Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tenis ialah satu permainan yang dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang

tertutup. Ia boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, perseorangan lelaki dan wanita, beregu dan beregu campuran. Gelanggang Terdapat pelbagai jenis gelanggang tenis di dunia ini. Tetapi yang paling utama ialah permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ukuran bagi sesebuah gelanggang tenis ialah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk permainan perseorangan dan 10.98 meter untuk permainan beregu. Semua garisan atau tanda di dalamnya hendaklah jelas dan sebaik-baiknya dengan garisan yang berwarna putih. Terdapat pelbagai jenis permukaan gelanggang tenis tetapi empat jenis permukaan gelanggang yang utama adalah gelanggang tanah liat (Clay Court), gelanggang keras(Hard court), gelanggang rumput (Grass Court) dan gelanggang karpet (Carpets Courts).

Gelanggang tanah liat (Clay Court)

Permukaan gelanggang diperbuat daripada batu, dan batu bata yang telah dihancurkan. Hanya kejohanan terbuka Perancis sahaja yang menggunakan gelanggang jenis ini. Gelanggang tanah liat dapat memperlahankan kelajuan bola dan menghasilkan lantunan yang lebih tinggi berbanding dengan permukaan gelanggang jenis rumput dan keras(hard court). Gelanggang jenis ini memerlukan kos yang lebih murah untuk dibina tetapi kos penyelenggaraannya agak tinggi Gelanggang rumput (Grass Court)

Permukaan gelanggang diperbuat daripada rumput yang tumbuh pada tanah yang keras. Kejohanan Wimbledon menggunakan permukaan gelanggang jenis ini. Gelanggang rumput dapat menambah kelajuan bola. Ketinggian lantunan bola pula bergantung kepada tahap kesegaran rumput itu, sudah berapa lama kah rumput itu dipotong dan pelbagai lagi. Disebabkan permukaannya yang kurang keras dan lebih licin berbanding dengan gelanggang keras (Hard Court), ia menyebabkan bola itu mudah untuk meluncur dan melantun dengan lebih rendah. Oleh itu pemain mestilah

bergerak dengan lebih pantas. Gelanggang jenis ini agak jarang dibina kerana ia memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, ia mestilah selalu disiram dan dipotong. Ia juga mengambil masa yang lebih lama untuk kering selepas hujan Gelanggang keras (Hard Court)

Gelanggang keras(Hard Court) diperbuat daripada bahan yang keras. Lantunan bola pada gelanggang ini adalah lebih konsisten. Kelajuan bola yang dimainkan dalam gelanggang ini adalah lebih laju daripada gelanggang tanah liat (Clay Court) tetapi tidak selaju di gelanggang rumput (Grass Court). Jumlah pasir yang ditambah pada cat akan memberi kesan kepada kadar kelajuan bola. Semakin banyak pasir ditambah, semakin perlahan kelajuan bola. Kejohanan terbuka US dimainkan pada gelanggang keras akrilik, manakala kejohanan terbuka Australia dimainkan pada gelanggang keras sintetik. Perbezaan di antara kedua gelanggang keras ini adalah tahap kekerasan nya. Walaupun kos penyelenggaraannya adalah lebih murah, namun pemain mudah tercedera disebabkan kekerasan permukaannya Gelanggang karpet (Carpet Court) Karpet adalah terma dalam bahasa tenis tentang permukaan gelanggang yang dapat dialihkan. Kata ringkas untuk rumput tiruan (Artificial Turf). Ianya biasa dibina di dalam bangunan. Gelanggang ini sudah tidak digunakan lagi dalam kejohanan profesional. Kelajuan bola yang dimainkan pada gelanggang ini adalah lebih pantas dari gelanggang keras (Hard Court) dengan lantunan bola yang lebih rendah

Grand Slam Grand Slam ini diwujudkan pada tahun 1925, apabila International Lawn Tennis Federation telah menjadikan kejohanan Australia, Perancis, British dan Amerika sebagai 4 kejohanan utama. Terdapat 4 kejohanan utama bagi permainan tenis ini, iaitu: 1. Australian Open 2. French Open 3. Wimbledon 4. US Open

Kejohanan Terbuka Australia Tarikh kejohanan : 17 30 Januari Tempat : Melbourne Park, Melbourne Jenis permukaan gelanggang: Gelanggang keras sintetik Wang hadiah : USD $2,451,456

Kejohanan Terbuka Perancis

Tarikh kejohanan : 25 May 10 Jun Tempat : Roland Garros, Paris (1928-sekarang)

Jenis permukaan gelanggang: Tanah Liat Wang hadiah : 18,718,000

Kejohanan Wimbledon Tarikh kejohanan : 25 Jun 8 Julai Tempat : All England Tennis Club, London Jenis permukaan gelanggang: Rumput

Kejohanan Terbuka US

Tarikh kejohanan : 129 Ogos 12 September Tempat : USTA Billie Jean King National Tennis Center, New York Jenis permukaan gelanggang: Gelanggang keras akrilik Wang hadiah : USD$ 21,016,000

Pemain digemari Andrew Andy Murray. Lahir pada 15 Mei 1987. Beliau merupakan pemain British No.1 dan berada pada kedudukan keempat dalam ranking dunia, pernah berada pada kedudukan kedua dari 17 hingga 31 Ogos 2009. Beliau pernah menjadi naib johan dalam tiga kejohanan Grand Slam peringkat akhir iaitu pada kejohanan terbuka US (2008), kejohanan terbuka Australia (2010), dan kejohanan terbuka Australia (2011)

Statistik Kerjaya
Kata kunci W F SF QF #R RR Q# A P Z# PO SF-B F NMS

Kejohanan

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

SR

WL Menang %

Kejohanan Grand Slam

Australian Open

1R

4R

1R

4R

SF

0/7

237

76.67

French Open

1R

3R

QF

4R

SF

QF

0/6

186

75.00

Wimbledon

3R

4R

QF

SF

SF

SF

0/6

246

80.00

US Open

2R

4R

3R

4R

3R

SF

0/7

227

75.86

MenangKalah

3 2

64

52 124 154 164 214 92 0 / 26 8726

76.99

You might also like