KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU

TAJUKA TUGASAN TIGA FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR DI SEKOLAH. TIGA KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KUMPULAN EL-P02 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA SHARINA BINTI SHAARI NO. ID D20112054720 NO. TELEFON 012 5857509

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR DAHLIA BINTI JANAN TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

i FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR 1.0 Pengenalan 2.0 Tiga Fungsi Bahasa Melayu 2.1Menyatupadu Rakyat Malaysia 2.2 Alat Komunikasi 2.3 Menyalurkan Ilmu Pengetahuan 3.0 Rumusan 1-2 2-3 3-4 4 1

ii KEPENTINGAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1.0 Pengenalan 2.0 Tiga Kepentingan Bahasa Melayu 2.1 Bahasa Pengantar 2.2 Bahasa Ilmu 2.3 Bahasa Rasmi 3.0 Rumusan RUJUKAN 5-6 6 7 7-8 5

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

SOALAN TUGASAN BAHAGIAN A i. 1.0 Pengenalan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar. Bahasa pengantar boleh didifinisikan sebagai bahasa yang ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil. Bahasa-bahasa ini telah ditetapkan oleh Laporan Abdul Razak Hussien (1956) dan Laporan Pelajaran Abdul Rahman Talib (1960) sebagai bahasa pengantar. Dengan berkuatkuasanya Akta Pelajaran pada tahun 1961, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama dalam institusi pendidikan. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan dan agama.

2.0 Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 2.1 Menyatupadukan rakyat Malaysia Dengan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah ia dapat menyatupadukan penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Dengan kata lain ia menjadi bahasa perpaduan di Malaysia. Bahasa Perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia( antara individu dengan individu yang lain) yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam sebuah negara.

(1)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Penduduk Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan pada zaman penjajahan menyebabkan penduduk di Tanah Melayu berpecah belah. Orang-orang Melayu tinggal di kawasan kampung, orang-orang Cina pula hidup di bandar-bandar manakala orang-orang India pula tinggal di kawasan-kawasan estet. Kewujudan sekolah vernakular juga telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan masing-masing dan menyebabkan hubungan antara mereka semakin renggang. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, soal perpaduan kaum menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu. Melalui bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah; kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat memupuk kembali perpaduan rakyat yang renggang sebelum ini. Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara telah bermula sejak sekian lama. Pelbagai akta dan dasar seperti Akta Pelajaran 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1963, Akta Bahasa kebangsaan 1967 serta Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1982) telah dirancang, digubal dan dilaksanakan. Akta Pelajaran 1961 memberikan fokus kepada usaha mengembangkan pendidikan di negara ini melalui bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar menggantikan bahasa Inggeris.

2.2 Alat komunikasi Bahasa Melayu berperanan sebagai alat komunikasi bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Menurut A. Aziz Deraman (206:288) kekuatan bahasa juga akan menjamin kelangsungan peradaban. Bahasa Kebangsaan ialah pemersatu dan alat komunikasi rakyat yang sangat utama. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan bagi semua maksud urusan rasmi dalam bidang pendidikan. Pengajaran semua subjek mata pelajaran dalam bahasa Melayu di semua peringkat sekolah rendah dan menengah kecuali mata pelajaran bahasa Inggeris amat jelas selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu. Pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa (2)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Melayu adalah contoh yang paling jelas bagaimana bahasa Melayu berfungsi sebagai alat komunikasi di antara pelajar dan guru. Pengajaran dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar terutama pelajar Melayu jauh ketinggalan dalam pelajaran kerana tidak faham akan bahasa Inggeris.

Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini juga mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Penyata Razak yang telah diakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957 yang mewajibkan semua sekolah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kaum etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa. Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai alat komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi kerana rata-rata pelajar-pelajar kita berinteraksi dengan rakan sebaya di sekolah dan di rumah dalam bahasa Melayu.

2.3 Menyalurkan Ilmu Pengetahuan Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu di kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat daripada kesejahteraan rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekaligus dapat melahirkan golongan kelas menengah yang menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi pemangkin pembangunan bangsa dan negara.

Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. (3)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Kedua-dua ciri ini terdapat pada bahasa Melayu di mana ia mampu menyampaikan kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan dan ia juga mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.

3.0 Rumusan Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua-franca dan juga bahasa keduaakhirnya menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan wahana bagi merealisasikan Gagasan 1 Malaysia iaitu penerapan nilai-nilai aspirasi yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju melalui sistem pendidikan serta membantu mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maaju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaannya sebagai bahasa pengantar dan bahasa wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Bahasa Melayu berperanan sebagai alat pengisian fikiran dan melahirkan pendapat.

(4)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

ii. 1.0 Pengenalan Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara sejak berzaman lagi. Bermula dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hinggalah Malaysia mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152. Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan yang boleh difahami oleh semua kaum.

Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia terutamanya dalam bidang pendidikan. Dalam mengejar arus globalisasi masa kini, elemen yang membantu kepada agenda pembinaan negara bangsa ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. (Abu Hassan Othman,1997).

2.0 Tiga Kepentingan Bahasa Melayu 2.1 Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar di Malaysia. Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara kita dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,

(5)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

... Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Akta Pelajaran 1961Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, Universiti Kebangsaan Malaysia telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam bahasa Melayu. Penulisan tesis dan syarahan perdana telah disampaikan dalam bahasa Melayu oleh pensyarah-pensyarahnya.

2.2 Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu dalam bidang pendidikan kebangsaan. Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki cirri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikannya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu. Bahasa Melayu mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Perkara 152 Perlembagaan Negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat apabila negara luar mengiktiraf bahasa Melayu. Contohnya dengan pengwujudan Kerusi Pengajian Melayu dan penawaran kursus bahasa Melayu di universiti luar negara.

(6)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

2.3. Di samping itu juga, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa rasmi di dalam semua urusan pentadbiran terutamanya dalam bidang pendidikan sama ada secara lisan atau tulisan. Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan. Ia juga menjadi lambang atau simbol identiti sebuah negara merdeka. Antara fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi, sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan dan digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara.

Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi pada 1 September 1967, iaitu selepas 10 tahun negara mencapai kemerdekaan. Bermula dari detik itu, bahasa Melayu secara rasminya digunakan secara meluas dalam semua urusan rasmi kerajaan. Pengeluaran surat pekeliling Am No. 12 pada tahun 1967 memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara rasminya. Melalui pekeliling ini, bahasa Melayu perlu digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi dalam pentadbiran harian, bahasa pengantar di sekolah, surat-menyurat rasmi kerajaan yang meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri.

3.0 Rumusan Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai linguafranca dan juga bahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa perundangan dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan domain ilmu. Penggunaan bahasa Melayu secara meluas diharap dapat mewujudkaan satu bangsa Malaysia dalam merealisasikan 1 Malaysia yang mana ingin rakyatnya berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dengan mendokong satu bangsa serumpun yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara dan undang-undang yang masih terpakai sebagai sesuatu yang telah (7)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

diterima oleh semua rakyat. Bahasa Melayu telah menjurus negara ke arah keharmonian dan perpaduan yang memantapkan 1 Malysia sehingga menjana negara sebagai pelopor perpaduan dan menjadi contoh negara yang mengamalkan demokrasi pelbagai kaum. Oleh itu, aspirasi negara melalui 1 Malaysia boleh direalisasikan melalui fungsi-fungsi bahasa Melayu kerana Bahasa Jiwa Bangsa

( 1,675 patah perkataan)

(8)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

RUJUKAN 1) Akta Pelajaran 1961 2) Akta Pendidikan 1996 3) Nafi Mat, Teknik Mengajar Komsas.Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Selangor. 4) Sidang pengarang. (2011) KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu. Pusat Pendidikan Luar, UPSI. 5) Sharifah Nor Syed Abd. Rahman, Nornajmah Najmudin dan Rosdah Omar . (2007) Bahasa Melayu Kertas 1 & 2 Teks & Rujukan Lengkap. Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET 1) http://dwnmasyarakat.dbp.my/p=14 2) http://jurnalperadapananipm.blogspot.com 3) http://lestari-intelek.blogspot.com 4)http://nurhasima.blogspot.com. 5) http://rujuknota.blogspot.com)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

KRB 3033 PENGANTAR BAHASA MELAYU


TAJUKB TUGASAN i KONSEP TATABAHASA ii EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DI DALAM BILIK DARJAH

KUMPULAN EL-P02 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA SHARINA BINTI SHAARI NO. ID D20112054720 NO. TELEFON 012 5857509

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR DAHLIA BINTI JANAN TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN Bahagian i 1.0 Pengenalan 2.0 Konsep tatabahasa 2.1 Perkataan 2.2.Ayat 2.3 Fungsi ayat 2.4 Intonasi 3.0 Rumusan

MUKA SURAT

1 2-3 3-5 5-6 6

Bahagian ii 1.0 Pengenalan 2.0 Empat kesalahan tatabahasa 2.1 Kata sendi nama 2.2 Kata ganti nama diri 2.3 Penjodoh bilangan 2.4 Kata hubung 3.0 Rumusan Rujukan Lampiran i 7-8 8-9 9 - 10 10 - 11 11 7

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

i KONSEP TATABAHASA 1.0 PENGENALAN Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa dan ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa-frasa bergabung membentuk ayat. Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayaat majmuk dipanggil klausa. Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah et al.,2004) Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan penggolongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Sintaksis pula ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Menurut Siti Hajar Hj Abdul Aziz(1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. 2.0 Konsep Tatabahasa 2.1 Perkataan Dalam bahasa Melayu, perkataan ialah suatu rentetan bunyi yang diucapkan atau dituliskan dan mengandungi makna. Perkataan boleh wujud dalam bentuk tunggal atau terbitan. Perkataan juga boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa perkataan boleh berdiri sendiri dan binaanya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil. Berasaskan fungsinya atau peranannya dalam aturan tatabahasa, tiap-tiap perkataan itu boleh tergolong kepada jenis-jenisnya. Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa golongan perkataan yang utama seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa golongan perkataan bukan utama seperti kata sendi nama, kata hubung dan sebagainya. Perkataan seperti baju, orang, negeri, dia dan itu merupakan contoh-contoh kata tunggal oleh sebab sifatnya sebagai bentuk tatabahasa yang bebas dan terkecil serta mengandungi erti. (1)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Perkataan terbitan pula dibentuk dengan cara, iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Pengimbuhan menerbitkan perkataan berimbuhan yang terdiri daripada kata dasar dan imbuhan. Contoh : perumahan { pe + rumah + an } pembesar { pem + besar }

Unsur rumah dan besar adalah kata dasar, unsure pe-, pem-, me-, -kan dan an adalah imbuhaan. Pemajmukan menerbitkan perkataan majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Gabungan perkataan itu membawa makna baru. Ada banyak kata majmuk dalam bahasa Melayu. Contoh : rumah rehat, sapu tangan, cermin mata Kata majmuk dieja terpisah tetapi ada juga kata majmuk dieja bergabung seperti bumiputera, kakitangan, tandatangan, olahraga, setiausaha, jawatankuasa, suruhanjaya, tanggungjawab dan warganegara. Penggandaan pula menerbitkan perkataan gandaan yang terdiri daripada ulangan penuh atau sebahagian sesuatu perkataan. Contoh : rumah -rumah, rerumah Besar-besar, bebesar Lari-lari, lelari

2.1) Ayat Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta (2)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

mengandungi intonasi yang sempurna. Bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan jenis ayat tersebut sama ada ia ayat tunggal atau ayat majmuk. b.i) Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi hanya satu klausa seperti contoh di bawah : i) Anak emak. ii) Selendang itu untuk ibu. b.ii) Ayat Majmuk Ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa seperti contoh : i) Ali guru tetapi adiknya tentera. ii) Budak itu menangis kerana lapar.

2.3) Fungsi Ayat Setiap ayat mempunyai bentuk atau tugas yang tersendiri. Ayat-ayat yang sama bentuk tetapi mungkin menjalankan fungsi yang berbeza. Ayat mempunyai dua ciri iaitu mempunyai bentuk dan makna. Fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat, dari sudut ini ayat-ayat bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis fungsi : a) Ayat maklumat Ayat maklumat ialah jenis ayat yang paling banyak diterbitkan dalam bahasa lisan mahupun tulisan. Ini kerana fungsi bahasa yang paling penting ialah sebagai penghantar maklumat. Ayat maklumat terdiri daripada : i) Ayat pengistiharan * Dengan menyebut nama Allah, saya rasmikan pameran keris-keris ini. (3)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

ii)Ayat Pernyataan * Ada virus dalam computer. iii) Ayat takrifan * Angin ialah udara yang bergerak. iv) Ayat persetujuan * Saya sependapat dengan anda. v) Ayat tanyaan * Apa khabar ibu awak? b) Ayat arahan Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia. Tujuan ayat arahan ialah menyuruh seseorang melakukan sesuatu iaitu apa yang dikehendaki. Ayat arahan terdiri daripada i) Ayat perintah * Hantar ambulans sekarang juga. ii) Ayat suruhan * Ambilkan dua batang pensel. iii) Ayat larangan * Jangan pijak simen basah. iv) Ayat silaan * Jemputlah masuk, ayah ada di dalam.

(4)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

c) Ayat perasaan Ayat perasaan menggambarkan perasaan yang sedang dialami oleh seseorang. Perasaan yang digambarkan boleh jadi jenis positif mahupun negetif. Ayat ini mengandungi maklumat dan tidak bermaksud menghendaki orang melakukan sesuatu. Ciri utama ayat perasaan ialah nada (intonasi) suara yang mempunyai pengucapan ayat-ayat itu. Ayat perasaan terdiri daripada : i) Ayat marah * Kalau ikutkan hati, saya pecat awak sekarang juga. ii) Ayat gembira * Wah ! seronoknya dapat anak kembar. iii) Ayat ejekan * Hai ! ular lidi hendak jadi naga ? iv) Ayat sindiran * Hujan rebut lagi berhenti, ini pula orang makan. v) Ayat pujukan *Jangan diikutkan hati, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan sesekor.

2.4) Intonasi Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian, nada suara kita jarang-jarang mendatar tetapi sebaliknya berbeza-beza, ada ketikanya meninggi dan ada kalanya merendah. Ciri utama pertuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah yang mencerminkan maksud isi percakapan dan keadaan emosi jika (5)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

bercakap. Setiap orang yang berkemahiran bercakap menukarkan bentuk-bentuk ( pola ) intonasi dan variasi bentuk daripada satu ayat kepada ayat yang lain dengan tujuan menyesuaikannya dengan makna yang diperlukan oleh sesuatu keadaan. Ini merupakan suatu kemahiran yang telah dikuasai oleh seseorang semasa bertutur atau berbahasa. Tujuan kita berbahasa ialah untuk menyampaikan sesuatu maksud (makna) dan setiap maksud itu memerlukan sebutan yang menerangkan perbuatan, kehendak, peristiwa, buah fikiran, perasaan dan segala macam tingkahlaku dalam perhubungan. Antara pola intonasi ayat dalam bahasa Melayu ialah ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang dan ayat pasif. Intonasi amat penting bagi tatabahasa bahasa Melayu oleh sebab peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan prediket dalam ayat.

3.0 Rumusan Sistem bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ajaran tau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

(6)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

ii EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA DI DALAM BILIK DARJAH 1.0 PENDAHULUAN Untuk mengetahui kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid ketika pengajaran tatabahasa, saya telah mengadakan ujian berbentuk objektif pelbagai pilihan jawapan oleh muridmurid Tahun 2 Amanah iaitu kelas pertama dalam aliran tahun 2. Hasil kajian tersebut didapati empat aspek tatabahasa yang mempunyai kesalahan yang paling tinggi. (RUJUK LAMPIRAN 1 ) Ini disebabkan murid-murid kurang menguasai aspek tersebut atau berasa keliru tentang penggunaanya.

2.0 EMPAT KESALAHAN TATABAHASA 2.1 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA Kesalahan yang pertama ialah penggunaan kata sendi nama. Kata sendi nama digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk prediket ayat. Contoh-contoh kata sendi nama ialah dari, daripada,di,pada dan ke.Murid-murid kerap menyalahgunakan penggunaan kata sendi kata dan daripada. Kata dari dan daripada mempunyai fungsinya tersendiri. Dariberfungsi untuk menunjukkan masa dan tempat manakala daripadadigunakan dalam hal-hal yang lebih umum iaitu untuk orang, perbandingan, abstark, pertentangan, asal kejadian dan untuk menyatakan keanggotaan.

A) Kesalahan penggunaan kata depan di. Contonnya : i) Suasana amat tenang di pagi yang permai itu. ( salah ) Suasana amat tenang pada pagi yang permai itu ( betul ) (7)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

ii) Kita harus fasih bertutur di dalam bahasa Melayu. ( salah ) Kita harus fasih bertutur dalam bahasa Melayu. ( betul )

B) Kesalahan penggunaan kata depan dari. Contohnya : i) Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi. ( salah ) Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi. ( betul ) ii) Saya menantinya daripada pukul dua petang. ( salah ) Saya menantinya dari pukul dua petang. ( betul )

C) Kesalahan penggunaan kata depan daripada. Contohnya : i) Rumah itu lebih cantik dari rumah ini. ( salah ) Rumah ini lebih cantik daripada rumah ini. ( betul ) ii) Kain itu dibuat dari sutera. ( salah ) Kain itu dibuat daripada sutera. ( betul )

2.2 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), kata ganti nama diri boleh dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama diri tunjuk dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu seperti yang ditunjukkan di bawah. (8)

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Kata ganti nama diri orang i) orang pertama ii) orang kedua iii) orang ketiga

Contoh saya, aku, beta, patik, kami dan kita anda, engkau, awak dan kamu ia, dia, mereka dan -nya

Kata beliau, dia, ia, kami, kita dan mereka sering digunakan dengan salah. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Contoh kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ialah : A) Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah ) Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul ) B) Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah ) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul ) C) Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( salah ) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Anas kepada Nazrul. ( betul )

2.3. KESALAHAN PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz dan sebagainya. Ianya selalu digunakan sebelum sesuatu kata nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Antara penjodoh bilangan yang sering disalahgunakan penggunaannya ialah keping, biji, buah, batang, kuntum dan jambak. Walaubagaimanapun ada juga penjodoh bilangan yang tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan. Contohnya : (9)
KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

A) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Setiap peserta dikehendaki mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. B) Encik Kamal telah memberikan sebuah pendapat yang bernas. ( salah ) Encik Kamal telah memberikan pendapat yang bernas. ( betul ) * Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. C) Shila memetik sejambak bunga lalu disematkan di rambutnya. ( salah ) Shila memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. ( betul ) * Penjodoh bilangan perlu digunakan bersesuaian dengan konteks ayat.

2.4 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. Kata hubung terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : 1) kata hubung gabungan Contoh : dan, serta, atau, sambil, maka 2) kata hubung pancangan Contoh : sejak, tetapi,, kerana, hingga, antara, apabila, semenjak 3) kata hubung berpasangan Oleh sebab maka, walaupun namun, biarpun- tetapi, meskipun namun Antara kesalahan murid semasa pengajaran tatabahasa ialah : a) Mengulang penggunaan kata hubung dan untuk tujuan sama dalam satu ayat. ( 10 )

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

i) Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. ( salah ) Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. ( betul ) b) Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan. i) Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan. c) Jika ataudigunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis. i) Pelajar itu menghisap rokok atau dadah? Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah?

3.0 RUMUSAN Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramati dan bentuk yang bukan gramatis. Pengajaran tatabahasa adalah pengajaran mengenai hukum-hukum dan peraturan sesuatu bahasa. Hal ini melibatkan struktur dan sistem bahasa tersebut. Pemahaman yang baik tentang selokbelok struktur dan sistem bahasa yang dipelajari akan membolehkan seseorang menguasai dan menggunakan bahasa itu dengan betul, cekap dan berkesan. Pelajar-pelajar masih lemah dalam penguasaan bahasa, terutamanya aspek tatabahasa. ( 2,089 patah perkataan)

( 11 )

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

RUJUKAN ILMIAH 1) Abdullah Hasan.(2008) Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, Fakulti Bahasa , Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2) Abdullah Hasan.(1993) Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 3) Arbak bin Othman(1989), Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. 4)Prof. Abdullah Hasan.(2005). Lingustik Am Ciri Pengajaran dan Pembelaran, PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 5) Nik Safiah Karim et al (1997) Tatabahasa Dewan ( Edisi Baharu) Perpustakaan Negara Malaysia 6) Dr Adenan Ayob (2011) HBML3203 Tatabahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Open Universiti Malaysia 7) Mohd Ran b. Shaari, Abdullah b. Yusuf, Abu Bakar b. Yusuf, Omar Hisham b. Mohd Baharin (2011) KRB3033 Pengantar Bahasa Melayu, Pusat Pendidikan Luar, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

RUJUKAN INTERNET 1) http://azmisron63.blogspot.com/2009/03/bahagian-1-kesalahan-kata.html 2) http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/02/bahasa-malaysia-pmr-spm-online.html 3) http://tatabahasabm.tripod.com/tata/kesalahan.htm

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

LAMPIRAN 1
ANALISIS ITEM SOALAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 No soalan / Jenis soalan Bil betul Bil. salah No soalan / jenis soalan Bil. betul Bil salah

1) Kata tanya 2)Kata sendi 3) Kata kerja 4) Kata sendi 5) Kata ganti nama 6) Kata tanya 7) Penjodoh bilangan 8) Kata nama am 9) Kata ganti nama 10) Kata nama am 11)Kata seru 12) Kata kerja 13) Penjodoh bilangan 14)kata arah 15) Kata sendi Bilangan pelajar 35 orang 1) Kata ganti nama 19/35 2) Kata hubung 10/35 3) Kata sendi 9/35 4) Penjodoh bilangan 7/35 5) kata arah 0/35 6) kata ganda - 0/35

4 3 0 2 10 1 1 1 9 0 1 1 6 0 2

16) Kata kerja 17) Kata kerja 18) Simpulan bahasa 19) Simpulan bahasa 20) Kata kerja 21) Kata ganda 22) Kata adjektif 23) Kata hubung 24) Kata adjektif 25) Kata adjektif 26) Kata sendi 27) Simpulan bahasa 28) Kata kerja 29) Kata adjektif 30) Kata sendi

3 0 2 0 1 0 0 2 1 0 1 4 0 1 1

7) kata adjektif -1/35 8) kata tanya -5/35 9) kata seru -1/35 10) kata kerja -5/35 11) simpulan bahasa -6/35 12) kata nama am -1/35

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Soalan 1 hingga 30 Pilih jawapan yang betul. 1.____________kah nama guru kelas kamu? A. Apa B. Siapa C. Berapa

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1 2. Mei Lan menerima hadiah __________ kakaknya. A. di B. daripada C. dari

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

3. Danial gemar __________ gambar pemandangan. A. menyimpan B. melihat C. melukis

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

4. Azmin mengikut ayahnya ____________ Kota Tinggi. A. ke B. kepada C. dari

5. Itu Oyuk. ____________ ketua kelas. A. Dia B. Beliau C. Mereka

6. Di dalam bakul itu ada _____________? A. siapa B. berapa C. apa

7. Itu se_____________ rumah banglo. A. buah B. biji C. ketul

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3 8. Ayah ke ________________ untuk mengepos surat. A. balai polis B. pejabat pos C. balai bomba

9. Nama _______________ Karmila. Siapakah nama kamu? A. mereka B. kamu C. saya

10. Ani demam. Kakak menbawa Ani ke _____________. A. pejabat B. klinik C. balai raya

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

11. ________________, awak memang bijak! A. Wah B. Hai C. Eh

12. Meena suka _____________ bola tampar. A. bertanding B. bermain C. berjalan

13. Se______________ jalan raya sedang dibina. A. keping B. deret C. batang

14. ______________ buang sampah ke dalam bakul sampah. A. Jemput B. Tolong C. Jangan

15. Datuk menbawa sayur-sayuran _______________ pasar. A. di B. pada C. ke

Soalan 16 berdasarkan gambar 4

Gambar 4 16. Kereta itu _________________ di tepi jalan. A. berhenti B. bergerak C. berjalan

17. Buah betik itu _________________ ke tanah. A. jatuh B. pecah C. turun

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Soalan 18 berdasarkan gambar 5

Gambar 5

18. Tulisan Siti seperti ________________. A. kaki ayam B. cakar ayam C. rabun ayam

19. Manaf ______________________ apabila diejek. A. naik angin B. buang angin C. makan angin

Soalan 20 berdasarkan gambar 6

Gambar 6

20. Haris _____________________ buku cerita daripada Shafik. A. membaca B. membalut C. meminjam

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

Soalan 21 berdasarkan gambar 7

Gambar 7

21. Meena menyusun ______________ di perpustakaan. A. bakul-bakul B. buku-buku C. kotak-kotak

22. Menara Kuala Lumpur sungguh________________. A. rendah B. lebar C. tinggi

23. Pak Abu memelihara ayam__________________ itik. A. atau B. dan C. tetapi

24. Datuk saya sudah___________________. A. tua B. muda C. lama

Soalan 25 berdasarkan gambar 8

Gambar 8 . 25. Suasana di padang itu_____________________. A. bising B. senyap C. baik

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

26.Linda memberikan buku itu_________________Sally. A. pada B. kepada C. ke

27. Ain ________________. Dia mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan. A. cepat tangan B. otak cair C. telinga kuali

28. Mereka sekeluarga sedang _______________ televisyen. A. menonton B. melihat C. menyaksikan

Soalan 29 berdasarkan gambar 9

Gambar 9

29. Air kolam itu sangat ___________________. A. dalam B. jauh C. tinggi

30. Geetha tiba di sekolah __________________pukul 7.30 pagi. A. ke B. pada C. kepada

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

CONTOH KERTAS UJIAN MURID

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

KRB PENGANTAR BAHASA MELAYU

You might also like