Buku Sains Sukan 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Kelajuan respons Kelajuan respons merujuk kepada tempoh masa yang diambil untuk

k melengkapkan pergerakan. Contohnya, dalam situasi larian 100m kelajuan respons adalah masa yang dicatatkan untuk menamatkan perlumbaan. Keupayaan manipulasi jari Keupayaan manipulasi jari adalah keupayaan mengendalikan kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari. Contohnya kemahiran bermain piano, menjahit, pitching dalam sukan sofbol, menjaring bola keranjang dan bola jaring serta boling tenpin. Keupayaan manual Keupayaan manual merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan contohnya menangkap dan membaling. Integrasi respons Integrasi respons merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan. Contohnya dalam permainan badminton seperti posisi pemain lawan, kelajuan bulu tangkis dan arah bulu tangkis.

(ii)

Kecekapan fizikal Ciri-ciri kecekapan fizikal adalah : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) Kekuatan statik Kekuatan dinamik Kekuatan eksplosif Kekuatan bahagian anggota atas Kelenturan statik Kelenturan dinamik Koordinasi asas Keseimbangan asas Daya tahan

128

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 3.2.2 Pemindahan pembelajaran Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung. Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah: (i) Pemindahan positif (ii) Pemindahan negatif (iii) Pemindahan sifar (i) Pemindahan positif Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun. (ii) Pemindahan negatif Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya badminton dan tenis di mana kemahiran pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran pukulan kilas dalam tenis. (iii) Pemindahan sifar Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari kemahiran golf.

129

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Unit 4 Asas Biomekanik Biomekanik adalah sintesis bidang-bidang biologi dan mekanik yang bertujuan untuk memahami dan menjelaskan pergerakan manusia. Biomekanik merupakan bidang yang mengkaji pertalian di antara struktur dan fungsi manusia serta interaksinya dalam konteks penghasilan pergerakan. 4.1 Ciri-ciri sistem mekanikal jasad Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada pergerakan sendi. Sistem sendi adalah sistem yang bertanggungjawab untuk menvariasikan pergerakan yang akan dihasilkan. Penghasilan pergerakan berlaku menerusi penguncupan otot. Sistem tuas rangka adalah sistem yang mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad. 4.1.1 Sistem tuas rangka Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban. Tuas jasad manusia terdiri daripada: x x x x Tulang sebagai palang Sendi sebagai fulkrum Penguncupan otot sebagai penghasilan daya Rintangan atau kerja sebagai beban

Tuas boleh dikelaskan kepada: (i) (ii) (iii) Kelas pertama Kelas kedua Kelas ketiga

130

BUKU SUMBER SAINS SUKAN Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.

Tuas kelas pertama

Tuas kelas kedua

Tuas kelas ketiga

B F

D F

D F

Fulkrum terletak antara daya dan beban Tuas kelas pertama menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perla han Contoh Penggunaan: Dalam permainan badminton, aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis. Sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum, otot lengan sebagai daya dan reket sebagai beban

Beban terletak antara daya dan fulkrum Tuas kelas kedua menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perla han pada jula t yang kecil

Daya terle tak antara beban dan fulkrum Tuas kelas ketig a menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas

Apabila berjengket atas huju ng kaki. Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki sebagai daya dan berat badan sebagai beban

Mengangkat tangan di bahagian siku dan siku bertin dak sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan otot bicep

131

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2 Diskripsi pergerakan asas Pergerakan asas adalah seperti:

Fleksi

Ekstensi

Hiperektensi

Abduksi

Aduksi

Rotasi

Elevasi

Depresi

132

BUKU SUMBER SAINS SUKAN

Supinasi Inversi

Pronasi

Eversi

Dorsi- fleksi Sirkumduksi

Plantar - fleksi
Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology, 5th ed.,C ummings Publishing Company Inc., California.

Dalam sukan, pergerakan-pergerakan asas seperti yang disenaraikan bergabung untuk menghasilkan pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum. Pergerakanpergerakan seumpama ini melibatkan interaksi segmen jasad untuk menghasilkan daya. Untuk menghasilkan daya maksimum, strategi pergerakan adalah untuk menggunakan seberapa banyak sendi yang relevan kepada pergerakan tersebut. Sendi-sendi tersebut digunakan mengikut urutan dari penggunaan otot besar kepada otot kecil dan pergerakan ini berlaku dalam arah yang sama. Dua jenis pergerakan yang melibatkan penghasilan daya maksimum ini adalah seperti yang berikut: (a) (b) Pergerakan linear Pergerakan bersudut

133

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2.1 Pergerakan linear Pergerakan linear adalah pergerakan yang melibatkan sesaran menegak, mendatar atau melengkung pada arah dan kelajuan yang sama. Pergerakan ini terbahagi kepada dua iaitu pergerakan rektilinear dan kurvelinear. (i) Pergerakan rektilinear - pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar.

Contoh pergerakan rektilinear

(ii)

Pergerakan kurvelinear - pergerakan melibatkan sesaran melengkung.

Contoh pergerakan kurvelinear

Pergerakan rektilinear adalah jenis pergerakan linear yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang lurus. Pergerakan kurvelinear pula adalah jenis pergerakan yang melibatkan sesaran mengikut landasan yang melengkung.
134

BUKU SUMBER SAINS SUKAN 4.2.2 Pergerakan rotasi/bersudut Pergerakan bersudut adalah pergerakan yang melibatkan rotasi bahagian badan yang bersentuhan dengan tapak sokongan Contoh pergerakan rotasi/bersudut

135

You might also like