Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

Muka surat |1

KANDUNGAN 1.0 Tugasan 1 (Kumpulan) 1.0 Bagaimanakah sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia menyumbang kepada perpaduan Negara. Bincangkan. 1.1 Pengenalan Sistem Persekolahan yang Sama Bahasaa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Sekolah Wawasan Penempatan Guru Tanpa Mengenal Jenis Sekolah dan Kaum

MUKA SURAT

3 - 11

1.2 2.0

Kesimpulan

Tugasan 2 (Individu) Integrasi Kaum Dalam Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia Himpunan Forum Bibliografi

13 20

3.0 4.0

22 31 33 44

Muka surat |2

r a. B k an i a d g i e d n en n em p adua t p s i r s e p ah an ak epada k m i g a n B ag umba meny

lan u p m n Ku aysia a l s a a M g u ) di 1.0 T (Soalan 5 diamalkan angkan. inc yan g

Muka surat |3 TUGASAN KUMPULAN (SOALAN 5) 1.1 Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia pada awalnya berkait rapat dengan perkembangan serta penyebaran agama Islam dan juga kedatangan pedagang Arab, India dan Cina. Menurut buku Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15 hingga ke-17, orang Melayu mula mendapat pendidikan agama yang disampaikan oleh guru al-Quran di madrasah, surau dan masjid. Kedatangan Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu tidak banyak mengubah sistem pendidikan tradisional. Perubahan yang amat ketara berlaku apabila Inggeris mula menguasai negeri-negeri Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris terdapat empat jenis pendidikan yang berbeza dan masing-masing berorientasikan keperluan identiti kaum iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Pondok, Sekolah Vernakular bagi etnik Cina dan India. Pada keseluruhannya pendidikan zaman penjajahan Inggeris lebih bersifat bebas di mana terdapat lima jenis pendidikan yang tiada keseragaman telah wujud, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam. Setiap jenis sekolah tersebut mempunyai kaedah pengajaran dan kurikulum yang berbeza. Akibat daripada kewujudan sistem Sistem yang telah seperti ini yang kurang mempunyai sistem kawalan peringkat pusat telah menyebabkan konsep integrasi atau perpaduan kaum agak sukar dilaksanakan. mengasingkan pelbagai kaum ini ke dalam jenis sekolah yang berlainan ternyata hanya memupuk sikap perkauman. Justeru itu, semasa mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu mewarisi sistem pendidikan daripada penjajahan Inggeris. menyemaikan benih perpecahan kaum. Pihak Inggeris telah Dengan wujudnya sistem pendidikan yang

berbeza seperti ini maka wujudnya jurang perkauman penduduk di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, sistem pendidikan tersebut harus dirombak semula, termasuklah kurikulumnya. Pendidikan yang dibina semula di Tanah Melayu pada zaman selepas merdeka adalah bertujuan untuk menyatupadukan tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India supaya dapat membentuk satu rupa bangsa. Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana menghadapi pelbagai masalah. Namun begitu Jawatan Kuasa Khas telah dilantik untuk menguruskan dasar yang tercatat dalam Ordinan 1952 melalui tiga objektif, iaitu:

Muka surat |4 1. Penggunaan dua bahasa secara beransur-ansur di sekolah vernakular melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil, supaya sekolah itu akan secara beransur-ansur dapat diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. 2. Menghadkan kadar kemasukan murid ke sekolah kebangsaan Inggeris seperti sediakala. 3. Penubuhan pendidikan menengah vokasional. Namun begitu, sehingga tahun 1956, Ordinan 1952 tidak menghasilkan perubahan yang besar kepada dasar pendidikan yang boleh memberikan kepuasan kepada semua pihak. Manakala kaum Cina telah terus menguruskan pendidikan mereka sendiri tanpa campur tangan kerajaan dan struktur persekolahan Melayu tinggal seperti sediakala. Laporan Razak melambangkan Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan sistem pendidikan telah bertambah maju apabila bertambahnya bilangan murid, guru dan sekolah. Sebagai asas untuk melaksanankan usul Laporan Razak, suatu undang-undang diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Ini merupakan sejarah Malaya, di mana perancangan pendidikan dirangka untuk meliputi semua kaum dalam masyarakat Malaya serta meliputi semua aspek struktur dan perkembangan pendidikan Malaya. Laporan Razak telah menjadi asas perkembangan pendidikan di Malaysia selanjutnya. Cadangan yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib menunjukkan keazaman kerajaan membentuk satu sistem pendidikan bersifat kebangsaan yang bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Pendidikan 1961. Sejarah pendidikan di negara ini telah melalui beberapa zaman iaitu zaman sebelum penjajahan, zaman penjajahan, zaman Penyata Razak, zaman Penyata Rahman Talib dan akhir sekali zaman Jawatankuasa Kabinet. Demi mewujudkan generasi yang berwawasan dan berdaya saing, pendidikan hari ini perlu diletakkan dalam konteks global serta menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Selain itu sistem pendidikan di Malaysia haruslah menetapi sasaran yang terdapat di dalam Wawasan 2020. Antara matlamat utama pendidikan Malaysia yang ditekankan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ialah memupuk ciri-ciri patriotisme dan mengeratkan perpaduan ke arah bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu.

Muka surat |5

Antara perubahan besar yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia dari Laporan Kabinet wujudnya kurikulum baru pendidikan iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah diperkenalkan pada tahun 1983 dan diikuti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.Dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pula pada tahun 1990. Pada tahun 1983, dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ini telah diperluaskan hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa keud juga turut diberi tumpuan. Selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan pada peringkat rendah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Pada tahun 1980an, akses dan peluang pendidikan untuk rakyat tanpa mengira kaum ditingkatkan dengan penambahan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di kawasan luar bandar. Untuk mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan yang miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan. Kemudahan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi juga diberikan kepada penduduk miskin di bandar.

Sistem Persekolahan Yang Sama Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Pada zaman British, sistem pendidikan kita berpandukan dasar pendidikan British pada abad ke -19. Pihak British hanya memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan British sahaja. Pendidikan kaum Cina menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar manakala guru dan buku teks didatangkan khas dari Negara China. Mereka juga menggunakan sistem pendidikan yang tersendiri.

Muka surat |6 Pendidikan kaum India pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara bersendirian. Pendidikan ini dikenali sebagai pendidikan vernakular. Pihak British sengaja mengasingkan sistem pendidikan antara kaum supaya perpaduan kaum tidak berlaku. Sistem persekolahan yang berbeza yang mempunyai haluan masing-masing tidak dapat menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Pada asasnya Laporan Razak 1956 mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolahsekolah jenis umum pula menggunakan bahasa pengantar Cina,Tamil dan Inggeris. Walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan-sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula, ditubuhkan sekolah menengah kebangsaan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Semua kanak-kanak akan memasuki sama ada sekolah menengah kebangsaan atau sekolah menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah. Dengan adanya sistem persekolahan yang sama ini diharap perpaduan antara kaum akan dapat diwujudkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Kurikulum yang sama (Kurikulum Kebangsaan) Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum yang sama berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan antara kaum berpandukan Rukunegara. Dengan adanya kurikulum yang seragam ia akan Di samping memudahkan murid dan guru untuk bertukar pandangan dan fikiran. Contohnya guru dari sekolah A bertukar pandangannya dengan guru dari sekolah B.

Muka surat |7 mengeratkan hubungan di antara guru, secara tidak langsung ia mewujudkan perpaduan di kalangan guru tersebut. Sukatan pelajaran yang sama Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan di dalam Penyata Razak 1956, adalah dianggap sebagai salah satu asas kepada sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Dalam pada itu, mata pelajaran sejarah memainkan peranan yang penting ke arah matlamat pembangunan negara. Melalui mata pelajaran sejarah juga diharap semangat perpaduan dan perasaan hormat-menghormati di kalangan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan akan dapat diwujudkan. Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menyama atau menyeragamkan kurikulum di

sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang sama atau seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidak terganggu apabila mereka terpaksa berpindah sekolah lain. Langkah ini bukan sahaja menyenangkan para pelajar malah ia juga membantu pelajar ke arah proses penyatuan pelajar yang berbilang kaum. Bahasa Melayu Dijadikan Bahasa Pengantar (Bahasa Kebangsaan) Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini, bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan yang digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata dunia. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang senang dipelajari dan dikuasi. Inilah yang menyebabkan bahasa Melayu popular di kalangan pedagang yang datang di Tanah Melayu. Salah satu langkah bagi mengeratkan perpaduan di antara kaum melalui sistem pendidikan ialah melalui penggunaan bahasa pengantar yang sama di semua aliran sekolah. Berdasarkan Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran 1957, bahasa dan pendidikan

Muka surat |8 dapat digunakan sebagai alat perhubungan yang boleh meningkatkan persefahaman dan juga perpaduan di kalangan rakyat. Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai bahasa ibunda yang melambangkan identiti kaum masing-masing. Oleh itu, bahasa kebangsaan diperlukan sebagai bahasa perhubungan yang boleh difahami dan diterima oleh semua kaum bagi mengelakkan salah faham ketika berkomunikasi. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah jelas memperuntukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah merupakan saranan Suruhanjaya Reid pada awal kemerdekaan berdasarkan faktor-faktor berikut : Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbanyak, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini, Penggunaan Bahasa Melayu di dalam komunikasi telah lama wujud, Pengunaan Bahasa Melayu di dalam pentadbiran di negeri Melayu

Penukaran istilah bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan digunapakai pada 1 Julai 2007 sebagai satu bahasa untuk semua kaum. Usaha memartabatkan bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan diperkuatkan melalui beberapa laporan seperti Penyata Razak 1956 , Penyata Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Selain daripada itu, Bahasa Malaysia turut dijadikan bahasa pengantar di sekolah di Malaysia. Matapelajaran bahasa Malaysia turut dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.Tindakan ini dilihat wajar bagi memperkukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan di dalam kehidupan seharian murid dan pelajar. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah juga dengan penggunaan bahasa Malaysia di kalangan masyarakat yang seharusnya dilatih sejak kecil lagi. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam di sekolah-sekolah juga memperlihatkan bagaimana bahasa Malaysia dijadikan bahasa komunikasi utama. Apabila penggunaan bahasa Malaysia dapat diperkasakan, sudah tentulah mudah bagi setiap murid berkomunikasi dengan baik tanpa mengira kaum dan bangsa.

Muka surat |9 Pada tahun 2004 pula, Menteri Pelajaran telah melancarkan gerakan Memperkasa Bahasa Kebangsaan. Gerakan ini memberi penekanan terhadap identity unik bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan. Secara tidak langsung, sistem pendidikan negara kita telah memperkukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan di semua institusi pelajaran seterusnya mempertingkatkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan pelajar yang akhirnya menjadi asas perhubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan adanya bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyatu dan pembina identiti negara bangsa Malaysia, maka ciri-ciri ini dan latar belakang murid yang berbeza tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja. Perkembangan dalam sistem pendidikan nasional sebenarnya telah menyalurkan nilai-nilai sosial yang bersesuaian bagi mencapai perpaduan yang erat antara berbagai-bagai kelompok etnik di negara ini. Dalam hubungan ini, penerapan prinsip multikulturalism di Malaysia telah bermula sejak Laporan Barnes (1951) dan Laporan Fen-Wu (1951) yang masing-masing mengesyorkan agar matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum. Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan merupakan sekolah rendah yang berkonsep belajar bersamasama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Ini bermakna pelajar dari berbilang kaum dan agama akan belajar di sebuah sekolah yang sama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan di dalam kawasan yang sama. Mereka juga akan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Ini bermakna walaupun sekolah-sekolah ini mempunyai bangunan masing-masing , tetapi tetap disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung yang dibina khas. Pelaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. Dengan adanya hubungan dan

M u k a s u r a t | 10 interaksi secara langsung sebegini, usaha ke arah mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat akan menjadi lebih mudah. Pada masa ini terdapat 5 buah Komplek Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya seperti Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar(Perak), Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar(Kedah), Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai(Pulau Pinang), Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya(Selangor) dan Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung(Perak). Tujuan dan matlamat sekolah wawasan: - Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang. - Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. -Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. -Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. - Untuk menjayakan dan merealisasikan wawasan. Penempatan Guru Tanpa Mengenal Jenis Sekolah dan Kaum Penempatan guru di pelbagai sekolah merupakan satu usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum di kalangan guru dan murid. Apabila guru berbangsa Melayu ditempatkan di sekolah Cina atau sekolah Tamil maka penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid bukan Melayu akan dapat bertutur dalam struktur ayat yang betul. Maka dengan ini ia dapat meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu seperti di Sarawak, di kawasan pedalaman berbangsa Iban, kebanyakan murid tidak dapat bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu kerana ibu bapa mereka tidak tahu berbahasa Melayu. Tetapi sekarang dengan adanya guru yang berbangs Melayu yang ditempatkan di sekolah tersebut maka murid boleh menguasai bahasa Melayu dengan mudah kerana mereka hari-hari berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa

M u k a s u r a t | 11 Melayu. Selain itu guru yang ditempatkan di kawasan seperti ini juga akan mempelajari dan mendalami adat resam kaum Iban. Dengan cara ini ia dapat mengeratkan hubungan guru tersebut dengan masyarakat setempat serta ia dapat mewujudkan perpaduan di anatara masyarakat Melayu dan Iban. 1.2 Kesimpulan Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warganegara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Jelaslah bahawa perpaduan kaum amat penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1 Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan di kalangan kaum di negara ini. Malaysia akan terus melangkah ke hadapan. Perpaduan kaum akan terus menjadi isu yang akan panas dan sejuk mengikut keadaan semasa. Sukar untuk kita selesaikannya dalam tempoh yang singkat. Kita mungkin perlukan 50 tahun lagi untuk membina perpaduan kaum dalam erti kata yang sebenar. Tetapi sementara menunggu tempoh

M u k a s u r a t | 12 tersebut seluruh usaha haruslah dikerahkan untuk membina perpaduan kaum. Yang paling penting usaha ini memerlukan keikhlasan di kalangan kumpulan majoriti dan juga minoriti. Sukar tetapi kita telah berjaya membuktikanya kita boleh menguruskannya sejak 50 tahun yang lain.

idu v i d n kat sa n I a a r g a y u 2.0 T Soalan 3) tukan mas ( mben sia e p alam i Malay d m i kau ajmuk d s a r g m Inte

M u k a s u r a t | 13

TUGASAN INDIVIDU (SOALAN 3) : Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza berdasarkan kefahaman dan anutan mereka masing - masing. Dalam suasana Negara majmuk ini kesefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia amatlah penting bagi menjamin kestabilan dan keharmonian Negara. Oleh yang demikian, perpaduan di kalangan rakyat adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan ini, negara pastinya akan terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan kaum dan sebagainya . Perpaduan negara merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam membina serta dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran. Ini adalah bertujuan agar ia mampu mengekal serta mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara akan dapat dipertingkatkan bagi mencapai taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan terdedah kepada pelbagai ancaman. Ancaman dan kelemahan ini pastinya akan mengakibatkan kedaulatan negara

M u k a s u r a t | 14 Malaysia.Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. Kedatangan pihak Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang wujud telah mengubah bentuk masyarakat negara ini. Semasa dikuasai Kerajaan Inggeris mereka telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India. Penggalakan kemasukan tenaga buruh dari China serta India ini adalah bertujuan untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar .semasa pemerintahan Inggeris, mereka telah mewujudkan dasar pecah dan perintah. Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian, sementara orang Cina ditempatkan di bandar serta melibatkan diri dalam bidang perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet. Hanya sebilangan kecil sahaja orang India yang tinggal di bandar. Pembahagian ini bukan sahaja melibatkan aspek pekerjaan dan lokasi tempat tinggal bahkan ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan. Ini mengakibatkan wujudnya sekolah yang mempunyai aliran masingmasing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut merebak ke Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . namun demikian, peristiwa kekacauan ini hanyalah berlaku dalam skala yang kecil sahaja. Biarpun peristiwa ini masih terkawal namun kerajaan tetap memandang serius perkara ini. Sebagai langkah kawalan kepada perkara ini, kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Rentetan itu pada 29 Januari 1970 Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh MAGERAN. Penubuhan Majlis Perundingan Negara ini diletakkan di bawah Undang undang Darurat. Majlis ini telah mempunyai keanggotaan yang terdiri daripada wakil wakil yang mempunyai kemampuan dan berkaitan dalam membina perpaduan kaum ini. Anggota anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak

M u k a s u r a t | 15 Bin Dato Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Pemilihan anggota yang meliputi semua pihak ini menyaksikan kerajaan sangat komited dalam memastikan tujuan penubuhannya dapat dicapai. Sebagai langkah pertama majlis ini, satu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat pertama ini telah diadakan pada 27 Januari 1970. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Pengarah MAGERAN iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein. Pelbagai cadangan serta langkah yang telah diutarakan semasa perbincangan dan mesyuarat diadakan. Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara. Rukun Negara ini diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Setiap warganegara Malaysia yang sentiasa menginginkan keharmonian di Negara ini, mereka hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan dalam hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan di kalangan rakyat Malaysia.. Rukun Negara juga seharusnya menjadi pedoman serta panduan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam usaha ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat dan seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokrasi ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara juga merupakan kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian serta perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu

M u k a s u r a t | 16 akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain. Rukun Negara merupakan satu ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan normanorma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti Pelbagai faktor yang telah menjadi teras sehingga melahirkan idea terbentuknya Rukun Negara ini. Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan system pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak Negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang

M u k a s u r a t | 17 ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat - syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui. Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telahmemaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan

M u k a s u r a t | 18 meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama. Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Namun demikian Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah. Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan. Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain.

M u k a s u r a t | 19 Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita. Kesimpulannnya, biarpun Rukun Negara ini merupakan idea daripada pemimpin terdahulu dan telah pun menginjak ke usia yang lama, namun ia tetap relevan dalam usaha kita mengekalkan perpaduan dan juga keharmonian Negara. Rukun Negara tetap mampu menjadi benteng bagi memastikan peristiwa hitam tentang rusuhan kaum ini dari terus berulang. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis. Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua Negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah Negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan

M u k a s u r a t | 20 demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat percaturan. Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara Negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing. Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh. Dalam pembentukan masyarakat majmuk, isu perpaduan dan integrasi sentiasa dibincangkan dari semasa ke semasa kerana kepelbagaian pengalaman pahit manis yang telah dilalui oleh masyarakat Malaysia. Konsep perkongsian kuasa melaui politik permuafakatan telah diwujudkan bagi memantapkan hubungan kerjasama antara kaum yang boleh membawa kepada persefahaman bersama ke arah pembangunan negara.

M u k a s u r a t | 21

orum F n a pun m i H 3.0

M u k a s u r a t | 22

FORUM : SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 12:31 HNS 2013 - SOALAN 1 (CAWANGAN SIBU) Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India (kaum utama di Malaysia) yang hidup di bawah satu kerajaan. Walaupun masyarakatnya yang berbilang bangsa namun Malaysia tetap dalam keadaan aman dan damai. Peristiwa 13 Mei tidak akan berulang sekiranya setiap individu memahami konsep negara bangsa. Sikap saling hormat menghormati dan toleransi pasti akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang unggul di mata dunia yang mempunyai masyarakat majmuk. Sebagai rakyat yang cintakan keamanan negara, sudah pasti memahami konsep asas kenegaraan. Sanggup berkongsi idea, pemahaman dan kemajuan demi melihat negara Malaysia dalam keadaan aman dan dapat menangkis anasir-anasir dari luar dan dalam negara. Sebagai kesimpulannya, konsep asas Kenegaraan dapat menyatu padukan masyarakat yang berbilang bangsa, berlainan agama, budaya dan kepercayaan. Dengan ini terbentuklah sebuah kerajaan yang aman dan harmonis disokong dengan sikap saling hormat menghormati, tolong-menolong dan bertoleransi. SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 13:14 HNS2013 KENEGARAAN - SOALAN 1 (CAWANGAN SIBU) Saya setuju dengan pendapat anda. Konsep-konsep asas kenegaraan juga memberikan kesedaran kepada kita sebagai warganegara Malaysia supaya sentiasa saling menghormati, mengekalkan keharmonian, bertoleransi dan bermuafakat dengan pelbagai kaum yang lain. Selain itu, memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara dengan memupuk dan menyemai semangat nasionalisme yang tinggi dalam diri. Kita juga perlu menerapkan nilai Rukun Negara dalam semua aspek kehidupan. Kita juga perlu tahu hak kita sebagai rakyat yang boleh memilih pihak yang dapat mentadbir negara dengan baik dan teratur berdasarkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara Malaysia.

M u k a s u r a t | 23

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 14:16 HNS2013 KENEGARAAN - SOALAN 1 (CAWANGAN SIBU) Saya setuju dengan pandangan saudara. Konsep-konsep asas kewarganegaraan amat penting kepada setiap warganegara untuk membentuk warganegara yang lebih bertanggungjawab, bersemangat patriotik, cintakan tanah air, berwawasan tinggi, menjaga nama baik negara dan menaikkan nama negara di mata dunia. Kepentingan konsep-konsep asas kenegaraan kepada kita sebagai warganegara Malaysia ialah pertama, memberi kefahaman kepada kita tentang latar belakang, proses dan perkembangan sejarah pembinaan bangsa. Kedua, memahami adat resam dan budaya kaum di negara ini. Ketiga, menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dengan adanya pelbagai kelompok dan etnik di bawah satu pemerintahan. Yang terakhir, membina bangsa Malaysia yang berdaya tahan dan mempunyai semangat patriotik. Dengan ini sebagai rakyat Malaysia kita perlu tahu betapa pentingnya konsep-konsep asas Kenegaraan kepada kita.

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 16:21 HNS2013 KENEGARAAN - SOALAN 1 (CAWANGAN SIBU) Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Konsep asas kenegaraan juga membantu dalam pembentukan masyarakat yang aman dan makmur. Dengan memahami dan menghayati konsep asas kenegaraan, sifat keegoan dapat dikikis dan percanggahan dapat dikurangkan. Jadi, konflik masyarakat yang nyata tidak timbul. Pihak pemerintah dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk melaksanakan program pembangunan. Sehubungan dengan itu, penghidupan yang lebih mewah dapat diwujudkan kepada rakyat. Semua warganegara Malaysia hidup dalam negara yang aman dan makmur. Segala rancangan pembangunan dan pemodenan negara dapat dipercepat kerana berjalan dengan lancar. Dengan ini, taraf hidup kita dapat ditingkatkan dan masalah kemiskinan dapat dikurangkan.

M u k a s u r a t | 24

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 08:24 HNS 2013 - SOALAN 2 (CAWANGAN SIBU) Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat disamakan dengan keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Tamadun juga menurut Kamus Dewan bermaksud kemajuan atau perkembangan pemikiran dan peradaban yang merangkumi sosial,budaya dan politik. Sehubungan dengan itu tamadun atau peradaban manusia itu merupakan satu peringkat pencapaian budaya yang lebih tinggi atau maju dari segenap segi. Ciri-ciri masyarakat yang bertamadun adalah mempunyai bentuk agama yang tinggi, negara yang tersusun rapi, mempunyai sistem undang-undang, memiliki bahasa dan sistem tulisan yang maju serta mempunyai bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa. Sehubungan itu, tamadun memainkan peranan yang sangat penting dalam kemajuan negara. Sekiranya negara kita tidak bertamadun maka kejayaan tidak akan diperolehi dan hubungan diplomatik pun tidak dapat dijalinkan antara pelbagai negara di dunia. Hubungan yang erat dan atas dasar diplomatik inilah menyebabkan negara kita dipandang tinggi oleh negara-negara membangun yang lain. Jelaslah di sini bahawa tanpa tamadun segala kejayaan dan pencapaian negara adalah sangat mustahil untuk direalisasikan. Dengan itu, tamadun masa lampau telah membolehkan masyarakat Malaysia hidup bertoleransi antara satu sama lain.

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 06:13 HNS 2013 Soalan 2 Cawangan Sibu Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.Selain itu, wasilah terpenting dalam penbentukan tamadun ialah pendidikan. Sistem pendidikan membentuk jati diri, peribadi dan sahsiah seorang manusia. Manusia yang ada pendidikan boleh meneroka kemajuan dengan adanya kemajuan maka wujudlah kebudayaan dan terteralah ketamadunan. Tamadun akan berubah dari abad ke abad meliputi keperluan dan sosial pembangunan sesebuah negara. Dengan ini tamadun adalah asas yang penting bagi kemajuan dan sosial kehidupan kepada setiap negara. Justeru itu, tamadun dan manusia adalah seperti aur dan tebing kerana yang menjadikan tamadun itu berubah atau tidak semuanya atas sesuatu masyarakat itu sendiri yang mencorakkannya.

M u k a s u r a t | 25

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 07:19 HNS2013(SOALAN 2)SIBU Tamadun harus berkembang secara serentak dari segi kebendaan dan juga peradabannya. Negara tidak akan dapat maju sekiranya rakyat tidak berkualiti. Rakyat mestilah berpengetahuan tinggi, rajin, semangat cintakan negara dan berbudi bahasa. Rakyat yang berakhlak mulia dan rajin adalah harta negara yang bernilai dan ia akan menjamin negara bergerak maju dengan mantap. Untuk menjadi sebuah negara yang bertamadun, kita harus kuat dari pelbagai bidang, contohnya dalam bidang teknologi, perubatan dan pendidikan. Ini juga memainkan peranan penting. Pendidikan yang sempurna akan melahirkan rakyat yang berkualiti dan akan terus memajukan tamadun dengan pesat membangun.

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 07:29 HNS2013(SOALAN 2)SIBU Untuk melihat peranan tamadun dalam sesebuah negara, kita harus lihat kepada ciri-ciri utama tamadun iaitu petempatan, kualiti kehidupan, institusi dan organisasi, bahasa, perundangan, teknologi dan kreativiti. Ciri-ciri asas seperti ini dapat melahirkan manusia yang berakhlak mulia selaras dengan kemajuan yang dicapai. Masyarakat yang bertamadun dapat menyeimbangkan antara kemajuan dan nilai moral. Jika kemajuan sesebuah negara dapat dicapai tetapi pada masa yang sama akhlak dan peradaban masyarakatnya merosot maka akan wujudlah perpecahan kaum, politik dan ekonomi. Lama-kelamaan semangat perpaduan akan luntur dan sistem ekonomi akan merosot serta kemajuan negara tidak akan tercapai sekiranya wujud rakyat yang seperti ini.

M u k a s u r a t | 26

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 09:03 HNS 2013 - SOALAN 3 (CAWANGAN SIBU) Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Sebelum merdeka, sememangnya agak sukar untuk mencapai matlamat pembentukan negara bangsa. Ini kerana setiap kaum akan cuba mempertahankan budaya, adat dan kepercayaan masing-masing bagi mempastikan kedudukan mereka dalam negara terjamin. Faktor yang menyumbang kepada pembentukan negara bangsa antaranya ialah menyeragamkan sistem pendidikan melalui dasar-dasar pelajaran seperti Penyata Barners, Penyata Fenn Wu, Undang-undang Pelajaran1952, Penyata Razak, dan Penyata Rahman Talib. Untuk menyeragamkan sistem pendidikan, bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua jenis sekolah. Dengan cara ini ia akan dapat memupuk perpaduan dengan lebih cepat. Selain itu, program-program integrasi kaum seperti RIMUP seharusnya lebih kerap diadakan supaya pelajar-pelajar yang berbilang bangsa ini dapat selalu berinteraksi dan sekaligus dapat mengurangkan jurang antara mereka. Kerajaan juga telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan Rumah Terbuka setiap kali tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Krismas dan Deepavali. Program-program seperti ini akan dapat memupukkan rasa hormat-menghormati di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu juga kita dapat mengenal adat resam kaum lain. Dengan adanya program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan maka ia dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Oleh itu, rakyat yang memiliki sikap yang bersatu hati akan dapat membantu kerajaan dalam pembentukan negara bangsa.

SYAMSURI HASAN 750603135450 Created at: Today, 08:42 HNS 2013 Soalan 3 Cawangan Sibu Saya setuju dengan pandangan saudari. Malaysia merupakan negara yang aman dan harmoni. Rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Walaupun berlainan bangsa dan agama, masyarakat Malaysia hidup bersatu padu demi menjaga keharmonian dan keamanan negara. Program-program 1 Malaysia yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang rakyatnya hidup dengan semangat bekerjasama, bertoleransi dan

M u k a s u r a t | 27 semangat kekitaan di antara satu sama lain. Dengan adanya program seperti ini maka rakyat akan bersatu hati dalam apa-apa bidang untuk meningkatkan lagi pembentukan negara bangsa.

Created at: Today, 06:56 SYAMSURI HNS 2013 Soalan 3 Cawangan Sibu HASAN Saya setuju dengan pendapat cikgu. Faktor yang menyumbang kepada 75060313545 pembentukan negara bangsa itu banyak. Antaranya faktor kerjasama. Rakyat 0 Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum memainkan peranan penting dalam bidang tertentu. Nanum kita masih boleh berkongsi hasil dan kekayaan. Sistem pendidikan dan bahasa yang dibentuk telah memupuk perpaduan, rasa kekitaan dan jati diri yang baik. Semua rakyat hidup dalam keadaan adil, selesa dan maju. Kesemua ini menyebabkan rakyat kita semakin bersatu dan saling hormat-menghormati.

SYAMSURI Created at: Today, 07:04 HASAN Edited at: Today, 07:06 - by 750603135450 75060313545 HNS 2013 Soalan 3 Cawangan Sibu 0 Saya setuju dengan pandangan anda. Faktor utama kepada pembentukan negara bangsa adalah perpaduan antara kaum. Malaysia terdiri daripada berbilang kaum saling hormat-menghormati walaupun terdapat pegangan agama dan budaya yang berlainan. Faktor Perlembagaan Malaysia juga memberi jaminan kepada keutuhan perpaduan antara kaum. Kesepaduan antara bangsa dan kaum juga berteraskan kepada Prinsip Rukun Negara. Selain itu, bahasa juga memainkan peranan yang penting dalam menyatupadukan rakyat. Melalui bahasa, identiti negara dapat dikenalpastikan. Kini bahasa menjadi bahasa pengantar orang melayu, cina dan India. Apabila ketiga-tiga kaum bersama, pastikan mereka menggunakan bahasa melayu untuk menjadikan pengantar mereka. Malah, sejarah membuktikan bahasa melayu menjadi bahaha pengantar antarabangsa ketika Melaka menjadi pusat perdagangan di Asia pada Tamadun kerajaan Melaka. Bahasa pengantar yang sama dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara satu sama lain tanpa mengira kaum, budaya dan agama. Pendek kata, bahasa melayu menjadi medium perpaduan antara kaum dan terusnya pembentukan negara bangsa.

M u k a s u r a t | 28

SYAMSURI Created at: Today, 12:51 HASAN HNS2013 KENEGARAAN - SOALAN 4 (CAWANGAN SIBU) 750603135450 Unsur-unsur tradisi yang digubal di dalam perlembagaan adalah agama, bahasa, pemerintahan beraja dan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak. Peranan Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan ialah prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaaan. Bahasa kebangsaan negara kita ialah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan asas pembinaan negara bangsa dan alat perpaduan. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudah lama dilaksanakan. Ia merupakan simbol penting bagi orang Melayu. Jadi, pemerintahan beraja telah digubal dalam perlembagaan persekutuan bagi menjamin kedudukan istimewa raja-raja Melayu. Bagi mencapai wawasan 2020, unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan perlulah dihayati dan diaplikasi dengan berkesan oleh setiap kaum di Malaysia.

SYAMSURI Created at: Today, 13:04 HASAN HNS 2013 KENEGARAAN SOALAN 4 (CAWANGAN SIBU) 750603135450 Saya setuju dengan pandangan anda. Di sini saya hendak menambah, Perlembagaan diwujudkan bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat, merupakan satu alat untuk menyelesaikan masalah yang timbul, dapat menjamin riwayat negara bangsa dan dapat menjamin keamanan dan kestabilan negara. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara masyarakat di Malaysia.

M u k a s u r a t | 29

SYAMSURI Created at: Today, 13:18 HASAN HNS 2013 Soalan 4 Cawangan Sibu 750603135450 Saya memang bersetuju dengan pendapat saudara. Jika tiada kesejahteraan dan perpaduan antara kaum, rusuhan mungkin akan sentiasa berlaku. Rakyat akan tinggal dalam suasana ketakutandan akan berpecah-belah. Kita tidak lagi bebas untuk bergerak. Segala aktiviti ekonomi akan terganggu dan terhad berkembang. Pelabur dan pelancong tidak akan datang. Kehidupan rakyat akan semakin mandur dan sebar kekurangan. Kita tidak dapat menikmati segala keselesaan seperti sekarang. Negara kita akan ketinggalan dari segi perubatan, teknologi, pendidikan,maklumat sains dan banyak lagi. Oleh itu, kita perlu bersatu-padu bagi menangani segala masalah yang mengancam keselamatan hidup kita. Kita harus saling bantu-membantu supaya semua rakyat hidup gembira sebagai rakyat 1 Malaysia.

SYAMSURI Created at: Today, 13:42 HASAN HNS 2013 Soalan 4 Cawangan Sibu 750603135450 Saya setuju dengan pandangan anda. Hak istimewa yang diperuntukkan kepada orang Melayu adalah bayaran pengorbanan mereka bersetuju dengan syarat kerakyatan longgar yang diberikan kepada orang bukan Melayu. Hak ini adalah sebagai jaminan kepada orang Melayu supaya mereka dapat memperolehi kekayaan ekonomi di bumi mereka sendiri yang sejak sekian lama menjadi monopoli orang bukan Melayu .Hakistimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum. Unsur-unsurtradisi ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini dan ia merupakan sebahagian daripada kontrak sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu semasa negara ini menuntut kemerdekaan.

M u k a s u r a t | 30

SYAMSURI Created at: Today, 14:41 HASAN HNS2013 KENEGARAAN - SOALAN 5 (CAWANGAN SIBU) 75060313545 Perpaduan adalah satu perkara yang amat penting untuk sesebuah negara. Tanpa 0 perpaduan tidak mungkin rakyat dapat hidup dengan aman dan damai tanpa kacau bilau atau peperangan. Lebih-lebih lagi negara seperti negara kita Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan etnik. Sekiranya tiada perpaduan di negara kita dalam masa 10 tahun akan datang pastinya negara kita akan jadi kacau bilau. Perbalahan antara kaum akan wujud. Lebih buruk lagi perang saudara mungkin akan terjadi kerana pelbagai kaum dan etnik masing-masing akan cuba untuk menunjukkan kekuasaan masing-masing. Kesudahannya tidak mustahil peristiwa seperti 13 Mei 1969 akan berulang. Lebih buruk lagi ianya akan membuka ruang untuk kuasa asing untuk masuk campur dalam urusan negara kita. Ini tidak mustahil kerana kita telah lihat atau dengar apa yang telah atau sedang terjadi di negara-negara lain di dunia buat masa ini.Perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti pergadaduhan,perkembangan ekonomi akan merosot, perusuhan politik, dan peperang. Ini memberi banyak masalah kepada masyarakat. Kesudahannya kerana tiada perpaduan ini telah menghancurkan negara itu sendiri.

SYAMSURI Created at: Today, 16:29 HASAN Soalan 5 (KIC Sibu) 75060313545 Saya setuju dengan pandangan cikgu. Sekiranya tiada perpaduan di negara kita 0 dalam masa 10 tahun akan datang pastinya negara kita akan jadi kacau bilau. Perbalahan antara kaum akan wujud. Lebih buruk lagi perang saudara mungkin akan terjadi kerana pelbagai kaum dan etnik masing-masing akan cuba untuk menunjukkan kekuasaan masing-masing.

M u k a s u r a t | 31

SYAMSURI Created at: Today, 16:34 HASAN Soalan 5 (KIC Sibu) 75060313545 Betul apa yang diterangkan oleh cikgu. Ekonomi akan meleset sekiranya negara 0 dalam keadaan kucar-kacir. Negara Malaysia tidak berupaya bersaing dengan negara yang maju lagi. Sektor pelancongan pun terjejas, tiada pelancong dari negara lain datang ke Malaysia. Peperangan akan mengakibatkan ramai orang berkorban, ramai anak menjadi anak yatim, pelbagai masalah sosial timbul sehingga negara kita menjadi huru-hara. SYAMSURI Created at: Today, 16:46 HASAN Soalan 5 (KIC Sibu) 75060313545 Saya setuju dengan pendapat saudari. Selain itu, negara juga akan hancur dan 0 akan dijajah semula sekiranya tiada perpaduan. Tidak dapat dinafikan di manamana negara di dunia ini menitikberatkan perpaduan rakyat amat penting demi untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Perpaduan adalah elemen yang amat penting sekali dalam apa jua bidang. Ekonomi yang maju di dalam bidang perniagaan akan menarik minat pelabur asing dan juga pelabur tempatan untuk melabur. Negara akan rugi berbilion-bilion sekiranya tidak ada pelabur yang ingin melabur di dalam negara kita seterusnya rakyat tidak akan mendapat pekerjaan sekiranya tidak ada pelabur. Ini akan menyebabkan ramai orang akan menjadi pengganggur dan ia akan menjejaskan keselamatan dalam negara kerana sekiranya ramai penduduk di negara ini menjadi pengganggur tentu sekali kadar kes jenayah akan meningkat dengan mendadak. Oleh itu, tiada harapan untuk negara menjadi negara yang membangun dan sebaliknya akan dijajah oleh negara luar.

M u k a s u r a t | 32

rafi g o i l ib 4.0 B

M u k a s u r a t | 33

Bibliografi Buku Abd Rahman Embong (2006), Negara Bangsa-Proses dan Perbahasan, Edisi Kedua Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dr. Ismail Said (2010), Perkembangan Sejarah Negara, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin (2004), Pengajian Malaysia, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahdi Shuid, Mohd Hanafi Zainal dan Abd Aziz Ismail, Kamaruddin Ilias (2010), Pendidikan Negara Bangsa, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail dan Zaini Othman (2005), Kenegaraan Malaysia,Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Zahid Emby dalam Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (1997), Kenegaraan Malaysia, Serdang: Penerbit Universiti Putera Malaysia

Laman Web http://zanas.wordpress.com/dasar-dalam-negara-perpaduan-negara/ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkra-pendidikan/11743dasar-dasar-kerajaan-dalam-membentuk-perpaduan.html

M u k a s u r a t | 34 http://www.mkn.gov.my/mkn/default/article_m.php?mod=4&fokus=11 http://www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha http://www.scribd.com/doc/2882268/Dasar-Pendidikan-Di-Malaysia http://perpaduan.blogspot.com/2008/08/bagaimana-pendidikan-boleh-membentuk.html http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp? file=/2012/2/10/mstar_kolum_darirantau/20120210210132&sec=mstar_kolum_darirantau http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/01/07/muhyiddin-meluaskan-akses-pendidikan-asayang-berkualiti-dan-berkemampuan/ http://ukhuwwahislamiah.wordpress.com/hubungan-etnik/ http://apaniwoi.blogspot.com/2009/11/50-tahun-medeka-kenapa-masalah.html http://www.ssm.com.my/ms/node/11681/ http://www.scribd.com/doc/19161379/Sejarah-perkembangan-Bahasa-Melayu-Di-Malaysia http://kembarabahasa.blogspot.com/2011/03/peranan-bahasa-melayu-dalam-pembinaan.html http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp? y=2009&dt=0210&pub=DuniaPendidikan&sec=Perspektif&pg=ps_03.html http://pengajianam900.forumotion.com/t288-konsep-1-malaysia 15 April 2012 http://carapedia.com/pengertian_bangsa_se_politis_info803.html 17 April 2012 http://smzakir.blogspot.com/2006/06/antara-kepentingan-nasional-dan-etnik.html 20 April 2012 http://suaramembakut.blogspot.com/2009/06/1-malaysia-pengenalan-definisi.html 20 April 2012 http://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-dimalaysia/ 27 April 2012 http://www.scribd.com/man_dainese/d/8767619-Pelan-Induk-Pembangunan-Pendidikan20062010 1 Mei 2012 http://library.kkdn.gov.my/documents/Rukun%20Negara.pdf http://whawz.blogspot.com/2008/07/peranan-rukun-negara-dapat-membentuk.html

M u k a s u r a t | 35 http://bicarasenja.blogspot.com/2008/11/bersama-hayati-rukun-negara.html

You might also like