Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja. Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap. Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam. Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja. Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

Pertama Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. Kedua Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orangorang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. Ketiga Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. Keempat Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. Kelima Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. Keenam Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. Ketujuh Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. Kelapan Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. Kesembilan Pengakap itu jimat dan cermat Kesepuluh Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

PERSETIAAN PENGAKAP

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap

HORMAT PENGAKAP

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap. 4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

You might also like