Edu 3105

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Soalan: jelaskan implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap kepada guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat.

Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar? Pendahuluan Latar budaya yang diwarisi atau dialami pelajar dalam keluarga, etnik, masyarakat atau lokalitit yang lebih luas mempengaruhi perkembangan, kepercayaan,pegangan serta keperibadian seseorang. Justeru, kita harus sedar bahawa setiap individu adalah unik dan berbeza daripada yang lain hasil lingkungan budaya etnik atau jenis masyarakat serta petempatan tempat tinggal masing-masing. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya yang dibawa oleh pelajar dapat membantu guru menyediakan persediaan pembelajaran yang lebih baik lagi berkesan. Budaya hidup yang dibawa oleh pelajar ke dalam bilik darjah mempengaruhi iklim dan budaya bilik darjah. Guru sebagai pemimpin bilik darjah dan budaya bilik darjah.guru sebagai pemimpin bilik darjah perlu mengenali dan memastikan pembudayaan yang baik dibentuk agar pelajar akan berasa selesa dan sejahtera berada dalam lingkungan bilik darjah yang mesra budaya. Justeru, budaya mempunyai implikasi yang amat kuat terhadap berjaya atau tidak pembentukan peribadi social dan intelek pelajar. Pelajar sekolah terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik, bahasa dan loghat, struktur dan kelas social, agama dan kepercayaan, adat resam dan adab serta gender di samping persekitaran tempat tinggal yang pelbagai. Kepelbagaian latar belakang ini menghasilkan latar belakang budaya dan pembawaan yang berbeza dalam kalangan pelajar. Tingkah lau, tindakan dan pandangan dunia pelajar juga berbeza kesan daripada pengaruh latar budaya masing-masing. Justeru, wujudlah kerencaman tingkah laku, tindakan, pegangan serta tasawur. Kerencaman ini dibawa ke sekolah dank e dalam bilik darjah. Lantaran itu, wujudlah kepelbagaian budaya di sekolah. Budaya formal terbina hasil perlaksanaan peraturan dan etos sekolah. Budaya tidak formal wujud hasil interaksi pelajar dalam pelbagai kelompok dan latar budaya yang berbeza.. Budaya pelajar dapat kita kelompokkan kepada tiga, iaitu:

pro budaya sekolah antibudaya nsekolah antara budaya sekolah dan budaya remaja

sanggup menangguhkan pemunuhan keperluan diri. tumpuan pencapaian akademik

tidak sanggup mematuhi peraturan mendatangkan masalah kepada sekolah.

menghormati peraturan sekolah dan memenuhi keperluan diri aktif

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid Budaya mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan dan pembawaan. Menurut Marcelle, Dupraw dan Axner, terdapat 6 corak asas budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu: i) Berbeza dalam gaya komunikasi

Gaya komunikasi merujuk kepada penggunaan bahasa dan komunikasi bukan verbal. Dua orang yang berlainan latar budaya, malah dalam budaya yang sama boleh mempunyai penggunaan bahasa yang berbeza. Individu Melayu Utara bersuara lantang dan bernada tinggi semasa berbual adalah diterima. Rakan karib menggunakan sapaan aku-hang adalah diterima tetapi bukan dalam perbualan dialek Melayu di pantai Timur, terdapat kosa kata yang boleh mengelirukan pemahaman pengguna bahasa standard. Contohnya kosa kata selalu membawa maksud sekarang. Justeru, pelajar dalam sesebuah kelas membawa gaya komunikasi yang berbeza ke dalam bilik darjah. Pemahaman akan kelainan yang ada ini perlu disedari agar kita

dapat menghindari sebarang masalah antara individu yang berpunca daripada salah faham gaya berkomunikasi.

ii)

Berbeza sikap terhadap konflik.

Mereka yang terdidik dalam keluarga yang mengamalkan perbincangan misalnya, akan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi masalah konflik (pandangan yang berbeza). Penyelesaian dalam bentuk berbincang secara bersemuka mungkin sesuai bagi kelompok ini, sebaliknya, kebanyakan individu berasa tidak selesa membincangkan secara terbuka atas sebab tidak mahu menjatuhkan air muka. Penyelesaian secara tertutup atau secara bertulis mungkin lebih sesuai. iii) Berbeza pendekatan dalam menyelesaikan tugasan.

Setiap budaya mempunyai cara/gaya tersendiri dalam pendekatan menyelesaikan tugasan. Antara factor yang mempengaruhi termasuklah akses kepada bahan sumber, pandangan terhadap ganjaran yang akan diterima setelah selesai tugasan, pandangan terhadap kepentingan masa, pandangan terhadap hubungan kerjasama dalam pasukan dan perkaitannya dengan penyediaan tugasan. iv) Berbeza dalam gaya menyelesaikan masalah

Gaya menyelesaikan masalah turut bergantung pada pegangan sesuatu budaya. Terpdat budaya yang mengamalkan perkongsian tanggungjawab dan penurunan kuasa kepada anggota lain dalam masyarakat atau keluarga. Justeru, amalan tanggungjawab bersama dalam menyelesaikan masalah wujud. Sebaliknya, terdapat amalan budaya yang mengutamakan tanggungjawab individu untuk menyelesaikan masalah. Terdapat juga budaya yang mengamalkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan masalah.

Pelajar kita berasal daripada pelbagai latar belakang, justeru wujud amalan yang berbeza dalam menyelesaikan masalah. Situasi ini bergantung pada amalan kepimpinanan dalam keluarga: autoritatif, demokratis atau permisif. v) Berbeza sikap terhadap pendedahan pandangan

Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sikap berterus terang baik tenatang emosi dan perasaan sebab musabab perbalahan atau maklumat peribadi. vi) Berbeza dalam pendekatan untuk mengetahui

Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam proses mengetahui ataupun belajar. Budaya Barat lebih mengutamakan pemikiran kognitif manakala budaya Timur lebih berpegang pada kesahihan maklumat. Terdapat juga budaya yang memfokuskan aspek afektif, muzik dan pergerakan. Justeru, setiap pelajar kita mempunyai gaya berfikir dan gaya belajar masing-masing. Malah pelajar lelaki dan perempuan juga mempunyai gaya berfikir yang berbeza. Lantaran itu, guru harus dapat mengesan gaya fikir dan gaya belajar pelajar agar mereka akan dapat belajar dengan lebih berkesan. Kemahiran dan penguasaan bahasa

a) bahasa daerah, bahasa ibunda atau dialek sahaja b) dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas

masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan oenerangan guru kesan: ketinggalan pelajaran

mudah kuasai pembelajaran cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep

Kaum etnik

a) satu kaum atau etnik

kurang dapat pendedahan

perlu suaikan dengan budaya lain

Pelajar yang tingga; dan belajar dalam lingkungan satu etnik yang selalunya mengamalkan budaya, cara berfikir dan pandangan dunia yang sama kurang mendapat pendedahan akan budaya kaum lain. Justeru, pemahaman dan kesedaran budaya lain hanya dipelajari melalui bacaan bukan amalan. Kemungkinan proses menyesuaikan diri dengan kaum atau etnik lain akan menjadi sukar.

b) pelbagai etnik

terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara berfikir

belajar bahasa etnik lain

Pelajar yang belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik akan terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara berfikir kaum etnik yang berbeza sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar bahasa etnik lain secara tidak langusng. Perasaan saling menerima dan saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara tidak formal.

Kelas social Pelajar terdiri daripada pelbagai kelas sosial: rendah, sederhana dan tinggi. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga.

kelas rendah kelas sederhana dan tinggi

menghadapi masalah kewangan kurang perhatian ibu bapa kemudahan cukup, menghadiri kelas tambahan mendapat perhatian ibu bapa

Petempatan a) Bandar dan pinggir Bandar

terdedah kepada pelbagai budaya

taraf sosioekonomi berbeza

budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada pelajaran, ekmampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan terhadap tugas dan tanggungjawab akan jelas berbeza

b) Luar bandar dan pedalaman

mengamalkan budaya,etnik yang sama

pandangan pendidikan kurang mancabar

kurang mendatangkan masalah kepada sekolah dari segi tingkah laku.


Gaya berfikir dan gaya belajar Sebagai individu yang unik, setiap pelajar mengamalkan gaya berfikir dan gaya belajar yang berbeza. Gaya belajar merujuk kepada cara/gaya yang paling berkesan bagi individu menguasai pembelajaran. Terdapat tiga pembelajaran asas yang umum iaitu, visual, audio dan kinestetik. Pelajar audio mudah memahami isi pelajaran melalui proses mendengar. Pelajar visual perlu mendegar dan melihat untuk memahami isi pelajaran sementara pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktivitii membuat untuk menguasai pembelajaran. Gaya belajar Gaya berfikir tindakan

Auditori

Mudah

belajar

melalui

proses mendengar Visual Cepat proses melihat Kinestetik Belajar melalui proses membuat,hands-on belajar melalui dan

mendegar

Bebas

latar

(field Tidak

memerlukan

independent)

bantuan latar persekitaran untuk pembelajaran memahami

Impulsive

Bertindak

tanpa

berfikir

panjang. Cepat bertindak

Reflekstif

Bertindak selepas berfikir secara mendalam. Teliti dan lambat respons.

Gender Pelajar lelaki dan perempuan sering kali mendapat layanan yang berbeza memandangkan perlakuan yang ditunjukkan mereka sering kali berbeza. Pelajar perempuan lebih tekun memberikan perhaian dalam pembelajaran, mematuhi peraturan bilik darjah dan sekolah Pelajar perempuan lebih kemas dan teratur berbanding lelaki. Pelajar perempuan menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah. Pelajar lelaki menunjukkan preastasi lebih baik pada peringkat menengah. Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru dalam pembelajaran dan interaktif dengan guru. Pelajar lelaki selalunya dianggap bermasalah Pelajar lelaki lebih baik dalam mata pelajaran pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran sastera bahasa. Estim kendiri pelajar lelaki dan perempuan adalah sama ada masa masuk sekolah tatapi estim kendiri pelajar perempaun merosot apabila mencapai pertengahan tahun persekolah. (Santrock: 2008) Budaya yang diamalkan di sekolah membentuk penerimaan kelainan gender, keupayaan dan prestasi mengikut gender.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada guru Adalah menjadi tugas guru untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri dalam pencapaian akademik, sosil dan vokasional. Tugas ini bukan suatut ugas yang mudah memandangkan guru perlu mengajar kumpulan pelajar yang besar dan pelbagai ragam. Dalam amalan biasa di sekolah, guru merekodkan pencapaian dalam kokurikulum melalui penglihatan. Maklumat yang sedemikian tidak memberikan gambaran yang sebenar tentang pelajar memandangkan individu dipengaruhi oleh budaya yang diamalkan oleh masyarakat dan keluarganya. Guru perlu mengkaji dan memahami budaya setiap kaum etnik pelajar di dalam kelasnya untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan semua pelajar. Pelajar dalam sesebuah bilik darjah terdiri daripada etnik, taraf, sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan petempatan, budaya, adat resam dan bahasa keluarga yang berbeza. Lantaran itu, guru tidak seharunsya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian terhadap pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah memerlukan guru mengambil perhatian yang sesuai bagi membolehkan setiap pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaran yang berkesan. Penerimaan dan layanan adil Mengenali latar belakang pelajar, taraf ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar. Guru tidak seharusnya melayani pelajar sebagai satu kelompok individu, kelompok kelas social atau kelompok mengikut kaum etnik tetapi sebagai indivudu yang mempunyai keunikan. Justeru, guru perlu memberikan layanan yang adil mengikut keperluan individu pelajar. Guru juga tidak seharunsya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk mengesahkan generalisasi dan pelabelan yang telah dibuat. Contohnya, semua pelajar yang tinggal di rumah 100, tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Guru seharusnya menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk memahami tingkah laku dan luahan perasaan pelajar yang dipengaruhi oleh persekitaran, rata-rata keluarga yang tinggal di rumah 100 merupakan mereka yang berpendapatan rendah. Suasana sesak dan keadaan keluarga yang perlu bekerja sepanjang hari boleh mempengaruhi pembelajaran anak-anak. Apabila guru memahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar daripada kelompok ini. Oleh yang demikian, diskriminasi dan kesan self fulfilling prophercy dapat dikesan. Stretagi pembelajaran koperatif Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Guru tidak seharusnya menganggap semua pelajar boleh belajar melalui cara yang sama. Pendidikan yang saksama bukan bermakna sistemp penyampaian yang sama digunakan untuk semua pelajar. Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung pada persekitaran tempat tinggal, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira factor-faktor yang membantu pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan pelajar. Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran koperatif. Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf social dan pencapaian dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk. Pengurusan bilik darjah dan pengurusan hubungan

Tugas guru sacara eksplisit adalah mengajar dan melaksanakan kurikulum formal tetapi secara realitinya guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah agar pembelajaran yang berkesan boleh dicapai. Menguruskan 30-50 orang pelajar yang berlainan latar belakang bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui peraturan dan rituin bilik darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Bagaimana pula dengan menguruskan hubungan antara pelajar yang berbagaibagai ragam selain menggunakan strategi pemebelajaran koperatif? Guru boleh mengguanakn kajian sosiometri untuk melihat hubugna antara pelajar di dalam bilik darjah. Maklumat yang dikumpulkan hendaklah dipindahkan ke dalam bentuk sosiogram. Paparan sosiogram menunjukkan hubungan untuk membina hubungan antara pelajar. Hasil kajian ini dapat digunakan untuk membina hubungan dan penerimaan antara pelajar. Aspirasi / Jangkaan guru Sesetengah guru memberikan respons yang berbeza kepada pelajar yang mewakili kelompok kecil, minority atau kelas social rendah. Kajian di Amerika menunjukkan, terdapat layanan dan jangkaan yang berbeza berdasarkan bangsa, jantina dan kelas social. Jangkaan telah pun dibuat sejak pelajar mula masuk sekoalh berdasarkan pakaian dan lain-lain berkaitan dengan teraf ekonomi. Kebanyakkan sekolah mengamalkan system pengaliran berdasarkan

pencapaian akademik pelajar. Pelajar dikelompokkan kepada kelas yang berbeza. Biasanya pelajar prestasi tinggi dan sederhana berlatar belakangkan keluarga taraf ekonomi tinggi dan sederhana. Pelajar ditempatkan dalam kelaskelas khir terdiri daripada keluarga bertaraf eknomi rendah. Guru yang mengajar kelas-kelas baik akan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang mendalam sementara pelajar kelas akhir menerima pembelajaran berbentuk ala kadar. Dengan layanan yang berbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut

akan menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di sekolah, dianggap pelajar bermasalah, yang akhirnya akan tbertingkah laku sebagaimana yang dijangkakan guru. Guru perlu berubah amalan diskriminasi dan padangan terhadap pelajar dan mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas guru adalah untuk menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang selaras dengan pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar.

Model ASSURE Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan.

1. Analyse Learners (Analisis Pelajar) 2. State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran) 3. Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber) 4. Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber) 5. Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) 6. Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

1. Analisis Pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar.adalah penting ntuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. Ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Gaya belajar

Ciri-ciri umum pelajar Ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, kelas, aliran, jantina,

penempatan/daerah/kawasan, budaya dan seumpamanya/ Pemilihan kaedah, sumber dan bahan dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenalpasti. Pelajar yang

lemah dalam penguasaan bahasanya dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak.

Pengetahuan sedia ada Setiap pelajar mempunyai pengalaman yang berbeza. Analisis pengetahuandan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Guru boleh mengenalpasti pengetahuan sedia pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajarinya, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terlebih dahulun mengadakan sesi soaljawab di dalam kelas. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topikyang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran dan kaedah yang sesuai yang akan digunakan. Gaya Pembelajaran Pelajar Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Model Dunn dan Dunn, model Honey dan Mumford, dan model Mutiple Intelligence Gadner adalah beberapa contoh model gaya pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. 2. Nyatakan Objektif/Hasil Pembelajaran Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan secara jelas.Ini adalah sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran.Penekanan kepada apa yang pelajar boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Oleh itu objektif mesti spesifik. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedajh penyampaian yang sesuai. Dengan itu guru dapat menentukan langkah aktiviti pemgajaran dan pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif terlebih dahulu. Dalam hal ini, pernyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: 1. Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar)

2. 3. 4.

Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru) Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan) Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian)

Siapakah yang hendak dicapai? (Kumpulan sasar) Fokus penulisan pbjektif ialah pembelajaran.Kumpulan sasar yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal. Apakah yang hendak dicapai? 9Apakah bentuk pelakuan baru)

Apakah yang hendak dicapai adalah merujuk kepada pelajar.Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasas situasi sebenar.Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah

melakar menamakan meramal membaca menjawab melukis menilai melabel menjelas

Situasi dan Syarat Perlakuan Apakah syarat pelakuan? Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkahlaku itu baru yang dapat diperhatikan.Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran dan pembelajaran Bagaimana hendak dicapai? (Apakah syarat pelakuan)

Situasi atau syarat pelakuan bermaksud penyataan pencapaian syarat objektif dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah-langkah pembelajaran dan media yang sesuai. Aoakah tahap pencapaian minimum? (standard pencapaian) Darjah pencapaian minimum atau standard pencapaian merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantititingkah laku, tempuh masa yang ditetapkan dan sebagainya.Penyataan pengukuran pencapaian ini akan membolehkan guru

menyediakan tindak susulan bagi membantupelajar yang belum mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan juga aktiviti pengayaan. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantatif. Contih

penulisan

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat melabel nama negeri-negeri yang diketuai oleh sultan pada lakaran peta

Malaysia sekurang-kurannya 7 dari 9 negeri dengan betu.

Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang

mempunyai sultan.

3. Pemilihan Kaedah, Media dan Bahan Sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pemilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi aspek-aspek berikut:

Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang

hendak dicapai.

Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

Menurut Mc Alpine & Wetson (1994) dipetik oleh Hwinich et al (1999), untuk memilih bahan sumber yang sesuaim soalan-soalan berikut perlu ditanya.

Adakah bahan ini menepati kurikulum? Adakah isipelajaran menepati kurikulum? Adakah laras bahasanya jelas?

Adakah bahan ini menarik dan dapat memotivasikan pelajar? Adakah bahan ini dapat menarik pelgelibatan pelajar? Adakah bahan ini berkualiti? Adakah bukti yang menunjukkan bahan ini berkesan? Adakah bahan ini bebas daripada iklan dan kecenderungan memihak? Adakah ada panduan pengguna?

Memilih bahan sumber sedia ada yang menepati kriteria dan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjimatkan masa. 4. Gunakan Media dan Bahan Sumber Langkah seterusnya ialah bagaimana media dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Bagi memasyikan kejayaan penggunaan media dan bahan, sumber tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru.

Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas. Guru hendaklah menhkaji/menyemak/menonton bahan sumber yang telah dipilih sebelum digunakan. Ini dapat membantu guru memastikan bahan tersebut nemar-benar sesuai dengan kumpulanpelajarm objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar. 5. Libatkan pelajar dalam pembelajaran

Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Penyediaan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan pengelibatan pelajar dalam ptoses belajar, Gambar foto, slaidm gambar bersiri, video dapat mencetuskan perbincangan dalam kumpulan, dapat menjana idea dan juga aktiviti penyelesaian masalah. 6. Nilai dan Semak Semula Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar.

Kurikulum tersirat Pengenalan Kurikulum terbahagi kepada dua jenis, iaitu kurikulum nyata dan kurikulum tersirat. Kurikulum nyata (manifest curriculum) merujuk kepada kurikulum formal atau kurikulum rasmi, manakala kurikulum tersirat (latent curriculum) merupakan kurikulum tak formal yang digunakan untuk memupuk nilai, sikap, dan interaksi sosial yang positif melalui peniruan, permodelan, aktiviti kumpulan, aktiviti unit beruniform dan sebagainya. Istilah kurikulum tersirat juga disebut sebagai kurikulum tersembunyi, kurikulum terselindung atau kurikulum tersisip. Kurikulum tersirat merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid sekolah dan kesan ini adalah di luar kawalan guru. Kesan secara tidak langsung ini juga dikenali sebagai kesan sampingan kurikulum tersirat. Kurikulum dan sekolah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Setiap sekolah di Malaysia mengikut kurikulum sama yang dirancang oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Melalui kurikulum ini, pihak sekolah membekalkan ilmu dan pengalaman pembelajaran pada orang ramai. Antara ciri yang terdapat dalam kurikulum tersirat ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar, boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasil pembelajarannya

adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif, merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri dan lain-lain lagi. Melalui Kurikulum tersirat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan Budaya antara kaum. Pihak sekolah pula berusaha mengaplikasikan penerapan nilai Budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya aktiviti Ko-Kurikulum. Pada masa sekarang, kurikulum tersirat telah diaplikasikan melalui aktiviti persatuan, kegiatan panitia dan aktiviti Kokurikulum.

Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat Dalam Usaha Membentuk Bangsa Yang Bersatu Dan Saling Menerima Perbezaan Antara Kaum Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah.

Menurut A Dictionary of Sociology (2005), kurikulum tersirat merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum ini tidak dibuat secara formal, tetapi ia berlaku tanpa disedari oleh guru dan murid-murid. Pengalaman yang diterima itu sebenarnya boleh memberi panduan kepada masa hadapan murid-murid apabila mereka tamat belajar secara formal. Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah kurikulum ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Kurikulum tersembunyi mempunyai pertalian yang rapat dengan pengalaman persekolahan individu. Individu yang mengikuti perjalanan sistem pendidikan yang diterjemahkan ke dalam pelbagai rekabentuk kurikulum memperoleh ilmu dan pengalaman persekolahan yang menjadi ingatan dan pegangan hidup sehingga mereka dewasa. Kanak-kanak mempunyai bebagai tanggapan,perasaan dan sikap pada sekolah. Alam persekolahan ialah suatu pengalaman murid yang menyeronokan, menakutkan dan tempat di mana kanak-kanak berjumpa dan berinteraksi dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Realiti ini berlaku pada peringkat awal sistem persekolahan formal dipekenalkan dan semakin berubah apabila sistem pesekolahan formal terancang dan berterusan dilangsungkan.

Kurikulum tersirat boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif. Relatif meliputi ideologi, keyakinan,nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi sekolah. Bermakna masyarakat yang menetapkan pengetahuan yang harus diwarisi dan yang tidak perlu diwariskan pada generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat. Perkara-perkara lain termasuk sistem pengurusan kelas,ruang kelas,aturan yang diterapkan serta pola pengelompokan pelajar. Semua perkara ini membawa implikasi pengaruh pada pelajar sepanjang persekolahan. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau pengajar.Nilai ini akan dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya, tingkahlaku dan akhlak seseorang guru itu sendiri iaitu bagaimana cara guru itu berpakaian,berkomunikasi dan menyampaikan ilmu.Nilai ini secara tidak langsung dapat diterapkan ke dalam diri murid-murid sepanjang berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran sebagai contoh guru menerapkan sifat kerjasama dalam aktivit berkumpulan.Kurikulum tersembunyi mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat. Amalan dan kebiasaan tradisi ini menjadi pewaris kanakkanak sehinggalah membentuk suatu kebiasaan. Ia seterusnya dapat membawa implikasi kestabilan dan harmoni dalam masyarakat. Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh,dengan mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun karnival permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan cara ini murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan. Kurikulum tersembunyi terdiri daripada jenis atau pengkategoriannya yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.Oleh itu, kurikulum tersembunyi sama-sama berperanan dalam membentuk perubahan fungsi sosial pendidikan. Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru harus membahagikan kumpulan berdasarkan prinsip menggalakkan

interaksi antara murid yang berlainan kaum. Guru boleh menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain melalui aktivitiyang dijalankan. Apabila dalam kelas bahasa Cina, semua murid tidak mengira kaum akan bercakap dalam bahasa Cina dan apabila dalam kelas bahasa Melayu, semua murid pula akan bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek. Justeru, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat sangat penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kepelbagaian sosio-budaya dan ini secara tidak langsung memberikan implikasi kepada murid tanpa mengira kaum. Sebagai kesimpulannya, kurikulum tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha mempertingkatkan kualiti kurikulum negara

Implikasi Kurikulum Tersirat Terhadap Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan merupakan cabaran paling utama dalam usaha negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat.Sebagaimana yang dinyatakan oleh Mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepelbagaian murid di sekolah memberi implikasi yang besar kepada guru. kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai

Kesan kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid sekolah rendah Mendisiplinkan murid Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan Menggalakkan penggunaan bahasa standard Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium perantaraan bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung, interaksi antara murid akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah. Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya adalah perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid.

Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid untuk melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti banyak membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p akan mudah tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang dijalankan guru berlaku dalam keadaan ceria dan Menggalakkan penggunaan bahasa standard menyeronokkan. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta mengamalkan bahasa standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada guru. Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, Ibn Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia. Institusi

pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan akhlak. Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak mepertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Mendisiplinkan murid Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang guru sebenarnya telah mengaplikasikan empowerment .Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 194, menyatakan empowerment ialah menurunkan kuasa pendisiplin dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan peneguhan positif terhadap hasil tugas murid.

Saranan aktiviti yang boleh dijalankan melalui pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam konteks kurikulum tersirat untuk pembentukan interaksi sosial serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang kaum.

Saranan aktiviti dalam (p&p)

Meransang intuisi murid melalui set induksi Penerapan nilai melalui pengajaran afektif Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh. Motivasi yang bervariasi Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p

Meransang intuisi murid melalui set induksi Intuisi dalam kamus Tesaurus Bahasa Melayu Dewan pada halaman 339 bererti naluri, gerak hati, rasa hati, firasat, atau rasa-rasa. Justeru, meransang intuisi murid melalui set induksi bererti meransang sifat ingin tahu murid dalam langkah set induksi pada setiap permulaan p&p. Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 101-102, menggariskan lima cara membina aliran fikiran murid dalam langkah set induksi. Pertama, menarik perhatian murid agar mereka betul-betul bersedia terhadap p&p yang bakal disampaikan. Kedua, orientasi, yakni menggunakan suatu situasi, objek, proses, atau alat untuk merangsang minat murid. Ketiga, mewujudkan motivasi dengan cara menunjukkan kemesraan dan semangat terhadap perkara yang bakal dipelajari. Keempat, struktur bererti set induksi beasaskan tugasan, dan yang kelima ialah membuat perkaitan kepada judul utama p&p. Kedua-dua penulis buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan ini juga ada menyarankan contoh aktiviti bagi langkah set induksi. Antaranya, memulakan pelajaran dengan sesuatu yang luar biasa atau dengan rentak dan irama. Memulakan pelajaran dengan satu set arahan atau melalui satu pengumuman, Memberikan soalan mencabar, menggunakan kiasan, atau aliran

mengejutkan. Apabila murid sudah bersedia dan mendapat gambaran tentang p&p yang bakal dijalankan, maka guru mampu mendapatkan kerjasama yang baik daripada semua murid untuk melakukan aktiviti seterusnya dalam proses p&p. Penerapan nilai melalui pengajaran afektif ...Sepertimana kualiti kognitif dan psikomotor, kualiti afektif juga perlu ditekankan oleh guru dalam pengajarannya dengan cara menerapkan perubahan sikap ke atas pelajar melalui gerak kerja dan aktiviti yang dikelolakan dalam bilik darjah

(Ahmad Rafaai Ayudin, Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru, halaman:193) Pernyataan oleh Ahmad Rafaai Ayudin membuktikan bahawa penerapan nilai menerusi pengajaran afektif sangat penting dalam memastikan perubahan sikap murid yang negatif kepada positif. Dalam penyampaian isi pelajaran, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Guru perlu menanamkan asas sosialisasi yang positif agar wujudnya semangat setiakawan, penerimaan, menghormati orang lain, mematuhi arahan dan peraturan, serta menggunakan bahasa yang baik dalam pertuturan mereka. Menerusi penerapan nilai dalam pengajaran afektif, usaha untuk membentuk perubahan sikap, watak, perilaku, adab sopan dan akhlak dalam kalangan murid yang tidak digubal dalam kurikulum nyata dapat dijayakan secara berkesan oleh seseorang guru. Hal ini sudah pasti dapat menggalakkan interaksi sosial sekali gus menyatupadukan semua murid yang terdiri daripada berbilang kaum.

Mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p Pengukuhan menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 108, ialah suatu kemahiran yang digunakanoleh guru bagi mengubah tingkah laku murid dengan sempurna. Murid yang dapat menunjukkan kebolehan dan pencapaian seperti yang dijangkakan perlu diberi pujian atau bentuk-bentuk penghargaan lain. Ini dapat mendorong mereka untuk terus belajar dan menyukai pelajaran tersebut. Tujuannya ialah untuk menarik dan mengekalkan perhatian murid dalam satu-satu masa pengajaran. Guru hendaklah

sentiasa mengukuhkan tindak balas positif yang ditunjukkan murid agar perbuatan itu akan terlazim dan menjadi satu kebiasaan. Peneguhan yang dilakukan hendaklah sama rata antara murid terutama jika murid terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat empat bentuk peneguhan yang digariskan oleh Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan iaitu dengan galakan secara lisan, galakan secara gerak-geri dan gerak isyarat, galakan dengan cara menggunakan jawapan murid, dan galakan dengan cara ganjaran. Guru bertanggungjawab menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum atau pembentukan kumpulan berdasarkan etnik semasa p&p dijalankan. Penghapusan perilaku negatif seperti ini perlu dilakukan agar tindakan murid ini tidak sampai sehingga meniupkan api perkauman mereka. Oleh itu, kemahiran pengukuhan, penghapusan, dan pelaziman dalam p&p sangat penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan murid sekolah rendah.

Motivasi yang bervariasi Motivasi menurut menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 106, bertujuan merangsangkan minat murid kea rah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p, beberapa komponen penting motivasi telah digariskan oleh Ahmad Rafaai Ayudin iaitu daya penampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi. Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh. Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan alat abntu mengajar (ABM). ABM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. ABM mampu memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan

cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu ABM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan ABM serta BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas kerana ini mungkin dapat mendatngkan implikasi negatif kepada individu murid. Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. Melalui penilaian, guru dapat menentukan sama ada berjaya atau tidak muridnya menyerap maklumat yang disampaiakan. Memandangkan pengajaran kurikulum tersirat tidak dapat dijui melalui ujian kertas dan pensil, maka pemerhatian dapat dianggap teknik yang bertepatan bagi mengukur keupayaan, kemahiran serta perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Seseorang guru perlu mencatat kemajuan dan kelemahan setiap individu murid untuk membuat pengubahsuaian bagi p&p seterusnya. Sekiranya seseorang guru mendapati p&p yang dijalankan tidak mencapai objektif yang sepatutunya, pentaksiran perlu dilakukan serta tindakan susulan perlu diambil. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid perlu dinilai dan direkodkan agar guru dapat melihat perkembangan afektif muridnya dan boleh melakukan sesuatu untuk menggalakkan perubahan ke arah kebaikkan sekali gus dapat membentuk kendiri murid yang positif.

Rumusan Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di Malaysia memberikan kesan kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan suasana pembelajaran secara khasnya. Secara keseluruhannya, kurikulum tersirat boleh dikatakan sebagai pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh murid-murid sekolah dan kesan ini adalah di luar kawalan guru. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya

yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. Inilah yang dikatakan sebagai Kurikulum Tersirat. Antara ciri-ciri kurikulum tersirat ialah merangkumi semua pengalaman

pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. Selain itu, kurikulum tersirat juga, boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri samada guru dan murid atau pengajar. Kewujudan bagi kurikulum tersirat adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum. Di samping itu, Kurikulum tersembunyi terdiri daripada jenis atau pengkategoriannya yang berbeza-beza mengikut tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri. Terdapat banyak implikasi kurikulum tersirat terhadap kepelbagaian sosio budaya dalam kalangan murid sekolah rendah. Antaranya ialah, menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah, membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negative mereka, murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan, pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan, dan dapat mendisiplinkan murid. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam p&p untuk pembentukan interaksi sosial serta pemupukkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid berbilang kaum ialah dengan meransang intuisi murid melalui set induksi, memootivasi murid dengan bervariasi, mengamalkan kemahiran pengukuhan, penghapusan dan pelaziman dalam p&p. Selain itu, pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh, serta penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan juga antara aktiviti yang boleh diterapkan kurikulum tesirat.

You might also like