Peranan United Kingdom Dalam Komanwel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NAMA: GANESH RUBAN A/L ANATHAN KELAS: 6BK2 NAMA GURU: SAZLINA BINTI OTHMAN

PERANAN UNITED KINGDOM DALAM KOMANWEL Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 melalui Statute of Westminster dan anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah merdeka. J.D.B. Miller menggelarkan Komanwel sebagai concert of convenience yang membawa maksud sebuah pertubuhan yang memerlukan persetujuan umum dalam kalangan negara-negara anggota untuk melakukan tindakan bagi faedah bersama. Komanwel moden hari ini menerima Perisytiharan Prinsip-Prinsip Komanwel. Menurut perisytiharan tersebut, Komanwel merupakan sebuah pertubuhan sukarela bagi negara-negara yang merdeka dan berdaulat. Komanwel tidak mempunyai perlembagaan rasmi. Namun, matlamat Komanwel telah dimaklumkan menekankan aspek perundingan dan bekerjasama dalam hal-hal yang menyentuh kepentingan bersama dan menggalakkan persefahaman dan perdamaian dunia. Kuasa tertinggi di dalam Komanwel bukan terletak di bawah kuasa Queen tetapi berdasarkan keputusan yang diambil daripada Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel. Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahliahlinya adalah bebas untuk menarik diri pada bila-bila masa. Keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan sesebuah negara perlu memohon untuk menjadi ahli. Selain daripada itu, Selain itu, negara-negara anggota perlu menerima Queen sebagai symbol perpaduan dan Ketua Komanwel. Satu lagi keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan Britain mengekalkan legasi monarkinya menjadi ketua Negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka. Lebih kurang 16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen sebagai ketua Negara. Oleh itu, baginda mempunyai bahagian dalam perlembagaan Negara-negara tersebut. Baginda juga akan melakukan upacara formal yang biasanya diwakili oleh Gabenor Jeneral. Britain juga sedar akan tanggungjawab untuk membangunkan tanah jajahannya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Pertumbuhan Komanwel adalah langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan. Dari sudut negara-negara Komanwel, mereka sedar bahawa hubungan sedia ada dengan Britain dan negara-negara Komanwel yang lain serta penglibatan perdagangan dalam Sterling Area akan memberi faedah. United Kingdom mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini dilancarkan bagi membantu meningkatkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia dan Pasifik. Britain juga mengambil inisiatif mewujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950, iaitu Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu negara-negara anggota menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna. Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat Britain untuk memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model Barat. Komanwel bukanlah sebuah pakatan bercorak ketenteraan. Oleh itu, peranannya untuk

menyelesaikannya isu-isu politik dan keselamatan yang ditimbulkan oleh negara-negara anggotanya adalah terbatas. Kesimpulannya, pertubuhan Komanwel begitu sinonim dengan United Kingdom. United Kingdom boleh dianggap sebagai pengasas dan ketua Komanwel. Hanya empayar British yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi sekarang mempunyai status yang sama dengan British. Komanwel bukanlah diwujudkan secra mendadak kerana pertubuhan ini berkembang dari empayar British, kemudian diberi nama Komanwel British, dan sekarang diberi nama Komanwel.

You might also like