Sektor Perlombongan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

SEKTOR PERLOMBONGAN

Jenis-jenis mineral
Petroleum

Gas Asli

Bijih Timah
Arang Batu

Petroleum
Sektor perlombongan yang paling penting dan dijalankan pada tahun 1909 bermula di Miri, Sarawak.

Malaysia dianggarkan mempunyai simpanan petroleum mentah sebanyak tiga bilion tong.

Simpanan petroleum mentah di negara ini terletak di luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Gas Asli
Simpanan gas asli terletak di luar pantai Terengganu, Sarawak dan Sabah. Sebahagian besar gas asli dilombong untuk kegunaan dalam negara sebagai sumber tenaga elektrik.

Pusat Elektrik Paka merupakan pusat utama pengeluaran tenaga elektrik.

Bijih Timah
Muncul sebagai sektor utama sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Faktor berlakunya kemerosotan pengeluaran bijih timah di Malaysia:

Kemelesetan ekonomi dunia

Terdapat bahan pengganti yang lebih murah berbanding dengan bijih timah

Simpanan sumber bijih timah negara semakin berkurangan

Arang Batu
Fungsi: sebagai sumber tenaga yang menghasilkan elektrik yang berfungsi selepas petroleum dan gas asli. Digunakan dalam negara sahaja. Contoh: stesen jana kuasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Kapar, Selangor.

Faktor yang mempengaruhi kegiatan perlombongan


Stok atau simpanan sumber

Faktor fizikal

Faktor ekonomi

Faktor keupayaan teknologi

Faktor tenaga buruh dan kepakaran

Faktor kemudahan asas

Faktor governan

Faktor Fizikal
Dua keadaan fizikal yang mempengaruhi sektor perlombongan bijih timah iaitu: - Kawasan tanah tinggi seperti di kaki Banjaran Titiwangsa. - Kawasan tanah rendah di lembangan sungai seperti di Lembah Kinta.

Faktor Ekonomi khususnya permintaan dan harga


Faktor yang paling penting kerana mempengaruhi kapasiti pengeluaran. Permintaan terhadap petroleum dan gas asli meningkat kerana perkembangan pesat sektor perindustrian. Selain,permintaan dan harga aktiviti perlombongan juga bergantung kepada keupayaan modal.

Faktor keupayaan teknologi


Teknologi canggih diimport atau diperolehi melalui usahasama dengan syarikat asing. Usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) sentiasa dijalankan PETRONAS dalam mencari teknik baru untuk mengeluarkan sumber.

Faktor tenaga buruh dan kepakaran


Bekalan tenaga buruh mahir atau separa mahir.

Buruh mahir penting dalam kejuruteraan petroleum, R&D kawalan mutu. Di Malaysia terdapat dua buah universiti yang melatih dan mengeluarkan tenaga mahir dalam kejuruteraan petroleum iaitu (UTM) dan (UTP).

Faktor kemudahan asas


Kewujudan kemudahan pengangkutan mempengaruhi ketersampaian kepada sumber mineral. Sistem pengangkutan kereta api memainkan peranan yang penting dalam perlombongan bijih timah. Sistem paip dan kapal tangki banyak mempengaruhi perlombongan petroleum pada masa kini.

Faktor governan
Meliputi kuota pengeluaran, kelulusan permit, sistem percukaian, intensif pelaburan serta usaha R&D kepada sesebuah syarikat cari gali. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) diberi kuasa oleh kerajaan untuk mengawal aktiviti perlombongan.

Kepentingan atau sumbangan sektor perlombongan kepada penduduk dan pembangunan sosioekonomi sesebuah negara

Menyumbangkan kepada pendapatan negara


Mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada Malaysia.

Misalnya: tahun 2000, petroleum telah menyumbang RM 14.2 bilion. Sektor perlombongan telah menyumbang hampir 6.6% KDNK Malaysia.

Membuka peluang pekerjaan kepada penduduk


Peluang pekerjaan yang banyak seperti: Ahli geologi petroleum Jurutera Ahli oceaneografi Juruteknik

Contohnya: Tahun 2000 sebanyak 41 200 peluang pekerjaan telah diwujudkan sektor perlombongan.

Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran


Membantu perkembangan bidang penyelidikan dan pembangunan R&D dalam negara. Penghasilan minyak pelincir syntium yang dihasilkan oleh PETRONAS membuktikan keupayaan teknologinya.

Kesan Aktiviti Perlombongan Terhadap Alam Sekitar


Kesan ke atas Landskap Budaya Wujudnya kawasan petempatan yang berkembang menjadi pekan atau bandar.

Wujudnya rangakian sistem pengankutan seperti jalan raya, jalan kereta api, kemudahan pelabuhan dan sebagainya. Wujudnya industri yang berkaitan dengan pengeluaran sumber mineral seperti petrokimia, memproses gas asli, pengeluaran baja urea dan stesen jana kuasa.

Kesan terhadap landskap fizikal


Tinggalan kawasan perlombongan membentuk lekukan, kolam atau tasik. Pandang darat cerun-cerun bukit yang musnah akibat kesan pemotongan, dan peletupan bukit. Pandang darat kemusnahan hutan akibat daripada aktiviti mencari gali sumber mineral.

Kehilangan tanah penutup, dan gangguan ke atas profil, struktur dan tekstur tanih yang sukar diperbaiki. Kawasan tinggalan lombong biasanya menjadi kawasan amang yang tandus dan gersang. Perlombongan menggalakkan kejadian hakisan tanih dan proses pemendapan di dasar sungai.

Pembuangan sisa perlombongan di sekitar kawasan sungai. Kerosakan cerun bukit akibat penggunaan kaedah melombong secara pam hidraulik. Pencemaran udara kesan daripada pembebasan habuk dan debu dari kawasan lombong.

Kejadian tumpahan minyak yang mencemarkan air laut. Keseimbangan ekosistem marin akan terjejas.

Kemusnahan habitat menyebabkan penghijrahan spesies berlaku dan sumber perikanan nelayan akan berkurangan.

Langkah Melestarikan Sumber Perlombongan di Malaysia


Tiga langkah yang boleh diambil bagi memelihara dan memulihara ialah: Langkah perundangan Menjalankan amalan pengurusan yang strategik. Kempen dan pendidikan alam sekitar.

You might also like