Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013 PRAKTIKAL 1: UKURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PERMASALAHAN: Apakah perbezaan yang ada pada

alat ukuran yang digunakan dalam konteks fizik seperti pembaris, angkup vernier dan tolok skru micrometer? TUJUAN : Untuk mengambil dan membandingkan ukuran menggunakan pelbagai jenis alat pengukur. TEORI: Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah, beberapa bacaan akan diambil untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidak sempurnaan benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama.Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai

piawai.Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialahpembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer.

PEMBARIS METER

ANGKUP VERNIER

TOLOK SKRU MIKROMETER

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013

Jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca tiga palang/alur dan neraca elektronik.

NERACA TIGA PALANG

NERACA ELEKTRONIK

Bahan/peralatan: Pembaris meter Angkup vernier Tolok skru Mikrometer Neraca tiga palang/alur Neraca elektronik Wayar kuprum Sebatang pensel Sehelai rambut Satu sudu teh pasir

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013 AKTIVITI 1: MENGUKUR PANJANG PROSEDUR: 1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai rambut diukur dengan menggunakan pembaris panjang, angkup vernier dan tolok skru micrometer. 2. Ukuran yang telah dibuat diulang. 3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual. KEPUTUSAN: TOLOK SKRU MIKROMETER Avg 0.7 1st 6.86 2nd 6.96 3rd 6.89 Avg 6.90

PEMBARIS METER OBJEK Diameter pensel Diameter wayar Diameter rambut 1st 0.8 2nd 0.8 3rd 0.8 Avg 0.8 1st 0.7

ANGKUP VERNIER 2nd 0.69 3rd 0.7

0.1

0.1

0.1

0.1

0.026

0.028

0.026

0.026

0.27

0.30

0.28

0.28

0.1

0.1

0.1

0.1

0.002

0.002

0.002

0.002

0.01

0.01

0.01

0.01

SOALAN: 1. Diantara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ,yang

manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ? Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013 mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat penyukat yang paling jitu. 2. Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk mengukur

ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan mengapa? Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu. 3. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas.

Terangkan. Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru micrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping kertas.

AKTIVITI 2: MENYUKAT JISIM PROSEDUR: 1. Jisim sebatang pensel dan secamca pasir disukat menggunakan neraca tiga palang/alur dan neraca elektronik. 2. Ukuran yang telah dibuat diulang. 3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual.

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013 KEPUTUSAN: NERACA TIGA PALANG/ALUR 1st 4.5 2nd 4.5 3rd 4.5 Avg 4.5 1st 4.53 NERACA ELEKTRONIK 2nd 4.53 3rd 4.53 Avg 4.53

OBJEK Jisim pensel Jisim pasir

6.8

6.8

6.8

6.8

3.85

3.85

3.85

3.85

SOALAN: 1. Diantara dua alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim, yangmanakah

paling persis? Yang manakah paling tepat? Terangkan. Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding neraca tiga palang/alur. Maka, neraca elektronik merupakan alat menyukat jisim yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat penyukat jisim neraca elektronik mempunyai bacaan yang paling jitu berbanding neraca tiga palang/alur. 2. Namakan penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian?

Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah neraca tuas , neraca jarum berskala dan neraca lengan gantung. SOALAN MASTERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN: (a) Apakah yang anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti yang telah dijalankan? Apabila menggunakan satu alat pengukur beberapa bacaan akan

diambil untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah. Bacaan perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013 benda yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama. Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan alat pengukur. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil. Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat paralaks harus dielakkan serta memastikan terdapat atau tidak ralat sifar bagi alat pengukur tersebut. Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan dalam menyukat objek. (b) Pada bahagian manakah kurikulum standard sains sekolah rendah mengajar topik ini? Tajuk: Ukuran (Tahun 4) (c) Bincangkan bagaimana anda mengaplikasi pratikal tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran anda? a. Dalam sesi P&P, pertama sekali saya akan cuba menguji pengetahuan sedia ada murid-murid dengan bertanya soalan kepada mereka. Contohya, Pernahkah anda mengukur sesuatu benda dalam kehidupan seharian?. b. Seterusnya, saya akan teruskan sesi P&P dengan mendedahkan mereka menerusi slaid persembahan tentang jenis-jenis alat pengukuran dan cirricirinya.

[PRAKTIKAL 1] January 10, 2013 c. Kemudian, pelajar diagihkan ke dalam kumpulan masing-masing dimana mereka disuruh untuk mengkategorikan benda-benda yang ada di sekeliling mereka yang boleh diukur menggunakan alat pengukur yang diberikan. (d) Apakah peranan guru dalam praktikal tersebut? Guru seharusnya menjadi pembimbing atau fasilitator dimana guru perlulah membimbing murid-murid ketika mengadakan eksperimen dan memantau mereka semasa eksperimen dilakukan serta menggalakkan murid-murid menjalankan aktiviti dengan hands-on dan minds-on. Ini akan membantu murid-murid untuk mengingat apa yang mereka belajar. KESIMPULAN: Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek. Langkah berjaga-jaga: 1. Mengelakkan ralat paralaks. 2. Mengelakkan ralat sifar. 3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan terbaik. 4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.

You might also like