Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Konsep Asas Falsafah dan Falsafah Pendidikan

Pengertian Falsafah

Etimologi (Bahasa) falsafah berasal daripada perkataan Yunani, philosophia, di mana philo bermaksud cinta, dan Sophia bermaksug pengetahuan. Justeru,falsafah boleh ditakrifkan sebagai cinta kepada pengetahuan atau hikmah

Terminologi (Istilah) Pengertian falsafah yang dikemukakan oleh ahli falsafah adalah berbezabeza tetapi didapati wujudnya satu persamaan iaitu takrifan mereka berkisar kepada elemen elemen seperti manusia ,Tuhan dan alam.

Praktikal - secara praktikal, falsafah membawa maksud berfikir secara bersungguhsungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai cirri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat.

Metafizik (Ontologi) Mengakaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus, metafizik merujuk kepada yang jauh malangkau alam fizikal atau kebendaan. Metafizik cuba menjawab persoalanpersoalan yang jauh melampaui penyiasatan saintifik. Metafizik sebenarnya bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

Axiologi Berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai. Cabang falsafah yang yang mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Merangkumi dua aspek: i. Etika ii. Estetika

CABANG-CABANG FALSAFAH

Epistemologi Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ilmu atau sains dan logos yang bermakna keterangan. Epistemologi berfokus kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Logik Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan apa yang mengelirukan. Terdapat dua jienis logik: Logik induktif-bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya Logikbermula dengan kesimpulan umum, krmudian mencari contoh-contoh yang releven bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logic.

Konsep Pendidikan
Pihak Kamus Pendidikan(1979) Pengertian Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi. Di samping itu, ia dijadikan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah.

John Dewey(1859-1952)

Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus,suci dan mulia.

Friedrich Froebel(1782-1852)

Confucius(551-479BC)

Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkahlaku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyanyangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

Al-Ghazali(1058-1111C.E)

Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

Konsep Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan.

Falsafah pendidikan adalah satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsepkonsep asas berhubung dengan pendidikan.

Proses sosiolisasi. Pendidikan memberi murid peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa yang berfungsi kelak.

Pembentukan budaya. Pendidikan mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.

Fungsi Pendidikan

Integrasi sosial. Manusia bersifat lebih bersatupadu akibat pengajaran nilai-nilai budaya dan norma-norma tertentu.

Penempatan sosial. Pencapaian di sekolah dinilai berasaskan pencapaian akademik. Secara unggul, kejayaan akademik murid menjadi asas kepada kejayaan sosial pada masa depan.

Soalan-soalan: 1. Nyatakan tiga sudut yang dibicarakan oleh ahli fasafah dalam pengertian falsafah? i. ii. iii. ........................ ........................ .........................

2. Berapakah cabang yang boleh dibahagi oleh ahli falsafah? Nyatakan cabang-cabang tersebut. ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... 3. Mengapakah falsafah merupakan satu panduan hidup kepada kita semua? ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... 4. Berikan tiga contoh soalan yang diutarakan oleh Metafizik. i. ii. iii. ........................ ........................ .........................

5. Tokoh-tokoh pendidikan telah berpandangan bahawa pendidikan mempunyai beberapa fungsinya.Nyatakan 4 fungsi tersebut. ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... ...................................................................................................................... .......................................................................................................................

You might also like