PSS 3019

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

PROSEDUR PENGHASILAN DAN PENYELENGGARAAN BAHAN BERCETAK UNTUK PENGAJIAN SOSIAL

DISEDIAKAN OLEH : AYUNI BT ABD RAHMAN NOORAISYA BT SHAFIE

PENGENALAN

Bahan bercetak buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan Bahan Bercetak


Komprehensif menyeluruh dalam bidang berkenaan. Terpilih beberapa bahan yang dipilih dari keseluruhan bidang untuk membolehkan penerangan menyeluruh. Representatif beberapa bahan untuk mewakili setiap bidang dan peringkat perkara berkenaan.

PERSEDIAAN SEBELUM PENGGUNAAN


Kesesuaian bahan bercetak :

Menggunakan perbendaharaan kata dan bahasa yang boleh difahami oleh penuntut. Tajuk, keterangan dan isi yang terdapat dalam bahan bercetak tersebut mestilah mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar.

Bahan bercetak tersebut mestilah mencukupi untuk penggunaan individu atau berkumpulan.
Isi yang terdapat di dalam bahan bercetak sebaiknya mestilah mempunyai hubungan dengan pengalaman murid-murid agar mudah untuk difahami.

Keterangan isi kandungan dalam bahan bercetak mestilah tepat dan boleh dipercayai. Kredebiliti pengarang dalam bidang perkara yang berkaitan. Perkembangan semasa masyarakat dan negara. Kandungan yang bernas , bernilai pendidikan , penyelidikan dan keilmuan.

Kesediaan tempat bahan bercetak :

Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana-mana sahaja samada di dalam atau di luar kelas.
Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Jika gambar atau poster digunakan , guru mestilah memastikan saiznya mestila besar dan boleh dilihat oleh semua murid.

Punca Sumber Tenaga.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga seperti LCD. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat.

Kaedah Perlabelan.

Bahan Bercetak i. Lembaran Kerja Disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah Disusun di dalam kotak (browser boxes) Kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran Dibalut dengan plastik (laminate) untuk ketahanan / keselamatan

ii. Buku / majalah / surat khabar Disusun di sudut bacaan Disusun di atas rak

Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya.

Diuji Kebolehgunaan
Guru hendaklah menguji tahap kejelasan bahan bercetak yang digunakan contohnya: 1. Saiz gambar, poster atau teks yang ingin ditampal di hadapan kelas mampu dilihat oleh semua murid. 2. Bahan bercetak yang digunakan hendaklah dipastikan senang difahami dan tidak terlalu tinggi arasnya.

3. Bahan yang ingin digunakan itu mempunyai perkaitan dengan topik yang ingin diajar. 4. Tidak mengandungi isu-isu sensitif atau perkara-perkara yang boleh mengelirukan pemikiran murid.

Proses Perkembangan Murid

Kenal pasti cara terbaik murid belajar

Kenal pasti jenis seseorang murid

Jalankan analisis keperluan

Timbulkan kesedaran murid tentang strategi meningkatkan pembelajaran mereka.

KEKUATAN BAHAN BERCETAK SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL DARI ASPEK :

Aspek Masa
1.

2.

Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

Perancangan
1.

Pendapat-pendapat yang berbeza serta aspek-aspek berlainan boleh dikaji pada satu masa yang sama dan boleh diulangkaji kembali atau dirujuk oleh murid beberapa kali jika perlu. Buku kerja boleh diterbitkan bersama dengan buku teks atau siri kuliah untuk membolehkan murid belajar dengan lebih berkesan dan maklumat dari teks atau siri kuliah boleh dimasukkan ke dalam buku kerja tersebut.

2.

3. Bahan bercetak memberi lebih banyak peluang kepada murid untuk mengambil peranan dan bahagian yang aktif sama ada dalam proses penghasilan bahan bercetak tersebut ataupun semasa proses penggunaan bahan-bahan bercetak tersebut di dalam bilik darjah.

Mobiliti
1.

Murid-murid boleh belajar di manamana tempat dan pada bila-bila masa yang sesuai.

2.

Bahan-bahan bercetak oleh ditanda atau digaris oleh murid sebagai panduan atau rujukan untuk dirinya sendiri pada satu masa nanti.

3. Apabila bahan bercetak digunakan oleh guru, maka murid boleh didedahkan kepada maklumat yang sama yang boleh pula diikuti dengan penerangan tambahan daripada guru. Maklumat daripada teks ini juga akan menambahkan atau mengingatkan kembali pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

Faktor fizikal
1.

2.

3.

Tidak memerlukan alat yang kompleks dan mahal untuk menyampaikan maklumat. Tidak memerlukan bekalan kuasa elektrik atau sumber cahaya semasa menggunakannya. Bahan bercetak adalah bahan mudah alih mengikut keadaan atau keperluan tajuk atau subjek yang berkenaan.

Penyelenggaraan
1.

Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

2.

Kos
1.

Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat.

2.

KEKURANGAN BAHAN BERCETAK SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN SOSIAL DARI ASPEK :

Perancangn dan masa


Penggunaan bahan-bahan bercetak memerlukan kebolehan murid membaca. Bahan bercetak tidak tahan lama kerana kerana bahan bercetak adalah bahan yang mudah kelihatan buruk apabila sudah terlalu lama dan ada kemungkinan menjadi reput.

Penyelenggaraan
Bahan-bahan bercetak adalah media satu hala. Bila digunakan tanpa guru murid tidak boleh mendapatkan sesuatu penjelasan jika diperlukannya. Bahan bercetak perlu disimpan dan digunakan dengan cermat dan kemas, kerana bahan bercetak adalah bahan yang mudah terkoyak dan rosak. (penyelenggaraan dan kos)

Bahan-bahan bercetak hanya akan berkesan sekiranya guru berkebolehan dan terlatih mengajar dengan menggunakan bahan-bahan ini. Bahan-bahan bercetak yang tidak disusun dengan kemas dan tersusun, akan menyebabkan keadaan tempat penyimpanan bahan ini berselerak.

Faktor Fizikal

Bahan bercetak tidak akan dapat menarik perhatian murid jika digunakan oleh guru terlalu kerap kerana bahan bercetak selalunya berwarna hitam putih.

Mobiliti

Bahan-bahan bercetak perlu disimpan di dalam fail atau bahan yang kalis air, keadaan ini akan menyukarkan guru dan murid untuk mencari bahn untuk menyimpan bahan bercetak.

Kesesuaian dengan aktiviti pemulihan / pengayaan

Contoh Aktiviti Pemulihan


1.

Murid-murid yang lemah dalam penguasaan jenis-jenis rumah akan dapat mempelajari jenis rumah berdasarkan gambar yang telah cikgu sediakan berserta dengan sedikit maklumat berkaitan rumah tersebut di gambar tersebut.

2.

Murid-murid yang lemah dalam penguasaan peta : guru boleh menggunakan peta untuk memperlihatkan dengan lebih jelas kedudukan sesuatu negeri dan kemudian guru meminta murid memadankan nama negeri yang telah disediakan untuk dipadankan dengan kedudukan negeri tersebut.

Kelebihan Bahan Pemulihan


Memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid juga boleh menggunakan bila-bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

Contoh Aktiviti Pengayaan


Murid yang sudah mahir dalam topik jenis-jenis rumah : guru hanya menunjukkan gambar kepada muridmurid dan kemudian mereka akan mencirikannya. 2. Peta : berdasarkan peta tersebut murid-murid dapat membuat andaian sendiri berkaitan aspek pekerjaan penduduk di sesuatu negeri. 3. Lembaran kerja secara bertulis juga dapat menguji daya kefahaman dan ingatan mereka.
1.

Kelebihan bahan Pengayaan


Murid-murid akan lebih ingat dan memahami berdasarkan bahan bercetak yang ditunjukkan. Melalui lembaran kerja , tahap kefahaman mereka akan dapat diperhatikan.

AKTIVITI YANG BOLEH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN BAHANBAHAN BERCETAK

Bengkel Kemahiran Membaca Bengkel Kemahiran Rujukan Bengkel Kemahiran Perpustakaan Bengkel Kemahiran Mencari Maklumat Bengkel Kemahiran Berfikir

BIBLIOGRAFI
http://myais.fsktm.um.edu.my/4953/1/ 18.pdf http://apps.emoe.gov.my/pkgtbb/downl oadterhad/bahan/pss/pss_eradigital.P PT http://www.scribd.com/doc/14043425/ Keberkesanan-Penggunaan-PusatSumber-Sekolah-Era-Digital

You might also like