Professional Documents
Culture Documents
Burung Enggang
Burung Enggang
Maksud : Strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat semula jadi mereka. Spesies yang terancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan/habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.
Burung Enggang Merantua (Wrinkled Hornbill):Enggang hitam yang berekor panjang kebanyakkan berwarna putih sedikit kehitaman di pangkal ekornya. Enggang jantan berparuh kuning dan merah terang, manakala betina keseluruhan paruhnya dan hulu jambul berwarna kuning.
Burung Enggang Bukit (Wreathed Hornbill): Enggang hitam yang mempunyai ekor warna putih keseluruhan, tiada warna hitam di pangkalnya. Kedua jantina mempunyai hulu jambul dan berparuh tonggak mempunyai hulu jambul dan beriparuh tonggak yang bercoreng gelap/bertanda pada keronkong uncangnya.
Burung Enggang Badak (Rhinoceros Hornbill): besar, berpasangan paruh yang berwarna-warni iaitu merah dan kuning . berekor putih, bergaris lebar kehitaman di pertengahannya. Ia juga bersuara/berbunyi kuat seperti salakan.
Burung Enggang Mentua (Helmeted Hornbill): paling unik dan jarang ditemui berwarna coklat gelap dengan bulu ekornya panjang. Berparuh pendek dan berwarna merah dengan hulu jambul bersegi dan berisi. Bersuara seperti siamang bila memanggil.
Burung Enggang Gatal Birah (Black Hornbill): saiz yang sama dengan enggang Kelinking. Kesemua ada hulu berjambul hitam dengan putih di hujung bulu ekornya. Enggang jantan berparuh keputihan serta kekuningan dan betina pula berparuh hitam serta hulu jambul lebih kecil
Burung Enggang Kelingking (Oriental Pied Hornbill): warna hitam dan perutnya berwarna putih. Paruh dan hulu jambul ya warna kuning pucat dengan warna hitam di pangkalnya.
Burung Enggang Mengilai (Bushy-crested Hornbill): Saiz sederhara berwarna coklat gelap dengan coklat cerah di pangkal badan hingga ke ekornya. Enggang jantan mempunyai paruh yang berwarna hitam manakala yang betina kebanyakkanya warna kekuningan. Bekerjasama, dan berkumpulan keluarga burung .
Burung Enggang Putih (White-crowned Hornbill): tanda spesisi ini ialah putih, berhujung tajam gambaran seperti atap di kepala dan berekor panjang warna putih. Kepala, leher dan perut enggang yang jantan berwarna putih manakala betina berwarna hitam.
pertanian
pembangunan
Program Pendidikan
Menjalankan program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar serta menjadi zoo atau taman burung itu merupakan tempat mempamerkan pelbagai haiwan , tempat rekreasi, malah ia berfungsi sebagai pusat rujukan dan penyelidikan hidupan liar .
Tujuan selain dapat memberikan hiburan, ia akan menambahkan pengetahuan serta menyedarkan masyarakat tentang sumbangan setiap organisma hidup itu adalah untuk memelihara keseimbangan alam
Pembiakbakaan
Menjalankan program pembiakbakaan dengan lebih efektif lagi seperti Zoo Melaka dan Zoo Taiping dan juga organisasi seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar perlu memperbesarkan lagi pusat pembiakbakaan
Burung enggang betina akan masuk ke dalam tempayan waktu musim untuk bertelur iaitu selama tiga bulan untuk menetas. Burung enggang jantan pula akan menutup lubang tempayan dengan tanah dan meninggalkan sedikit ruang untuk memberi makan kepada burung enggang betina. Sumber: Portal Berita UPM
Menyebarkan Maklumat
Menyediakan risalah , pemplet atau menggunakan media massa untuk menyalurkan maklumat. Juga menerbitkan buku atau jurnal bagi orang ramai bagi mengenal pasti spesies hidupan liar bagi tujuan memberikan maklumat dan pengetahuan.
Menjalankan program kesedaran dan menghargai spesies yang kian terancam kepada orang awam sama ada oleh pihak zoo taman burung dan juga organisasi seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar jugabadan kerajaan dan swasta