Kertas Kerja Sivik T 1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SMK LKTP ULU TEBRAU JOHOR BAHRU

LAPORAN LENGKAP KHIDMAT MASYARAKAT


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

TEMA TINGKATAN TAHUN

: HIDUP BERMASYARAKAT : TINGKATAN 2 : 2008

TAJUK TARIKH

: GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN BALAI RAYA : 5 JULAI 2008

BILANGAN PESERTA : 40 ORANG 1 PENGENALAN Laporan projek Gotong-royong Membersihkan Balai Raya ini disediakan untuk memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2. Tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan tema Hidup Bermasyarakat . Projek ini dijalankan oleh pelajar tingkatan 2 dan guru-guru mata pelajaran yang telah banyak membantu dari segi pengurusan projek dan kawalan pelajar. Projek ini dijalankan di Balai Raya Felda Ulu Tebrau.

OBJEKTIF PROJEK

Projek gotong-royong membersihkan dewan dipilih berdasarkan objektif yang berikut : 1) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama guru-guru dan murid-murid. 2) Memupuk sikap saling bekerjasama dan tolong-menolong. 3) Memupuk rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar.

3 3.1 3.1.1

PERLAKSANAAN PROJEK Perancangan AJK Pelaksana : Puan Fadhilah Akmal binti Abdullah Cik Nur Fatin binti Mohd Nor Wir

Penasihat

Setiausaha

: Nurul Akmal binti Mohd. Aris

Naib Setiausaha: Nur Farafazira binti Roselan Bendahari Fotografi : Nurul Aqilah binti Selamat : 1. Amy Aidil bin Johari 2. Mohd Aliff bin Zaman AJK : 1.Mohd Ikram bin Jusoh 2. Mohd Jamil bin Ithnin 3. Nur Shakira bt Kasim

3.1.2; Lokasi Projek Projek ini dijalankan pada 5 Julai 2008 pukul 08.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Balai Raya Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. 3.1.3; Strategi Pelaksanaan Projek ini dijalankan secara bersama murid-murid Tingkatan 2 dan guru mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Tajuk projek dipilih selepas AJK berbincang dengan guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tarikh yang dipilih berdasarkan takwim sekolah. Masa projek dijalankan adalah dari pukul 08.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Projek dikendalikan dengan kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 2 yang terpilih untuk aktiviti gotong-royong ini.

3.1.4; Anggaran Kos Perlaksanaan Projek Perbelanjaan Bahan projek Beg plastik hitam Minuman pelajar Makan tengah hari Jumlah RM 12.00 RM 50.00 RM 120.00 RM 182.00

3.2 3.2.1

Kerja Amali Melaksanakan Projek - Semua kerja berkaitan dengan projek telah dijalankan dengan jayanya oleh pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. - Kerja-kerja pembersihan tempat projek juga telah dilakukan dengan baik.

3.2.2

Merekod / Mencatat Tugas Yang Dijalankan Tarikh: 05 Julai 2008 Semua ahli bersedia untuk menjalankan projek dengan bimbingan guru.

3.2.3

Masalah-masalah pelaksanaan - Penggunaan alatan membersih kawasan adalah terhad kerana dikhuatiri membahayakan para pelajar.

- Pelajar tidak menjalankan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh. - Keadaan cuaca yang agak panas menyebabkan pelajar cepat letih. 3.3 3.3.1 Refleksi Menilai Kerja Yang Telah Dijalankan Aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan jayanya. Pelajar-pelajar boleh menjalankan tugas dengan baik.

CADANGAN Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh seorang ketua kumpulan untuk menolong guru mengawasi pergerakan pelajar. Kumpulan yang dipecahkan akan ditentukan kawasan untuk dibersihkan.

PENGHARGAAN Ucapan terima kasih dan penghargaan diberikan kepada barisan guru yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan.

6 6.1

LAMPIRAN Gambar

Membersihkan kawasan sekitar

Membersihkan kawasan dewan

Disediakan Oleh : ___________________________ (Cik Norzilawati binti Ali) Guru Mata Pelajaran Sivik Kewarganegaraan dan Kewarganegaraan

Disemak Oleh: ________________________ (Cik Nur Fatin binti Mohd Nor Wir) Guru Panitia Sivik dan Kewarganegaraan

You might also like