Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MODEL LMT LIAS MAGIC TRIANGLE UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENENTUKAN FASA-FASA BULAN. 1.

.0 PENDAHULUAN Bahagian ini akan memberikan pengenalan kajian tindakan dan refleksi amalan pengajaran dan pembelajaran lalu. 1.1 Pengenalan Fasa-fasa bulan merupakan salah satu konsep yang terkandung dalam sukatan pelajaran sains sekolah rendah Tahun 5. Topik ini terkandung di bawah tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Fasa-fasa Bulan ditakrifkan sebagai perubahan bentuk Bulan yang boleh dilihat melalui sudut pandangan dari Bumi.fenomena ini berlaku kerana peredaran Bulan mengelilingi Matahari (Stott, 2009). Dalam tempoh sebulan, terdapat lapan fasa Bulan iaitu, Anak Bulan, Bulan Sabit Baru, Bulan Sabit Lama, Bulan Separa (pada sukuan yang pertama) dan Bulan Separa Lama (sukuan kedua), Bulan hamper Purnama Baru, Bulan Hampir Purnama Lama dan Bulan Purnama. Hasil dapatan dari kajian Stephen (2010) menunjukkan bahawa masalah dalam menentukan fasa-fasa Bulan ini perlu diambil perhatian yang serius supaya murid peka terhadap fenomena yang berlaku persekitaran mereka. Maka, masalah menentukan fasa-fasa Bulan harus diatasi seandainya berlaku. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Semasa mengajar di sebuah sekolah Orang Asli di Tapah, saya diberi untuk mengajar beberapa buah topik yang terkandung dalam tema Menyiasat Bumi dan Alam Semesta. Antara topik yang telah menarik perhatian saya ialah Fasafasa Bulan. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah, murid-murid telah menunjukkan minat yang positif terhadap topik yang bertemakan Bumi dan Alam Semesta. Mempelajari topik ini, mereka dapat menghayati kejadian ciptaan Tuhan di muka Bumi yang dapat mereka perhatikan dan alaminya setiap hari. Saya berasa sangat teruja mendengar luahan hati mereka serta menyangkakan keseronokan mereka itu kelak mampu membantu pertingkatkan pemahaman mereka terhadap kosep fasa-fasa Bulan. Walau bagaimanapun, indah khabar dari rupa. Apa yang saya sangkakan meleset sama sekali. Ini dibuktikan hasil daripada analisa keputusan ujian

bulanan yang lalu. Dalam soalan objektif, terdapat tiga soalan tentang fasa-fasa Bulan yang meminta murid meramal fasa-fasa Bulan dan melukiskannya pada kedudukan tertentu. Dapatan analisa, hanya 35/45 orang murid sahaja yang dapat menjawab soalan dengan tepat serta mampu memberikan mampu memberikan penjelasan saintifik tentang fenomena kejadian fasa-fasa Bulan. Fasa-fasa Bulan terjadi apabila Bulan memantulkan cahaya dari Matahari sewaktu beredar mengelilingi Matahari. Fenomena ini menyebabkan bentuk Bulan yang dilihat dari Bumi kelihatan seolah-olah berubah-ubah bergantung pada kedudukan Bulan di antara Bumi dan Matahari (Verdet, 1995). Hal ini sangat sukar bagi murid memahaminya kerana ia adalah satu konsep yang abstrak. Hasil refleksi pengalaman P&P lalu, saya mengesan bahawa masalah penguasaan konsep fasa-fasa Bulan dikalangan murid-murid saya

menyebabkan mereka tidak dapat menetukan dengan tepat bentuk-bentuk Bulan pada kedudukan tertentu sewaktu peredarannya. Sebagai guru, saya menjadikan penguasaan teori dan konsep sebagai kayu ukur untuk menilai tahap kefahaman murid-murid saya terhadap pengajaran yang telah disampaikankan serta keberkesanan penyampaiannya. Apabila setiap kali soalan diutarakan kepada murid-murid, mereka tidak boleh menjawabnya dengan betul. Demikian juga apabila mereka menjawab lembaran kerja. Saya mendapati bahawa terdapat ramai di antara murid ini tidak dapat menjawab soalan yang saya ajukan malahan, jawapan bertulis mereka berkaitan konsep fasa-fasa Bulan juga tidak memuaskan. Semasa diberikan lembaran kerja berkaitan fasa-fasa Bulan, saya dapati mereka masih keliru kedudukan antara fasa bulan Sabit Baharu dan fasa Bulan Sabit Lama. Demikian juga, kedudukan fasa Bulan Separa Baharu dan fasa Bulan Separa Lama. Seringkali, murid-murid tertukar antara fasa-fasa Bulan tersebut walau telah diperingatkan beberapa kali. Jika, mereka mengingati fasa-fasa Bulan dengan betul sekalipun, mereka menjadi keliru apabila kedudukan Matahari dalam gambar rajah diubah dan akhirnya, mereka tidak boleh menetukan fasafasa Bulan. Hal ini membuktikan bahawa mereka hanya menghafal fasa-fasa Bulan dan sesungguhnya mereka tidak faham pun bagaimana boleh berlakunya fasa-fasa Bulan dan mengapa Bulan berubah bentuk. Kekeliruan juga berlaku kepada mereka dalam menentukan bentuk Bulan di kedudukan tertentu sewaktu peredarannya mengelilingi Matahari.

Wajaran itu, saya berpendapat bahawa permasalahan ini harus diambil serius dan tindakan segera wajib dilakukan sebgai langkah mengatasinya. Impak secara tidak langsung (indirect) terhadap masalah tersebut ialah keputusan pencapaian murid merosot dari semasa ke semasa. Ini seterusnya akan menggangu tahap prestasi murid semasa ujian dan juga peperiksaan. Oleh itu, saya muhasabah diri, adakah saya ini tidak pandai mengajar mereka? Apakah pengajaran saya selama ini tidak berkesan dan sukar untuk murid-murid ini memahaminya? Saya sedar hakikat sebenarnya bahawa saya telah

menghadapi masalah untuk mengukuhkan kefahaman murid tentang konsep fenomena fasa-fasa Bulan. Apa yang saya dapati adalah, sukar untuk saya menerangkan dengan jelas konsep yang abstrak seperti ini serta terlalu susah bagi saya mengubah misconception mereka bahawa Bulan itu sebenarnya tidak berubah bentuk tetapi hanya kelihatan seakan-akan berubah bentuk sahaja kesan daripada peredarannya mengelilingi Bumi. Saya turut mengesan kecenderungan murid-murid saya mempunyai masalah untuk menentukan fasafasa Bulan sewaktu P&P. Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa murid-murid gagal memahami konsep fasa-fasa Bulan kerana berpunca daripada amalan P&P saya lalu. Berpandukan pengalaman lalu, saya telah mengajar murid-murid saya menggunakan kaedah penayangan video melalui youtube yang menunjukkan kedudukan Bumi yang berubah-ubah sewaktu peredaran mengelilingi Bumi selain menjelaskan persoalan murid tentang fasa-fasa Bulan iaitu mengapa Bulan seakan berubah wajah atau bentuk menerusi pemerhatian di Bumi. Objektif saya memaparkan video ini dengan berharap agar murid-murid saya faham dan melihat dengan jelas bagaimana fenomena fasa-fasa Bulan itu terbentuk. Semasa menayangkan video tersebut, saya menggunakan pendekatan teknik henti dan terang dimana saya memberhentikan seketika video tersebut dan seterusnya memberi penerangan tentang konsep terlibat dalam bahasa mudah.

You might also like