Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri disetiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik

bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memehami budaya di sekolah serta komiti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa

lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia lebih-lebih kerenah murid yang sentiasa ingin main bola semasa waktu Pendidikan Jasmani.

Khabarnya juga, masih ada beberapa jenis sukan yang belum dipertandungkan pada peringkat zon atau QIT mahupun peringkat daerah. Jika diberi peluang oleh pihak sekolah, ingin sahaja saya melatih pasukan sekolah dalam apa-apa jenis sukan sebagai pendedahan kepada sya untuk melatih dan membentuk pasukan sukan sekolah ketika bertugas sebagai guru kelak.

You might also like