Bahasa Melayu Komunikasi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 37

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

1
ISI KANDUNGAN MUKASURAT

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 3 SOALAN 4 SOALAN 5 RUJUKAN

2-5 6-8 9 - 12 13 - 15 16 - 22 23

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Soalan 1 1.0 Kemajuan bangsa adalah sinonim dengan keupyaan masyarakat untuk memajukan diri dan ekonomi melalui peningkatan peradaban dan intelek. Bahasa memainkan peranan sebagai pemangkin kepada pemahaman terhadap ilmu moden (fizik, kejuruteraan, sains dan lain). Sila bincangkan potensi Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmiah di Malaysia.

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Malaysia mampu menjadi bahasa lingua franca malah berpotensi menjadi bahasa ilmiah tak kira di Malaysia mahupun di rantau antarabangsa. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Malaysia dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Malaysia dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Malaysia secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.. Keupayaan bahasa Malaysia berfungsi sebagai bahasa yang mampu diguna pakai dalam semua aspek kehidupan seperti perdagangan, perundangan, ilmu, ketatanegaraan, persuratan, keagamaan mahupun alat bagi membakar semangat patriotism telah dibahaskan pada Simposium Bahasa Melayu di Melaka baru-baru ini. Bahasa itu sendiri akan menjadi lemah jika fungsinya tidak dikembangkan selaras dengan perkembangan bidang sains dan teknologi walaupun ia pernah menjadi salah satu bahasa terulung di dunia. Menurut Sasterawan Negara, Prof Dr Muhammad Salleh, berkata pandangan yang mengatakan bahawa bahasa Malaysia tidak

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

boleh mempunyai keupayaan untuk menjadi bahasa ilmu adalah tidak benar sama sekali kerana telah ramai cendekiawan telah lahir dengan berteraskan bahasa Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang perlu direnungkan bersama mengapa bahasa Malaysia berpotensi sebagai bahasa ilmiah di Malaysia. Faktor pertama, semua rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa bahasa Malaysia perlu diterima sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal tanpa syarat bagi negara ini atas faktor sejarahnya yang panjang dan penggunaannya yang meluas. Kita perlu menerima hakikat bahawa bangsa Melayu

hanyalah penutur jati bahasa Malaysia tetapi selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi milik semua warganegaranya tanpa mengira bangsa yang patut mempunyai rasa megah terhadapnya. Sebagai warganegara atau organisasi dan syarikat milik negara ini atau beroperasi di negara ini, menjadi tanggungjawab kita untuk menunjukkan taat setia dan kecintaan yang sebenarnya terhadap bahasa rasmi dengan menggunakan bahasa Malaysia bagi semua urusan domestik atau urusan dengan warganegara di sini dan bukannya menggunakan bahasa lain termasuk bahasa Inggeris. Apabila kita

melaksanakan dasar seperti ini barulah jelas bahawa kita telah menunjukkan tanggungjawab yang sepatutnya dengan memberi nilai ekonomi terhadap bahasa kebangsaan. Apabila bahasa lain digunakan dalam urusan domestik dan rasmi dan bukannya bahasa kebangsaan ini jelas sekali menunjukkan sikap kita yang sebenarnya terhadap bahasa kebangsaan negara sendiri.

Faktor kedua adalah tidak rasional mengapa dikatakan bahasa Malaysia tidak boleh dikaitkan dengan kemajuan atau ilmu sedangkan ia mempunyai istilah-istilah yang merangkumi semua bidang termasuk sains dan teknologi dimana bahasa melayu itu sendiri pernah menjadi lingua-franca dan lahir sejak ribuan tahun yang silam malah kini mempunyai lebih 800,000 istilah di dalam berbagai bidang termasuk sains dan matematik. Oleh itu, adalah amat menghairankan apabila orang Melayu sendiri tidak yakin dengan kemampuan bahasa ibunda mereka yang cukup indah dan kaya sedangkan orang asing turut mengkaji bahasa Malaysia dan mengakui bahawa ianya adalah bahasa yang keempat terbesar di dunia serta mempunyai potensi untuk terus berkembang.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Faktor seterusnya adalah inisiatif kerajaan dengan pemartabatan bahasa Malaysia di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dalam memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmiah. Sekiranya kita ingin menjadikan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa utama dunia siber, bahasa Melayu perlu terlebih dahulu digunakan di IPTS. Jika tidak, cita-cita ini hanya akan menjadi omong-omong kosong dan akan tinggal impian semata-mata. Inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan bahasa Melayu terutamanya di peringkat institusi pengajian tinggi kepada pelajar dari negara luar. Dengan bersikap proaktif untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati oleh warga dunia maka kita harus mendaulatkannya di dalam dan di luar negara. Dalam hal ini, kita sedia maklum bahawa institusi pengajian tinggi merupakan institusi yang menjunjung ciri-ciri keilmiahan sama ada dari aspek pengajaran dan pemelajaran mahupun dari aspek penyelidikan. Universiti memainkan peranan utama dalam penyelidikan dan sewajarnyalah bahasa Malaysia digunakan agar dapat mengangkat martabat dan kemampuan bahasa Malaysia itu sendiri. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai dan Malaysia diakui sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu dengan menggunakan dan menempatkan bahasa Melayu dengan sewajarnya. Oleh itu, tidak perlu wujud kurang keyakinan dalam menggembleng dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di IPTS seperti yang dilakukan sebelum ini. IPTS yang baru muncul tidak wajar diberikan kelonggaran semata-mata untuk memberikan peluang dan kesempatan kepada bahasa asing mengambil tempat. Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan selama ini telah banyak membawa kemajuan kepada pembangunan negara dan dapat menerapkan perpaduan di kalangan rakyatnya. Oleh itu, wajarlah keyakinan dan kepercayaan kepada kemampuan bahasa Melayu diteruskan dalam sistem pendidikan negara. Martabat bahasa Melayu di IPT sebenarnya telah menunjukkan kemampuan dan keberkesanannya apabila bahasa Melayu diajarkan dan diteliti di puluhan universiti di Eropah, di Australia, di New Zealand, dan di Amerika Utara, di samping diteliti dan diajarkan di rantau Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia Utara (Ismail Hussein 1995). Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu sebenarnya telah menjadi bahasa antarabangsa.

Dengan sebab itulah peranan IPT dalam meningkatkan martabat bahasa Melayu sebenarnya sangat penting. Penyelidikan yang dijalankan dengan menggunakan bahasa

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Melayu sekali gus membantu meningkatkan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Dengan kata lain, apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penyelidikan, hal ini akan dapat meningkatkan status dan martabat bahasa Melayu itu sendiri. Berdasarkan hakikat ini, maka wajarlah bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar di IPTS. Kecenderungan

untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di IPTS juga berkait rapat dengan persepsi kita tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik di universiti. Keraguan dari segi kemampuan bahasa Melayu untuk mengungkapkan hal-hal yang berkait dengan sains dan teknologi terutamanya perlu dihapuskan dengan usaha pengintelektualan bahasa Melayu dalam bidang tersebut supaya kewibawaan dan martabat bahasa Melayu dapat dipertahankan. Semua pihak mestilah diyakinkan bahawa ketekalan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan tinggi amat penting bagi menjamin kelangsungan negara dan bangsa Malaysia.

Dengan kedudukannya sebagai bahasa dunia yang dominan dan kini dipercayai antara bahasa dunia yang berperanan besar dalam proses globalisasi, perbincangan tentang pengajaran bahasa Inggeris kepada penutur asing menjadi tema yang mendapat perhatian besar sehingga perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai kurang relevan. Namun bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasa-bahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Yang penting ialah bahawa atas dasar adanya keperluan bahasa Melayu diajarkan kepada dan dipelajari oleh penutur asing itu, perlu ada perencanaan yang rapi untuk memenuhi keperluan tersebut. Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu di negara berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh semua warganegara.

Jelasnya disini, yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian semua agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa terus ditingkatkan dan diperkukuh.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Soalan 2 2.0 Karang surat rasmi kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kandungan surat tersebut haruslah merangkumi idea-idea yang diyakini mampu meningkatkan tahap pendidikan murid di sekolah anda. Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi, Setiausaha Pesatuan Guru-Guru Luar Bandar, Sekolah Kebangsaan Chenderawasih 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 8, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA. Tuan,

20 Januari 2012

IDEA DALAM MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN MURID DI SEKOLAH RENDAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk. Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Dalam masalah kemahiran membaca menunjukkan bahawa kegagalan murid-murid memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Manakala masalah kemahiran menulis menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat membezakan huruf besar atau huruf kecil melalui pengecaman, di samping itu, mengenali tanda baca juga menjadi masalah kepada mereka.

2.

Umum mengetahui bahawa program Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu program

LINUS dan program Pemulihan merupakan salah satu usaha dalam menangani masalah 3M. Namun, masih ada segelintir murid yang tidak mencapai matlamat sebenar lebih-lebih lagi murid yang bersekolah di luar bandar. Idea yang ingin saya ketengahkan merupakan tambahbaikan
MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

daripada program yang sedia ada yang di anjurkan oleh KPM. Program pemulihan peringkat awal di lihat akan memberikan kesan yang lebih efektif. Terdapat beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid sekolah rendah di luar bandar antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Malaysia seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus belajar. Bahan bantu mengajar berteraskan ICT hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Malah murid-murid pemulihan boleh di dedahkan dengan penggunaan ICT bagi memantapkan lagi sistem kurikulum sedia ada. 3. Usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsisten menggembeleng

usaha mencapai matlamat membantu murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lembam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lembam. Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung. KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

4.

Dalam menjayakan semua perancangan, kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan

sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Seluruh warga pendidik seharusnya mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran sebaik mungkin. Peningkatan profesionalisme guru merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu yang amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara berimpak tinggi. 5. Idea- idea yang di berikan merupakan hasil daripada perbincangan yang telah di adakan

bersama-sama dengan guru-guru. Adalah di harapkan idea yang di berikan dapat di guna pakai demi meningkatkan tahap pendidikan murid-murid. Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( INTAN NURBAIZURRA BINTI MOHD ROSMI ) Setiausaha Persatuan Guru-guru Luar Bandar, Sekolah Kebangsaan Chenderawasih,

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Soalan 3 3.0 Ceritakan pengalaman percutian anda dalam bentuk penulisan sebagaimana di dalam blog. Ayat ayat yang digunakan mestilah ringkas, padat, santai dan mampu menarik minat pembaca. Assalamualaikum, salam sejahtera. Dah lama rasanya tak mengemaskini blog. Biasalah, manusia mampu merancang tapi hanya Allah yang mampu menentukan. Sebenarnya bersyukur sangat kehadrat ilahi, segala perancangan yang di susun atur oleh saya dan suami, sempurna sudah.

Alhamdulillah, syukur, baru-baru ini, saya berkesempatan bersama keluarga meluangkan masa bercuti di Pulau Langkawi. Perancangan telah dibuat agak lama juga dan akhirnya menjadi juga percutian yang dirancang pada cuti semester ini. Di Malaysia, Pulau Langkawi adalah di antara pulau yang menjadi tumpuan pelancong untuk melawat tempat-tempat menarik di samping dapat melihat pelbagai tempat bersejarah di sana. Kami berempat bercuti di sana selama 3 hari 2 malam. Antara perkara yang perlu dirancang sebelum ke sana tidak lain tidak bukan adalah kos perbelanjaan termasuklah sewa penginapan yang terpaksa dilakukan sebelum ke sana. Jadi, kepada anda yang ingin bercuti tidak kira di mana-mana sahaja, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah membuat perancangan rapi terlebih dahulu.

Tepat pukul 9.00 pagi, kami bertolak dari jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Perjalanan menaiki feri ke jeti Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Agak lama juga berada di atas feri itu menyebabkan rasa pening berada dalam feri apabila laut berombak dan cuaca kurang menyenangkan.Tak kusangka, dua orang anak perempuanku itu, tahan mabuk rupanya. Bagi anak-anak kali pertama menaiki feri, memang sesuatu yang baru dan begitu menyeronokkan mereka. Siap melompat-lompat di dalam feri. Sabar sahajalah penumpangpenumpang lain melihat gelagat mereka.

Harga tiket dari Kuala Kedah ke jeti Pulau Langkawi bernilai hampir RM100. Jadi kos pergi balik menaiki feri adalah sebanyak ..mmm. Bayangkan, sajelah! Takpelah, nama pun bercuti.
MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Tak salah rasanya berbelanja sedikit asalkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Akhirnya setelah hampir 2 jam berada di dalam feri, kami pun akhirnya tiba ke Pulau Langkawi yang bersejarah ini. Teruja rasanya apabila menjejakkan kaki ke pulau itu disebabkan baru kali pertama menjejakkan kaki ke sana.

10

Setelah sampai ke jeti, kami bergerak menuju ke tempat tiket feri. Di kawasan itu jugalah, ada tersedia perkhidmatan menyewa kenderaan untuk bergerak di dalam pulau ini. Kami menyewa kereta disebabkan kami tidak membawa kereta kami dari jeti Kuala Kedah ke sini. Nak duduk disini pun 3 hari 2 malam saja. Andaikata berada di Langkawi lebih dari 1 bulan, boleh difikirkan lagi niat membawa kereta ke mari. Kami mendapat kereta Iswara dengan kadar harga yang agak berpatutan iaitu RM100 selama 3 hari. Mana nak cari di kawasan Semenanjung semurah itu!. Kadar sewa kereta dianggarkan di antara RM80 dan ke atas. Selepas itu, tanpa membuang masa, kami terus bergerak menuju ke tempat penginapan yang berada betul-betul di dalam Pekan Kuah. Akhirnya, perut yang kelaparan minta di isi terisi juga di sebuah restoran di dalam resort tempat kami menginap.

Tak sah rasanya jika tidak melawat ke Makam Mahsuri. Perjalanan ke Makam Mahsuri merupakan satu lagi pemandangan yang menyegarkan mata. Sungguh nyaman suasana ketika ini. Suasana di kawasan sawah padi. Begitu hijau luas pemandangan. Best kan?. Mahsuri dikatakan menjadi lagenda kerana sumpahannya selama 7 keturunan setelah beliau dianiaya. Dulu dikatakan Pulau Langkawi agak mundur semasa sumpahannya. Kini, selepas sumpahan itu berakhir Pulau Langkawi menjadi maju dan merupakan salah satu tarikan pelancong. Penat juga nak terangkan kepada si kecilku ini siapa Mahsuri sebenarnya. Banyak juga pameran ada di sini. Sudah pastinya Makam Mahsuri ada di dalamnya, barang-barang peninggalan beliau juga dipamerkan di galeri khas, Telaga Mahsuri, ada juga hasil seni kraf, persembahan caklempong, beberapa jenis haiwan dan rumah-rumah kedah.

Persembahan caklempong? Apa tu ye? Semasa kami tiba di sana, keluar sahaja dari van, terus kedengaran caklempong berkumandang. Ala-ala gamelan juga. Permainan tradisi caklempong ni merupakan alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

digunakan untuk mendiskripsikan jenis alatannya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. Panjang pula penjelasan Cak Lempong ini,biasalah hasil carian google.

11

Hari pertama, selesai sudah lawatan ke Makam Mahsuri dan Underwater World, kami ke Galeri Perdana pula. Wah, bergambar sakan kami ketika ini. Mengalahkan orang kahwin lagi. Biasalah, orang yang jarang-jarang sekali boleh bercuti seperti ini. Memang semua sudut dan tempat diambil gambar. Bila lagi kan nak buat kenangan. Dah ada kamera canggih, takkan nak biarkan ia tersadai saje. Apa yang pasti, anda pergilah ke Galeri Perdana ni. Macam-macam koleksi anda boleh lihat, dari serata ceruk negara di seluruh dunia. Habis saje ke Galeri Perdana, kami ke Pantai Tanah Hitam. Ha, menarik juga. Tanah di kawasan pantai tu hitam sekerat aje dan bahagian lain putih seperti pasir pantai di kawasan lain. Ada kisah disebaliknya.

Kami menghabiskan masa selama 2 hari melawat tempat yang menarik di pulau ini. Kalau nak di ceritakan semua, memang tak menang tangan. Antara tempat menarik yang anda patut dilawati adalah seperti Pantai Cenang, Bird Paradise, Oriental Village, Pekan Kuah, Telaga 7, Tanjung Rhu, Tasik Dayang Bunting, Galeria Perdana, Underwater World, Dataran Lang, Laman Padi, Kompleks Budaya Kraf dan macam-macam lagi. Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh mencuba snorkeling, menyelam, hiking dan lain-lain lagi. Terdapat juga pakej Island hopping disediakan bagi sesiapa yang ingin melawat pulau-pulau berhampiran Pulau Langkawi. Selain itu, anda juga boleh mencuba menaiki kereta kabel di Oriental Village dengan kadar bayaran tiket RM30 bagi dewasa.

Di Pekan Kuah, tempat kami menginap juga terdapat pelbagai barang yang dijual. Antara kedai yang popular dan banyak cawangannya yang saya lihat adalah Haji Ismail Group. Di situ, banyak terjual kain batik, pakaian, barang-barang dapur dan coklat. Bagi penggemar coklat seperti saya, memang rambang mata nak pilih. Memang banyak coklat import yang dijual dengan harga berpatutan disebabkan bebas cukai di sana. Kalau ikutkan hati, memang nak borong saje semuanya. Malah ada banyak kedai yang membuat promosi di mana diskaun akan diberikan sekiranya anda membeli coklat dalam kuantiti yang agak banyak. Di kedai inilah kami

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

sakan membeli cenderahati dan ole-ole untuk di bawa pulang. Mestilah ada ole-ole yang perlu dibeli sebagai tanda kenangan disana.

12

Kami hanya berkesempatan melawat beberapa tempat sahaja disebabkan kekangan waktu dan juga faktor cuaca yang tidak menentu dengan hujan di waktu petang. Percutian 3 hari di sana terasa sangat singkat dan satu pengalaman yang sangat berharga yang tidak mampu dibeli. Masih banyak tempat yang boleh di lawati seandainya masa masih panjang. Jadi, sekiranya anda memikirkan tempat menarik untuk dilawati dan untuk bercuti, Pulau Langkawi adalah di antara tempat yang menarik sebagai destinasi percutian pilihan anda!

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Soalan 4 4.0 Sila hasilkan sebuah penulisan berbentuk aduan. Sebaik-baiknya gunakan pengalaman sebenar atau masalah yang dihadapi oleh anda sendiri. Topik dan kepada siapa aduan ditujukan adalah bebas.

13

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan manusia itu sendiri. Begitu juga dengan ungkapan pelanggan itu selalunya betul. Namun saya tidak sewenang-wenangnya ingin menggunakan kelebihan di atas ungkapan itu untuk mengambil kesempatan atas kelemahan dalam sesuatu organisasi. Untuk tidak menjadikan peristiwa yang saya akan kongsikan bersama ini berulang kepada individu yang lain, saya terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap bahagian penyelenggaraan atau khidmat pelanggan yang ditawarkan oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Negara (Perodua). Sebagai syarikat yang dikatakan semakin matang dengan pertambahan model-model terbaik bertaraf dunia, serta ciri-ciri tambahbaik kenderaan, tidak sepatutnya khidmat lepas jualan yang ditawarkan kepada pelanggannya amat mengecewakan. Saya merupakan salah seorang pengguna kenderaan keluaran Perodua iaitu model Perodua ViVa 850 c.c. yang telah dibeli pada akhir 2008. Saya telah membeli kenderaan tersebut daripada salah sebuah pengedar di Johor Bahru. Pada awal penggunaan kenderaan tersebut, saya dapati ciri-ciri penjimatan dan keselesaan amat terserlah jika dibandingkan dengan model sekelas dengannya. Syabas Perodua di atas penghasilan model yang kini boleh dikatakan berjaya menguasai kereta sekelas dengannya dan meyakinkan pengguna di Malaysia! Saya berasa berbangga memilikinya yang bukan sahaja mempunyai kuasa enjin yang begitu baik malah kenderaan ini juga begitu mudah dikendalikan, mudah untuk diletakkan dalam kawasan sempit dan berupaya membuat pusingan dalam jangkauan jarak yang kecil. Namun begitu, setelah hampir 3 tahun, kenderaan saya mula menampakkan masalah. Dalam pertengahan bulan Julai 2010 saya dapati gear kenderaan saya mengalami kerosakan dengan mengeluarkan bunyi yang nyaring. Saya mengambil keputusan untuk menghantar pemeriksaan di sebuah Pusat Servis Perodua yang diiktiraf di Kulai sambil membuat penyelenggaraan Untuk pengetahuan, sepanjang tempoh penggunaan kenderaan tersebut, saya belum pernah gagal untuk membuat penyelenggaraan di Pusat Servis yang sama dengan
MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

mengikut jadual servis yang telah ditetapkan. Ketika itu usia kenderaan belum lagi mencecah 3 tahun. Selepas pemeriksaan didapati, kotak gear kenderaan saya mengalami keretakan dan bunyi itu sebenarnya disebabkan oleh minyak gear yang berkurangan. Saya telah dinasihatkan oleh mekanik untuk tidak membawa kenderaan ini dalam jarak yang jauh dan sentiasa memeriksa kuantiti minyak gear sebulan sekali sebelum dibenarkan untuk menghantar kenderaan ini untuk diperbaiki. Masa berlalu dan ulangan untuk pemeriksaan minyak gear telah dibuat tanpa sebarang pembayaran. Namun memikirkan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini dan menjadikan kerosakan kotak gear semakin teruk, saya mengambil keputusan untuk menghantar kenderaan saya pada 10 Disember 2010 yang lalu untuk penggantian atau pemeriksaan kotak gear. Malangnya sehingga hari ini, kenderaan saya masih tidak boleh digunakan dan keadaannya amat menyedihkan di mana kenderaan tersebut terbiar tanpa diusik sehingga 2 bulan lamanya! Saya tidak faham mengapa tiada tindakan daripada pihak yang berwajib? Bertambah menghairankan, saya terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi pihak Pusat Servis beberapa kali dan seringkali didapati pihak mereka seperti tiada usaha untuk menyelesaikan masalah yang ada. Saya begitu kecewa kerana mereka tidak menghubungi saya dan memberitahu status kenderaan tersebut. Malah berulang kali menabur janji untuk menyelesaikan masalah ini dan akan menghubungi saya sekiranya terdapat apa-apa masalah. Apa yang saya dapati, hanya saya sahaja yang kerapkali menghubungi mereka untuk mengetahui hal yang sebenar. Saya telah mengambil langkah dengan menghubungi pihak insurans yang dikatakan punca berlakunya kelewatan proses tuntutan jaminan waranti. Itu pun panggilan sukar dijawab dan selalu gagal untuk bercakap dengan individu yang bertanggungjawab. Namun apa yang diberitahu, pihak insuran lewat menghantar laporan kepada Ibu Pejabat Perodua di Johor Bahru. Pihak Pusat Servis sering memberi alasan yang pihak ibu pejabat gagal memberikan kelulusan sedangkan segala dokumen yang berkaitan telah pun saya berikan untuk membuktikan kerosakan kotak gear tersebut masih di dalam tempoh jaminan. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pihak Perodua dapat mengambil serius perkara ini memandangkan saya sudah tidak tahan untuk menanggung kerugian akibat penggilan telefon, sewaan kereta serta pembaziran masa dan beberapa kerugian daripada segi prestasi saya sebagai seorang pekerja. Untuk pengetahuan, saya menggunakan kenderaan tersebut untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 50 kilometer sehala setiap hari dan sering membuat tugasan

14

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

luar pejabat. Saya mempunyai dua orang anak yang perlu dihantar kepada pengasuh dan amat perlu menggunakan kereta. Sejak kejadian ini sudah seringkali saya tiba lewat ke tempat kerja akibat selalu beralah dengan suami yang juga memerlukan kenderaan untuk berulang alik ke tempat kerja. Kadangkala urusan beliau yang kerap kali bertugas di luar kawasan lebih menyukarkan pergerakan saya. Saya bukan mengadu untuk diberikan belas atau ihsan, tapi saya mengharapkan agar sesuatu dapat dilakukan untuk menyiapkan kenderaan saya semula yang telah pun dibayar ansurannya tanpa dapat menggunakannya. Saya hanya menuntut hak saya supaya perkara yang sama tidak berlaku ke atas orang lain. Dengarilah rintihan ini daripada insan yang hanya mampu memiliki sebuah Perodua VIVA dan bukannya kereta mewah yang berkemungkinan berbeza kesnya.

15

Pembeli Barangan Buatan Malaysia, Kulai Jaya, Johor Bahru.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Soalan 5 5.0 Anda telah diminta oleh Tuan Guru Besar untuk menyediakan laporan minit mesyuarat. Sila sediakan laporan tersebut mengikut format laporan minit mesyuarat yang tepat.

16

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA JAWATANKUASA HEM SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) KERATONG 7. Tarikh Masa Tempat : 6 Jun 2011 : 2.00 petang : Bilik Mesyuarat

1. KEHADIRAN 1.1 Hadir Puan Ani binti Kassim____ Guru Besar Puan Zuwariah binti Mahmud _________Guru Penolong Kanan HEM En Rahim bin Mahamad Fadzil En Hairul Rashit bin Ahmad Ustaz Mohd Adnan bin Omar Puan Suriani binti Abdullah Puan Normiza binti Zainal Cik Norazura binti Osman Puan Norazlin binti Mustaphar Puan Norhanani binti Sulaiman Puan Norhayati binti Abdullah Puan Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi Cik Noor Hanna binti Md Khalid.

1.2 Hadir Bersama Tiada 1.3 Tidak Hadir Bersebab Tiada 1.4 Tidak Hadir Tanpa Sebab Tiada
MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

2. CATATAN MESYUARAT 2.1 Perutusan Pengerusi Mesyuarat 2.1.1 2.1.2 2.1.3 Tasbih kifarah Tahniah kerana dapat menjalankan perancangan program yang dirancang. Ada beberapa jawatankuasa yang masih kurang berjalan dengan sempurna. Harapan guru besar adalah semoga pada tahun hadapan, Unit HEM dapat merancang sebuah program yang besar yang dapat melibatkan semua pihak. 2.1.4 Semoga segala yang dibincangkan mendapat manfaat bersama. Tindakan : Semua Guru 2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

17

2.2.1 Puan Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi membentangkan Minit Mesyuarat HEM kali pertama untuk disahkan. 2.2.2 Encik Hairul bin Rashit mencadangkan Minit Mesyuarat kali Pertama diterima dan cadangan disokong oleh Puan Suriani binti Abdullah. 2.3 Perkara-perkara Berbangkit

2.3.1 Bilik guru lelaki perlu dikemaskini dan diceriakan. 2.3.2 Tingkatkan tahap keselamatan di semua bilik khas dan bilik darjah bagi mengelakkan kecurian yang tidak diingini. Setiap guru perlu memastikan bilik berkunci dan tidak meninggalkan barang berharga di sekolah. 2.3.3 Untuk makluman, aplikasi baru untuk unit kantin bagi pemantauan kantin iaitu SISMAKAN. 2.3.4 Bagi Unit Denggi, pastikan guru terlibat memeriksa setiap tandas yang tidak digunakan bagi memastikan sifar denggi disekolah. 2.3.5 Guru kelas perlu memaklumkan kepada GPK HEM sekiranya kehadiran murid melebihi 3 hari berturut-turut. 2.4 Pembentangan Unit HEM :

2.4.1 Unit SPBT : 2.4.1.1 Mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan pada bulan Januari. 2.4.1.2 Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengemaskini Fail Induk, Agihan Buku Teks kepada pelajar baru, Proses Kemaskini

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

Buku Teks dan Buku Stok serta Gotong-royong di bilik BOSS. 2.4.1.3 Untuk makluman buku aktiviti tidak mencukupi dan guru SPBT telah memohon daripada sekolah lain. 2.4.1.4 Guru Besar mencadangkan agar buku yang tidak mencukupi di fotostat seandainya tiada stok dari sekolah lain. 2.4.2 Unit RMT : 2.4.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa telah diadakan pada bulan Januari. 2.4.2.2 Untuk setakat ini tiada masalah yang dihadapi dengan pengusaha kantin berkaitan dengan RMT dimana makanan disediakan memuaskan serta sukatan adalah mengikut yang ditetapkan. 2.4.2.3 Namun, murid kurang memakan buah yang disediakan. 2.4.2.4 Antara tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan meminta pengusaha kantin supaya menukar buah-buahan yang lebih digemari oleh murid. 2.4.3 Unit Pendaftaran : 2.4.3.1 Untuk makluman seramai lima orang murid yang baru telah bertukar dari negeri Perak, Johor dan Kuala Lumpur. 2.4.3.2 Bilangan murid sehingga 2hb June 2010 adalah seramai 230 orang termasuk murid pra sekolah. 2.4.3.3 Pendaftaran untuk murid Tahun Satu bagi yang lahir pada 2004 dan 2005 akan diadakan pada bulan 8 dan kain rentang untuk makluman penjaga akan digantung. 2.4.3.4 Setakat ini, tiada kes yang melibatkan keciciran murid. 2.4.4 Unit 3K ( Keselamatan, Kesihatan & Kebersihan ) : 2.4.4.1 Bagi Unit Keselamatan, antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Lorong Jalan Kaki yang telah dibina sepanjang jalan berumput di pintu masuk. 2.4.4.2 Unit ini juga bercadang untuk membuat papan tanda bagi Peraturan Pergi & Balik Sekolah dalam masa terdekat sekiranya ada peruntukan. 2.4.4.3 Manakala Latihan Kebakaran Dalaman dan Bersama Bomba akan diadakan dalam bulan 7 & 8. 2.4.4.4 Untuk Unit Kesihatan pula, Rawatan Pergigian daripada Klinik Kesihatan Bandar Tun adalah pada 15hb 18hb April yang lepas.

18

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

2.4.4.5 Pemberitahuan HINI juga telah diwar-warkan semasa perhimpunan dan maklumat mengenainya telah ditampal di papan kenyataan. 2.4.4.6 Bagi Unit Kebersihan, Guru Besar meminta guru bertanggungjawab agar memastikan tiada longgokan sampah didalam kawasan sekolah dan sampah yang ada perlu dibakar. 2.4.4.7 Guru Besar mencadangkan juga agar Unit 3K sentiasa memberi maklumat berkaitan kebersihan, keselamatan dan kesihatan kepada murid semasa perhimpunan. 2.4.5 Unit Denggi : 2.4.5.1 Antara aktiviti rutin yang dijalankan adalah pemeriksaan berkala di tempat-tempat pembiakan aedes. 2.4.5.2 Kawasan berisiko yang menjadi tempat pembiakan nyamuk adalah ditandas BlokA & B kerana kebanyakan flush tandas telah rosak. 2.4.5.3 Pada 22hb Januari, Lawatan Unit Vektor KlinikKesihatan dari Bandar Tun Razak telah membuat pemeriksaan menyeluruh terutama dikawasan tandas, longkang dan kawasan berisiko. 2.4.5.4 Hasil pemeriksaan tersebut, kawasan berisiko di belakang kantin terdapat jentikjentik didalam takungan air. Namun, tindakan saman tidak diambil dan diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan membersihkan kawasan berikut kerana kemungkinan pemeriksaan mengejut daripada Unit Vektor Kuantan atau Rompin. 2.4.5.5 Selain itu, maklumat berkaitan denggi telah di tampal di Blok B bersebelahan kelas 3 Bestari. 2.4.6 Unit PPDa : 2.4.6.1 Untuk makluman, bilik PPDa telah di kemaskini dan dalam proses

19

penambahabaikan untuk menceriakan lagi bilik tersebut. 2.4.6.2 Papan Kenyataan di susur gajah akan dikemaskini dan ditampal lebih banyak maklumat berkaitan dadah. 2.4.6.3 Guru Besar meminta agar Unit PPDa menceriakan pondok-pondok bacaan yang ada dengan bahan bacaan mengenai dadah dan adakan sudut khas yang lebih menarik. 2.4.7 Unit Simpanan & Kebajikan : 2.4.7.1 Seramai 7 orang murid membuka akaun bersama Agrobank pada bulan Mac dan 10 orang murid pada bulan Mei.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

2.4.7.2 Urusan permohonan Biasiswa Yayasan Pahang diuruskan oleh Puan Jamilah dan seramai 30 orang memohon. 2.4.7.3 Untuk makluman, pihak Tabung Haji memohon untuk membuat tabungan di sekolah dan pihak sekolah telah meluluskan permohonan tersebut. 2.4.7.4 Untuk pengetahuan semua, pihak Dara akan membayar yuran persekolahan tertunggak untuk Faidzah Sulliman yang mengalami masalah keluarga. 2.4.8 Unit Kantin : 2.4.8.1 Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mesyuarat pengurusan bersama pengusaha Kantin, menceriakan Kantin, melengkapkan maklumat dipapan kenyataan serta pelabelan aset sekolah dikantin. 2.4.8.2 Pengusaha kantin juga berusaha memperbaiki mutu kualiti kantin melalui aduan guru dan murid. Untuk makluman, kantin sekolah telah mendapat Gred B oleh Unit Kesihatan Rompin dan pengusaha kantin dalam usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan kantin. 2.4.8.3 Unit kantin juga sedang dalam proses untuk menampal kata-kata hikmah di dinding kantin. 2.4.8.4 Guru besar mencadangkan agar unit kantin berbincang bersama pengusaha kantin dalam mengadakan pondok-pondok jualan/gerai bagi menceriakan lagi kawasan kantin dan kawasan dalam bilik makan guru boleh diceriakan lagi serta almari tv dapat di alihkan. 2.4.9 Unit Bina Insan : 2.4.9.1 Aktiviti yang telah dijalankan bagi Bina Insan ialah perlantikan AJK, tazkirah mingguan & Iklim Dini. 2.4.9.2 Namun, sejak kebelakangan ini, Iklim Dini tidak dapat berjalan sepenuhnya kerana dua masalah iaitu masalah PA System serta kesedaran murid itu sendiri kerana murid yang bergilir menjaga pa system tidak bertugas mengikut jadual. 2.4.9.3 Solat Zohor Berjemaah berjalan seperti biasa hanya kehadiran murid tahun 6 bagi Solat Hajat kurang memuaskan kerana murid yang tidak hadir adalah murid yang sama. 2.4.9.4 Mohon penyelaras Tahun 6 untuk membuat peringatan serta kerjasama guru-guru untuk sambil mengingati.

20

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

2.4.10 Unit Disiplin : 2.4.10.1 Perjumpaan pengawas telah diadakan pada awal tahun dan Majlis Watikah Perlantikan telah selesai dijalankan. 2.4.10.2 Program yang akan dijalankan pada waktu terdekat adalah Kem Kepimpinan Pengawas serta Program Spot Check. 2.4.10.3 Antara masalah yang dihadapi adalah pengawas kurang kesedaran mengenai tugas masing-masing dan tidak tahu cara memimpin dengan baik. 2.4.10.4 Harapan semoga pengawas akan lebih bermotivasi dan berkepimpinan pada masa akan datang. 2.4.11 Unit Keceriaan : 2.4.11.1 Unit keceriaan Kelas telah mengadakan pertandingan kelas terbersih dan ceria bermula Februari dan pertandingan itu berjalan lancar sehingga kini. 2.4.11.2 Trofi telah diberi kepada kelas yang menang. 2.4.11.3 Untuk Keceriaan, antara program dan aktiviti yang akan dilakukan dalam masa terdekat ini adalah menceriakan kawasan taman, meletakkan visi dan misi di replika buku di blok A, menceriakan taman dihadapan kelas Blok A dengan menanam bunga serta menanam bunga yang boleh diletakkan ditempat redup. 2.4.11.4 Antara projek terbesar yang ingin dilakukan adalah menceriakan laluan di makmal serta projek tanaman herba. 2.5 Pembentangan Unit/Kelab HEM :

21

2.5.1 Kelab JKJR : 2.5.1.1 Aktiviti Kelab JKJR dijalankan seperti biasa. 2.5.1.2 Murid diajar mengenai peraturan di jalanraya dan mengikut modul disediakan oleh kementerian. 2.5.2 Kelab BOSS : 2.5.2.1 Aktiviti dijalankan seperti biasa mengikut jadual dan perancangan. 2.5.2.2 Guru Besar mengharapkan agar ajk dapat membina satu Taman untuk Bilik Boss dan ajk dapat merujuk manual yang diberi dalam menjalankan setiap aktiviti. 2.5.2.3 Perancangan Kelab BOSS pada tahun ini adalah untuk menambahbaikan dan menceriakan lagi bilik tersebut.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

2.5.3 Kelab Pencegahan Jenayah : 2.5.3.1 Aktiviti yang dijalankan oleh Kelab ini adalah perlantikan jawatankuasa, aktiviti nyanyian lagu KPJ, bengkel menangani jenayah disekolah serta pertandingan melukis & mewarna kerjasama bersama Unit PPDa. 2.5.3.2 Banyak aktiviti yang dirancang dan ingin dilaksanakan pada tahun ini. Mohon kerjasama dari semua guru untuk bersama menjayakan setiap program yang dirancang. 2.6 Hal-hal lain : 2.6.1 Isu mesin rumput waktu persekolahan. Mohon tindakan dari pihak sekolah. 2.6.2 Tindakan : Bangunan berdekatan bangunan sekolah akan dimesin pada hari Sabtu. Pihak pentadbir akan berbincang dengan tukang kebun untuk menyelesaikan masalah tersebut. 2.6.3 Adalah menjadi harapan agar semua guru yang dipertanggungjawab memikul tugas tersebut menjalankan amanah diberi dengan sebaiknya kerana amanah diberi merupakan satu ibadah. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang.

22

Disediakan oleh : . ( Puan Zuwariah binti Mahmud ) GPK HEM, SK (LKTP) Keratong 7, 26700 Muadzam Shah, Pahang.

Disahkan oleh : . ( Puan Ani binti Kassim ) Guru Besar, SK (LKTP) Keratong 7, 26700 Muadzam Shah, Pahang.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

4.0 RUJUKAN

23

1. Abd Rahim bin Abd Rashid. ( 2004 ) Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Nik Azis Nik Pa. Noraini Idris. ( 2008 ). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

3. Badrul Hizar Ab Jabar. ( 2010, 11 Februari ) Bahasa Melayu Hebat. Utusan Melayu Sdn. Bhd.

4. Koleksi Ismail Hussein. http://www.kdhlib.gov.my.

Diperolehi

pada

16

Disember

2011,

sumber

dari

5. Menambahbaik kualiti pengajaran & pembelajaran. Diperolehi pada 22 Disember 2011, sumber dari http://www.mohe.gov.my/transformasi/images/Bab4.pdf 6. Panduan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. Diperolehi pada 2 Januari 2012, sumber dari http://www.pprm.dbp.gov.my. 7. Surat Rasmi Portal Pendidikan Utusan. ( 2001 2007 ). Diperolehi pada 10 Januari 2012, sumber dari http://www.tutor.com.my.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

24

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

5.0 RUJUKAN

25

8. Abd Rahim bin Abd Rashid. ( 2004 ) Patriotisme : Agenda Pembinaan Bangsa. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

9. Nik Azis Nik Pa. Noraini Idris. ( 2008 ). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

10. Badrul Hizar Ab Jabar. ( 2010, 11 Februari ) Bahasa Melayu Hebat. Utusan Melayu Sdn. Bhd.

11. Koleksi Ismail Hussein. http://www.kdhlib.gov.my.

Diperolehi

pada

16

Disember

2011,

sumber

dari

12. Menambahbaik kualiti pengajaran & pembelajaran. Diperolehi pada 22 Disember 2011, sumber dari http://www.mohe.gov.my/transformasi/images/Bab4.pdf 13. Panduan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. Diperolehi pada 2 Januari 2012, sumber dari http://www.pprm.dbp.gov.my. 14. Surat Rasmi Portal Pendidikan Utusan. ( 2001 2007 ). Diperolehi pada 10 Januari 2012, sumber dari http://www.tutor.com.my.

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

26

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

27

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

28

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

29

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

30

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

31

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

32

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

33

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

34

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

35

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

36

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI Intan Nurbaizurra binti Mohd Rosmi ( E30103110097 ) ______________________________________________________________________________________________________

37

MQA 101 BAHASA MELAYU DAN KOMUNIKASI

You might also like