Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM KERTAS KERJA

PERMAINAN TRADISIONAL DAM AJI

Tarikh: 23.MAC.2013 Anjuran: PISMP 5.12 PENDIDIKAN JASMANI IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM.

1.O

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam untuk: 1.1 Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan bagi

menjalankan aktiviti daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. 1.2 Memohon pertimbangan dan sokongan untuk mendapatkan kelulusan mengutip derma luar dan memohon penajaan daripada agensi-agensi kerajaan, badan-badan swasta dan syarikat-syarikat korporat. 1.3 Memohon kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta. 2.0 PENDAHULUAN

Aktiviti Permainan Tradisional merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara kelas Pismp 5.12 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Permainan Tradisional ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Aktivitiaktiviti yang akan dijalankan semasa Permainan Tradisional ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan muhibbah antara pelajar kelas 5.12. Antara pengisian dalam Permainan Tradisional ini meliputi aspek kebudayaan, kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan, sambutan

aktiviti Permainan Tradisional ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

3.0

OBJEKTIF

3.1 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar-pelajar Pismp 5.12. 3.2 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 3.3 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan pelajar Pismp 5.12 sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
4.0 NAMA AKTIVITI Permainan Tradisional Dam Aji. 5.0 TARIKH 23 Mac. 2013 6.0 ANJURAN PISMP 5.12 Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Pendidikan Islam. 7.0 TEMPAT IPG Kampus Pendidikan Islam 8.0 KUMPULAN SASARAN Guru-guru pelatih lelaki dan wanita dari PISMP 5.12 9.0 AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA Rujuk lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B 12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk lampiran D

Lampiran A JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN TRADISIONAL DAM AJI 2013 JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT PENGERUSI : CIK SARAWATY BINTI MOHAMAD RAMLY : MOHAMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMMAD FADILL SETIAUSAHA BENDAHARI PENYELARAS PERTANDINGAN : MOHD ZUL FADHLI BIN HASHIM : NUR WAHIDAH BINTI HASAN : AHMAD ABDIN SHAKIRIN BIN BAHARIN

Lampiran B TENTATIF PROGRAM 23 MAC 2013 MASA 8.30 PAGI PERKARA PENDAFTARAN PERSERTA 9.00 PAGI PERMAINAN TRADISIONAL DAM AJI AKTIVITI GYMNASIUM IPG KPI PENYELARAS PERTANDINGAN MOHD ZUL FADHLI

11.00 PAGI

BERSURAI

REFLEKSI CIK SARAWATY BT MOHAMAD RAMLY

Lampiran C ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN PERMAINAN TRADISIONAL DAM AJI Bil. 1 Perkara KERTAS MANILA MARKER PEN 2 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN RM12.00 Jumlah Kos RM0.50 RM 2.50 RM0.50X4 RM 2.50X4 Jumlah RM2.00 RM10.00

11.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, semoga projek ini yang di pelopori PISMP 51.2 PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN JASMANI, IPG Kampus Pendidikan Islam dapat dijayakan dengan lancar dan teratur. Semoga menerusi usaha murni ini, kita akan dapat memupuk keyakinan dan membentuk kesihatan jasmani para dan peserta agar prihatin, bijak dan mahir dalam menangani pelbagai masalah secara efektif dan rasional. Bahkan, diharapkan juga projek yang dirancang ini akan mendatangkan manfaat, faedah dan kebaikan yang tidak terhingga banyaknya buat golongan sasaran amnya. Bagi semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam apa-apa jua bentuk sekalipun, pihak penganjur ingin merakamkan jutaan terima kasih. Sekalung penghargaan buat pihak Pengarah dan Timbalan Pengarah, IPG Kampus Pendidikan Islam atas sokongan yang jitu dalam menjayakan program ini. Semoga Allah SWT akan memberi ganjaran dan balas setimpal dengan segala usaha yang telah kita lakukan bersama. Majulah sukan untuk IPG Sekian, terima kasih.

You might also like