Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Peraturan ini hendaklah ditampal pada setiap makmal PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR A) Makmal dan bilik persediaan

ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru. B. Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru. C. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. D. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya. E. Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. F. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. G. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal. H. Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal. I. Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru. J. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal. K. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen. L. Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah. M. Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

N. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. O. Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal. P. Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.

Q. Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru. R. Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul. B. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia. C. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan. D. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya. E. Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis. Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.

AMARAN Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturanperaturan tersebut di atas.

You might also like