Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ayat Tunggal

Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Contoh :

Lelaki gemuk itu sedang menembak burung.

( subjek )

( predikat )

Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung.


1. Ahmad suka makan buah durian. 2. Jambatan Sungai Sentosa hanyut dibawa arus. 3. Bapa Rahim membeli kereta Saga yang berwarna biru. 4. Dua ekor kambing sedang meragut rumput di tepi sungai.

Ayat Majmuk
Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih
ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

Contoh :

a) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) b) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
1. Kalang terpijak paku lalu menangis. 2. Azman tidak dapat bermain bola kerana hujan lebat. 3. Ravi dan Siva ialah murid Tahun Tiga Jujur. 4. Sania menyanyi sambil menari di atas pentas.

You might also like