Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 37

PENGENALAN Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan dianggap sebagai tingkahlaku manusia melalui ucapan.

Keupayaan berbahasa adalah keupayaan semulajadi. Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-ahli bahasa. Permasalahan ini menybabkan munculnya bidang linguistik dan psikolinguistik. Linguistik bermaksud ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur dn syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dibuktikan dari segi sains atau empirical melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teoriteori bahasa. Psikologistik bermaksud kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmuilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungan bahasa dengan jiwa manusia. Kajian dari segi jenis-jenis bahasa, bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur.

TEORI HURAIAN BAHASA

Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu aliran tatabahasa tradisonal, structural dan transformasi generatif. Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut. Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan. Teori Tradisional (Panini) Bermula sejak zaman Yunani pada abad ke-5 sebelum masehi. Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam. Huraian tatabahasa dibuat secara logika. Plato (429-327 SM) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan perbuatan (noun dan verb). Noun ialah kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan verb menggambarkan tindakan atau predikat. Pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut. Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap. Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat Tanya, ayat seru dan ayat perintah. Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dn keterangan. Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitive wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logika dalam ayat. Tatabahasa pula merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hokum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna. Ciri-ciri tatabahasa tradisional Tatabahasa tradisional bersifat nasional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur. Terdapat campur aduk antara kategori semantik dan nahu. Ketiadaan pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau lestikal, sama ada kekerapan adan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak Ayat-ayat yang dibina menggunakan konsep binaan
2

Dalam menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik, dan normative (bertujuan menetapkan peraturan-peraturan untuk penggunaan yang betul)

Bahasa adalah organisme iaitu bersifat hidup dan berubah.

Teori Tradisional menggunakan pendekatan deduktif dalam pengajaran bahasa. Pendekatan deduktif mengutamakan penguasaan peraturan bahasa dahulu sebelum mebelum memberi contoh-contoh. Ini bermakna, guru-guru menerangkan konsep tentang unsur tatabahasa kemudian memberikan contoh-contoh tatabahasa yang diajar pada hari itu. Sebagai contoh, guru hendak mengajar kata nama am. Mula-mula guru akan menerangkan kata nama am kemudian diikuti dengan contoh kata nama am. Seterusnya, murid diminta memberikan contoh kata nama am bagi memastikan murid memahami konsep kata nama am . Setelah murid memahami kata nama am, guru akan memberi latihan pengukuhan agar murid dapat menguasai kata nama am dengan baik. Kelemahan Teori tradisional mengutamakan tindakan menghafal peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata. Guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran. Walaupun teori ini melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang gramatis dan sempurna. Analisis pula dilakukan secara nasional dengan anggapan bahawa kategorikategori bahasa bersifat universal.

Teori Strutural (Bloomfield) Dikenali juga dengan aliran taxonomic atau bloofeildian. Teori Struktural yang dipelopori oleh Bloomfield membuat kajian tentang fonem dan morfem. Mengikut Bloomfield, ciri-ciri bahasa bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari dan sebagai alat
3

untuk berhubung. Teori Struktural juga mengatakan bahawa ayat akan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil iaitu perkataan, frasa, klausa, subjek dan predikat. Bersandarkan kepada Teori Struktural ini, guru disarankan menggunakan pendekatan induktif dalam pengajaran bahasa. Pendekatan induktif ini mengutamakan contoh-contoh dahulu daripada hukum-hukum bahasa. Guru memberikan contoh ayat penyata dan meminta murid mengenal pasti jenis ayat. Apabila murid dapat mengenal pasti jenis ayat, guru akan menerapkan konsep ayat itu sebagai contoh ayat penyata. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa dikaji melalui analisis struktural. Ini bermakna sesuatu pola ayat diperincikan sehingga yang paling kecil tatabahasanya. Guru melaksanakan analisis bahasa secara struktural dengan meminta murid membina ayat penyata untuk dipecahkan bahagian-bahagian yang paling kecil. Kemudian, murid dibimbing untuk mencerakinkan jenis golongan kata dalam ayat yang dibina. Contoh : Kakak saya sangat rajin. a) Kakak saya ialah subjek b) Sangat rajin ialah predikat c) Kakak ialah kata nama am d) Kakak saya ialah Frasa Nama ( FN ) e) Sangat rajin ialah Frasa Adjektif ( FA ) f) Rajin ialah adjektif. Analisis struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan.ianya bersifat structure centered di mana setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik. Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur-unsur suprasegmental. Ayat akan dipecahkan mengikut kontituen-konstituennya(kedudukan). Konstituen yang paling kecil ialah perkataan, diikuti frasa, kalusa, subjek dan predikat. Fries menggunakan hierachical bracketing seperti berikut : Abu membeli baju
4

adik

saya

membeli

baju baju

adik adik adik

saya saya saya saya

Nida menggunakan lambang-lambang anak panah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara bahagian dalam ayat : Abu membeli baju adik saya

Nelson Francis menggunakan Chinese box untuk menjelaskan hubungan tersebut :

Abu

membeli

baju

adik saya

Rumusan Kajian dibuat secara objektif dan penggolongan kata serta peraturannya berasaskan analisis structural yang terdapat pada aspek fonologi, moforlogi dan sintaksis. Ianya menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan factorfaktor bukan linguistic serta perkara-perkara yang tidak dapat difahami. Teori ini tidak mengaitkan dengan factor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizika
5

serta tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa. Teori ini juga mengutamakan struktur permukaan sahaja iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam ayat kepada konstituen-konstituennya. Teori Transformasi Generatif (Noam Chomsky) Teori Huraian Bahasa yang sangat berkesan dalam pengajaran tatabahasa ialah Teori Transformasi Generatif. Ianya dikatakan sangat berkesan kerana teori ini melihat bahasa itu mempunyai ciri yang unik. Bahasa yang unik itu merujuk kepada wujudnya ragam ayat dalam Bahasa Melayu iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Teori yang diperkenalkan pada tahun 1957 ini menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus. Terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat pada struktur dalaman dan rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat tersebut sehingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan dan komponen semantik merujuk representasi semantik. Oleh itu bunyi dan makna berhubung melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman dan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi si penutur dalam komunikasi atau interaksi sosial. Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara kata yang terdapat dalam sesuatu dasar. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa akan menjadi input kepada komponen rumus-rumus transformasi. Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugur, menambah dan mengubah atau menyusun semula unsur kata itu. Penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru yang diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan. Contoh ayat : Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung Dia dan isterinya masih di kampung
6

Rajah pohon : a.

b.

Transformasi Pengguguran predikat

c.

Berdasarkan kepada teori huraian bahasa ini, seorang guru bahasa perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam menukarkan ayat aktif dan ayat pasif dan sebaliknya. Guru mestilah tahu melaksanakan strategi semasa mengajar ayat ayat tunggal dan ditukarkan kepada ayat pasif. Teknik latih tubi sangat penting untuk membolehkan murid menguasai kemahiran menukar ayat aktif kepada ayat pasif dan sebaliknya.

Teori Fungsional (Halliday) Teori ini mengkaji bahasa sebagai alat komunikasi dan juga perubahan bentuk bahasa yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi. Bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang penuturnya. Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Dari segi struktur bahasa, Halliday menghuraikan unsure dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai alat komunikasi. Sistem tatabahasa dan fungsi bahasanya ialah dua perkara yang diutamakan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan bentuk-bentuk ujaran yang tepat untuk menjadi contoh atau model kepada pelajar. Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat mempertingkat tahap kemahiran berbahasa pelajar. Variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu situasi sosial. Pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu : a. Model bahasa yang sesuai Dapat memberikan interpretasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak. Membantu mereka menguasai fungsi bahasa
9

b. Asas fungsi bahasa Fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi

c. Bahasa dalam persepsi sosial Penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku. Pada peringkat awal bahasa berfungsi memindahkan budaya dari satu generasi yang lain iaitu melalui beberapa jenis konteks sosial seperti interaksi antara ibu dan anak Dengan pendedahan bahasa yang digunakan sehari-hari itu dapat membantu kanak-kanak mengaplikasikan bahasa secara efektif.

d. Fungsi semantik dan linguistik Pengajaran bahasa bertujuan member pengetahuan kepada para pelajar tentang prinsip struktur bahasa Aspek yang perlu diketahui merangkumi bidang tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian dan dalam pelbagai situasi sosial.

10

Berdasarkan teori ini, pengajaran dan pembelajaran bahasa menekankan fungsi sosial sesuatu bahasa. Menurut Halliday, fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bahasa. Oleh yang demikian, fungsi sesuatu bahasa dapat diajar oleh guru dengan memberikan situasi kepada murid. Berdasarkan situasi tersebut, murid dikehendaki membuat ayat . Melalui aktiviti ini, murid-murid telah diberi peluang untuk melatih bertutur dan mereka akan bertutur mengikut fungsi bahasa tersebut. Sebagai contoh, berdasarkan gambar situasi A dan B, senaraikan perkataan yang sesuai. Kemudian murid dikehendaki membina ayat tunggal yang memberi penerangan kepada situasi yang diberi dengan menggunakan perkataan tersebut.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Pembelajaran bahasa di sekolah mencakupi beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Sehubungan dengan ini, kewujudan teori huraian dan teori pemerolehan bahasa perlu diberi perhatian kerana ianya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Seseorang guru bahasa perlu mengetahui beberapa teori-teori yang memberi pengkhususan kepada pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh Teori Behaviourisme, Teori Mentalis, Teori Kognitif dan Teori Fungsionalis. Seseorang guru bahasa mestilah memahami teori bahasa dan teori pemerolehan dengan mendalam supaya dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendapatpendapat ahli psikologi yang terdiri daripada Skinner, Pavlov, Jean Piaget, Thorndike dalam teori-teori bahasa dapat membantu guru menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dalam mengajar bahasa. Teori Behaviorisme Teori pemerolehan bahasa yang dipelopori oleh Bloomfield dalam Teori Behaviourisme menganggap bahawa bahasa diperoleh
11

melalui

proses

pengulangan

melalui

rangsangan dan gerak balas.

Menurut Bloomfield, pengukuhan perlu untuk

menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Murid-murid perlu diberi ganjaran agar murid-murid terus berkeinginan untuk belajar. Berlandaskan kepada teori pemerolehan ini, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi sangat penting dan berkesan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ini bermakna guru- guru perlu menyusun pelajaran dengan baik melalui latihan secara berulang-ulang. Sebagai contoh, apabila guru mengajar kemahiran menyebut suku kata terbuka dan tertutup, guru akan meminta murid-murid menyebut dan mengeja suku kata tersebut secara berulang-ulang. Proses pengulangan yang banyak seperti yang ditegaskan oleh Bloomfield boleh menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan guru,rakan dan kelas. Menurut Bloomfield dalam Teori Behaviourisme, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar. Ini bermakna, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti penggunaan bahan-bahan makmal bahasa, kad-kad bacaan yang menarik. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan tidak bosan dan ini membolehkan latih tubi dilakukan dalam keadaan bermakna. Teori Mentalis Teori Pembelajaran Mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky berasaskan fungsi mental sesorang manusia. Menurut Chomsky , kanak-kanak akan mengalami peringkat yang melibatkan deria beberapa peringkat perkembangan bermula dari

motor, kemudian pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Ini bermakna, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami dahulu sebelum mereka bertutur. Teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Murid terlibat secara langsung dan guru hanya sebagai pemudahcara. Murid mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar. Teori Mentalis ini amat sesuai digunakan oleh guru untuk mengajar bahasa. Menurut
12

Chomsky juga, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Seseorang kanak-kanak yang menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna membolehkan mereka berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat sekeliling. Dengan ini , guru perlu menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan bagi membolehkan murid-murid menguasai struktur bahasa yang terdapat dalam sistem bahasa dengan baik. Menurut Chomsky juga, kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tan tatabahasa disamapikan secara formal dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, seseorang guru perlu memulakan sesuatu pengajaran tatabahasa dengan memberi terus rumus-rumus dan konsep tatabahasa kemudian diikuti dengan contohcontoh. Teori pemerolehan bahasa yang membicarakan tentang bagaimana bahasa diperolehi ialah Teori Interaksionalisme. Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi di mana melibatkan mental dan linguistik. Makna dan struktur bahasa adalah penting untuk membolehkan murid-murid berkomunikasi. Berlandaskan teori ini, guru bukan sahaja mengajar struktur bahasa tetapi mengajar cara untuk murid berinteraksi. Guru perlulah bijak memilih teknik yang sesuai seperti lakonan, simulasi, bercerita dan sebagainya untuk melatih murid menguasai bahasa dalam berinteraksi dengan rakan, guru dan masyarakat. Teori Kognitif Menurut Jean Piaget pula, ia menekankan fungsi otak dalam proses pembelajaran bahasa. Seseorang kanak-kanak sejak lahir lagi mempunyai satu alat di dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar. Jean Piaget meletakkan empat faktoruntuk membezakan penguasaan bahasa kanak-kanak. Peringkat pertama dipanggil peringkat deria motor( sejak lahir 2 tahun). Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak itu hanya mampu menguasai bahasa melalui bunyi-bunyi di persekitaran. Ia menggunakan deria motor untuk berinteraksi. Peringkat kedua ialah peringkat pra-operasi ( 2 7 tahun ). Pada peringkat ini murid-murid menguasai bahasa dan konsep dengan cepat dan menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan persekitaran. Sebagai guru sudah menjadi keperluan dan
13

tuntutan untuk menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti lisaniaitu mendengar dan bertutur. Guru-guru mestilah bijak memilih aktiviti lisan dan teknik yang menjurus kepada kemahiran menggunakan bahasa untuk berinteraksi. Aktiviti lisan membolehkan murid-murid bertutur dengan fasih di samping memperkayakan kosa kata. Peringkat olahan konkrit ( 7 -12 tahun ) merujuk kepada penggunaan pemikiran logik, warna dan memahami konsep pembalikan. bertutur dengan fasih. Murid-murid juga sudah boleh Oleh itu, guru perlulah mengajar kemahiran bahasa iaitu

bertutur, membaca dan menulis. Guru juga mestilah bijak memilih kaedah pengajaran yang menjurus kepada kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Menurut Raja Mukhtaruddin ( 1980 ) kaedah yang sesuai dipilih untuk peringkat olahan konkrit ialah kaedah terus yang mana kaedah ini menggunakan kosa kata dan struktur bahasa sehari-hari, makna-makna konkrit diajar secara perkaitan idea dan perbanyakkan latihan mendengar dan mengajuk. Menurut Juriah Long ( 1984 ) pada peringkat olahan konkrit ini, kaedah terus membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Teori Intraksionalisme Teori Interaksionalisme menekankan pembelajaran bahasa adalah sebagai alat komunikasi dan satu proses melibatkan mental dan linguistik. Menurut Halliday, pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menghendaki guru memberikan banyak latihan kepada murid kerana pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur tetapi yang penting ialah mempelajari makna untuk belajar berinteraksi. Guru-guru perlu memberi tumpuan kepada aktiviti yang bermakna dan dengan ini murid boleh menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar. Berdasarkan huraian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa Teori Huraian Bahasa yang dipelopori oleh ahli linguistik teotoris mempunyai hubungan yang rapat dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Apa yang penting ialah guru14

guru perlu menguasai sepenuhnya kemahiran tatabahasa dan bijak menyusun strategi pelaksanaan agar pembelajaran menjadi berkesan dan bermakna. GRAFIK 1 : BANDING BEZA DAN HUBUNGKAIT TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA Bil 1 TEORI HURAIAN Dikenali sebagai pendapat yang memerihalkan teori dalam bahasa TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya dan proses ini berlaku di dalam otak kanakkanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya.

Menurut teori tradisional : a. Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan. b. Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa disiplindisiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsur-unsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat.

Menurut teori Behaviorisme : a. Teori ini menekankan perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman lampau serta persekitaran. b. Bagi golongan behavioris, penguasaan bahasa tidak memerlukan daya mental tetapi diperolehi melalui latihan dan pengulangan.

Menurut teori tradisional : Kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh.

Menurut teori Behaviorisme ; Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahasa merupakan proses mekanis dan tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental.
15

Menurut teori Struktural : Bagi ahli-ahli struktural, bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi.

Menurut teori Mentalis : Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.

Menurut teori Struktural : Mereka berpendapat bahawa huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengan contoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi dan mereka berpendapat bahawa huraian bahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secara luaran.

Menurut teori Mentalis : Sejak dilahirkan, kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa (LAD-Language Acquisition Device) yang membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi menguasai bahasa.

Menurut teori Transformasi Generatif : Kajian transformasi generatif berasaskan seseorang penutur natif (jati) sesuatu bahasa berkebolehan membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengar kerana manusia dilahirkan dengan kecekapan semulajadi untuk berbahasa.

Menurut teori Mentalis : Golongan mentalis berpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens (rumus yang ada dalam mental manusia) dan prestasi (aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia) bahasa.

Menurut teori Fungsional :


16

Menurut teori Intraksionalis :

Kajian bahasa bukan semat-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka mempunyai keperluan dengan ahli masyarakat dalam persekitarannya.

Menurut teori Fungsional : Asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis.

Menurut teori Intraksionalis ; Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif.

Guru main peranan Komunikasi sehala Utama objektif pencapaian guru

Murid main peranan Komunikasi dua hala Utama objektif pencapaian murid

Bahan pelajaran main peranan Komunikasi gurubahan, murid bahan

Utama kemahiran Kepimpinan Kepimpinan GRAFIK 2 : STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN menggunakan bahan Projek Komputer Rancangan Mengajar murid autokratik demokratik Inkuiri Penemuan Bahan gabungan Penerangan yangcetak berbeza dari Pembelajaran KONSEP TUJUAN Perbincangan Modul Demonstrasi pendekatan dan KONSEP jenis TUJUAN Pembelajaran Pembelajaran segi kebolehan, bermakna, menarik Penyoalan STRATEGI Buku Teks Syarahan kaedah serta 17 pencapaian, hafalan bermakna Simulasi Carta Keseluruhan PENGAJARAN turutan kelas kecenderungan Kaedah kumpulan Main Peranan Graf Kumpulan Kaedah keseluruhan Kaedah kumpulan pendekatan dan serta minat yang kecil Slaid BERPUSATKAN Kumpulan BERPUSATKAN Bercerita kelas kaedah itu berbeza dengan MURID MURID STRATEGI dilaksanakan berkesan

BERPUSATKAN BERPUSATKAN GURU GURU

BERPUSATKAN BERPUSATKAN BAHAN BAHAN

KONSEP KONSEP suatu alat yang KAEDAH sesuatu siri terdiri daripada oleh digunakan PENGAJARAN tindakan guru bahasa beberapa langkah kaedahyang bagi mencipta sistematik dan atau kegiatan yang 18 menyampaikan sesuatu hasil TEKNIK tersusun untuk mempunyai urutan bahan-bahan seni seperti mencapai yang tertentu Jenis teknik bergantung kepada jenis PENGAJARAN kaedah yang digunakan. Setiap kaedah pengajaran mesti pengajaran muzik, sesuatu mempunyai teknik tertentu. DEFINISI KONSEP yang telah karangDEFINISI KONSEP matlamat TEKNIK

DEFINISI DEFINISI

dan sebagainya

pelajarpelajarnya

KAEDAH

Bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran , perbahasan, kuiz, lakonan, projek, penyoalan

haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau GRAFIK 3 : PENDEKATAN PENGAJARAN memulakan proses Satu set andaian pengajaran sesuatu isi yang saling berkait DEFINISI KONSEP DEFINISI KONSEP pelajaran, sesuatu mata dengan proses PENDEKATAN pelajaran atau beberapa pengajaran dan Guru inginatau diajar 19 menerangkan tentang konsep PENGAJARAN mata yang pelajaran pembelajaran serta dan memberikan contoh. kemahiran mempunyai unsur Guru memberi pelbagai mata pelajaran contoh-contoh dan kemahiran kepada sesuatu murid dalam dan kurikulum murid aksiomatik membina boleh dihubungkaitkan konsep berdasarkan antara satu contoh. sama lain KESEPADUAN DEDUKTIF EKLEKTIF INDUKTIF KESEPADUAN DEDUKTIF EKLEKTIF INDUKTIF Guru meminta murid memberikan contoh lain Umum kepada khusus Gabungan pendekatan induktif dan deduktif PENDEKATAN

STRATEGI Konsep Menurut Kamus Dewan (1998), strategi ialah rancangan yang teratur untuk
20

mencapai matlamat atau kejayaan. Oleh yang demikian, strategi boleh ditakrifkan sebagai kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.Menurut Mok Soon Sang (2010), strategi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid, dan pemusatan bahan pelajaran. Strategi Pemusatan Guru Strategi ini merupakan strategi yang paling lama dalam P&P dan guru memainkan peranan utama dalam menguasai dan mengawal proses P&P, manakala murid hanya bersifat pasif. Ciri-ciri strategi pemusatan guru adalah seperti berikut: Komunikasi dan interaksi guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Mengutamakan penyebaran ilmu pengetahuan berbanding penerapan nilai murni. Lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interprestasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat Kesannya, murid-murid tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka

yang wujud. ilmu-ilmu yang baru.

Strategi Pemusatan Murid Seperti yang sedia maklum, ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah
21

menjadikan murid sebagai pemain utama dalam proses P&P. Dalam konteks ini pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran, manakala guru pula akan bertindak sebagai fasilitator. Ciri-ciri pemusatan murid ialah: Murid memainkan peranan utama Komunikasi dua hala melalui kaedah menyoal. Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik. Perkembangan murid secara menyuluruh dan seimbang dari aspek JERI. Ujian formatif ditekankan untuk mengkaji kelemahan murid. Penyampaian guru tertumpu kepada pengajaran yang bermakna. Banyak peluang dalam interaksi murid antara murid. Mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Kesannya, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif serta dapat

berkembang mengikut kesediaan mereka. Strategi Pemusatan Bahan Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu (ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru, manakala, bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, kertas dan sebagainya. Antara ciri-ciri pemusatan bahan ialah: Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan Mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran. ABM membantu murid memahami konsep abstrak dengan lebih jelas. Pengajaran yang menarik. pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

PENDEKATAN Konsep
22

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkahlangkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Menurut Mok Soon Sang (2010), konsep pendekatan dalam konteks pendekatan bermaksud cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan merupakan satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataan dianggap benar tanpa bukti dan alasan. Oleh yang demikian, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa dapat dibahagikan kepada empat pendekatan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektrik dan pendekatan komunikatif. Pendekatan Induktif Menurut John, M. Kierzek dan Walker Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan bergerak ke hadapan kepada satu generalisasi. Dalam hal ini, guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, menunjukkan dan menerangkan bagaimana ia bekerja dan berfungsi dan membantu pelajar untuk membuat satu kesimpulan yang sesuai. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya.Pendekatan ini merupakan kaedah penaakulan yang bertujuan mendapatkan peraturan-peraturan umum daripada fakta-fakta atau contoh tertentu.Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat kesimpulan.

Pendekatan Deduktif

23

Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi antaranya teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Dengan kata lain, pendekatan deduktif merupakan pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum dan peraturan diikuti dengan aplikasi ke atas contoh yang khusus. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dititik beratkan.Prinsip pengajaran dimulakan dengan menyatakan masalah atau hipotesis terlebih dahulu. Seterusnya, generalisasi yang akan disampaikan pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit iaitu jelas dan mudah untuk difahami. Manakala, contoh-contoh bagi menerangkan konsep atau peraturan yang terdapat dalam generalisasi mestilah terdiri daripada contoh-contoh yang betul dan tepat, contoh-contoh bukan sahaja dikumpul oleh guru, malah murid juga perlu melibatkan diri. Pendekatan Elektrik Pendekatan ini merupakan gabungan dua atau beberapa pendekatan dengan mengambil kelebihan yang ada pada pendekatan-pendekatan tersebut.Dalam hal ini, guru tidak perlu terlalu terikat dengan mana-mana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubah suai mengikut keperluan pelajar. Dalam P&P, dimulakan dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan. Selain itu, pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada pendekatan induktif dan deduktif.Pendekatan ini, sudah pasti membantu guru untuk lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

Pendekatan Komunikatif
24

Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan sebagainya.Pendekatan ini memberi penekanan kepada bagaimana menyerapkan bentuk-bentuk gramatikal bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini sebenarnya wujud disebabkan pendekatan lain yang lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana yang mana ia memberi kesan kepada murid dalam menguasai kecekapan berkomunikasi. Beberapa prinsip bagi pendekatan ini perlu diambil perhatian iaitu murid perlu mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi yang sebenarnya.

KAEDAH Konsep Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007), kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau biasa). Justeru itu, kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.Pada umumnya, kaedah dalam pengajaran ini merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Jenis-Jenis Kaedah Kaedah Terus - bertujuan membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran berbahasa iaitu membaca, bertutur, mendengar dan menulis. Kaedah Semula Jadi pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar.
25

Kaedah Linguistik membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Kaedah Oral/Aural dikenali sebagai kaedah dengar-tutur yang menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah Nahu Terjemahan atau Nahu Tradisional salah satu tujuan kaedah ini diajar adalah bagi membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah Kod Kognitf J.B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuain terhadap kaedah nahu terjemahan. Kaedah Komunikatif kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip pengajaran bahasa pertama dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak. Kaedah Ajuk- Hafaz kaedah pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi perlu berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.

TEKNIK Konsep Dari konteks pendidikan, teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti P&P. Pelbagai jenis teknik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran.Oleh itu, sebagai seorang guru, mereka perlu tahu teknik mengajar hendaklah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Jenis-Jenis Teknik Teknik Drama membolehkan murid mendapat gambaran atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu. Teknik Latih Tubi merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang diajar, bertujuan untuk mencapai taraf sesuatu kemahiran.
26

Teknik Permainan Bahasa bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan. Teknik Bercerita merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

27

Mata Pelajaran Tahun Bilangan Murid Tarikh Masa Tema Tajuk Objektif

: : : : : : : :

Bahasa Melayu 3 Amanah 20 Orang 2 April 2013 8.30-9.30 am (60 Minit) Cerita-Cerita Teladan Cerita Binatang Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat i. ii. mencatat 3 isi-isi penting daripada cerita yang diperdengarkan, menyampaikan yang betul, iii. mencari 4 atau 5 makna perkataan dan ayat daripada perkataan yang dicari. cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi

Hasil Pembelajaran: Fokus Utama 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Aras 1 Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. 6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang

menyeluruh Fokus Sampingan 7.1 Aras 1 Memberi makna perkataan dan maksud frasa dalam ayat.
28

Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

Kemahiran bahasa Sistem bahasa Nilai Penerapan ilmu Kemahiran bernilai Tambah Pengetahuan sedia ada

: : : : :

Kemahiran lisan, membaca dan menulis makna, ejaan,ayat. Kebijaksanaan, kebebasan,kerjasama, kejujuran Sains, Matematik, Kajian Tempatan Kemahiran berfikir - mengenal pasti, menjana idea. Kecerdasan pelbagai verbal linguistik Kontekstualbelaja rmengikut pengalaman

Murid mengenali haiwan yang terdapat dalam cerita ini. Murid pernah mendengar cerita sang kancil dengan buaya sebelum ini

Bahan bantu mengajar Masa Set induksi (5 minit) Isi Pelajaran

LCD, kad gambar, kad perkataan, helaian teks. Aktiviti Pengajaran Dan Catatan :

Pembelajaran 1. Guru memperkenalkan KBKK: jenis-jenis kepada murid. 2. Guru memperdengarkan kepada murid sebuah cerita. 3. Guru BBM : Lcd, haiwan mengklafikasikan.

kad

gambar. Nilai : kejujuran

mengaitkan Ktb : mengenal pasti

dengan pelajaran hari Langkah 1 (20 minit) Membaca dengan ini. 1. Guru meminta rmurid Teknik : bercerita mendengar cerita yang KBKK dipasang dengan teliti. 2. Kemudian
29

intonasi yang betul.

guru

BBM : LCD, helaian teks

mengedarkan lembaran kertas kepada pelajar Nilai : bekerjasama. mengenai tersebut. 3. Guru meminta murid cerita Kbt : mengenal pasti kebolehan murid membaca. . muriddalam

membaca dahulu teks cerita yang telah diberi secara senyap. 4. Guru meminta murid cerita

membaca bersama-sama. Langkah 2 (20 minit) Seorang menjadi lain

tersebut dengan kuat

Teknik : ajuk-hafaz 1. 3 orang murid dipanggil untuk membaca cerita dengan intonasi yang betul. 2. Kemudian murid-murid lain mengikut apa yang telah di baca. 3. Seterusnya memberi berdasarkan sang buaya menggunakan sendiri. 1. Guru kancil murid pendapat cerita dengan dengan ayat telah Bbm : kad perkataan KBKK Kbt : mengingat. Nilai : kerjasama, BBM : helaian teks. KBKK pencerita,dan dan buaya.

menjadi sang kancil

tolenrasi

Langkah 3 Perkataan:-

menunjukkkan
30

(10 minit)

beberapa keping kad lebat Sedap Tinggal Kurnia Gembira Perintah yang murid mengandungi Nilai : kerajinan menyalin Kbt : mengenal pasti kebolehan ayat.

perkataan dan meminta perkataan tersebut. 2. Selepas dikehendaki telah di salin. 3. Seterusnya murid itu, murid mencari murid-

murid dalam membina

makna perkataan yang

Merujuk kamus dengan yang untuk makna perkataan. cara betul mencari

diminta mencari makna frasa yang diwarnakan dalam teks.

Contoh sukar. Penutup (5 minit)

mencari

makna perkataan yang

Apakah ilmu yang diperolehi oleh murid?

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang pelajaran hari ini. 2. Murid diminta unsur daripada yang

Apakah pengajaran yang didapati?

menyatakan pengajaran sang buaya

cerita sang Kancil dan dijalankan.

31

HURAIAN PENGGUNAAN STRATEGI, KAEDAH, TEKNIK DAN PENDEKATAN DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian ini telah menggunakan kaedah oral-aural. Kaedah oral aural mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kaedah ini sering digunakan dalam pembelajaran. Kaedah ini menggunakan alat pandang dengar dengan meluas. Dalam kaedah ini penggunaan pita rakaman amat membantu guru. Kaedah ini akan melengkapkan murid dengan seluruh alat sebutan dan pendengarannya untuk pembelajaran. Alat bantu yang digunakan akan menjadikan pembelajaran bertambah menarik dan berkesan. Murid tidak perlu membayangkan apa yang sedang dipelajari kerana terdapatnya sumber bantu mengajar tersebut dan murid akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang sedang berjalan di dalam kelas. Pembelajaran kaedah ini akan mengelakkan murid berasa bosan dan mengantuk. Rancangan Pengajaran Harian ini juga menggunakan pendekatan induktif sebagai fokus pendekatan. Pendekatan induktif merupakan pembelajaran bercorak pertunjukan unsur-unsur bahasa melalui contoh-contoh terlebih dahulu sebelum membuat generalisasi undang-undangnya. Pendekatan ini memberikan kesempatan kepada murid untuk mencari generalisasi yang sebenar melalui pemerhatian, pemikiran dan sebagainya. Sebarang kesilapan akan dapat diperbetulkan iaitu diketahui lebih awal lagi. Kebaikan pendekatan ini juga dilihat sesuai digunakan kepada murid yang di tahap rendah dan lemah. Kaedah oral-aural digunakan dapat melatih murid menggunakan seluruh alat sebutan melalui aktiviti dialog, dan pendengaran melalui aktiviti mendengar cerita yang disampaikan melalui guru ataupun tayangan video. Penggunaan alat bantu seperti LCD, kad perkataan dan sebagainya membantu memudahkan proses pembelajaran supaya lebih berkesan. Dengan itu, murid tidak perlu menggambarkan sesuatu yang sedang diajar tetapi dapat menumpukan seluruh perhatian pada proses pembelajaran bahasa tersebut. Melalui kaedah oral aural ini juga, murid dapat memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasanya iaitu mendengar, bertutur, membaca dan

32

menulis. Namun, yang lebih diutamakan ialah mendengar dan bertutur. Kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Rancangan Pengajaran Harian ini juga menggunakan teknik kemahiran bercerita. Teknik bercerita ini berlaku semasa permulaan pembelajaran. Banyak kelebihan yang diperoleh murid. Teknik bercerita dapat memotivasikan murid untuk terus belajar kerana dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Selain itu, teknik bercerita juga dapat memupuk perkembangan daya cipta dan imaginasi murid serta dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Teknik bercerita yang digunakan dalam proses P&P membantu murid untuk menumpukan perhatian dan membangkitkan perasaan suka dan minat dalam diri mereka jika cerita tersebut disampaikan dengan nada, gaya dan intonasi yang betul dan kuat kerana mendengar cerita merupakan salah satu sifat semula jadi yang wujud dalam diri kanak-kanak. Apabila perasaan suka dan minat wujud dalam diri murid untuk mendengar cerita, ia dapat membantu memudahkan aktiviti pengajaran bagi mencapai objektifobjektif pengajaran pada hari tersebut. Pembelajaran bertambah bermakna jika cerita tersebut berkaitan dengan kehidupan pelajar ataupun cerita yang di mainkan tersebut ialah cerita yang melucukan. Pembelajaran yang berlaku melalui bercerita lebih kekal dan diingati untuk jangka waktu yang lebih panjang. Nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita tersebut. Nilai-nilai tersebut dapat dihayati oleh murid-murid hal ini adalah disebabkan sikap kanak-kanak yang suka meniru watak-watak yang ditonjolkan. Bercerita juga dapat melibatkan pelajar secara aktif dan dengan itu, bercerita boleh menjadi pembelajaran berpusatkan murid. Murid dapat meluaskan pengalaman dan meningkatkan daya kreativiti murid. Manakala, pendekatan induktif yang diterapkan dalam pengajaran boleh membantu dalam mencapai objektif pengajaran kerana pendekatan ini menekankan penglibatan murid secara aktif di mana saya boleh melibatkan murid untuk membaca, memberi pendapat dan sebagainya. Selain itu, strategi penyoalan yang dilaksanakan dapat membantu murid-murid membentuk konsep-konsep dengan jelas dan mudah. Seterusnya, kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan melalui pendekatan akan menjadikan pengajaran lebih menarik dan memikat serta dapat menggalakkan murid33

murid belajar secara aktif dan terlibat sepenuhnya. Kesimpulan yang dapat dinyatakan dalam pengajaran tersebut ialah murid-murid dapat mencapai objektif-objektif P&P dengan jayanya walaupun ada sedikit kelemahan secara tidak langsung.

PENUTUP Secara keseluruhan teori huraian dan pemerolehan bahasa amat membantu dalam melancarkan pengajaran bahasa. Strategi, kaedah, teknik dan pendekatan pula ternyata dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara sistematik dan teratur.

34

REFLEKSI Pengalaman Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa saya tempuhi dan alami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Pengalaman paling berharga yang saya perolehi sapanjang menyiapkan tugasan ini ialah berkenaan proses pencarian dan pengumpulan maklumat sama ada melalui media maya mahupun menemubual rakan-rakan yang lebih mahir dalam pengajaran bahasa. Dengan melalui proses ini, Alhamdulillah teori-teori yang pada mulanya begitu asing kedengaran pada saya, dapat saya praktikkan dalam sessi pengajaran di sekolah saya selain daripada menjadi salah satu tugasan dalam Program Pensiswazahan Guru yang sedang saya ikuti. Kebaikan Tugasan menyediakan essei dan Rancangan Pengajaran Harian berlandaskan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan ini membuatkan perancangan sessi pengajaran saya menjadi lebih tersusun dan teratur. Saya telah mengaplikasikan teori-teori ini di dalam setiap Rancangan Pengajaran Harian matapelaran-matapelajaran yang saya ajar di sekolah dan ternyata amat berkesan. Menggunakan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang dipelajari sepanjang kursus ini dapat mengesan di mana kelemahan yang terdapat dalam proses Pegajaran dan Pembelajaran di dalam kelas saya. Di samping itu, murid-murid saya juga menjadi lebih tertarik untuk belajar dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti kerana pengaplikasiannya memastikan pembelajaran berlaku secara teratur dan tersusun. Masalah dan Penyelesaian Masalah yang terdapat sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah berkenaan kekangan masa dan tugas. Walaupun tempoh masa yang diberi memadai tetapi komitmen terhadap tugasan harian di sekolah sedikit sebanyak mengganggu kelancaran menyiapkan tugasan ini. Untuk menyelesaikan masalah ini saya perlu bijak
35

membahagikan masa antara komitmen tugas di sekolah dengan komitmen bersama keluarga. Pemahaman tentang teori-teori di dalam sukatan program ini juga adalah turut menyumbang kepada kelancaran menyiapkan tugasan. Ini kerana sumber-sumber yang diperolehi sama ada melalui media maya mahupun rakan-rakan berlaku sedikit percanggahan. Untuk menyelesaikan masalah ini saya telah merujuk kepada rakanrakan yang benar-benar mahir yang kebanyakannya pensyarah IPG yang tinggal berdekatan tempat tinggal saya. Rumusan Seperti yang dikatakan pada permulaan tadi, pengalaman menyiapkan tugasan ini mengajar saya meningkatkan kefahaman tentang perkembangan individu. Ini dapat saya lihat bila tugasan ini saya aplikasikan di dalam bilik darjah. Bagi diri saya, saya menjadi lebih bersedia sebelum memulakan sessi pengajaran dan pelajar saya juga menjadi lebih tertarik untuk mengikuti sessi pembelajaran.

RUJUKAN
36

Abdul Aziz Sharif (1991). Pemerolehan Bahasa Ibunda - Umum. Jurnal Bahasa Moden, 6. 152-160. Abdul Rashid Ali (1992). Penguasaan Bahasa Kanak-kanak: Satu Pemerhatian Kes Awal. Jurnal Dewan Bahasa, Oktober. 942-968. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed (1995). Teori Pemelajaran Sosial dan Pemerolehan Bahasa Pertama. Jurnal Dewan Bahasa, Mei. 456-464. Antonella Devescovi, Maria Cristina Caselli, Daniela Marchione, Judy Reilly, & Elizabeth Bates. (2003). A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar & Lexical Development. Project in Cognitive and Neural Development, Center for Research in Language, University of California, San Diego. Babbling. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Babbling Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in ObligatoryContexts . (On-line). Available: http://www/clas.ufl.edu/users/bwjohn/4004/ GrammaticalMorphemeAccuracy2 .html CHILDES Child Language Data Exchange System. (On-line). Available: http://childes.psy.cmu.edu/ Halijah Abd. Hamid (1996). Bagaimana Manusia Memperoleh Bahasa? Pelita Bahasa, Jun. 37-38. Leonard, L. B. & Finneran, D. (2003). Grammatical Morpheme Effects on MLU:The Same Can Be Less Revisited. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, Vol. 23. August. 878-888. Ingram, D. (1989). First language Acquisition. Cambridge University Press. Language ages and stages (On-line). Available: http://members.tripod.com/ CarolineBowen/devel2.htm

37

You might also like