Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

1 Pengenalan Perniagaan

Nama saya Aida Adriana Binti Sulaiman. Saya telah menjalankan perniagaan menjual pakaian wanita selama dua tahun. Jenis perniagaan yang saya jalankan ini adalah milikan tunggal. Saya mempunyai seorang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM 1 500 sebulan. Antara salah satu sebab saya memilih jenis perniagaan ini adalah kerana sebagai wanita yang memahami jiwa wanita lain yang bekerjaya sudah semestinya mementingkan imej diri yang menarik demi menaikkan keyakinan diri seseorang wanita itu. Oleh itu, saya telah menjalankan perniagaan ini dari inspirasi wanita-wanita dari luar sana. Selain itu, kedai perniagaan saya berada di kawasan perumahan. Antara kelebihan saya menjalankan perniagaan ini ialah saya dapat mengenali fesyen-fesyen secara pratikal. Seterusnya, saya dapat mengetahui citarasa pelanggan dengan cara berkomunikasi antara pelanggan. Setiap perkara di dalam dunia ini pasti ada baik dan buruknya. Kepada setiap peniaga, risiko yang bakal dihadapi ialah persaingan antara peniaga. Di samping itu, kadang kala citarasa pelanggan berubah mengikut peralihan zaman.

You might also like