SCE 3105 Amali 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

AMALI 4 : MIKROSKOP DAN TELESKOP Tujuan : Untuk menyiasat keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop

astronomi dan mikroskop majmuk Hasil Pembelajaran: Untuk menyiasat keadaan yang sesuai untuk meningkatkan kuasa pembesaran teleskop astronomi dan mikroskop majmuk. Mengenalpasti Masalah: Adakah kanta yang berlainan panjang fokus menghasilkan pembesaran yang berbeza? Hipotesis : Bahan-bahan: Pemegang kanta, plastisin, pemegang kanta, kanta cembung ( 5 cm, 10 cm, 15 cm , 20 cm ), skrin lut cahaya, lampu dan pembaris meter.

Aktiviti 1: Membina satu teleskop astronomi ringkas Prosedur: 1) Menngunakan kanta cembung dengan kuasa 5 D(panjang fokus : 20 cm) dan berdiameter besar sebagai kanta objektif. 2) Menggunakan kanta cembung dengan kuasa 20 D(panjang fokus :5 cm) dan berdiameter kecil sebagai kanta mata 3) 4) Meletakkan keduadua kanta di pemegang kanta. Meletakkan skrin lutcahaya di antara kedua-dua kanta.Susunan kemudian disiapkan seperti di gambar rajah (rujuk rajah teleskop astronomi ringkas)

53

5)

Kanta objektif kemudian diarahkan ke objek yang berada di posisi yang jauh.Skrin lutcahaya diletakkan kira-kira 20cm daripada kanta objektif dan diolah sehingga imej yang jelas kelihatan di skrin.

6)

Kanta mata yang diletakkan berhampiran dengan skrin lutcahaya diolah juga sehingga imej yang jelas dan dibesarkan jelas kelihatan di skrin.

7)

Skrin lutcahaya kemudian dialihkan dan susunan kedua-dua kanta boleh berfungsi sebagai teleskop astronomi.

8)

Jarak di antara kedua-dua kanta kemudian diukur. [ Memandangkan ini merupakan teleskop astronomi,jarak di antara kedua jarak seharusnya kurang daripada jumlah panjang fokus kedua-dua kanta,iaitu <(20cm + 5cm = 25cm) ]

9)

Jarak kemudian diuji dengan dengan mengalihkan kedudukan kanta untuk melihat imej yang jelas terbentuk di jarak berapa di antara kedua-dua kanta.

10)

Pemerhatian dibuat ke atas imej dan kemudian direkodkan.

Aktiviti 2: Membina sebuah mikroskop majmuk Prosedur: 1) Menggunakan kanta cembung dengan kuasa 20 D(panjang fokus :5 cm) dan berdiameter besar sebagai kanta objektif. 2) Menggunakan kanta cembung dengan kuasa 5 D(panjang fokus :20 cm) dan berdiameter kecil sebagai kanta mata. 3) 4) Meletakkan kedua-duanya di pemegang kanta. Meletakkan kertas graf berdekatan dengan kanta objektif dengan abjad A terbalik tertera di tengah-tengah kertas.Jarak kertas graf tersebut diolah sehingga sedikit melebihi 5.0 cm. Susunan kemudian disiapkan seperti di gambar rajah (rujuk rajah mikroskop majmuk)

54

5) 6) 7)

Memasang lampu suluh kemudian dan menghalakan kepada kertas graf. Mengolah skrin lutcahaya sehingga imej terbentuk Mengubah jarak diantara kanta mata perlahan-lahan sehingga imej yang jelas dan cukup besar dapat dilihat melalui kanta mata.

8)

Mengalihkan skrin lutcahaya supaya dan susunan ini boleh berfungsi sebagai mikroskop majmuk.

9)

Mengukur jarak di antara kanta objektif dan kanta mata diukur. [ Memandangkan ini merupakan mikroskop majmuk,jarak di antara kedua jarak seharusnya lebih daripada jumlah panjang fokus kedua-dua kanta,iaitu >(20cm + 5cm = 25cm) ]

10)

Memerhati ke atas imej terbentuk dilakukan dan kemudiannya merekodkannya.

LANGKAH BERJAGA-JAGA 1. Pastikan kanta cembung yang digunakan dalam keadaan baik dan panjang fokus kanta diketahui 2. 3. Sumber cahaya perlulah melalui kesemua kanta yang ada dalam set Tinggi pemegang kanta perlulah dibetulkan terlebih dahulu sebelum membina set mikroskop dan teleskop supaya kedudukan dan ketinggian kanta sama dengan kedudukan objek dan sumber cahaya. 4. Pembesaran bagi setiap set perlulah dikira dengan menggunakan rumus yang tepat

55

KEPUTUSAN : TELESKOP ASTRONOMI RINGKAS

Rajah Panjang fokus kanta objek , o(cm) Panjang fokus kanta mata , m (cm) Jarak antara kanta objek dan kanta mata ( L) = (o + m ) ( cm ) Pembesaran , M=
Inferens

10

15

15

20

20

20

10

10

15

15

20

25

25

30

35

= 2.0

= 3.0

= 1.5

= 4.0

= 2.0

= 1.3

Kanta yang mempunyai panjang fokus yang lebih tinggi akan menghasilkan diameter yang lebih besar maka ini membolehkan lebih banyak cahaya memasuki ke dalam kanta. Manakala kanta mata, yang lebih rendah panjang fokusnya menghasilkan kuasa pembesarannya yang tinggi
56

MIKROSKOP MAJMUK

Rajah Tinggi Objek ( cm ) Panjang Fokus Kanta Objek ( cm ) Panjang Fokus Kanta Mata (cm ) Tinggi Imej ( cm ) Jarak antara kanta objek dan kanta mata ( L ): L ( fo+fm ) ( cm ) 20 22 31.5 42.5 51.5 60 30 26 23 10.8 7.0 6.5 10 15 20 15 20 20 5 5 5 10 10 15 3 3 3 3 3 3

Pembesaran

= = 10

= = 8.7

= = 7.7

= = 3.6

= = 2.3

= 2.2

Inferens

Kuasa pembesaran yang lebih besar dapat dihasilkan jika panjang fokus kanta objek dan kanta mata dikurangkan.Saiz imej yang terhasil turut dipengaruhi oleh jarak antara kanta dengan objek

57

Perbincangan Kanta atau sering disebut lensa adalah sebuah alat untuk mengumpulkan atau menyebarkan cahaya, biasanya dibentuk dari sepotong gelas yang dibentuk.Terdapat dua jenis kanta iaitu kanta cembung dan kanta cengkus namun di dalam tugasan pada kali ini kami telah menggunakan kanta cembung untuk menyediakan set teleskop dan mikroskop. Kanta cembung adalah kanta yang tirus diluar (cembung) tirus di bahagian tepi dan mempunyai tengah yang lebar.Sering kali digelar kanta penumpu.Cahaya melalui kanta cembung tertumpu pada satu titik.Titik ini dikenali sebagai titik tumpuan. Kanta cembung mampu menghasilkan imej sebenar atau maya.Teleskop yang dibina terdiri daripada dua jenis kanta cembung iaitu kanta objek dan kanta mata.Kanta cembung yang telah digunakan mempunyai panjang fokus yang pelbagai.Ini adalah untuk mengkaji keadaan yang boleh dipraktikkan bagi meningkatkan kuasa pembesaran sesebuah teleskop dan mikroskop. Dalam aktiviti yang pertama kami telah diberi tugasan untuk membina sebuah teskop astronomi.Teleskop Astronomi merupakan satu alat optik yang digunakan untuk melihat objekobjek yang jauh.Teleskop astronomi ini berfungsi dengan mengumpulkan cahaya daripada objek ini dan kemudian dibesarkan.Teleskop terdiri daripada 2 kanta iaitu kanta objek dan kanta mata.Kanta objek menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.Kami telah menggunakan dua kanta cembung yang mempunyai jarak fokus yang berbeza bagi menguji jarak fokus yang yang boleh meningkatkan kuasa pembesaran teleskop tersebut. Kanta objek yang digunakan dalam pembinaan teleskop dipanggil kanta objek kerana kedudukan kanta ini berada paling hampir dengan sesebuah objek.Kanta objek yang digunakan dalam pembinaan set teleskop astronomi ini mempunyai panjang fokus yang lebih panjang dan diameter bukaan yang lebih besar untuk membolehkan jumlah cahaya yang lebih banyak memasuki kanta dan ini boleh menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas dari sesebuah objek yang jauh.Imej yang terhasil mempunyai ciri seperti nyata dan terbalik.Selain itu, dalam aktiviti kami turut menggunakan kanta mata. Kanta ini dipanggil kanta mata kerana kanta tersebut berada pada kedudukan yang paling hamper dengan mata.Setelah menjalankan ekperimen ini saya dapati bahawa fungsi sebenar kanta mata adalah untuk
58

memastikan keseluruhan cahaya boleh memasuki ke dalam tabung teleskop.Kanta mata memiliki panjang fokus yang pendek menghasilkan pembesaran imej yang lagi tinggi.Semakin rendah panjang fokus mata semakin besar pembesaran objek yang terhasil.asarkan keputusan yang telah saya peroleh saya mendapati, Kanta objek yang mempunyai panjang fokus 20 cm dan kanta mata yang mempunyai panjang fokus 5 cm menghasilkan pembesaran yang terbesar iaitu sebanyak 4.0 cm.

Kesimpulan : Kesimpulan nya semakin panjang kanta objek semakin tinggi tahap pembesaran yang boleh berlaku tetapi bagi kanta mata pula, semakin pendek panjang kanta mata semakin tinggi tahap pembesaran.Formula yang boleh digunakan untuk menetukan tahap pembesaran sesuatu objek ialah :

M=

59

Soalan 1. Nyatakan fungsi-fungsi kedua-dua kanta objek dan kanta mata dalam satu teleskop astronomi Fungsi kanta objek yang terdapat dalam teleskop astronomi adalah untuk mengumpul cahaya dalam jumlah yang banyak bagi memastikan imej yang terbentuk adalah terang meskipun objek berada pada kedudukan yang jauh.Kanta objek merupakan kanta yang kedudukannya berada paling hampir dengan objek.Antara ciri yang terdapat kanta objek ini adalah jarak fokus yang lebih panjang serta bukaan yang besar bagi membolehkan cahaya memasuki kanta semaksimumnya.Imej yang terbentuk adalah nyata , terbalik dan lebih kecil.Fungsi kanta mata pula adalah untuk memastikan agar keseluruhan cahaya yang terkumpul di dalam tabung teleskop dapat masuk ke dalam mata untuk imej yang lebih terang serta turut membantu dalam proses pembesaran imej.Kanta mata mempunyai ciri seperti memiliki panjang fokus yang pendek serta bukaan yang kecil bagi membolehkan cahaya dapat dipantulkan dengan lebih cepat ke dalam mata. 2. Bagaimana anda boleh tingkatkan kuasa pembesaran bagi teleskop astronomidan mikroskop majmuk? Untuk teleskop astronomi bagi meningkatkan pembesaran imej yang terhasil dengan meningkatkan panjang fokus bagi kanta objek serta mengurangkan panjang fokus kanta mata.Apabila kita memanjangkan fokus kanta objek diameter kanta objek turut meningkat dan ini menyebabkan lebih banyak cahaya dapat memasuki teleskop.Hal ini berbeza bagi fokus kanta mata.Jika panjang fokus kanta mata adalah rendah maka kuasa pembesaran imej akan meningkat. Kuasa pembesaran mikroskop majmuk pula boleh ditingkatkan jika kita mengurangkan panjang fokus kanta objek.Dalam mikroskop majmuk kanta objek berperanan menghasil pembesaran imej objek kali pertama sebelum imej ditukarkan semula menjadi objek bagi kanta mata.Panjang minimum fokus bagi kanta objek adalah 5 cm kerana jika panjang fokus kanta objek terlalu pendek
60

imej yang dihasilkan akan pecah dan tidak sempurna.Manakala bagi kanta mata pula, panjang fokus kanta mata yang terdapat pada mikroskop haruslah ditigkatkan jika kita ingin meninggikan kuasa pembesaran mikroskop 3. Apakah langkah berjaga-jaga yang telah anda ambil semasa menjalankan projek ini? Mengapa? Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil antaranya : a. Memastikan kanta berada dalam keadaan baik dan sempurna b. Memastikan panjang fokus adalah tepat untuk mendapatkan imej yang jelas. c. memastikan agar panjang di antara kanta objek dan kanta mata adalah berbeza kerana jika kedua-dua kanta ini mempunyai panjang fokus yang sama imej objek yang diinginkan tidak akan terhasil d. memastikankedudukan dan ketinggian kanta sama dengan kedudukan objek dan sumber. e. Sumber cahaya yang mencukupi.

Penguasaan Pengetahuan dan Soalan Kemahiran: 1. Di akhir penyiasatan, jawap soalan di bawah: (a) Apakah yang telah kamu pelajari dengan penyiasatan diatas?

Saya dapat mempelajari beberapa perkara iaitu : a. mendapat kemahiran baru iaitu teknik-teknik untuk membina teleskop astronomi dan juga mikroskop majmuk. b. dapat meningkatkan pemahaman saya dengan lebih mendalam tentang konsep kanta cembung dan perbezaan yang terdapat di antara kanta mata dan kanta objek. c. mendapat pengetahuan baru mempelajari cara untuk meningkatkan kuasa pembesaran sesebuah teleskop mahupun mikroskop.

61

d. Mempelajari formula yang berbeza untuk mengira pembesaran yang berlaku dalam sesebuah mikroskop mahupun teleskop.

(b) (b) Bahagian manakah dalam pengajaran sains sekolah rendah yang mengajar topik ini? Tema : Menyiasat Alam Fizikal Tajuk : Cahaya Tahun : 5

(c)

Bincangkan bagaimanakah anda boleh menggunakan aktiviti ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?

Sebagai seorang guru, eksperimen ini boleh dijalan di dalam makmal bersama-sama murid. Guru boleh menunjukkan eksperimen ini secara demonstrasi dan memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri hasil eksperimen iaitu imej yang terbentuk di teleskop dan mikroskop. Oleh itu, murid dapat pengalaman baru dan memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah.

(d)

Apakah peranan guru dalam aktiviti-aktiviti ini ? Guru memainkan peranan sebagai pemudah cara. Guru boleh menjalankan aktiviti tersebut melalui demonstrasi atau pun membantu murid semasa mereka menjalankan esperimen secara kumpulan. Selepas sesuatu aktiviti dijalankan guru haruslah memberi penjelasan dan pengukuhan yang jelas kepada murid.
62

63

You might also like