Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

JAM RANDIK Pada 18 hingga 22 Mac 2013 saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Alor

Gajah, Melaka. Semasa berada di sana saya mengambil kesempatan untuk melawat makmal sains sekolah tersebut. Di situ saya membuat pemerhatian berkenaan alat radas yang terdapat di makmal. Fokus saya ialah alat pengukuran. Saya mendapati terdapat beberapa jenis alat pengukuran tidak terdapat di makmal tersebut. Antaranya ialah buret, pipet, jam randik, termometer dan angkup luar. Mungkin terdapat beberapa faktor yang menyebabkan alat pengukuran tersebut tiada di dalam makmal. Saya memilih jam randik dan akan menjelaskan kenapa ia penting kepada murid untuk memperoleh kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah. Pertama sekali mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan kemahiran manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara. Yang pertama ialah menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul . Jam randik memerlukan seseorang mengendalikannya dengan baik supaya berfungsi dengan betul. Sebagai contoh murid perlu menekan sekali untuk menggerakkan jarum jam, dan menekan dua kali untuk mengembalikan jarum jam pada titik sifar. Kemahiran asas seperti ini akan melatih murid supaya tahu cara mengendalikan alat pengukuran dengan cara yang betul. Yang kedua, kemahiran manipulatif menekankan kebolehan menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. Penggunaan jam randik memerlukan pengendalinya menyimpan ia di tempat yang betul supaya tidak rosak. Jam randik perlu dimasukkan di dalam kotak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam laci. Aktiviti ini membolehkan murid mendapat kemahiran manipulatif secara tidak langsung daripada eksperimen yang dijalankan. Selepas melakukan sebarang eksperimen, setiap murid dikehendaki

membersihkan peralatan sains dengan betul. Begitu juga dengan jam randik, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang habuk dan debu sebelum di simpan di dalam kotak. Aktiviti ini sebenarnya memberikan murid kemahiran manipulatif tanpa mereka sedari. Nilai-nilai murni juga berjaya disemai. Kemahiran manipulatif

seterusnya ialah kebolehan mengendalikan spesimen atau alat pengukuran dengan betul dan cermat. Semasa pengambilan bacaan masa jam randik, murid perlu fokus, cermat dan teliti. Mata perlu difokuskan selari dengan jarum jam untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Sikap tidak cermat menyebabkan bacaan menjadi salah. Kemahiran manipulatif yang terakhir sekali ialah kebolehan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. Semasa melukis gambar rajah sesuatu eksperimen, jam randik juga terlibat. Dengan ini murid dikehendaki turut sama melakar jam randik sebagaimana radas yang lain. Secara tidak langsung mampu mengasah kemahiran manipulatif yang kelima. Maka jelas di sini, jam randik penting untuk murid mendapat kemahiran manipulatif. Kemahiran yang kedua ialah kemahiran proses sains. Terdapat lapan kemahiran proses sains yang mana salah satunya ialah kemahiran memerhati. Semasa penggunaan jam randik, murid perlu membuat pemerhatian tentang bacaan yang dicatatkan. Kemahiran manipulatif akan terbina. Kedua ialah kebolehan mengelas. Selepas bacaan suatu masa diambil, murid biasanya dikehendaki mengelas bacaan tersebut mengikut jenis, spesis dan sebagainya. Sebagai contoh murid dikehendaki mengelas jenis lilin mengikut masa yang diambil untuk padam. Di sini kita dapat melihat kepentingan jam randik dalam mengintegrasikan kemahiran proses sains. Seterusnya kemahiran penggunaan nombor. Untuk membaca dan mencatat bacaan pada jam randik sudah semestinya melibatkan penggunaan nombor. Hal ini membiasakan murid dengan nombor. Kemahiran yang keempat ialah komunikasi. Komunikasi penting dalam setiap eksperimen yang dijalankan. Semasa penggunaan jam randik elemen komunikasi juga terlibat. Sebagai contoh, guru menyebut perkataan mula terlebih dahulu barulah jam randik ditekan murid. Perkataan mula tersebut sudah menunjukkan terjadi komunikasi antara guru dan murid semasa penggunaan jam randik. Kelima ialah kemahiran membuat pengukuran. Murid mengukur masa menggunakan jam randik. Di situ mereka dapat belajar dan mengaplikasi kemahiran mengukur. Seterusnya ialah membuat infrens atau memberi asbab terhadap sesuatu perkara yang terjadi. Apabila murid membuat sesuatu catatan mengenai bacaan jam randik, dia perlu membuat infrens mengapa bacaan menjadi sebegitu rupa. Tidak kiralah bacaan tersebut lambat atau sebaliknya.

Ketujuh, ialah kemahiran membuat ramalan. Saya bagi contoh, masa yang diambil untuk baju setebal dua cm kering ialah lima minit. Sila bagi ramalan, berapa minitkah baju yang setebal empat cm untuk kering? Berdasarkan masa yang diambil jam randik, murid mampu membuat ramalan yang munasabah berkenaan masa yang diambil. Kemahiran yang terakhir sekali ialah, penggunaan perhubungan ruang-masa. Proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial. Contoh mudah, semasa menjalankan eksperimen menguji kelajuan siput babi, murid menghubungkait hubungan antara jarak siput babi mengengsot dan bacaan masa pada jam randik. Terbukti di sini bahawa jam randik penting untuk pelajar mendapat kemahiran proses sains asas. Berikutnya ialah kemahiran proses sains bersepadu. Ia merangkumi lima kemahiran yang perlu dikuasai murid. Pertama sekali ialah kemahiran mentafsir maklumat. Bacaan pada jam randik merupakan suatu maklumat. Selepas bacaan dicatatkan, barulah langkah mentafsir maklumat dilaksanakan. Maka jelas bahawa jam randik mempu mengasah murid dalam kemahiran mentafsir maklumat. Berikutnya ialah kemahiran mengawal pembolehubah. Terdapat tiga pembolehubah utama iaitu manipulasi, bergerak balas dan malar. Ketiga-tiga elemen ini penting dalam setiap eksperimen. Pengukuran masa (jam randik) pula merupakan satu perkara yang boleh diubah-ubah, ditetapkan atau merupakan hasil tindak balas. Sebagai contoh, masa yang diambil untuk air kering di dalam piring ialah 10 minit dan di dalam cawan selama 75 minit. Ini merupakan bacaan di mana masa bertindak sebagai pemboleh ubah bergerak balas. Kemahiran ketiga ialah mendefinisi secara operasi. Ia bermaksud memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan atau diperhatikan. Dalam konteks penggunaan jam randik, saya bagi contoh kenyataan, masa yang diambil oleh kayu untuk panas ialah lebih perlahan berbanding masa yang diambil untuk panas. Ini merupakan satu contoh kenyataan mendefinisi secara operasi. Kemahiran seterusnya ialah membuat hipotesis. Buat hipotesis bermaksud buat pernyataan umum tentang hubungan sesuatu pembolehubah yang difikirkan benar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, semakin tebal tuala, semakin lama masa yang diambil untuk mengeringkannya. Ini merupakan sejenis hipotesis.

Penggunaan masa yang melibatkan jam randik sebenarnya mampu mengasah kemahiran murid membuat hipotesis. Kemahiran yang terakhir sekali ialah kemahiran mengeksperimen iaitu kemahiran merancang dan buat penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, kumpul data, tafsir data sehingga dapat rumusan daripada penyiasatan itu. Dalam menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan masa khususnya, maka sudah tentu penggunaan jam randik memainkan peranan penting. Terbuktilah bahawa penggunaan jam randik bukan sahaja penting untuk murid memperoleh kemahiran proses sains bersepadu malah kesemua kemahiran seperti kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains asas. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah setiap alat radas ada kepentingan dan kebaikan tersendiri. Jika sekecil-kecil jam randik terdapat sebegitu banyak kelebihan, inikan pula manusia. Maka tanggungjawab gurulah dalam membentuk dan mendidik murid menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

PEMBELAJARAN INOVATIF Pembelajaran inovatif merupakan pembelajaran yang dirancang oleh guru, bersifat baru yang belum pernah dilakukan sebelumnya dan bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid, membangun pengetahuannya sendiri. Ini kerana murid mempunyai potensi dan keupayaan yang berbeza. Kumpulan kami telah memilih aktiviti yang bertajuk Mampukan Anda Bengkokkan Air? sebagai satu aktiviti pembelajaran inovatif. Kami telah memilih aktiviti ini kerana yakin bahawa aktiviti ini mampu mengintegrasikan kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah. Pertama sekali mari kita kenali apa yang dimaksudkan dengan kemahiran manipulatif. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains. Pertama ialah kemahiran menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dengan betul. Melalui aktiviti ini, murid mendapat peluang untuk menjalankan sendiri ekperimen ini. Mereka berpeluang untuk menggosok-gosok pembaris dan meletakkannya berhampiran air. Kemahiran asas seperti ini adalah perlu dan penting untuk melatih murid menggunakan alat dan bahan radas dengan betul. Kesilapan menyebabkan eksperimen tidak menjadi. Selain itu, kemahiran manipulatif turut menekankan kemahiran menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat selepas penggunaannya. Penggunaan pembaris dan kain kapas dalam eksperimen memerlukan murid menyimpannya dengan cara yang betul. Contohnya, pembaris mesti disimpan di dalam kotak, perlu dikeringkan terlebih dahulu dan sebagainya. Murid akan mendapat kemahiran ini secara terus. Ketiga, selepas melakukan sebarang eksperimen atau aktiviti, setiap murid dikehendaki membersihkan peralatan sains dengan betul. Dalam aktiviti ini, murid perlu membersihkan pembaris dan mengelapnya sehingga kering untuk

mengelakkan ia daripada cepat rosak. Bagi kapas pula, seandainya sudah basah dan tidak boleh diguna perlulah dibuang di dalam tong sampah. Aktiviti ini mampu mengajar murid kemahiran manipulatif dan sentiasa ada sikap bertanggungjawab. Kemahiran seterusnya ialah kebolehan mengendalikan spesimen atau alat pengukuran dengan betul dan cermat. Semasa aktiviti ini dijalankan murid perlu

menggosok pembaris dengan betul, kemudian mendekatkan pembaris tersebut kepada aliran air yang halus. Kegopohan murid mungkin menyebabkan pembaris terkena air lalu menyebabkan air kurang tertarik ke arah pembaris. Hasilnya objektif aktiviti tidak berjaya. Kemahiran manipulatif yang terakhir sekali ialah kebolehan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat . Aktiviti pembelajaran yang kami laksanakan melibatkan penggunaan beberapa jenis bahan dan radas yang berbeza, iaitu pembaris, kapas dan air. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada murid untuk melakar beberapa gambar rajah. Maka jelaslah di sini aktiviti pembelajaran inovatif kami dapat mengintegrasikan kemahiran manipulatif. Kemahiran yang kedua ialah kemahiran proses sains. Terdapat lapan kemahiran proses sains yang mana salah satunya ialah kemahiran memerhati. Dalam aktiviti ini, murid dikehendaki memerhatikan perkara yang berlaku pada aliran air semasa pembaris didekatkan. Secara tak langsung kemahiran memerhati akan terbina. Seterusnya, selepas memerhati murid perlu mengelas pemerhatian mereka. Mereka mengelas arah pergerakan air mengikut keadaan pembaris (sebelum atau selepas digosok). Murid dapat belajar mengelas melalui aktiviti yang dijalankan ini. Seterusnya ialah kemahiran penggunaan nombor. Dalam aktiviti ini, langkah pertama menyatakan bahawa pembaris tidak digosok dan langkah kedua menyatakan bahawa pembaris digosok. Penggunaan nombor di sini melibatkan langkah turutan ekperimen. Yang keempat ialah kemahiran komunikasi. Komunikasi penting dalam setiap eksperimen atau aktiviti yang dijalankan. Semasa

menerangkan kepada murid cara-cara membuat aktiviti ini, guru menyampaikannya dalam bentuk lisan. Ini merupakan salah satu bentuk komunikasi. Seterusnya ialah kemahiran pengukuran, murid perlu mengukur jarak antara pembaris dan aliran air Keenam ialah kemahiran membuat infrens atau memberi sebab musabab terhadap sesuatu perkara yang terjadi. Selepas pembaris digosok, air kelihatan tertarik ke arah pembaris apabila didekatkan. Dengan ini, murid dikehendaki memberi sebab mengapa aliran air tertarik kea rah pembaris. Seterusnya, ialah kemahiran membuat ramalan. Murid diminta meramalkan apakah yang akan berlaku apabila pembaris plastik yang telah digosok-gosok di kain kapas didekatkan kepada aliran air. Di sini guru berjaya membuka peluang kepada murid untuk berfikir dan meramalkan apa yang akan terjadi. Kemahiran yang terakhir

sekali ialah, penggunaan perhubungan ruang masa. Proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial. Dalam aktiviti ini murid menghubungkait hubungan antara jenis pembaris (digosok atau tak digosok) yang digunakan dengan arah pergerakan aliran air. Maka terbuktilah bahawa aktiviti bertajuk Mampukan Anda Bengkokkan Air? mampu

mengintegrasikan kemahiran proses sains. Berikutnya ialah kemahiran proses sains bersepadu. ia merangkumi lima kemahiran yang perlu dikuasai murid. Pertama sekali ialah kemahiran mentafsir maklumat. Maklumat yang murid dapat melalui aktiviti ini ialah pembaris yang digosok mampu menarik arah aliran air. Selepas itu, barulah langkah mentafsir maklumat dilaksanakan. Maka jelas bahawa aktiviti ini mampu mengasah murid dalam kemahiran mentafsir maklumat. Berikutnya ialah kemahiran mengawal pembolehubah. Sebagaimana yang kita tahu terdapat tiga pembolehubah utama iaitu manipulasi, bergerak balas dan malar. Ketiga-tiga elemen ini penting dalam setiap eksperimen. Dalam ativiti ini pembaris bertindak sebagai pembolehubah manipulasi, arah aliran air pula pembolehubah bergerak balas, manakala saiz aliran air pula dimalarkan. Kemahiran ketiga ialah mendefinisi secara operasi. Ia bermaksud memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan atau diperhatikan. Dalam aktiviti ini kenyataan yang boleh diberikan murid ialah seperti pembaris yang digosok dengan kapas berupaya menarik aliran air. Kemahiran jenis ini agak sukar tetapi perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran seterusnya ialah membuat hipotesis. Buat hipotesis bermaksud buat pernyataan umum tentang hubungan sesuatu pembolehubah yang difikirkan benar tentang sesuatu perkara. Dalam aktiviti ini, murid membuat hipotesis bahawa pembaris yang digosok pada kain kapas menghasilkan tenaga elektrik statik. Aktiviti sebegini mampu

meningkatkan kemahiran murid dalam membuat hipotesis. Kemahiran yang terakhir sekali ialah kemahiran mengeksperimen iaitu kemahiran merancang dan buat penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, kumpul data, tafsir data sehingga dapat rumusan daripada penyiasatan itu. Dalam menjalankan aktiviti seperti ini sudah tentu kemahiran mengeksperimen amat

dititikberatkan sama sekali. Perkara ini mampu melatih murid menguasai kemahiran mengeksperimen. Terbuktilah bahawa aktiviti pembelajaran inovatif bertajuk Mampukan Anda Bengkokkan Air? mampu mengintegrasikan semua kemahiran melibatkan

kemahiran manipulatif, kemahiran proses asas sains dan kemahiran proses sains bersepadu. Kesimpulannya, sebagai guru adalah amat penting bagi kita untuk merancang pelbagai aktiviti terutamanya melibatkan pembelajaran inovatif, dalam mengintegrasikan kesemua kemahiran kepada murid.

You might also like