Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN POST MORTEM SPM 2012 KELEBIHAN 1.

Sukatan pelajaran telah dihabiskan seawal bulan Julai bagi menumpukan kepada soalan latih tubi. 2. Guru telah memberi penekanan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan yang betul semasa membuat soalan latih tubi. 3. Pendedahan kepada soalan-soalan percubaan daripada negeri Kelantan,Terengganu,Perak juga telah diberikan kepada pelajar bagi mengukuhkan pemahaman pelajar. 4. Pendedahan kepada soalan sebenar SPM bagi tahun-tahun lepas juga telah diberikan kepada pelajar bagi membiasakan pelajar dengan bentuk soalan sebenar SPM. KELEMAHAN 1. Pelajar mempunyai aras pemikiran sains dan matematik yang lemah walaupun berjaya dalam PMR. 2. Sebilangan pelajar sibuk dengan tugasan luar yang tidak berkaitan dengan akedemik semasa di sekolah walaupun SPM bakal menjelma. 3. Pelajar lemah dalam soalan analisis terutama menjawab soalan bahagian esei. 4. Terdapat pelajar yang gagal menyiapkan latihan-latihan yang diberikan sebelum menjelang SPM. 5. Terdapat beberapa pelajar yang langsung tidak mempunyai motivasi diri bagi menghadapi SPM walaupun SPM tinggal beberapa hari lagi. 6. Pelajar kurang memberi tumpuan semasa guru menjalankan P&P atau perbincangan. 7. Kemudahan makmal Fizik yang serba kekurangan menyebabkan pelajar tidak dapat menjalankan eksperimen dengan baik sekaligus menyebabkan pelajar susah untuk memahami konsep Fizik.

You might also like