Bola Sepak Kerja Kursus

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan kepada bola sepak Bola sepak (association football atau soccer) ialah sukan sepasukan yang paling

banyak dimainkan di dunia. Badan pentadbiran dunia. Bola sepak ialah FIFA atau Pgersatuan Bola Sepak Antarabangsa ( Bahasa Inggeris: International Faderation of Football. Populirati bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad yang ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional di seluruh dunia. Berjuta juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk menyokong pasukan pilihan mereka. Manakala berbillion billion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebahagian besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Faderation Int bola sepak, yang diterbitkan birernationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu sama ada pemionat, komuniti tempatan, malah Negara. Oleh itu, ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia.

Sejarah bola sepak antarabangsa. Keperluan untuk satu badan untuk memantau permainan sedunia ini menjadi jelas pada permulaan abad ke-20 dengan populariti antarabangsa yang semakin meningkat. Persatuan bola sepak Inggeris telah mempengerusikan banyak diskusi tentang membina satu badan antarabangsa, tetapi telah dilihat sebagai tidak membuat sebarang kemajuan. Ia jatuh jelapada tujuh Negara negara Eropah untuk mengikat bersama- sama membentuk persatuan ini. FIFA telah ditubuhkan di Paris padn a Mei 21 1904 nama Peranchis, nama singkatan kekal hingga ke hari ini. Walaupun kepada di luar Negara Negara berbahasa Peranchis. Presiden pertamanya ialah Robert Guerin. FIFA mempengerusikan pertandingan pertanyanya pada tahun 1906. Walaubagaimanapun ia berdepan dengan sedikit persetujuan atau kejayaan. Ini, bersama sama dengan factor ekonomi, mengakibatkan penggantian Guerin yang pantas dengan Danie Burley Woolfall dari England yang ketika itu telah menjadi salah satu ahli persatuan. Pertandingan berikut yang diadakan , iaitu pertandingan bola sepak Olimpik 1908 di London lebih Berjaya walaupun disertai oleh pemain pemain bola sepak professional yang bertentangan dengan prinsip prinsip pengasas FIFA. Keashlian FIFA berkembang ke luar Eropah, dengan permohonan Afrika Selatan pada tahun 1090, Argentina pada tahun 1912, dan Amerika Syarikat pada tahun 1913. Bagaimanapun, FiFA jatuh bangun semasa Perang Dunia I, dengan banyak pemainnya dihantar untuk berperang dan dengan kemungkinan membuat perjalanan untuk permainan antarabangsa terlalu terhad. Selepas perang dan menyusul kematian Woolfall, pertubuhan itu diambil alih oleh Carl Hirschmann, seorang anak Belanda. Pertubuhan ini terselamat daripada kepupusan, tetapi ada kos tindakan keluar Nega

Negara Tuan Rumah yang menyebut ketakrelaan mereka untuk menyertai pertandingan pertandingan bersama sama musuh musuh Perang Dunia mereka.

SEJARAH BOLA SEPAK DI MALAYSIA Bola sepak adalah satu permainan yang tertua di dunia dan merupakan permainan yang paling popular hingga ke hari ini. Di Malaysia, permainan ini mula diperkenalkan oleh tentera Inggeris pada tahun 1825. Permainan ini mula diketengahkan pada tahun 1905 apabila tertubuhnya Liga Bola Sepak Amatur Selangor. Pertandingan bola sepak yang pertama telah diadakan pada tahun 1921 untuk merebut Piala HMS Malaya ( kini Piuala Malaysia).

Pertandingan ini terus berkembang dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaya (kini Persatuan Bola sepak Malaysia) pada tahun 1926 yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1956. Malaysia terus menganjurkan beberapa siri pertandingan yang melibatkan Negara luar, seperti Pesta Bola Merdeka, Piala FA, Piala FAM, Piala Sumbangsih dan Liga Perdana.

Melalui pertandinga ini, lahirlah beberapa orang pemain yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Moktar Dahari dan R.Arumugam.

3.0 KELENGKAPAN PERMAINAN BOLA SEPAK 1. Padang Ukuran padang yang digunakan ialah 90 meter hingga 120 meter panjar2

KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK. Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah: 1. Menendang a. Tendangan leret b. Tendangan lambung c. Tendangan voli 2. Menyerkap a. Menyerkap bola leret b. Menyerkap bola tinggi 3. Mengelecek bola

4. Melakukan hantaran a. Hantaran ke hadapan b. Hantaran ke sisi c. Hantaran silang 5. Menanduk a. Menanduk ke hadapan b. Mananduk ke sisi 6. Menjaga gol a. Menangkap bola leret b. Menangkap bola tinggi c. Menumbuk bola d. Tendangan bola

KEMAHIRAN KEMAHIRAN PERMAINAN BOLA SEPAK. MENENDANG Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas,mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gold an melakukan sepakan penalty. Pada asasnya, terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli. 1. Tendangan Leret Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol. Teknik melakukan tendangan leret. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hamper lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki ke belakang. Badan dibengkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibengkokkan sikit. Tendang di bahagian tengah bola. Ikut lajak selepas melakukan tendangan. 2. Tendangan Lambung Tendangan lambung dilakukan ketika membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut, mengeluarkan bola dari kawasan gold an semasa menjaringkan gol. Teknik melakukan tendangan lambung. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di belakang bola. Badan hamper lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.

Tendang di bahagian bawah bola. Badan condong ke belakang. Ikut lajak selepas melakukan tendangan. 3. Tendangan Voli Tendangan voli dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gold an untuk menjaringkan gol. Tendangan voli dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola di udara. Teknik melakukan tendangan voli Kedudukan bersedia. Bola menghadap bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola. Tendang di bahagian bawah bola menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang. Ikut lajak selepas melakukan tendangan

6.2 MENYERKAP Kebolehan menyerkap bola yang dating memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan, kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota bergantung kepada keadaan bola yang dating, sama ada meleret atau tinggi.

1. Menyerkap Bola Leret Menyerkap bola leret boileh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan tapak kaki. Teknik meyerkap bola leret. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kea rah bola dating. Mata memandang bola. Apabila bola hamper, gerakkan kaki yang hendak menyerkap ke hadapan. Sebaik sahaja boleh menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang. Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong kea rah bola datang. 2. Menyerkap Bola Tinggi Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan dada.

Tenik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kea rah bola dating. Mata memandang bola. Apabila bola hamper ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap bola.

Sebaik sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah. Badan condong kea rah bola datang.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kea rah bola dating. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dank e atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang. Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kearah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan terbuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki. Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan.

6.3 mengelecek Kemahiran ini melibatkan kebolehan berlari sambil mengawal bola ke kiri , ke kanan, ke hadapan atau pusing ke belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk mengatasi pemain lawan. Mengelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki. Biasanya. Bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakan untuk mengelecek. Teknik mengelecek menggunakan sebelah kaki. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri. Badan dicondong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit. Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong ke kanan.

3. MELAKUKAN HANTRAN Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki.

Teknik melakukan hantaran ke hadapan Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki yang menendangke belakang Tending di bahagian belakang bola

Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

Hantaran ke sisi dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau kaki kanan, benrgantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola.

Teknik melakukan hantaran sisi. Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan. Tendang di bahagian sisi bola. Ikut lajak selepas melakukan tindakan.

Hantaran silang Hantaran ini dilakukan dengan memandang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menylang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menylang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola.

Teknik melakukan hantaran sisi Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola Ayunkan kaki menendang ke sisi. Badan condong kea rah bola hendak dihantar. Tendang bola di bahagian sisi bola. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

6.5 menanduk Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gold an melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.

Teknik menanduk ke hadapan. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola Seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.

Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua dua tangan dibuka di sisi. Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola. Ikut lajak selepas melakukan tandukan.

Teknik menanduk ke sisi. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola Seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir tiba, kilaskan badan ke aarah bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua dua tangan dibuka di sisi. Kilaskan badan kea rah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi. Ikut lajak selepas melakukan tandukan.

Teknik menanduk ke belakang Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola Seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala di atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.

6.6 menjaga gol Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga golyang baik mestilah menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua dua jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki. Teknik menangkap bola leret. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kea rah bola datang. Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakang tumit kiri. Tangkap bola dihadapan badan dan bawa ke dada.

Tenik menangkap bola tinggi. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kea rah bola datang. Mata memandang bola. Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan lalu melompat. Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua dua belah tangan hampir rapat.

Teknik menumbuk bola Kedudukan bersedia. Berdiri menghala kea rah bola datang. Mata memandang bola.

Apabila bola hampir, lompat dengan kedua dua belah kaki sambil menumbuk bola. Tangan menyentuh bahagian bawah bola.

Teknik tendangan bola di udara. Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua- dua belah tangan. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebelum bola mencecah tanah. Ikut lajak selepas menendang. Mata memandang bola.

Teknik tendangan lantun. Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua dua belah tangan. Mata memandang bola. Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan. Jatuhkan bola dihadapan badan dan tendang bola sebaik sahaja bola melantun dari tanah. Ikut lajak selepas menendang.

Formasi permainan Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain pemain selai penjaga gol. Walau bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah, iaitu Pertahanan pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh. Pemain tengah pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan menggangu serangan pasukan lawan pada peringkat awal. Penyerang pemain pemain yang berperanan menjaringkan gol. Kedudukan kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Para pemain mungkin menghabiskan kebabnyakian masa dalam perlawanan di spot spot tertentu di padang. Walaubagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam pemainan. Ini biasanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain di tengah yang akan digunakan dan ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah, 4-4-2 4-3-3 3-5-2 3-4-3 4-5-1 5-3-2

Keselamatan semasa bermain Aspek keselamatan perlu diambil kira semasa bermain bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan kecederaan seperti labam, terseliuh, patah, retak, luka atau terkoyak.beriku ialah beberapa aspek yang perlu diberi perhatian ketika bermain. Pakai seluar dan jersi yang sesuai untuk memudahkan pergerakkan. Pakai but bola, pelapik tulang tibia (shin guard) dan stoking Lakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bermain. Pastikan peralatanm yang digunakan dalam keadaan yang baik. Pastikan tempat bermain tida merbahaya Lakukan kemahiran asas dengan teknik yang betul dan patuhi undang undang permainan.

You might also like