Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 70

Tajuk 1

1.1 Sipnosis

PENGENALAN KEPADA PERKEMBANGAN KREATIVITI

Unit ini merupakan pengenalan kepada pengenalan kepada perkembangan kreativti yang akan membincangkan tentang perkembagan kreativiti yang melibatkan tentang bahagian-bahagian otak serta fungsinya dan teori pelbagai kecergasan. Di samping itu modul ini juga akan menerangkan kaitan dengan proses kreativiti dengan teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. 2. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak yang melibatkan Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak dan kaitannya dengan teori

bahagian-bahagian otak. pelbagai kecergasan. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

1.

Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti

1.1 Definisi Kreativiti 1.2 Ciri Kreativiti 1.3 Bahagian Hemisfera Otak

1.4 Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri 1.1 Definisi Kreativiti Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. Anda adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda tetapkan tahap atau fasa dan sediakan sesuatu yang menarik akan berlaku.tempat di mana kanak-kanak bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan merasa selesa untuk membuat atau merekacipta sesuatu setiap hari. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut: (a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan

yang tidak mudah mengalah. (b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. (c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. (d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. (e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. 1.2 Ciri-ciri kreativiti Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri kreativiti..

Pengurusan Imaginasi

Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

Mempunyai Tujuan

Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami

perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

Bersifat Asli

Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakanPaling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh

kerjanya sendiri yang terdahulu.

rakannya.

mana-mana pihak dalam mana-mana bidang. Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global.

Bernilai

Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. 1.2 Bahagian Hemisfera Otak Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks yang pernah dikenal di alam semesta. Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri. Saintis berpendapat bahawa jika dirawat oleh tubuh

yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang berfungsi dapat tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun.

Fungsi Otak kiri dan otak kanan

Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza (lihat rajah 1.2).

Rajah 1.2: Fungsi otak kiri dan kanan Bahagian otak kiri memproses maklumat penggunaan secara bahasa, rasional dan logikal serta masalah dan

bertanggungjawab

terhadap

penyelesaian

memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutamanya dalam bidang seni dan muzik. Contohnya, seorang penulis menggunakan otak kanan untuk mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logikal. Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat lama (long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan, misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan visual dan emosi akan terganggu . Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang dominan dalam kehidupan sehariannya. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran. Kebanyakan kanak-kanak lahir dengan kecenderungan dominan pada otak kanan. Kanak-kanak pada tahun-tahun awal memberikan tindak balas kepada bentuk, bau, dan suara yang sudah dikenali. Dalam proses membesar, hubungan antara dua belahan otak mula

terbentuk dan mereka mula memperlihatkan kemampuan kognitif yang lebih baik pada belahan otak kanan, kemudian diikuti fungsi belahan otak kiri. Belahan otak kanan adalah sumber intuisi, kiasan, dan daya imaginasi. Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun, disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab itu, daya kreativiti menjadi kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994). Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian. EMAK KENDIRI 1.1 2. Teori Pelbagai Kecerdasan Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak. Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secarakreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadansempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanakkanak boleh ditingkatkan melalui caracara berikut: (a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. (b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. (c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. (d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. (e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar

autoriti.

Proses kreativiti

Proses kreatif ialah proses mencipta sesuatu dan dalam konteks kreativiti ini, proses kreatif adalah mencipta hasil kreativiti yang mungkin berupa lukisan, catan, kolaj, mural, anyaman, arca, lakaran atau binaan. Kreativiti memerlukan proses, iaitu proses kreatif.

Proses dan penghasilan

Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. Kreativiti kanakkanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya. Di sini, kreativitidikembangkan melalui aplikasi secara praktikal di mana kanak-kanak terlibat dalam satu proses aktiviti untuk melahirkan pemikiran secara kreatif. Walaupun terdapat kemahiran dan teknik yang khusus dalam bidang-bidang tertentu, kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.

Pengalaman dan pengujian

Teresa M. McDevitt (2004), menyatakan bahawa sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif. Mereka banyak belajar melalui pengalaman dan meneroka. Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. Adalah menjadi tugas orang dewasa di sekelilingnya untuk memberi peluang kepada kanakkanak untuk meneroka dan bereksperimen. Bagaimanakah menguji kreativiti? Pengujian kreativiti dilakukan erdasarkan beberapa sebab dalam pelbagai konteks termasuk industri, sekolah kerajaan dan organisasi penyelidikan. Pengujian kreativiti boleh dilaksanakan untuk menapis calon-calon untuk pekerjaan, promosi atau tugasan tertentu. Organisasi boleh menggunakannya untuk mengenal pasti kebolehan individu yang berpotensi tinggi. Di sekolah, ia digunakan untuk mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk dilibatkan dalam program-program khas. Mengenali tahapkreativiti murid juga boleh membantu guru supaya lebih memahami kebolehan muridnya. Dengan ini guru berpeluang merancang pengajaran supaya memaksimumkan kebolehan-kebolehan ini. Tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti :

. Kaedah Psikometrik Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik.

Kaedah ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.

Kaedah Historiometrik Kaedah ini menggunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai criteria pengukuran kreativiti.

Kaedah Biografi Kaedah biografi lebih kurang sama dengan kaedah historiometrik di manakajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Perbezaan adalah dari segi kaedah pengukuran di mana historiometrik menggunakan kaedah saintifik dan secara empirikal. Manakala kaedah biografi menggunakan kajian kes yang lebih berbentuk naratif.

Model Wallas Model proses kreativiti oleh Graham Wallas merupakan salah satu yang paling awal diperkenalkan pada tahun 1926. Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

Penyediaan

Pada peringkat ini, minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. Peringkat ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.

Pengeraman

Pada peringkat ini individu menangguhkan proses kreatif buat seketika dan melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu. Mereka membiarkan idea tersebut mengeram dalam mindanya. Apabila kembali semula kepada idea tersebut kemungkinan besar terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari, perspektif-perspektif baru terhadap idea awal tadi.

Intimasi

Individu yang kreatif merasakan suatu pengalaman baru di mana dia merasakan sedang dalam perjalanan menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih berada pada tahap tidak sedar.

Iluminasi

Pada peringkat ini idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini individu melalui proses mengenalpasti karakter.

Verifikasi

Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihurai dan diaplikasikan.

Tajuk 2
2.1 Sinopsis

SENI VISUAL

Unit ini menerangkan tentang beberapa teori yang menerangkan peranan seni visual dalam perkembangan kanak-kanak. Teori ini secara umum menyatakan bahawa pendedahan kepada seni visual dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikoanalitik dan persepsi. Selain itu, Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengaitkan kepentingan seni visual dalam meningkatkan kecerdasan visual-ruang dalam diri kanak-kanak. 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori Seni Visual iaitu Teori Kognitif, Psikoanalitik,

Persepsi dan Kecerdasan Ruang; 2. Mengenal pasti strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam pendidikan seni visual. 2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

2.4 Teori Kognitif Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld (Rajah 4.1). Beliau ialah seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di Macmillan. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambargambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknikteknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni. Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut: i. Peringkat Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada tahap ini tidak dihasilkan secara sukasuka dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng mereka akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2 tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan sebagainya. ii. Peringkat Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun) Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini kanak-kanak biasanya melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Mereka akan melukis tanda-tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut (sila lihat Rajah 4.1). Cara melukis yang sama digunakan untuk melukis binatang. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.

Rajah 4.2: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947)

iii. Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan

dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila lihat Rajah 4.3). Contohnya, lukisan sebuah kotak dan melukis isi di dalam kotak berkenaan. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauhdengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

Rajah 4.3: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) iv. Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism : 9-12 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti (sila lihat Rajah 4.4). Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanakkanak yang hilang minat untuk melukis kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang dewasa menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap tersebut.

Rajah 4.4: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun

Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) v. Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej (sila lihat Rajah 4.5). Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

Rajah 4.5: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) vi. Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Apakah aktiviti yang berkesan yang boleh guru laksanakan di bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran seni visual murid prasekolah?
2.5 Teori Psikoanalitik Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantaraan yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.

Rajah 4.6: Sigmund Freud Sumber: http://en.wikiped ia.org/wiki/Sigmund Freud Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya. Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya. Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya. 2.6 Persepsi dan Representasi Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual

menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni. Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanak-kanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

SEMAK KENDIRI Cuba terangkan kepentingan seni visual kepada pertumbuhan kanakkanak dari aspek kognitif, psikoanalitik dan persepsi.
2.7 Kecerdasan Visual Ruang Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan

Membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan (m/s 173) Ringkasnya, kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar serta mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek visual. Ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif kepada ciri-ciri visual, keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga mudah mengira jarak, ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas.

Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Mereka juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi. Di samping itu juga mereka bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang serta mempersembahkan idea dalam bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran. Mereka lebih suka akan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk carta, grafik, video dan sebagainya. Individu yang tinggi kecerdasan visual-ruang cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera, juruterbang, juru lukis, artis, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan manipulasi corak dan ruang. Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual. Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut. Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif. Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual menggalakkan daya pemikiran seperti mengira, menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui teknik penyoalan, guru boleh membuat kanak-kanak sedar akan konsep nombor dalam hasil seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran merancang dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan selepas aktiviti seni untuk memudahkan urusan penggunaan pada masa akan datang. Amalan yang bersesuaian seni visual untuk kanak-kanak

Tahap umur Asas dan nilai seni visual

Bahan dan perlatan

Peranan guru

Matlamat Strategi pengajaran Apresiasi seni

Lukisan

Cetakan dan tekapan

Seni Tiga dimensi


Membuat adunan doh Membentuk dan mengukir doh Kolaj

Penilaian kreativiti tiga dimensi


Kesedaran reflektif dan perkembangan afektif Kreatif dan imaginative

2.8 Rumusan

Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.

Tajuk 3
3.1 Sinopsis

MUZIK DAN PERGERAKAN

Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanakkanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam

persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak. Justeru, dalam topik ini kita akan membincangkan teori-teori perkembangan muzik serta maksud kecerdasan muzik. 3.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori perkembangan muzik Dalcroze, Orff dan Kodaly; 2. Menerangkan maksud kecerdasan muzik 3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

3.4 Teori-Teori Perkembangan Muzik Dalcroze, Orff Dan Kodaly Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masing-masing , ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka berbeza. 3.4.1 Kaedah Dalcroze Emile Jaques Dalcroze (18651950) (Rajah 3.1) telah memperkenalkan satu kaedah untuk mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics. Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-

pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telah mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.

Rajah 3.1: Emile Jaques Dalcroze Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Dalcroze

Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa: i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterprestasikan bunyi. ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik. Kandungan berimaginasi, kurikulum berhubung, Pendekatan pelajar mengingat, Dalcroze untuk membaca, adalah bertujuan untuk dan

memperkembangkan

kebolehan

merasa,

mendengar,

mencipta,

mempersembahkan

menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak. Rajah 3.2 menunjukkan perkara yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze.

Rajah 3.2: Perkara yang ditekankan dalam Kaedah Dalcroze

Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanakkanak tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik. Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini, Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan bahawa pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan. Dua ciri yang penting ialah: i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi. ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi tau pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya kanakkanakbelajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik. Falsafah di sebalik konsep ini adalah seperti berikut:

Berdasarkan pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka. 3.4.2 Kaedah Orff Carl Orff (Rajah 3.3) ialah seorang ahli muzik dari German yang memperkenalkan pendekatan pendidikan muzik yang menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan perkembangan muzik kanak-kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada mulanya, Orff Shulwerk dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan iubahsuai khusus untuk mengajar kanak-kanak. Suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen perantara yang digunakan dalam Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik digunakan untuk mengajar kanak-kanak menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan direka dan disesuaikan dengan rima. Meneroka dan mencuba pergerakan badan menggunakan ruang yang sedia ada serta mengikut rentak muzik yang berlainan adalah penting dalam kaedah ini.

Rajah 3.3: Carl Orff Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Carl_Orff

Manakala peralatan muzik yang digunakan dalam kaedah Shulwerk adalah dari jenis bar atau mallet seperti xylophone. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa latihan pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu: i. Penjelajahan Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. ontohnya, bergerak seperti seekor binatang. ii. Peniruan Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanakkanak. iii. Improvisasi Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi. iv. Penciptaan Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kan k tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka member penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

3.4.3 Kaedah Kodaly Zoltan Kodaly (Rajah 3.4) ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep Kodaly diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah ini ialah nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif. Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik. Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-kaedah pendidikan muzik yang lain ialah penekanan kepada pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu: i. Konsep solfej dari Itali dan Dalcroze. ii. Suku kata rentak Cheve dari Perancis iii. Nyanyian tangan Curven dari England. Pendekatan Kodaly mempunyai dua objektif iaitu: i. Membantu dalam perkembangan sosial seni kanak-kanak yang seimbang. ii. Menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis skor muzik seperti mana mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan pengalamannya, Kodaly sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah bermula dari tahap prasekolah. Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam kurikulum. Di samping itu, Kodaly menegaskan bahawa pengajaran muzik harus dimulakan pada masa kanak-kanak mula belajar membaca. Rajah 3.5 menunjukkan diri-ciri yang terdapat di dalam kaedah Kodalay.

Rajah 3.4: Kodaly Zoltan Sumber: http://en.wikipedia .org/wiki/Kodaly

3.5 Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik ialah satu daripada sembilan kecerdasan yang ada pada manusia. Kecerdasan muzik ialah kepekaan terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan bunyi dan muzik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini peka kepada rentak, tala dan nada. Menurut Gardner, terdapat bahagian-bahagian di hemisfera kanan otak manusia yang memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan produksi muzik. Tambahan pula terdapat bukti kajian-kajian berkaitan dengan ciri perkembangan bayi yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai kebolehan semula jadi untuk memproses aspek-aspek muzik. Gardner mendefinisikan kecerdasan muzik sebagai kemahiran aspek persembahan, penggubahan dan penghargaan pelbagai bentuk dan corak muzik. Menurut Gardner, kecerdasan ini membolehkan individu mencipta, berkomunikasi dan memahami makna yang dihasilkan daripada bunyi. Pada pandangan Gardner, struktur kecerdasan muzik dalam otak hampir selari dengan struktur kecerdasan linguistik. Semua orang mempunyai tahap kecerdasan muzik yang berbeza-beza. Mereka mempunyai bakat atau tahap kecerdasan muzik semula jadi yang pelbagai. Tetapi pada umumnya, semua orang boleh dan harus digalakkan mengembangkan kebolehan muzikal mereka. Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner telah merangkumi aspek-aspek yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze, Kodaly dan Orff daripada beberapa aspek. Ini ditunjukkan dalam Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner

Gardner percaya bahawa semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif dan semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna. Kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat melalui pelbagai cara termasuklah muzik. Dalam konteks pendidikan prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, kecerdasan muzik lebih mudah dikembangkan melalui penggunaan alat audio visual dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak serta internet yang disertakan dengan kesan bunyi dan muzik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Jelasnya, nyanyian dan muzik adalah teknik pengajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organorgan tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan padaawal dan akhir sesuatu perkataan akan menghasilkan rima yang selalunya membantu kanak-kanak mengingat perkataan. Sebutan, nyanyian dan pergerakan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. 3.6 Rumusan

Aktiviti nyanyian dan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, drama, puisi, dan sebagainya. Kanak-kanak akan rasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti nyanyian

Tajuk 4
4.1 Sinopsis

SOSIODRAMA

Topik ini membincangkan tentang definisi permainan sosial, permainan sosio dramatik dan drama kreatif. 4.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui definisi permainan sosial dan permainan sosio dramatik. 2. Mengenal pasti tujuan permainan sosial dan permainan sosio dramatik. 4.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

4.4 Lakonan dan drama kreatif Lakonan dan drama kreatif merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan main peranan ialah permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak-kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-

kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan teknik lakonan dan drama kreatif adalah untuk melatih kanak-kanak : i) memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi); dan ii) bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak-kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. 4.4.1 Permainan sosial Kanak-kanak dan main ibarat irama dan lagu. Kanak-kanak belajar melalui main kerana main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Main dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan menggalakkan interaksi positif. Aktiviti bermain mampu menyatukan kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai. Tujuan bermain di kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka: (a) mempelajari peranan-peranan individu dewasa; (b) menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk mengurangkan ketegangan dan menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan.

Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan.
kanak, antaranya ialah:

Mengikut (1932) enam kanak jenis

Parten terdapat main

sosial di kalangan

(i) Main unoccupied iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun dan juga sebarang permainan. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa membuat sesuatu. (ii) Main solitary (bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan-rakan dan keadaan sekeliling. (iii) Main onlooker (pemerhati) iaitu kanak-kanak memerhati dan melihat rakan-rakan bermain. Mereka memberikan fokus kepada permainan kanak-kanak lain. (iv) Main parallel iaitu kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan-rakan mereka. (v) Main associative iaitu kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam peralatan atau bahan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. (vi) Main cooperative iaitu kanak-kanak terlibat secara aktif sebagai satu kumpulan bermain bersama. Permainan koperatif adalah hasil daripada organisasi guru. Hampir semua kanak-kanak prasekolah bermain dengan rakan sebaya mereka. Namun, tahap penyertaan sosial mereka adalah berbeza-beza. Mildred Parten (1932) menggariskan peringkat-peringkat penyertaan sosial (permainan sosial) yang mana hampir kesemua kanak-kanak melaluinya semasa berada dalam prasekolah. Jadual 4.1 menunjukkan peringkat-peringkat tersebut.
Jadual 4.1: Peringkat-peringkat Penyertaan Sosial Parten

Peringkat Tingkah laku lapang unoccupied Tingkah laku - Pemerhati onlooker Main parallel Main assosiatif

Huraian Menunjukkan minat yang kurang terhadap barang mainan, orang dan aktiviti yang berlangsung berhampiran; Menunjukkan minat terhadap rakan sebaya dan memerhati aktiviti dengan teliti. Tetapi mereka tidak menjalinkan hubungan sosial;

associative Main koperatif cooperative

Menyertai aktiviti berhampiran rakan sebaya yang lain, tetapi jarang bercakap atau berinteraksi; Bermain mengikut tema permainan individu tetapi berinteraksi dengan kerap, bercakap dengan rakan sebaya dan berkongsi bahan; dan Menggunakan permainan yang dikongsi dengan rakan sebaya; merancang, berunding dan membezakan peranan dalam menuju matlamat berkongsi.

Ringkasnya, menjalin perhubungan dengan orang lain, mempelajari bagaimana hidup dalam sempadan jangkaan masyarakat dan menaksir kedudukan dalam sesuatu kumpulan merupakan tugas-tugas utama dalam masa awal kanak-kanak. Ia juga mencerminkan aspek-aspek perkembangan sosial kanak-kanak. Sejauh mana kanak-kanak dapat menangkap, mentafsir dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi sosial ialah ukuran kebolehan sosial mereka. Justeru, guru dan ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dalam memperoleh kemahiran sosial dan juga berkawan. Permainan sosio dramatik dan permainan fantasi adalah sebahagian daripada drama kreatif. Permainan sosio dramatik juga dikatakan sebagai permainan dramatik. Permainan sosio dramatik adalah sejenis drama yang dicipta.permainan sosio dramatik juga dikenali role playing. Apa yang jelas, main sosio dramatik merujuk kepada permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.Manakala main fantasi biasanya lebih merujuk kepada cerita-cerita dongeng dan cerita-cerita kepahlawanan. Dalam permainan sosio dramatik, kanak-kanak biasanya memberi peluang kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk melakonkan pelbagai watak. Permainan ini melibatkan peristiwa semasa yang benar dan realistik. Manakala permainan fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi. Dalam permainan sosio dramatik, tiada skrip diberikan. Kanak-kanak akan diberikan dengan satu situasi

yang telah diterangkan kepada mereka dan mereka perlu menunjukkan tindak balas terhadap situasi tersebut dengan menganggap situasi itu adalah benar-benar berlaku. Kanak-kanak yang bermain sosio dramatik memerlukan kemahiran berunding atau berbincang apabila mereka berhubung kerana ia dapat membantu kanak-kanak memahami konsep, peranan dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Peranan permainan sosio dramatik dalam pembelajaran kanak-kanak adalah untuk memberi mereka:

Menganalisa sesuatu situasi; Memilih alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah; Menghadapi situasi-situasi tertentu; dan Memahami tentang orang lain; Melahirkan emosi; dan Kemahiran berinteraksi dan mencipta.

Cara melaksanakan permainan sosio dramatik: Mengemukakan sesuatu masalah - guru akan bertanya kepada kanak-kanak apakah kegiatan yang ingin mereka lakukan. Setiap kanak-kanak boleh mencadangkan misalnya, cadangan untuk bermain doktor-doktor,main jual-beli, main masak-masak dan sebagainya; Melakonkan masalah - setelah kanak-kanak berunding dan menentukan mainan yang mereka pilih, kanak-kanak akan memainkan peranan watak-watak yang terlibat dalam situasi yang dipilih; dan Membincangkan hasil aktiviti drama - setelah lakonan selesai, perbincangan diadakan dengan kanak-kanak yang berada dalam kelas tersebut. Permainan sosio dramatik ini biasanya dijalankan di pusat permainan. Pusat permainan sosio dramatik biasanya dilengkapkan dengan prop atau persekitaran yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu pekerjaan yang menjadi minat kanak-kanak. Pusat permainan dramatik ini sentiasa perlu dikemaskinikan sesuai dengan minat kanak-kanak. 4.4.3 Drama Kreatif

Drama kreatif adalah suatu proses spontan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, emosi atau cerita dengan menggunakan

teknik-teknik drama.

Frasa drama kreatif ini memberikan makna yang berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah. Definisi dan panduan melaksanakan drama kreatif bergantung kepada matlamat program dan umur kanak-kanak. Namun, kita akan mendapati bahawa perkataan-perkataan seperti berlakon, imaginasi dan main sering disebut-sebut dalam mentafsirkan makna drama kreatif.

Drama kreatif merupakan medium bagi kanak-kanak untuk meluahkan atau memperlihatkan diri mereka sendiri iaitu melalui pergerakan, bahasa badan, bahasa (verbal) dan nonverbal
Teknik drama membentuk keadaan di mana kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi di antara satu sama lain. Kanak-kanak bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi, berkongsi sesuatu dan sebagainya. Melalui medium drama kreatif ini, kanak-kanak akan dapat berkomunikasi secara total.

... is concerned with the world of lets pretend; it asks the learner to project himself imaginatively into another situation, outside the classroom, or into the skin and personal of another person. (Susan Holder, 1981)
Kaedah dan teknik drama kreatif di dalam bilik darjah bukan hanya mengajar kanakkanak tentang kemahiran bersosial, tetapi juga sikap terhadap masyarakat sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam proses membentuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak dalam menghadapi masa akan datang. Selain itu, drama kreatif juga menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka. Bahan-bahan yang digunakan dalam drama kreatif boleh merangsang imaginasi dan ekspresi diri mereka. Drama kreatif boleh dibahagikan kepada empat kategori yang sama pentingnya iaitu: i. Permainan dramatik ii. Drama berpandu iii. Boneka

iv. Sosio drama

...... the use of drama as a teaching tool is not new, historically, both drama and theatre have long been recognised as potent means of education and indoctrinations. (Mc Caslin, 1984)
Drama kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak :

berlakon, beraksi, main peranan, mereka cipta, berimaginasi serta bersifat fleksibel; dan

memberi tumpuan dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan berbahasa.

Rajah 4.1 menunjukkan kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa kanak-kanak melakukan atau memerhati aktiviti drama kreatif.

Rajah 4.1: Kemahiran-kemahiran yang boleh di pupuk semasa melakukan dan memerhatikan drama kreatif

...drama (kreatif) merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid-murid belajar secara bermain. Sesungguhnya belajar sambil bermain adalah satu konsep dalam alam pendidikan yang dapat menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti (Azman Wan Chik, 1981)

Bermain drama, bagi kanakkanak bermakna, bermain

dalam keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat. Kanak-kanak akan berpuas hati dan yakin pada diri apabila dapat melakukan dan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Guru pendidikan awal kanak-kanak perlu memupuk nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan peringkat kefahaman yang pelbagai supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan orang lain.

Cuba baca bahan-bahan mengenai drama kreatif. LATIHAN 1: LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru prasekolah untuk memupuk kemahiran sosio drama kepada kanak-kanak prasekolah. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda. LATIHAN 2: Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) sosio drama (b) main peranan (c) drama kreatif (d) drama berpandu

Buatlah satu contoh aktiviti dengan kanak-kanak bagi dan sediakan laporan. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda.

Tajuk 5
5.1 Sinopsis

SENI BONEKA

Unit ini akan membincangkan secara mendalam apa yang dikatakan dengan seni boneka atau puppetry dan bagaimana penggunaan boneka ini dapat disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. 5.2 Hasil Pembelajaran 1. Mentakrifkan definisi boneka 2. Menghuraikan jenis-jenis boneka yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

5.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

5.4 Definisi Boneka Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watakwatak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyibunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak. 5.5 Jenis-jenis Boneka Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1

Rajah 5.1: Jenis-jenis boneka

(a) Boneka Jari Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari; seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Boneka jari, menyeronokkan, pelbagai watak boleh dimainkan serentak.

(b) Boneka Tangan Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk (sila lihat Rajah 5.3). Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas.

Rajah 5.3: Boneka tangan

(c) Boneka berbatang Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Ini ditunjukkan di dalam Rajah 5.4. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel.

Rajah 5.4: Boneka berbatang

(d) Boneka tali Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali (sila lihat Rajah 5.5). Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.

Rajah 5.5: Boneka tali

(e) Shadow Pupppets Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu (sila lihat Rajah 7.6). Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.

Rajah 5.6: Shadow puppets

Terdapat pelbagai jenis boneka sama ada jenis kaku atau boleh bergerak. Bincangkan secara ringkas jenis-jenis boneka yang anda ketahui.

Tajuk 6
6.1 Sinopsis

SASTERA AWAL KANAK-KANAK

Tajuk ini berfokus kepada sastera awal kanak-kanak dan kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah 6.2 Hasil Pembelajaran 1. Mentakrifkan definisi sastera awal kanak-kanak; 2. Menjelaskan keperluan bahan bacaan kepada kanak-kanak. 6.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

6.4 Definisi Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah-satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak. 8.1.1 Sastera Awal Kanak-Kanak Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan cara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka perlu: didedahkan kepada buku-buku bergambar berwarna;

didedahkan dengan aplikasi bahan audio visual kerana kebolehan membaca mereka bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan; atau

membaca buku cerita, melihat buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan

mengumpulkan buku berwarna-warni. Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan kesediaan atau persiapan sebelum membaca atau reading readiness. Oleh itu, bahan-bahan yang diterbitkan bukan sahaja perlu untuk kanak-kanak yang sudah boleh membaca, tetapi perlu juga untuk kanak-kanak yang belum boleh membaca. Mereka perlu disediakan dengan pengalaman-pengalaman menerusi bahanbahan yang disediakan khas untuk menyedia dan mempersiapkan mereka menghadapi pembacaan. Keperluan membaca kepada kanak-kanak adalah untuk:

Persediaan bagi mereka untuk pembacaan formal apabila mereka memasuki sekolah rendah;

Menanam bibit gemarkan melihat, meneliti, dan membaca buku; Mensosialisasi dan mengakulturasikan kanak-kanak; dan Memperluaskan pengalaman kanak-kanak mengenai benda-benda dan konsep-konsep asas.

Walau bagaimanapun, keperluan membaca tersebut adalah objektif yang ditetapkan oleh orang dewasa iaitu ibu bapa, guru dan komuniti demi kebaikan kanak-kanak tersebut. Sebenarnya, apabila kanak-kanak membaca dan berminat untuk membaca, ini menunjukkan bahawa:

Adanya keinginan mereka untuk menatap atau membaca bahan-bahan bacaan;

Bahan-bahan bacaan itu ada; Bahan-bahan bacaan itu sampai ke tangan mereka; Bahan-bahan bacaan itu menarik minat kepada kanak-kanak kerana

kesesuaiannya dari segi bentuk fizikal, kematangan dan jenis isi kandungan, harga, gambar, warna dan ilustrasi;

Adanya usaha orang dewasa (guru dan ibu bapa) menggalakkan aktiviti Adanya usaha orang dewasa memberikan mereka motivasi untuk menatap atau Adanya usaha orang dewasa memberikan kanak-kanak alasan yang wajar Bahan-bahan bacaan tidak mematikan keinginan kanak-kanak untuk membaca -

pembacaan dengan membeli dan menyediakan bahan bacaan;

membaca bahan-bahan bacaan;

terhadap kepentingan aktiviti membaca;

kerana isi kandungan, kematangan, teknik, bentuk, dan lain-lain seumpamanya tidak sesuai. Justeru, menurut Awang Had Salleh (1979 sastera awal kanak-kanak berkembang mengikut umur) untuk membolehkan hubungan kanak-kanak dengan buku atau bahan cerita menjadi realiti, dan untuk mendapatkan kanak-kanak menatap dan membaca bahan-bahan bacaan, perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu (sila lihat Jadual 6.1) : Jadual 6.1: Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian berkenaan bahan bacaan serta pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian 1. Mesti ada bahan bacaan 2. Hendaklah sesuai dan secocok dengan kegemaran, minat dan peringkat pemikiran kanak-kanak 3. Kepelbagaian bahan bacaan agar kanak-kanak boleh memilih bahan bacaan sesuai dengan kegemaran dan minat mereka 4. Bahan-bahan bacaan mesti dipertemukan dengan mereka 5. Mesti ada cara-cara berkesan mempertemukannya

Pihak yang terlibat Penulis, Penerbit dan Pengedar

Guru, ibu bapa dan komuniti

Penulis

dan

penerbit

perlu

memastikan

bahan-bahan

bacaan

yang

lebih

memberangsangkan serta menangkap perhatian dan minat kanak-kanak seperti bahanbahan yang berwarna, garis lukisannya besar dan mengandungi unsur yang dibesarbesarkan. Manakala guru, ibu bapa dan komuniti pula perlu mengetahui bahawa jarak perhatian (attention span) mereka pendek. Oleh itu, bahan bacaan mestilah banyak dan beraneka.

Posted by Hushna Afendi at 10:31 AM 2 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Asigment Individu SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidaktidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Ken yataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan. Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. 3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti: 1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. 2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. 3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. 4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan

kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan 3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. 2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. 4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam

meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi 5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini. Posted by Hushna Afendi at 10:11 AM 1 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Artikel-artikel Seni Artikel 1

Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: (i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis

sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan

perhubungansosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. (ii) Memupuk Nilai Kerjasama Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi keduadua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. (iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan. (v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Kesimpulan Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Artikel 2

Aplikasi Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru

akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya. Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk

mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Salah satu contoh bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan bertema ialah : Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema : Persekitaran pokok.

Jadi murid akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik. Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi yang kuat (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup --pokok tumbang

Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains), mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik), menunjukkan

perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza (seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani) Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih; Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar. Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P a)Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. 2)Penyerapan Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3)Penerapan

Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. 4)Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi Kebaikan dan kelebihan. Antaranya : (a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran? Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan

menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan. Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan caracara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.

ARTIKEL 3

PENDIDIKAN SENI DI MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI artikel dari: Prof. Madya Hj. Iberahim Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada 2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini. Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan. Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni . Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali. Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah

jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori-teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut. Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini: Siapa yang kita ajar Mengapa kita mengajar Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978) Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan selesaikan semua isi kandungan yang dirancang, buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah kekurangan. Yang jelas ialah perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran

pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan pengetahuanpengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau 80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa. Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini. Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain. Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula. Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan semakin matang maka

pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah : peningkatan ilmu dalam membuat gubahan peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuktajuk pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini. Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah. Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan. Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi Seperkara lagi yang menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat sekolah yang sering beranggapan

bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru berehat setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang lebih glamour. Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar-pelajarnya menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk berseronok kosong, hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang) Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguhsungguh. Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu.

Apabila seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan. Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran-kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan ukuran. Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ? Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau manamana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui pengalaman-pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka bentuk alatalat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan pengajaran seni. Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk? Pengamatan sebagai pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya

dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru-guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Programprogram perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni. Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan

mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.

You might also like