Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TAJUK : MENGKAJI FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN MURID DI DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH.

Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut : 1. Melihat apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum ? 2. Melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa ? 3. Melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa ? 4. Melihat adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa ?

DAPATAN KAJIAN a) Faktor Struktur Hasil dapatan menyatakan antara kriteria penghalang penglibatan seseorang dalam sukan ialah kemudahan atau program yang disediakan seperti terlalu ramai orang menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya yang tidak bersesuaian langsung. Dapatan pula mendapati terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan untuk aktiviti kokurikulum. Dari temubual, didapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping penjadualan yang tidak bersistem di mana bilik stor tidak sentiasa dibuka yang mana pelajar akan menghadapi masalah untuk mendapatkan peralatan.Selain kekurangan kemudahan, kekurangan alatan juga turut menjadi faktor penghalang seperti yang dinyatakan dalam kajian Mohd Jaflus (2008) yang mendapati faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah alatan sukan yang tidak mencukupi yang mana terdapat juga peralatan yang rosak digunakan. b) Faktor Intrapersonal Salah satu faktor penghalang yang sering membataskan penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan adalah masalah tekanan atau bebanan tugas. Hasil dari temubual ia menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu banyak masa dan tenaga. Penglibatan di dalam kegiatan luar seperti sukan ini dianggap sebagai beban dan mengganggu tumpuan mereka kepada bidang akademik. Wankel (1988) menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti berkaitan akademik terutamanya pelajar yang terlibat dalam peperiksaan. c) Faktor Interpersonal Kajian mengenai penglibatan kokurikulum hasil dari temubual mendapati

penyertaan pelajar di dalam kokurikulum didorong oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa

serta kemudahan-kemudahan di sekolah. Seterusnya dalam kajian/hasil temubual mendapati kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum dan juga mendapati pelajar yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka keletihan dan juga disebabkan oleh peralatan yang lama serta kemudahan kokurikulum di sekolah. Selain itu,penubual juga menyatakan individu memerlukan kawan. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan banyak dipengaruhi rakan. Kesimpulan Hasil daripada dapatan kajian yang dibuat dengan mengambil kira aspek-aspek soalan temubual daripada pelajar dan faktor sosio ekonomi masyarakat setempat di kawasan kajian ia menunjukkanpelbagai faktor yang menjadi penghalang utama. Daripada kajian yang dijalankan, dijangka faktor struktur menjadi faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum, diikuti oleh faktor interpersonal dan intrapersonal. Bagi kajian faktor penghalang penglibatan terhadap jantina, faktor struktur menjadi halangan utama penglibatan pelajar dalam kokurikulum, diikuti dengan faktor intrapersonal dan interpersonal. Halangan bagi pelajar perempuan pula ialah faktor interpersonal, diikuti oleh faktor intrapersonal dan struktur. Bagi kajian faktor penghalang penglibatan terhadap pelbagai bangsa, dijangkakan setiap kaum menunjukkan faktor penghalang yang berbeza. Faktor utama menghalang penglibatan pelajar berbangsa Melayu dalam aktiviti kokurikulum ialah faktor struktur, diikuti dengan intrapersonal dan interpersonal. Faktor interpersonal menjadi penghalang utama bagi bangsa india, diikuti dengan faktor intrapersonal dan struktur. Bagi bangsa lain-lain pula, faktor penghalang pelajar dalam kegiatan kokurikulum dijangka menyamai faktor penghalang bangsa india.

You might also like