Ambil Hak Adik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ambil hak adik?

Alhamdulillah.. Allah telah memberi saya satu lagi pengalaman dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Pengalaman ber'tandem nursing' la pulak. Sebelum ni, saya hanya mendengar dan membaca coretancoretan daripada otai breastfeeder pasal tandem nursing ni. Sekarang ni saya dah rasa pahit manis ber'tandem nursing' dan tiba turn saya pulak nak cerita pasal pengalaman tandem nursing versi saya..hhehehe.. Apa itu tandem nursing? Bagi mereka yang first time dengar, tandem nursing merupakan satu istilah yang digunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Atau dalam lain perkataan, ibu menyusukan anak yang lebih tua bersekali dengan anak yang baru. Kakak / abang kongsi nenen dengan adik la senang cakap. Macamana saya boleh terlibat dengan tandem nursing? Setiap kali anak saya lahir, setiap kali itulah saya melahirkan azam untuk menyusukan mereka dengan susu ibu sepenuhnya sehingga mereka berumur 2 tahun. Kenapa? Sebab kita semua tahu kan khasiat dan kelebihan susu ibu ni. Tapi apakan daya, kita merancang, Allah jua merancang, dan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Anak yang sulung, Rayyan hanya dapat menikmati kelazatan susu ibu sepenuhnya sehingga umur 7 bulan 2 minggu. Selepas itu, Rayyan terpaksa menikmati susu formula apabila berada di rumah pengasuh dan masih juga menikmati susu ibu bila bersama saya sehingga berumur 10 bulan. Sejak umurnya 10 bulan sehingga sekarang, Rayyan seorang peminum susu formula tegar! Kenapa misi penyusuan 2 tahun saya terbengkalai? Sebab i'm getting pregnant! Hormon2 kehamilan telah merencatkan penghasilan susu sehingga saya tidak mampu lagi untuk mengekstrak susu buat bekalan Rayyan. Sewaktu berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan, doktor nasihatkan saya supaya stop breastfeeding slowly. Memandangkan pada ketika itu saya tidak tahu bahawa penyusuan semasa hamil adalah selamat, maka saya decide untuk stop terus breastfeed Rayyan. Bila Rania lahir, saya bercadang untuk sambung penyusuan Rayyan yang pada ketika itu berusia 1 tahun 4 bulan..namun kelazatan susu formula dan kelupaan terhadap nenen menyebabkan Rayyan enggan menerima susu ibu yang berkhasiat. Saya belajar satu perkara dari sini. Bila anak dah dipisahkan dengan nenen, dia susah untuk terima nenen itu semula. Oleh yang demikian, bila misi fully breastfeed anak kedua, Rania sehingga 2 tahun tergendala akibat mengandung juga, saya nekad untuk terus menyusukannya ketika saya mengandung dan seterusnya menyambung misi penyusuan selepas kelahiran adiknya sehingga dia berumur 2 tahun. Rania hanya sempat saya fully breastfeedkan selama 1 tahun 2 minggu sebelum hormon kehamilan mengambil alih tempat hormon susu mendominasi sistem tubuh badan saya ni. Kali ni, bila jumpa doktor, saya tak beritahu pun saya masih breastfeed anak saya. Takut dia pun macam doktor yang sebelum ni suruh saya berhenti breastfeed slowly. Melalui pembacaan saya tahu bahawa menyusu ketika hamil adalah selamat kalau saya bukan ibu mengandung yang berisiko. Cuma, saya kena tahan keperitan nipple bila Rania sedang nenen (ketika mengandung nipple menjadi lebih kering). Takpe la saya tahankan aje asalkan Rania tak lupa nenen bila susu kembali lumayan bila adiknya lahir nanti. Demi melengkapkan misi penyusuan Rania sehingga 2 tahun, maka sejak kelahiran cahaya mata ke-3, Razin pada 1.6.2011 saya melaksanakan tandem nursing, menyusukan Rania dan Razin bersama. Insya-Allah, 11.10.2011 ni genap usia Rania 2 tahun. Ada lebih kurang sebulan je lagi tempoh penyusuan Rania untuk disempurnakan walaupun tak sempurna mana pun penyusuannya..(telah terganggu dengan pengambilan susu formula). Nak buat macammana..ini je yang termampu mummy Rania usahakan. Apa kata orang tentang tandem nursing? Masa di kampung cuti hari raya tempoh hari, ramai sedara-mara saya terkejut saya masih menyusukan Rania walaupun dah ada Razin. Soalan paling glamor yang diajukan kepada saya ketika mereka ternampak saya menyusukan Rania ialah " Cukup ke susu tu nanti untuk adik dia minum? " Dengan

confident saya menjawab, " Cukup.. Lagi banyak pulak susu bila menyusukan dua orang ni. Lepas susukan si kakak, susu masih lagi terpancut keluar masa turn si adik nenen. " Sebenarnya saya pun berfikiran seperti mereka juga sebelum melibatkan diri dengan tandem nursing ni. Cukup ke susu nak menyusukan dua anak nanti? Kesian pulak si adik tak cukup susu bila kakak dia minum sama. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran! Sampai saya pernah berharap agar biarlah adik Rania ni nanti seorang perempuan supaya cukup susu untuk mereka kongsi. Anak perempuankan minum susu tak sebanyak anak lelaki..hehehe. Tapikan sebenarnya..konsep penyusuan susu ibu ni menakjubkan! Lagi banyak susu yang keluar, lagi banyak susu dihasilkan. Konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak la penawaran. Sebenarnya ada hikmahnya Allah kurniakan saya anak lelaki. Peruntukan susu anak lelaki kan banyak. Baru saya teringat yang bahagian anak lelaki kan lebih berbanding anak perempuan. Contohnya, pembahagian pusaka dalam Islam, Faraid, anak lelaki dapat lebih berbanding anak perempuan. Begitu juga akikah, akikah anak lelaki lebih berbanding anak perempuan dimana akikah anak lelaki 2 ekor kambing manakala akikah anak perempuan seekor kambing. Jadi, tentunya bahagian susu untuk mereka juga lebih berbanding anak perempuan kan? Selain itu, ada satu lagi kenyataan yang dilontarkan kepada saya pasal tandem nursing ni. " Orang tua kata tak baik la menyusukan anak yang tua ni. Kiranya dia ambik hak adik dia. " Ambik hak adik? Saya tak fikir pun perbuatan menyusukan kakak merupakan satu pengambilan hak daripada seorang adik. Mungkin perkataan yang sesuai digunakan adalah perkongsian hak. Partnership! hehehe.. Ye la, macamana mereka berkongsi seorang mummy dan daddy yang sama. Tentunya kelahiran seorang adik itu bukan pengambilan hak kasih sayang abang dan kakaknya kan? Mereka berkongsi kasih sayang mummy dan daddy. Macam tu jugak la kakak berkongsi nenen dengan adiknya. Bila mereka berkongsi susu yang sihat, mereka akan sama-sama sihat dan mummy juga dapat tempiasnya.. lebih tenang menguruskan rumahtangga dan anak-anak ye tak? Cabaran tandem nursing Setiap apa yang kita lakukan, tentunya ada cabarannya yang tersendiri kan? Kita nak ngurat en asben pun dulu banyak gak cabaran yang kena kita hadapi kan? eh eh silap lak..en asben nak mengurat kita..hehehe.. Cabaran paling besar yang saya kena hadapi ialah perebutan nenen! huhuhu.. maklumla mereka berdua hanya menggemari nenen yang sebelah kanan. Tak mahu langsung nenen sebelah kiri. Memang adikberadik sungguh! Oleh yang demikian, terpaksalah saya menggunakan sistem giliran kepada mereka. Sorang-sorang ambik turn. Sudahnya..banyakla kerja yang tergendala akibat masa yang lebih lama perlu diperuntukkan. Paling haru kalau dua-dua berkehendakkan nenen serentak! Masing-masing nangis nak nenen. Ini saya pun rasa nak nangis. Dilema nak dahulukan yang mana. Kadang-kadang saya gunakan kaedah siapa nangis paling kuat. Ini biasanya Rania la yang menang. Nangis kuat sangat. Sumbat nenen kat mulut dia baru dia diam. Yang Razin pulak saya akan tepuk-tepuk dulu..cakap-cakap dengan dia untuk tenangkannya. Ini kalau hanya kami saja di rumah. Tapi kalau ada en asben atau my SIL, biasanya mereka akan ambik seorang untuk ditenangkan..hehehe... Rania ni kadang-kadang dia ok. Dia boleh sabar tunggu giliran dia sementara Razin mengenyangkan perutnya. Tapi kalau time dia dah tak tahan sangat..Razin tengah nenen pun dia boleh rampas dan masukkan nenen dalam mulut dia. Bila dia dah dapat mengalas perutnya dan Razin menangis sampai high volume, dia mengalah juga..serahkan nenen kepada tuan rumah..hehehe...Rania kan penumpang aje. Bila dah menyusukan sampai dua orang ni, tentunya saya ni lebih letih daripada biasa..hehehe. Baring je gerenti hanyut punyala..dibawa arus mimpi..hehehe. Bab ni yang paling bengang ialah en asben. Nak mengurut dia pun tak sempat..dah tertidur.. Harap-harap en asben redha dengan wifenya ini. Kelebihan tandem nursing

1. Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini disebabkan oleh pengeluaran susu yang lebih apabila dinenen oleh dua orang. Konsep demand and supply - lagi tinggi permintaan, lagi banyak penawaran. (Memandangkan mereka berdua menyusu hanya disebelah, saya terpaksa memerah yang disebelah lagi. Perahan yang disebelah ni la yang saya buat stok memenuhkan deep freezer dan freezer) 2. Mengelakkan breast bengkak akibat dipenuhi susu (engorgement). Biasanya diawal kelahiran, baby suka tidur lama-lama. Kadang-kadang kejut pun dia tak mahu bangun untuk nenen. Ni yang biasanya nenen mummy membengkak sebab susu tidak dikeluarkan. Hah! kalau ada si kakak atau abang yang menyusu..masalah ini tak akan berlaku sebab mereka la yang akan tolong habiskan susu yang memenuhi kolam susu tersebut. 3. Mencepatkan penghasilan susu. Biasanya selepas melahirkan, susu saya akan banyak pada hari ke-4 atau ke-5 kelahiran. Tapi kali ni, memandangkan saya punya seorang baby tua yang mempunyai daya hisapan yang kuat lagi terer.. maka, hari ke-3 tu dah banyak dah (hari ke-2 baru keluar wad). 4. Mengelakkan baby tersedak susu akibat fast flow. Biasanya bila saya balik daripada kelas, nenen akan membengkak akibat lama susu tidak diekstrak keluar (tak sempat nak perah). Time ni orang first saya cari ialah Rania. Minta tolong dia minum banyak2 dan mengurangkan kebengkakkan tersebut. Kalau bagi Razin, mahu tersedak dia dengan susu berkelajuan tinggi tu..hehehe.. Lagi satu, susu yang awal2 tu foremilk, susu cair yang kandungan air lebih sikit manakala susu yang dah last2 hindmilk, susu yang lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih sikit. So, Rania dapat susu cair, Razin dapat susu pekat!

You might also like