Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SOALAN TUGASAN PSK KISSM BIL 2 TAHUN 2012

BAHAGIAN A TUGASAN 1

KOMPONEN I (Perintah AM) SOALAN 1A Cikgu Julia ialah guru yang berdedikasi dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) semasa bertugas di Sekolah X. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (Hakiki) dan ditempatkan di sekolah yang baru iaitu Sekolah Z sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

(i)

Jelaskan syarat-syarat kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut. (15 markah)

Merujuk kepada syarat-syarat dan kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat untuk memperakukan kenaikan pangkat Cikgu Julia ialah, ianya berdasarkan kebolehan mengikut kecekapan dalam menjalankan tugas, kelulusan, pengalaman dan juga sifat-sifat peribadi beliau. Dalam situasi ini kita dapat melihat prestasi kerja beliau dalam Kebiasaannya

memupuk minat dan penglibatan pelajar melalui hasil pembelajaran pelajar.

guru ini mampu membimbing pelajar dengan baik dalam pengajaran hariannya baik dalam mahupun diluar bilik darjah. Mereka juga berupaya menguasi berbagai kaedah dan kemahiran mengajar dalam usaha membantu pelajar menguasi ilmu pengajaran yang ingin diketengahkan. Justeru itu, hasil pembelajaran pelajar dinilai dengan kadar peningkatan kemajuan diri yang semakin meningkat. Selain itu faktor kekananan (senioriti) juga diambil kira sekiranya

seseorang guru ataupun pegawai itu mempunyai kebolehan dan pengalaman yang sama dengan pegawai lain. Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan kepada Lembaga

Kenaikan Pangkat dengan melampirkan satu senarai pegawai yang layak dipertimbangkan bersama butiran yang diperlukan bagi menyokong perkara diatas. Disamping itu juga

pengalaman mengajar seseorang guru yang pada minimumnya 10 tahun ke atas dan telah mengambil serta lulus Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang ditetapkan juga diambil kira. Namun demikian keadan ini bergantung kepada kekosongan yang ada.

(ii)

Nyatakan jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh Cikgu Julia. (10 markah)

Merujuk kepada situasi Cikgu Julia, jenis-jenis elaun yang layak dituntut dan dinikmati oleh beliau ialah Elaun Bertukar /Berpindah Rumah. Elaun-elaun kerana bertukar (242)

memperuntukkan seseorang pegawai yang bertukar termasuk pertukaran kerana mendapat jawatan baru yang lain dalam kerajaan, boleh menuntut di antara lain-lain bayaran dan elaun yang berikut :

i. Perbelanjaan makan dan lojing yang dikeluarkan semasa dalam perjalanan untuk pertukaran itu. ii. Perbelanjaan sebenar mengangkut barang, serta tambang pegawai dan keluarga. iii. Elaun makan dan lojing. iv. Pemberian pindahan.

Dalam hal ini beliau layak menuntut tambangnya dan keluarga mengikut kadar tambang kapal terbang yang di peruntukkan. Kemudahan ini diberikan untuk pengangkutan beliau dan

keluarga dari tempat bertugas terdahulu ke tempat baru. Berdasarkan peruntukan ini juga beliau layak menuntut atau menikmati perbelanjaan pengangkutan barang-barang( 242). Tuntutan balik perbelanjaan pengangkutan barang-barang hendaklah disertai dengan resit. Dalam masa yang sama beliau juga layak menuntut bayaran sewa hotel semasa bertukar bermula hari perjalanan beliau. Sekiranya perjalanan beliau memerlukan beliau dan keluarga bermalam di hotel, beliau boleh membuat tuntutan tersebut yang disokong dengan resit bayaran seperti yang terkandung dalam Perintah Am 15. Elaun makan hari bertukar juga layak dituntut oleh beliau kerana berdasarkan Perintah Am 4, seseorang pegawai yang bertukar boleh dibayar elaun makan bagi diri dan keluarganya pada hari pertama dalam masa perjalanan pertukaran itu, mengikut kadar yang ditetapkan iaitu sekiranya beliau tidak membuat tuntutan elaun makan mengikut Perintah Am 15(c) pada hari yang sama. Dalam hal ini resit tidak perlu disediakan.

Namun begitu sekiranya perjalanan beliau dan keluarga memakan masa melebihi 1 hari berdasarkan sebab-sebab munasabah, elaun makan boleh dibayar bagi hari-hari yang lebih itu pada kadar yang sama. Beliau juga layak mendapat faedah pertukaran ke Sabah.

Berdasarkan peruntukan ini, seseorang pegawai yang ditukarkan dari Semenanjung Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan tetap di Sabah akan layak mendapat faedah-faedah pertukaran seperti seorang pegawai yang setaraf di Semenanjung Malaysia. Beliau juga boleh diberi lainlain elaun seperti yang diperuntukan oleh kerajaan.

Dalam masa yang sama beliau juga layak menikmati elaun perumahan dan elaun wilayah (sekiranya tidak diperuntukkan rumah khas jawatan), insentif wilayah, tambang percuma mengunjungi wilayah asal setiap dua tahun dan elaun perpindahan serta pertukaran. Walau bagaimanapun syarat dan kadar yang diperuntukan bagi elaun ini adalah berbeza mengikut gred, negeri bertugas ataupun taraf tempat bertugas iaitu dalam ataupun luar Bandar. Elaun pendalaman boleh diberikan sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok beserta elaun kenderaan dan juga bot. Kriteria yang diambil kira bagi pemberian elaun pendalaman ialah sejauhmana kesusahan atau masalah yang dihadapi beliau dari segi kemudahan pengangkutan jalan, air, elektrik dan juga kemudahan infrastruktur. Mengikut pekeliling terbaru Kementerian Pelajaran, peruntukan terbaru telah disediakan untuk guru-guru yang berkhidmat di kawasan pendalam. Kadarnya ialah sekitar RM 500 hingga RM 1500 berdasarkan skala kesusahan yang dihadapi oleh mereka. Secara keseluruhannya, pemberian elaun dan insentif kepada guru-guru dilihat satu usaha berterusan kerajaan dalam memartabatkan lagi profesion ini selaras dengan kehendak dan tuntutan semasa.

BAHAGIAN B TUGASAN 2

KOMPONEN I (Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam) SOALAN 1B Tindakan mempamerkan carta dan gambar rajah Proses Q memberi beberapa faedah kepada pekerja dan pelanggan sesebuah organisasi. Jelaskan tujuan carta dan gambar rajah Proses Q tersebut kepada pekerja dan pelanggan di sesebuah organisasi. (25 markah)
Konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) diperkenalkan sejak tahun-tahun 1920-an lagi, bila mana kaedah statistik digunakan dalam pengawalan kualiti di kilang-kilang di Amerika Syarikat. Konsep ini kemudiannya mendapat sambutan di kalangan pengurus-pengurus korporat di Jepun mulai 1950-an yang ketika itu giat membangunkan sektor industrinya. Namun begitu konsep ini telah berkembang dengan pesat dalam tahun-tahun

1980-an apabila timbul kesedaran di seluruh dunia tentang pentingnya kualiti dalam kehidupan manusia. Penggunaan TQM bukan sahaja memanfaat pelanggan kerana dapat menikmati

output yang berkualiti, tetapi juga kepada organisasi itu sendiri, khususnya melalui penjimatan kos dan peningkatan kecekapan operasi. Ini adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi.

TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Proses ini bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh kearah melahirkan organisasi yang cemerlang. Oleh itu TQM dapat dilihat sebagai proses transformasi budaya, melalui mana ciri-ciri budaya yang sedia ada akan diubahsuai, ditukar atau diperkukuh dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri itu meliputi sikap dan nilai, sistem dan prosedur, amalan-amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya. TQM akan membawa organisasi mencapai "kualiti menyeluruh" dalam segala aspek operasinya. Dengan itu kualiti bukan sahaja merupakan sesuatu yang dapat dilihat pada keluaran atau perkhidmatan, tetapi juga lebih menyeluruh meliputi sebarang operasi dan urusan yang dikendalikan oleh sesebuah organisasi. Pada tahap ini kualiti akan dipamerkan melalui

kecekapan sebagainya.

pentadbiran,

kebolehan

kakitangan,

kelicinan

sistem-sistem

operasi

dan

Matlamat TQM ialah memberi kepuasan hati pelanggan.

Ini dilakukan dengan cara

menghasilkan output-output yang dapat memenuhi kehendak pelanggan serta menepati ekspektasi mereka. Setiap keluaran yang dihasilkan itu mestilah juga dipastikan tidak

mempunyai kecacatan (defect free) atau kesilapan (error free) kerana kecacatan atau kesilapan boleh menjejaskan kepuasan hati pelanggan. Di atas alasan yang sama juga sesebuah

organisasi itu perlu memastikan sejak dari mula lagi bahawa output yang dikeluarkan adalah output yang betul seperti mana yang dikehendaki oleh pelanggan. TQM juga memberi fokus kepada pembangunan sistem-sistem dan proses-proses kerja yang berkualiti. Ini kerana hanya sistem dan proses yang berkualiti sahaja dapat menjamin penghasilan output yang berkualiti. TQM memberi perhatian kepada golongan pelanggan dan pembekal. Segala maklumbalas dan pandangan daripada pelanggan digunakan untuk tujuan membuat reka bentuk sistem dan proses-proses kerja yang akan dijalankan. Golongan pembekal pula dianggap sebagai rakan kongsi yang sama-sama bertanggungjawab menghasilkan keluaran-keluaran yang berkualiti. Golongan ini penting kerana peranannya membekalkan input-input yang berkualiti kepada organisasi.

Dari segi strategi peningkatan kualiti pula, TQM menekankan proses penambahbaikan dan berterusan (continuous improvement). Proses ini mengandungi tindakan-tindakan strategik Proses ini

yang dirancang dengan teliti dan berorientasikan matlamat jangka panjang.

melibatkan seluruh organisasi(total involvement) di mana segala sumber dan kekuatan yang ada dalam organisasi berkenaan akan digembleng sepenuhnya dalam usaha kualiti.

TQM sentiasa memberi perhatian kepada aspek pengawalan kos kualiti. Kos ini timbul akibat daripada pembaziran sumber, penghasilan output yang tidak berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai ditambah. Bagi mencapai matlamat ini TQM menekankan aspek pencegahan. Ini dilakukan dengan memperbaiki proses-proses kerja

supaya peluang-peluang terjadinya kesilapan atau kecacatan dapat dikawal sepenuhnya. Di samping itu, mana-mana masalah kualiti yang dikesan akan diselsaikan dengan segera mengikut kaedah penyelesaian masalah yang sistematik. Ini adalah untuk memastikan

masalah tersebut tidak berpanjangan dan terus menganggu perjalanan organisasi. Satu lagi

strategi penting TQM ialah untuk memastikan setiap output yang dihasilkan oleh organisasi benar-benar berkualiti dan memuaskan hati pelanggan.

Mengikut pendekatan TQM, setiap anggota di dalam organisasi sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya menjayakan usaha-usaha peningkatan kualiti. Dengan penglibatan menyeluruh (total participation) seperti ini barulah usaha peningkatan kualiti akan meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan. Penglibatan ini dilaksanakan secara terkawal (guided involvement) supaya masa dan tenaga yang disumbangkan oleh kakitangan dapat difokuskan mengikut keutamaan organisasi. Namun begitu, peranan pengurusan atasan adalah sangat penting. perubahan-perubahan dan memberi kepimpinan

Mereka bertanggungjawab menerajui

berkesan. Selain daripada itu sumbangan pasukan-pasukan kerja juga amat digalakkan di bawah TQM. Pasukan-pasukan ini didapati berkesan dalam menghasilkan idea-idea yang

keratif dan inovatif serta mampu melaksanakan pembaharuan-pembaharuan dengan jayanya.

Jabatan-jabatan Kerajaan akan dapat memastikan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) dengan jayanya jika ia mempunyi persekitaran organisasi yang baik. Persekitaran tersebut ialah keadaan memungkinkan TQM bertapak dengan kukuh, berkembang dan diamalkan sebagai sebahagian cara hidup organisasi.

RUJUKAN
1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2010, PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM 2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.1/1992, PANDUAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) BAGI PERKHIDMATAN AWAM

You might also like