Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran EDU 3106 merupakan satu kursus yang wajib pada semester

ini. Ia banyak memberi pendedahan tentang pelbagai kelompok masyarakat di Malaysia dan memberi saya kesedaran tentang kepelbagaian kaum dan pengetahuan tentang adat resam selain struktur masyarakat. Selain itu, kursus ini sangat sesuai bagi guru ber latar belakang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai ras dan etnik.Pada pendapat saya kursus ini merupakan satu agen perpaduan dan perubahan yang boleh menyatupadukan masyarakat kita dengan menerapkan ilmu adat resam pelbagai kaum di Malaysia.Selain itu, pendedahan tentang pelbagai perkara berhubung pembelajaran murid yang ada kaitan tentang budaya pembelajaran di bilik darjah sangat berguna. Saya juga mendapat pendedahan tentang interaksi dan cara menjalinkan hubungan dengan murid dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya bilik darjah sentiasa dalam kawalan saya. Dalam pada itu,dalam perbincangan berkaitan pedagogi dalam.Kursus ini, saya telah mendapat pendedahan tentang pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya yang sering terdapat di kawasan pedalaman atau terpencil. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga Negara untuk hidup bersama dan bersatu kearah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran iaitu cara guru untuk mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagaian tersebut. Saya dapat bahan yang berkaitan melalui pembacaan tambahan,nota kuliah dan carian dalam internet. Saya berpendapat dengan melengkapkan diri saya dengan ilmu ini saya dapat mewujudkan satu suasana bilik darjah mesra budaya selain melancarkan proses pengajaran saya.Perkara paling penting yang menarik minat saya ialah pengurusan fizikal bilik darjah yang dapat melainkan suasana bilik darjah setiap kali pengajaran dan pembelajaran.

En.Mohd Mansor Mustafa merupakan pensyarah kelas kami bagi subjek ini. Beliau telah memberikan sebanyak 7 tajuk untuk perbentangan kumpulan sepetimana kehendak tugasan kursus EDU 3106. Perbentangan kumpulan terdiri daripada 2 hingga 3 orang ahli. Perbentangan tersebut akan dinilai oleh pensyarah berdasarkan beberapa kriteria yang dikehendaki iaitu stail pembentangan, kandungan pembentangan, paparan pembentangan dan aktiviti. Oleh itu guru perlu membuat persediaan dengan rapi supaya penilaian yang dibuat oleh pensyarah tidak menghampakan.Pada pandangan saya, aktiviti yang perlu dilakukan oleh kumpulan yang membentang amat bersesuaian diadakan kerana aspek-aspek seperti ini dapat meningkatkan kreativiti guru dalam mencipta atau membina aktiviti yang berkaitan. Malah, pembelajaran menjadi lebih seronok serta tidak membosankan jika guru yang membentang perlu mendengar ulasan pembentang.Masa yang diberikan oleh pensyarah adalah tiga minggu untuk membuat pembentangan. Jadi guru seharusnya dapat menyiapkan tugasan berkenaan kerana masa yang diberikan memadai. Bagi kumpulan saya yang terdiri daripada saya dan Kogilavaani, kami telah mendapat tajuk mengenai Implikasi Kepelbagaian sosio budaya dan aktiviti yang sesuai dapat diaplikasikan di kelas masa pengajaran dan pembelajaran. Pada mulanya saya merasakan tajuk yang diberikan kepada kumpulan saya amat susah diselesaikan. Saya berfikiran positif dan menganggap tugasan tersebut merupakan satu cabaran yang bermakna bagi kami. Tetapi selepas berbincang dengan pensyarah kami ia menjadi senang. Kami terpaksa berkorban sedikit wang ringgit, masa dan tenaga kami demi memenuhi kehendak tugasan. Akhirnya, kami berjaya menghasilkan aktiviti yang menarik dan dapat memenuhi kehendak soalan. Pada pandangan saya, apa yang saya alami dalam proses menyiapkan tugasan berkumpulan merupakan suatu pengalaman yang berharga buat saya. Pertamanya, tugasan tersebut dapat mendisiplinkan diri saya supaya tidak menangguhkan kerja. Keduanya, saya dapat melatih bekerja secara bekerjasama dan tugasan berkumpulan tersebut telah meransang pemikiran saya supaya lebih kreatif. Ribuan terimakasih tak terhingga kepada pensyarah saya berkat tunjuk ajar beliau telah mendidik saya supaya menjadi guru yang memenuhi falsafah pendidikan guru. Bagi tugasan individu pula kami diminta untuk mencari satu artikal yang berkaitan dengan kelas bercantum saya telah belajar bagaimana memperolehi maklumat yang berkaitan dengan tepat. Pembacaan demi pembacaan adalah perlu untuk mencari artikal yang sesuai. Melalui tugasan ini, saya sering ke perpustakaan institut untuk mencari bahan yang dikehendaki. Ia telah melatih saya supaya sentiasa komited terhadap tugasan dan bersemangat terhadap apa-apa yang

dilakukan. Saya bersyukur kepada tuhan kerana segala usaha yang saya lakukan dapat diselesaikan.Selain tugasan-tugasan tersebut, pelajar guru juga perlu menyediakan portfolio secara individu. Segala bahan-bahan pembelajaran perlu dimuatkan di dalam fail berkenaan dengan bersistematik agar mudah membuat rujukan kelak. Disiplin yang dilatih melalui tugasan penyediaan portfolio ini mengajar saya supaya tidak menangguhkan kerja yang diberikan. Hal ini kerana terdapat tugasan yang perlu dilakukan setiap minggu dan jika seseorang pelajar guru tersebut menangguhkan kerja tersebut,bermakna kerja yang banyak perlu diselesaikan disaat akhir.

You might also like