Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Bahasa Melayu sangat unik kerana ia merupakan bahasa yang tersendiri dan telah dikenali di seluruh dunia.

Bahasa ini pernah suatu masa dahulu dikenali sebagai bahasa Lingua Franca. Walaupun bahasa Melayu telah wujud sejak zaman dahulu namun penggunaan perkataannya tidak ketinggalan malah mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut arus perkembangan negara. Perubahan ini membuktikan bahawa bahasa Melayu bergerak seiring dengan kemajuan negara dan tidak bersifat kolot.

Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

PENGISTILAHANhttp://lestariintelek.blogspot.com/2010/05/pengistilahan.html
Pengenalan Istilah (technical term) ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap. Syarat-syarat dalam pembentukan istilah

-Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk mengungkapkan konsep yang dimaksudkan Kata atau frasa yang dipilih adalah yang paling ringkas antara pilihan yang ada yang mempunyai rujukan yang sama Kata atau frasa yang dipilih adalah yang mempunyai konotasi yang baik, yakni tidak berbau lucah atau membawa implikasi buruk Kata atau frasa yang dipilih adalah yang sedap didengar -Kata atau frasa yang dipilih adalah yang dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima

Sumber dan inventori istilah Melayu Sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan ialah: a) bahasa Melayu termasuk bahasa Indonesia serta dialek-dialek Melayu dan juga bahasa Melayu klasik yang telah menyerapkan perkataan daripada bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-lain. b) bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu seperti bahasa Iban, Kadazan-Dusun, Jawa, dan sebagainya. c) bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. Pemantapan istilah yang sedia ada menjadi sebahagian daripada inventori istilah bahasa Melayu Selain itu istilah diperoleh melalui penterjemahan, penyerapan, atau gabungan penterjemahan dan penyerapan Daftar awalan asing Antara contoh awalan asing yang lazim digunakan ialah: a) anti ( bertentangan dengan) cth : antiseptik, antibiotik b) auto ( bertindak sendiri) cth: automatik, autobiografi c) bi (dua) cth: bikarbonat, bigami d) bio (benda hidup) cth: biologi, bioteknologi e) co ( bersama-sama) cth: koordinat, kokurikulum f) contra ( berlawanan) cth: kontradiksi, kontrastif g) mikro ( kecil) cth: mikroekonomi, mikrocip h) mono ( satu) cth : monodrama, monolog i) multi ( banyak ) cth: multinasional, multimedia KONSEP-KONSEP DASAR http://bmus.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/PedomanUmum-Pembentukan-Istilah.pdf 1.1 Takrif Istilah Istilah ialah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Contoh: hablur, medan magnet, metamorfosis. 1.2 Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). 1.3 Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian kata umum boleh menjadi istilah. Contoh: tenaga tenaga atom (atomic power). 1.4 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. 1.4.1 Kata Akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra.2 1.4.2 Imbuhan dan pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN...an (pemprosesan). 1.4.3 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut rerambut) atau seluruh (kacang kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 1.4.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah

melalui proses penggabungan. Contoh: setiausaha, warganegara, bumiputera. 1.5 Bentuk Istilah Istilah boleh berbentuk sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan atau kata gandaan. 1.5.1 Bentuk Akar Bebas Kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Misalnya: haba (heat), sisa (residue). 1.5.2 Bentuk Berimbuhan Bentuk berimbuhan ialah bentuk istilah yang mengandungi imbuhan. Misalnya: bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan.3 1.5.3 Bentuk Gabungan Bentuk gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Misalnya: Garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang. 1.5.4 Bentuk Gandaan Bentuk gandaan ialah istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang. Misalnya: pepasir, jejari, buli-buli, kacangkacang. 1.6 Bentuk Prototaip Bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: protein, radiator, magnet. 1.7 Paradigma Kata Paradigma kata ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan, mahupun yang berupa kata gabungan.

Misalnya: absorb serap absorbate zat terserap, absorbat absorbent zat penyerap, absorben absorber penyerap absorptivity kedayaserapan, keabsorptifan absorptive absorptif, berdayaserap absorbance/absorbancy dayaserap, absorbans absorbable terserapkan absorbability keterserapan, absorbabiliti absorption penyerapan, serapan, absorpsi4 II. SUMBER ISTILAH 2.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat: (a) Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. (b) Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi. (c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 2.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Misalnya: gambut (Banjar) peat

nyeri (Sunda) pain engkabang (Iban) ellipenut awet (Jawa) lasting 2.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yakni disesuaikan, seperlunya), dan penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

http://tintakeris.blogspot.com/2008/08/pembentukan-istilah-dan-kata-pinjaman.html

Kenapa ada Bahasa asing dalam bahasa Melayu? Pada petang tadi, saya membelek-belek buku Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Tiada apa yang saya cari. Sekadar memenuhi masa lapang. Saya pun tertarik dengan satu bahagian dalam buku ini iaitu bahagian UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU. Inti pati dalam Peminjaman Bahasa asing: Bahasa Melayu mula menerima pengaruh bahasa sejak zaman bahasa Melayu kuno lagi. Pada mulanya, bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Apabila Islam bertapak di Alam Melayu, bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa Arab. Seterusnya, bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa yang dibawa oleh penjajah seperti bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Salah satu cirri Bahasa Melayu ialah bersifat dinamik yang mana mudah menerima pengaruh bahasa asing agar bahasa Melayu dapat terus hidup dan berkembang dengan meluas. Peminjaman bahasa asing telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu Peminjaman bahasa asing dilakukan melalui peminjaman terus serta penterjemahan.

Peminjaman terus merujuk kepada menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan system bahasa Melayu.

psychology (bahasa Inggeris) psikologi (bahasa Melayu) Peminjaman terjemahan pula merujuk kepada dengan mengambil makna atau konsep perkataan bahasa asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Perkataan daya pengeluaran (bahasa Melayu) diterjemahkan daripada perkataan productivity(bahasa Inggeris) Terdapat beberapa sebab bahasa Melayu perlu meminjam perbendaharaan kata bahasa asing. Antaranya ialah: Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep atau fenomena baru. Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan Melayu dianggap lapuk atau tidak bergaya. Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah sinonim. Perancangan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa moden. Peminjaman bahasa biasanya berlaku disebabkan oleh pertembungan budaya seperti perniagaan, perdagangan, peperangan, penjajahan politik, perhijrahan, pendidikan dan penyebaran agama. Antara unsur bahsa asing yang diambil oleh bahasa Melayu ialah bunyi bahasa asing, sistem tulisan, imbuhan, kosa kata umum, istilah, peribahasa dan struktur ayat. Pada entry akan datang, saya akan menunjukkan contoh bahasa asing yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, BAHASA JIWA BANGSA.
Pembinaan Istilah Bahasa Melayu Umumnya istilah merupakan perkataan yang mempunyai makna khas mengikut bidang ilmu pengetahan tertentu yang menerangkan makna, konsep proses, keadaan atau sifat khusus bagi sesuatu ilmu menurut Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad ( 2009: 2 ). Menurut Awang Sariyan ( 2002 ) pula, pembinaan istilah Bahasa Melayu merupakan

suatu usaha dalam menggubal istilah bagi mengisi peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, rasmi dan ilmu di negara ini yang telah bermula sejak 1957 yang melibatkan dua bidang terawal iaitu Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan teknik yang sehingga kini mencatatkan jumlah hampir mencecah 1 juta istilah yang terhasil meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebanyak 199 judul melibatkan semua peringkat. Kenyataan ini turut disokong oleh Abdullah Hassan ( 1987: 85 ), iaitu perancangan korpus bahasa dalam aspek istilah telah bermula sejak 1957 melalui penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama berdasarkan dua peringkat iaitu sebelum 1975 ( dengan penerbitan Pedoman Pembentukan istilah bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ) dan selepas 1975 ( kerjasama Majlis bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) yang menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan istilah ( PUPI )yang telah diisytiharkan penggunaannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repblik Indonesia pada 30 Ogos 1975). Walaupun begitu, beliau tidak menafikan akan ketidaksempurnaan yang berlaku semasa pembinaan awal istilah dalam bahasa Melayu iaitu melibatkan tempoh masa antara tahun 1957 hingga 1960 yang merupakan titik zaman awal pembentukan istilah namun tidak kukuh kerana tiada sebarang pedoman yang boleh dijadikan rujukan sehinggalah Dewan Bahasa dan Pustaka menubuhkan dua Jawatankuasa Istilah bagi menyokong pembinaan istilah iaitu, Jawatankuasa Istilah Kerajaan dan Perjawatan dan Jawatankuasa Istilah Sains Am yang secara tidak langsung mengubah panduan dan falsafah pembinaan istilah tahap awal yang mengongkong proses pembinaan istilah, walapun terdapat juga istilah yang bertahan sehingga sekarang misalnya stesen, kimia dan sains. Manakala istilah yang tidak dapat mendukng konsep asal telah dipinda seperti ilmu jiwa, kajirumpun bangsa, ilmu hisab dankajibentuk bumi kepada psikologi, ethnologi, matematik dangeomorfologi. Zaman selepas 1975 pula memperlihatkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam pembentukan istilah yang melibatkan bidang-bidang profesional sebanyak 71,887 istilah sehingga 1975 berikutan kejayaan membentuk Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baru DBP ( mula digunakan sejak 1959 ), Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk istilah Baharu Bahasa Melayu DBP ( selepas 1970 ) dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya ( 1971 ) serta dengan tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) sejak Disember 1972 yang pada awalnya hanyalah mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama dengan Indonesia bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi kemudiannya telah diperluaskan lagi fungsinya yang mencakupi aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang menjadi dasar pembentukan istilah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun begitu, pembinaan istilah dalam Bahasa Melayu tidak menafikan akan wujudnya pinjaman daripada bahasa asing melalui dua cara penggubalan, iaitu pinjaman dan pinjam terjemah menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 255 ). Hal ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 2004: 301-304 ), iaitu pembinaan istilah pinjaman yang dilakukan dalam dua bentuk, iaitu pengambilan dengan penyesuaian ejaan, misalnya geographygeografi, biology-biologi, mathematics-matematik, isogamy-isogami dan sebagainya.

Manakala, pengambilan tanpa perubahan ejaan pula, seperti magnet-magnet, linearlinear, hilum-hilum, import-import, audit-audit dan sebagainya.Manakala pembinaan istilah pinjam terjemah pula dilakukan melalui lima cara, iaitu terjemah langsung ( resistance = rintangan, dose = sukatan, soluble = lart ) , penciptaan kata baharu ( subsidence = antamman, allot = umpuk, arrears = tunggakan ), perluasan makna ( salur = salir, hakis = kikis, gelap = legap ) , penggabungan dua kata umum ( missile = peluru berpandu, indicator lamp = lampu penunjuk, right angle = sudut tepat ) dan pembentukan kata ganda separa (radius = jejari, liquid = cecair, capillary = rerambut ), tetapi kesemua proses ini terikat kepada had peminjaman, iaitu pinjaman istilah dilakukan sekiranya bahasa asing mempunyai istilah tersebut dan haruslah sesuai dengan sistem bunyi Bahasa Melayu menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan ( 2000: 265 ). Menurut Rogayah Osman dalam artikelnya mengenai Perancangan Bahan Ejaan dan Sebutan, Peristilahan dan Perkamusan dalam Bahasa Melayu di Malaysia, kewujudan banyak Jawatankuasa Istilah ( JKI ) yang mencakupi banyak bidang dengan konsep dan pemahaman ilmu yang tersendiri menghasilkan bermacam-macam istilah sehingga satu istilah mendukung pelbagai konsep dan pengertian, menyedari permasalahan ini dua jawatankuasa penyelarasan dibentuk iaitu, Jawatankuasa Istilah Sains Tulen dan Jawatankuasa Istilah Sains Sosial dan Kemanusiaan. Disamping itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melakukan kembali kerja-kerja dalam menyemak istilah sebelum 1975 terutamanya sebelum 1960 untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Penyemak Istilah sebagai tambahan kerja-kerja dalam penciptaan istilah, pengklasifikasian bidang yang sebelumnya tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh agar dapat membincangkan aspek-aspek pemasyarakatan istilah dalam disiplin bidang masing-masing agar dapat diutarakan kepada sidang MBIM sekitar akhir 80-an dan awal 90-an. Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia ( MBIM ) menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006: 36 ), sangat berperanan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu yang mendokong tiga fungsi utama, iaitu bertindak sebagai badan bersama yang mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk memikirkan, menalaah dan membincangkan hal-hal bersama berhubungan dengan soalan bahasa kedua-dua negara, menampung dan menyalurkan bahan-bahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama serta menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masing-masing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. Atas ketelusan dalam memainkan perana ini, MBIM berjaya menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah ( PUPI ), Pedoman Penyusnan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab kepada Huruf Rumi disamping membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Malah sepanjang hasil persidangan MBIM ke-7 hingga ke-23 MBIM turut berjaya menghasilkan Daftar Istilah MBIM ( A-J )dan ( K-Z ) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.
http://rtkasensei90.blogspot.com/2012/07/semantik-dan-peristilahan-bahasa-melayu.html

6.0 Peristilahan Bahasa Melayu 6.1 Pengenalan Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan

memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu. Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan. Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal. Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek. Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya. 6.2 Definisi Istilah Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah ialah

kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Tata istilah atau terminology pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfemmerupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 6.3 Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan. 6.3.1 Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya. 6.3.2 Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber(berinteraksi), -an (hasilan), peNan(pemprosesan). 6.3.3 Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah. 6.3.4 Gabungan Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam danbelanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah bajet digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956. Pada peringkat awalnya tidak ada satu sistem organisasi yang memberi panduan dan mengawal kerja-kerja peristilahan. Jawatankuasa istilah ditubuhkan berdasarkan permintaan individu yang berwibawa sebagai pemimpin masyarakat atau sebagai ahli akademik. Jawatankuasa istilah yang paling awal ditubuhkan ialah Jawatankuasa Istilah Ekonomi yang dipengerusikan oleh Profesor Diraja Ungku A. Aziz. Sebagai pengerusi dan pengarah pertama DBP, beliau juga

seorang pejuang bahasa kebangsaan. Ungku A. Aziz telah menyaksikan beberapa ciri perkembangan di dalam perwujudan istilah ekonomi yang tidak menyenangkan beliau. 7.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik. Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah; Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain. Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya: a) Acid - asid (bukan acid) b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi) c) Acidic - berasid (bukan asidik) Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden, ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa, iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia, iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut: a) Biology - kajihayat b) Anthropology - kajimanusia c) Sociology - kajimasyarakat d) Archeology - kajipurba e) Phonology - kajibunyi f) Geology - kajibumi

g) Psychology - kajijiwa h) Climatology - kajiiklim Berdasarkan conoth contoh di atas bentuk istilah memang baik dan sesuai kerana ia seragam, dan boleh dijadikan panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kajiserangga, kajibintang, kajihaiwan, kajitumbuhan, kajilautan, kajipenyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu. Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan organ diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga? Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis, dan kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya. Bagi dasar yang ketiga pun penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaannya sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa MelayuIndonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu: Bagi istilah pinjam-terjemah. a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: i. Fixed price - harga tetap ii. Market price - harga pasaran iii. Price list - senarai harga iv. Cost price - harga kos v. Cost section - bahagian kos

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan): i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum. Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan): a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lainlain. c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah: Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu: i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau ii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah. Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali,

sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah: i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata; ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai, b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai, d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai, e) Kata dalam bahasa Inggeris, f) Kata dalam bahasa asing lain, h) Pilih yang terbaik antara istilah baharu. 8.0 Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya. 5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih

terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu: i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden; ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa; iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia; iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa MelayuIndonesia; dan v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa. Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran gy dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata kaji, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. 9.0 Prinsip Pembentukan Istilah Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu. Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan; i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan. iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan. 9.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka invent Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS 9.2 Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa. 9.2.1 Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian 9.2.2 Paradigma dengan Penambah me(N)Contoh: Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran mengubah pengubah pengubahan mengairi - pengairan 9.2.3 Paradigma dengan me(N)-, berContoh: memberhentikan - pemberhentian - perhentian - - pembelajar pelajaran 9.2.4 Paradigma kata dengan me(N)-, perContoh: Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran 9.2.5 Paradigma kata dengan ke - an Contoh: saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan

terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian 9.2.6 Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: Gigi gerigi susu tenusu tapak telapak kuncup kemuncup sambung sinambung 9.3 Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi. 9.3.1 Ganda Penuh Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-paru buku-buku guru-guru 9.3.2 Ganda Suku Kata Awal Contoh: Tetikus rerongga jejari Cecair rerambut kekisi 9.3.3 Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: dedaunan pepohonan jejarian 9.3.4 Kata Ganda Berentak Contoh: Warna-warni Batu-batan Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak- dalih Mundar- mandir Simpang-siur rempah ratus 9.4 Istilah Bentuk Gabungan (majmuk) Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. 9.4.1 Tanpa Imbuhan: Contoh: garis lintang atas aras laut daftar masuk mesin atur huruf mesin kira tangan segi empat tepat ganda tiga kamera laut dalam 9.4.2 Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti : saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji gelombang melintang 9.4.3 Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan kedudukan anggaran Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU 10.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut; kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contoh: Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. 10.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, Contoh contoh seperti: gambut (daripada bahasa Banjar) peat nyeri (daripada bahasa Sunda) pain engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut dermaga (daripada bahasa klasik) wharf dening (daripada dialek Kelantan) yoke 10.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh contoh seperti: Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu Atom Atom Electron Elektron Professional Profesional Psychology Psikologi Structure Struktur Radio Radio Television Televisyen Radiography Radiografi 10.4 Penyerapan Istilah Asing Istilah asing boleh dipinjam atas dasar; Sesuai maknanya; Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya; Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. 10.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada: Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat; Kemudahan belajar bahasa; dan Kepraktisan. Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai. 10.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan. Contoh contoh seperti : Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu Campaign Kempen Custom Kastam Dengue Denggi Grant Geran Pension Pencen 6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Audioconferencing Autosave Broadcast Bahasa Melayu Sidang audio Autosimpan Siaran;siar

Client-server Connection-oriented network Data scrambler Digital camera Digital certificate Digital purse Digital signature b) Istilah Undang Undang Bahasa Inggeris Administrative order Civil disorder Civil rights Double jeopardy Diplomatic immunity Extradiction Fraud Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Mala fide Mandatory procedure Native Natural justice c) Istilah Komputer Bahasa Inggeris Access Bench mark Cursor Data base Download End user Font Hardware Integrated circuit Local area network d) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris Balance sheet Bridging loan Buy out Buy-back price By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization

Pelanggan-pelayan Rangkaian berorientasikan sambungan Pengarau data Kamera digital Sijil digital Dompet digital Tandatangan digital Bahasa Melayu Perintah pentadbiran Gangguan awam Hak sivil Pendakwaan dua kali Kekebalan diplomatik Ekstradisi Fraud Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Mala fide Tatacara mandatory Anak negeri Keadilan asasi Bahasa Melayu Capaian Tanda aras Kursor Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Litar bersepadu Rangkaian kawasan setempat Bahasa Melayu Kunci kira-kira Pinjaman penyambung Beli habis Harga beli balik Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa

Chief executive officer Deed of trust Investment climate Long term debt Short-term financing Sole agent Steering committee e) Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Budget hotel Buffet Business centre Check-in Check-out Cocktail Day use Deluxe room Double room Function room Luncheon Twin bed Waiter (L); waitress (P) f) Fotografi Bahasa Inggeris Abstract photography Between-the-lens shutter Camera angle Daylight film Effective aperture Flash Ground-angle view Half-length portrait Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Quartz lens Reflect camera g) Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Aerial cable Affine Affine geometry

Ketua pegawai eksekutif Surat ikatan amanah Iklim pelaburan Hutang jangka pendek Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bufet Pusat khidmat urusan Daftar masuk Daftar keluar Koktel Guna siang Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Jamuan tengah hari Katil-kembar Pramusaji Bahasa Melayu Fotografi abstrak Pengatup antara kanta Sudut kamera Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Pandangan sudut bawah Potret separuh Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop Kanta kuarza Kamera reflex Bahasa Melayu Kabel arial Afin Geometri afin

Affine variety Aneka afin Aggregate Agregat Aggregation Pengagregatan Aggregative Berdaya agregat; pengagregatan Aggregative index Indeks pengagregatan Aggregative model Model berdaya agregat 6.6 Cabaran Cabaran Pembentukan Istilah Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum: Kepesatan ilmu : i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa. Kepakaran : i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu. ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/perancangan-korpus-bahasa.html

Peristilahan juga membantu pengguna bahasa memberikan makna kepada bentuk istilah tertentu. Di samping itu kelahiran glosari istilah atau kamus istilah merupakan usaha mengorganisasikan pengurusan peristilahan secara tersusun. Ini juga dapat menjamin penyebaran istilah dalam kalangan masyarakat pengguna. Selain itu, peristilahan juga membantu penilaian istilah yang dihasilkan. Dalam peristilahan penstandardan merupakan fenomena yang biasa dan diterima umum malah menyumbang penyelesaian kepada masalah ketaksaan dalam komunikasi. Pemiawaian dilakukan pada tahap tertentu misalnya lima tahun sekali untuk memastikan proses kemas kini yang dinamik dalam peristilahan. Pengurusan peristilahan juga memerlukan bank data peristilahan yang sentiasa dikemas kini dan dihubungkan dengan semua badan peristilahan di dunia. Penyebaran dan penggunaan istilah secara meluas perlu dijanakan dengan adanya teknologi dan perisian terkini. Pada peringkat awal perkembangan peristilahan, terdapat kelemahan dari segi kepakaran dan kemudahan bagi menggerakkan kegiatan peristilahan. Pada

waktu itu mereka yang terlibat dalam peristilahan bukanlah ahli peristilahan tetapi merupakan pakar bidang khusus. Usaha yang dijalankan oleh DBP melalui penubuhan jawatankuasa istilah telah menghasilkan istilah dalam bidang pentadbiran dan urusan kerajaan yang meliputi nama kementerian, jabatan, pejabat, pangkat, jawatan, nama surat, dan borang. Kegiatan peristilahan semakin pesat apabila pada tahun 1983, semua institusi pengajian tinggi menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Peristilahan semakin penting apabila kegiatan penterjemahan bidang sains juga semakin berkembang. Sepanjang tahun 1959-1975, terdapat tiga pedoman pembentukan istilah yang telah dihasilkan: Pedoman Membentuk Istilah Baharu (1961); Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP (1971); dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya (1971).
pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan

http://www.scribd.com/doc/75831857/28/Peranan-MABBIM

You might also like