Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 47

SISTEM RANGKA MANUSIA

(i) Sokongan

Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisutisu lembut dan organ-organ tubuh. Contoh : Otot rangka dilekatkan pada tulang-tulangrangka.

(ii) Perlindungan Tengkorak, kolum vertebra, sangkar rusuk dan kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-organ penting. Contoh : Tengkorak melindungi otak

(iii) Pergerakan
Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan

gerakan berpaksi pada sendi.


Contoh : Sendi siku ulna dan humerus

(iv) Pembentukan sel-sel darah


Sum-sum merah tulang orang dewasa menghasilkan sel-sel darah merah, putih dan platlet. Tulang-tulang yang

terlibat adalah sternum, sebahagian daripada pelvis,


femur dan humerus.

(v) Penyimpanan mineral


Sebahagian besar dari matriks tulang terdiri daripada kalsium dan fosforus. Mineral ini menjadikan tulang-tulang tegar dan rintang terhadap tekanan. Mineral-mineral ini boleh dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain tubuh apabila diperlukan. Contoh: Kekurangan kalsium dalam diet, menyebabkan kalsium dikeluarkan untuk kegunaan bahagian tulang yang lain seperti untuk penguncupan otot.

(vi) Sistem kekebalan tubuh


Sumsum tulang menghasilkan beberapa sel-sel imunitas. Contohnya adalah limfosit B yang membentuk antibodi.

Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang

memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. Tulang Panjang Tulang-tulang dalam kumpulan ini secara umumnya lebih panjang, lebar dan berfungsi sebagai tuas. Kebanyakan daripada tulang-tulang panjang adalah tulang-tulang mampat.

Contoh: Tulang pada tangan (humerus, radius, ulna, metakarpal dan falanges) dan kaki (femur, tibia, fibula, metatarsal, falangus) kecuali pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Tulang pendek Secara umumnya tulang-tulang pendek berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup. Tulang-tulang ini berperanan memindahkan daya. Tulang-tulang ini berongga. Contoh : Tulang-tulang pergelangan tangan (karpal) dan pergelangan kaki (tarsal).

Tulang leper/pipih
Tulang-tulang ini berbentuk pipih, nipis dan melengkung. Tulang-tulang ini berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh : Tulang-tulang kranium, rusuk dan sternum.

Tulang tak sama bentuk Tulang-tulang tak sama bentuk berfungsi sebagai tempat pelekatan otot atau artikulasi. Contoh : tulang-tulang vertebra (servikel, thorasik, lumbar, sacrum dan koksiks) dan tulang telinga tengah (stapes, inkus, maleus).

Struktur Tulang Panjang -Tulang panjang terdiri dari diafisis dan 2 epifisis.

Epifisis Epifisis terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Setiap epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang melingkari kawasan tulang yang berongga.

Epifisis

dan diafisis terpisah oleh plat epifiseal merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang terlibat dalam tumbesaran tulang secara memanjang. epifiseal ini digantikan dengan garisan epifiseal apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir remaja.

Plat

Diafisis adalah tulang mampat yang disaluti dan dilindungi membran tisu penghubung berfiber yang dikenali sebagai periosteum. melingkari kaviti medulari yang mengandungi sum-sum kuning tulang.

Periosteum mempunyai lapisan luar bergentian dan lapisan dalam bersel. Melainkan di antara kaviti sendi, lapisan superfisial tulang panjang yang melindungi semua tulang panjang dibaluti oleh periosteum.

Periosteum: (i)

mengasingkan tulang daripada tisu-tisu di sekelilingnya. (ii) menyediakan laluan peredaran dan pembekalan saraf. (iii) terlibat secara aktif dalam pertumbuhan dan pembaikan tulang.

Struktur Tulang Panjang

Epifisis proksimal

Epifisis Metafisis

Garisan epifiseal
Tulang berongga Tulang mampat Foramen nutrien Salur nutrien Periosteum
Metafisis Epifisis

Diafisis

Pembentukan Tulang

(i) Sel-sel tulang

Tulang terdiri dari sel tulang fiber-fiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai osteoblas merembes fiber-fiber yang memerangkap mineral.

Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali sebagai osteosit. Tulang juga mempunyai osteoklas iaitu sel-sel yang melarutkan tulang.

Osteoblas dan osteoklas bersama-sama bertindak untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan bentuk tulang.
Osteoblas lebih aktif pada mereka yang muda sementara osteoklas pula lebih aktif pada mereka yang berumur.

(ii) Osifikasi tulang Tulang dibina dari kartilej dan tulang. Pada embrio, kebanyakan dari tulang-tulang rangka terbina dari kartilej hailin. Kartilej hailin ini kemudiannya digantikan dengan tulang pada kanak-kanak. Proses pembentukan tulang atau osifikasi bagi kebanyakan tulang rangka melibatkan dua peringkat: Pada peringkat pertama, osteoblas menyaluti sepenuhnya model kartilej hailin dengan bahan matriks bermineral.

Ini mewujudkan tulang-tulang yang berkartilej di sebelah dalam dan bertulang sebenar di sebelah luar. Pada peringkat yang berikutnya, model kartilej hailin di sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.
Kebanyakan dari model kartilej hailin telahpun digantikan dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan. Kecuali dua kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup keduadua hujung tulang dan plat epifiseal.

Arah tumbesaran

Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Plat epifiseal adalah kawasan bagi tumbesaran secara memanjang bagi tulang-tulang panjang semasa kanakkanak. Semasa tumbesaran, sel-sel pada plat epifiseal membahagi secara mitosis dan memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis. Pada akhir akil baligh, bila mana tumbesaran tulang hampir lengkap, hormon-hormon seks merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifiseal.

Keadaan ini menyebabkan plat epifiseal menjadi nipis.


Apabila tumbesaran secara memanjang terhenti pada umur 18 tahun, sel-sel pada plat epifiseal berhenti membiak tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun selepas itu.

Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis dan garisan epifiseal menggantikan plat epifiseal. Semasa tumbesaran, diameter tulang juga bertambah.
Pertambahan ini adalah kesan dari pertambahan beban ke atas tulang.

Garam mineral (i) Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. (ii) Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra natal lagi. Vitamin (i) Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. (ii) Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. (iii) Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak. Hormon (i) Hormon-hormon tiroid, hormon tumbesaran dan hormon seks diperlukan untuk tumbesaran tulang.

Rangka

manusia dapat dikelompokkan menjadi dua bahagian iaitu : a) bahagian poros tubuh (rangka aksial) b) bahagian alat gerak (rangka apendikular).

Bahagian aksial terdiri atas 80 tulang pada manusia dewasa umumnya manakala bahagian apendikular terdiri atas 126 tulang pada manusia dewasa umumnya.

Tengkorak Tulang vertebra Sangkar thorasik

Mempunyai

1. Kranium 2. Sendi tak bergerak SUTUR 3. Tulang muka iaitu tulang nasal, rahang atas, rahang bawah

Terdiri daripada 33 vertebra yang disambung oleh rawan Mempunyai 5 jenis vertebra :

JENIS VERTEBRA Vertebra serviks Vertebra toraks Vertebra lumbar Sakrum Koksik

BILANGAN VERTEBRA 7 12 5 5 4

Bahagian vertebra :

Sentrum

menyokong badan dan menentang daya mampatan Lengkuk saraf melindungi saraf tunjang Salur saraf menempatkan saraf tunjang Spina saraf untuk pelekatan otot Cuaran melintang untuk pelekatan otot Muka sendi untuk pelekatan otot

-Tulang Rusuk Terdiri daripada 12 pasang tulang rusuk Pasangan pertama hingga ketujuh bersambung dengan STERNUM Pasangan kelapan hingga kesepuluh tak bersambung terus dengan sternum Tetapi pada pasangan ke tujuh Pasangan kesebelas dan dua belas TERAPUNG Dikenali sebagai TULANG RUSUK PALSU
-Sternum Fungsi: Melindungi organ dalaman seperti peparu dan jantung

Sternum

Sangkar Thorasik

Terdiri

daripada: a) Pectoral girdle dan tangan b) Pelvic girdle dan kaki

Pectoral girdle ialah bahagian gelang bahu yang terdiri daripada clavicle dan scapula
Tangan pula ialah bahagian lengan yang terdiri daripada tulang humerus, radius, ulna, karpal, metakarpal dan phalanges.

Pelvic girdle ialah gelang panggul yang terdiri daripada tulang usus(ilium) , tulang duduk(ischium) dan tulang kemaluan(pubis). Kaki pula terdiri daripada femur, patella, fibula, tibia, tarsal, metatarsal.

Klasifikasi

sendi Pola artikular dan fungsi

3 jenis sendi pada manusia:

a) Sendi tak bergerak b) Sendi bergerak sedikit c) Sendi bergerak: sendi lesung, sendi engsel, sendi kondil, sendi gelongsor dan sendi pangsi

Sendi

tak bergerak tidak membenarkan pergerakan antara tulang-tulang yang bercantum membentuknya. ~Misalnya, tulang-tulang yang membentuk kranium dan lengkungan pelvis. bergerak sedikit membenarkan pergerakan yang sedikit. ~Misalnya, sendi di antara sentrum vertebra, sendi di antara tulang rusuk dan sternum dan di simfisis pubis.

Sendi

4. Sendi bergerak membolehkan pergerakan berlaku.


a) Sendi lesung ialah sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung. Sendi ini membolehkan tulang bergerak pada beberapa satah. ~Misalnya, sendi bahu dan sendi sendi pinggul.

b) Sendi engsel bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah, ~misalnya sendi siku dan lutut.

c) Sendi kondil membolehkan tulang bergerak dalam satu atau dua satah. ~Misalnya sendi antara tengkorak dan atlas, sendi di pergelangan tangan dan kaki, sendi di antara metakarpus dan metatarsus.

d) Sendi gelongsor membolehkan tulang menggelongsor di atas satu sama lain. ~Misalnya, sendi di antara tarsus, karpus dan sendi antara klavikel dan stenum.

e) Sendi pangsi membolehkan satu tulang berputar di atas tulang yang lain. ~Misalnya, sendi antara vertebra atlas dan paksi, sendi antara ulna dan radius.

Berdasarkan Fungsi (Pergerakan)

Berdasarkan Struktur

Synarthroses

Sendi fibrous

Amphiarthroses

Sendi Cartilagenous

Diarthroses

Sendi Sinovial

Fungsi

Contoh Sendi

Contoh Pergerakan

1. Tidak bergerak (synarthroses)

Sutur antara tulang-tulang tengkorak, sendi antara gigi dengan maksila dan mandibel, kartilej epifiseal dan garisan epifiseal
Artikukasi distal antara tibia dengan fibula, simfisis pubis, dan artikulasi antara turus vertebra ( di cakera intervetebra)

Tiada pergerakan

2. Gerakan terhad (amphiarthroses)

Pergerakan yang terhad

3. Gerakan bebas (diarthroses)

Sendi lesung Sendi bahu, sendi pinggul Sendi engsel Sendi siku dan lutut

Rotasi sirkumduksi fleksi ekstensi hiperekstensi abduksi adduksi semua pergerakan bersudut:- fleksi, ekstensi, abduksi, adduksi dan sirkumduksi

Sendi kondil Sendi di pergelangan tangan dan pergelangan kaki Sendi antara metakarpal dan metatarsal

Sendi pangsi/paksi

Sendi antara ulna dan radius Sendi antara atlas dan tengkorak
Sendi gelungsur

pronasi dan supinasi rotasi Pergerakan adalah secara mendatar ke hadapan atau ke belakang dan ke kiri atau ke kanan, contoh pergerakan klavikel dan sternum apabila kita memeluk tubuh fleksi ekstensi abduksi adduksi sirkumduksi

Sendi antara tulang tarsal antara tulang karpal sendi antara klavikel dan sternum antara kartilej tulang rusuk kedua hingga ketujuh dan sternum
Sendi pelana

Sendi pada bahagian bawah ibu jari tangan

A fibrous joint of the skull

A cartilagenous joint between two vertebrae

Sendi Sinovial

Depiction of an intervertebral disk, a cartilaginous joint. Diagram of a synovial (diarthrosis) joint.

Sendi lesung

Sendi Pelana

Sendi kondil (Condyloid Joint)

Sendi Paksi (Pivot Joint)

Sendi Engsel (hinge joint)

Sendi Gelungsur(saddle joint)

You might also like