangunan negaranya selepas kalah dengan Perancis. Bahkan ia turut risau Perancis akan bergabung dengan Rusia bagi menyerang negaranya. Manakala kerajaan Perancis mempunyai kepentingan di Asia, teluk

Mediteraneandan Afrika. Oleh itu ia tidak bersetuju dengan kehendak Rusia yang ingin membuka kemabli selat Dardanelles dan Bosphorus kepada kapal-kapal perang dan akan mendedahkan Perancis tehadap piahak tentera Rusia. Dalam masa yang sama juga, Perancis ingin mengelakkan peperangan yang melibatkan Rusia dan Britain. Akhir sekali, bagi kepentingan ekonomi dan politik, Itali juga tidak bersetuju dengan tindakan Rusia yang akan mengakibatkan Austria-Hungary menguasai Bosnia. Ini kerana ini akan member kelebihan dari segi ketenteraan kepada pihak Austria dan menggugat wilayah Itali. Oleh itu, amat penting bagi Itali mengekalkan integritinya.

KESIMPULAN

Apa yang dapat lihat di sini, Serbia memainkan peranan penting dalam memulakan pemberontakan ini terutamanya dari segi bantuan tenaga pemberontakan, senjata dan bekalan perubatan kepada
11

pemberontak.

Mereka

sanggup

memecahbelahkan masyarakat Bosnia dengan menghasut golongan Kristian demi

kepentingan merekauntuk mendapatkan Bosnia dan membalas dendam di atas kekalahan merekan dalam Perang Kosovo. Pemerintahan kerajaan Uthmaniah dikatakan telah menindas golongan Kristian dan layanan yang diberikan adalah tidak sama dengan golongan Islam. Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati golongan Kristian dalam beberapa perkara sehingga timbulnya pemberontakan 1875-1878. Krisis pada tahun 1875-1878 ini juga boleh dikatakan menyebabkan Perang Dunia pada

tahun 1914.12 Selain itu Rusia telah mengambil peluang untuk mengeksploitasi pemberontakan ini demi kepentingan ekonomi dan pertahanannya dengan menyokong dan member bantuan kepada Serbia dan golongan pemberontakan ini.

12

Mihailo D. Stojanovi, The great powers and the Balkans 1875-1878, Cambridge University Press,

1939. Hlm vii

12

Bibliografi http://en.wikipedia.org/wiki/Bosnia_and_Herzegovina http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Bosnia_dan_Herzegovina Azlizan Mat Enh, Bosnia Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2009.

Mihailo D. Stojanovi, The great powers and the Balkans 1875-1878, Cambridge University Press, 1939.

Alcira Kreimer dll., Bosnia and Herzegovina: post-conflict reconstruction, The World Bank, Washington DC, 2000.

13

You might also like