Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

MASALAH SETINGGAN BANDAR JOHOR BAHRU, MALAYSIA: KAEDAH PENGENDALIAN D20101037799 Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung

Malim, Perak.

ABSTRAK Masalah setinggan merupakan masalah yang sering dihadapi di semua negara terutamanya di negara dunia ketiga, dan negara Malaysia juga tidak terkecuali daripada masalah ini. Negaranegara yang sedang membangun telah menyebabkan berlakunya pemusatan penduduk di kawasan bandar utama kerana banyak sektor ekonomi yang bertapak di kawasan tersebut. Hal ini telah menyebabkan peluang pekerjaan terbentang luas, lalu menyebabkan penduduk tertumpu di kawasan tersebut. Penumpuan penduduk di sesuatu kawasan tekah menyebabkan kawasan petempatan sedia ada tidak mencukupi lalu membawa kepada masalah setinggan. Oleh itu, permasalahan ini telah mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan Malaysia bagi menyelesaikannya. Perbincangan dalam makalah ini lebih menjurus kepada masalah setinggan atau masalah petempatan haram yang berlaku di bandar Johor Bahru. Selain itu, kajian ini turut membincangkan tentang cara pengendalian yang digunakan untuk mengekang serta membasmi masalah ini daripada terus menular ke tahap yang lebih kritikal. Kata kunci: Setinggan, perumahan, dan penempatan semula.

PENGENALAN Konotasi perkataan setinggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu konotasi secara am dan konotasi secara undang-undang. Konotasi setinggan secara am yang telah dicatatkan dalam kamus Oxford Advanced Learners Dictionary (Edisi Ke-6, 2000) telah menyatakan setinggan adalah seseorang yang tinggal di dalam bangunan atau menduduki tanah tanpa kebenaran dan tanpa membayar sewa, terutamanya di tanah rizab kerajaan. Manakala konotasi setinggan secara undang-undang pula telah tercatat dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Dalam seksyen 48 KTN, tercatat tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperoleh secara pegangan, pendudukan tak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk selama mana sekalipun. Secara keseluruhannya Setinggan dapat ditakrifkan sebagai aktiviti penerokaan atau pendudukan atau pembinaan bangunan di atas tanah hak milik pihak lain (sama ada rizab kerajaan, tanah agensi kerajaan, tanah komuniti, tanah persendirian dll) secara tidak sah dari segi undang-undang. Masalah setinggan ini merupakan masalah yang tidak dapat dielakkan di sesebuah negara, terutamanya di sesebuah negara sedang membangun seperti Malaysia. Permasalahan ini sering wujud di bandar-bandar maju seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan juga Selangor. Namun begitu, kajian yang dijalankan adalah berpusatkan kepada bandar Johor Bahru di Johor. Kewujudan masalah setinggan ini seolah-olah berangkai dengan isu sosioekonomi. Hal ini dapat dikaitkan dengan pertambahan bilangan gejala sosial seperti kecurian dan rompak apabila sesuatu kawasan itu mempunyai masalah setinggan. Manakala, masalah setinggan ini juga dikatakan berkait rapat dengan isu ekonomi ialah dari segi peluang pekerjaan dan kemiskinan. Sekiranya masalah setinggan ini tidak dibanteras dari peringkat akal umbi lagi, masalah ini dikhuatiri boleh membantutkan pembangunan negara kita. Lantas itu, satu anjakan paradigma terhadap pengendalian masalah setinggan ini harus diambil bagi mengekangnya daripada terus berlarutan sehingga ke tahap yang lebih kritikal. Negeri Johor merupakan salah satu negeri yang berada dalam kategori negeri maju di Malaysia. Oleh itu, negeri Johor turut dilanda masalah setinggan ini terutamanya di bandar Johor Bahru. Masalah setinggan di Johor Bahru dikaitkan dengan proses perbandaran yang berlaku dan juga kebanjiran penduduk dari yang datang mencari nafkah. Ketidakupayaan golongan ini dalam memiliki rumah yang sah telah menyebabkan wujudnya setinggan. Kajian terhadap masalah setinggan dan juga kaedah penyelesaian yang diguna pakai dalam menyelesaikan masalah setinggan di negeri Johor telah mendominasi makalah ini.
2

BANDAR RAYA JOHOR BAHRU, JOHOR. Perbincangan tentang masalah setinggan dalam makalah ini ditumpukan kepada bandar Johor Bahru di Johor. Bandar raya Johor Bahru ini merupakan ibu negeri kepada negeri Johor yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru juga merupakan bandar raya kedua terbesar di dalam negara Malaysia selepas bandar raya Kuala Lumpur. Terdapat tiga fungsi penting bandar raya Johor Bahru ini adalah sebagai pusat perindustrian, perdagangan dan pelancongan. Sektor pelancongan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Johor Bahru kerana disumbangkan oleh 60% pelancong dari negara Singapura. Pembangunan dari sektor perindustrian turut berkembang seiring dengan perkembangan sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kilang yang beroperasi di sekitar bandar raya Johor Bahru yang merancakkan lagi perkembangan dalam sektor perindustrian ini. Dari segi geografinya pula, bandar raya Johor Bahru ini terletak di latitud 129U dan di longitud 10344T. Bandar raya Johor Bahru ini bertempat di pinggir Selat Tebrau yang memisahkan Malaysia dengan Singapura. Keluasan bandar raya Johor Bahru adalah 185 km2. Bandar raya ini dikelilingi tanah pantai jenis paya dan juga dikelilingi sistem sungai seperti Sungai Johor, Sungai Pulai dan Sungai Tebrau. (Rujuk Lampiran 1)

MASALAH SETINGGAN DI JOHOR BHARU Menurut banci tahun 2000, kini penduduk Malaysia telah mencapai 23.27 juta orang berbanding dengan banci penduduk pada tahun 1991 yang hanya mempunyai 18.38 juta orang penduduk. Pertambahan penduduk seramai 4.9 juta orang penduduk atau dengan kadar pertumbuhan tahunan penduduk sebanyak 2.6 juta orang dalam tempoh sepuluh tahun. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk bandar dari 50.7% pada tahun 1991 kepada 62.0% pada tahun 2000. Proses urbanisasi yang hanya tertumpu pada pembangunan industri, pelaburan, infrastruktur, perkhidmatan sosial dan ekonomi telah menyebabkan peluang ekonomi tertumpu di pusat-pusat bandar sahaja. Hal ini demikian telah menyebabkan pertambahan penduduk bandar dan menyebabkan pembekalan perumahan yang sedia ada tidak mencukupi. Lantas itu, perkara ini telah menyebabkan berlakunya masalah setinggan.

Abram (1966) telah mengkategorikan penduduk setinggan kepada lima kategori utama (Abdul Aziz Husin, 2004). Antaranya ialah setinggan penyewa, setinggan pemilik, setinggan pengeras, setinggan tuan tanah, setinggan spekulator dan juga setinggan pekerjaan. Masalah setinggan yang paling banyak berlaku di Johor Bahru setinggan penyewa, setinggan pemilik dan setinggan spekulator. Setinggan penyewa merupakan penduduk yang paling miskin dan mereka ini menduduki rumah yang disewa daripada penduduk setinggan lain. Hal ini demikian kerana kebanyakannya daripada mereka merupakan golongan yang baru berpindah dari luar bandar dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menyewa di tempat yang sah. Manakala setinggan pemilik pula bermaksud penduduk di kawasan tersebut merupakan pemilik kepada rumah yang didiami tetapi bukan pemilik kepada tanah tapak rumah tersebut. Seterusnya ialah setinggan spekulator yang bermaksud, penduduk di kawasan setinggan tersebut sengaja tidak mahu berpindah daripada kawasan tersebut kerana mereka mahukan pampasan daripada tuan tanah atau pihak kerajaan. Negeri Johor merupakan negeri kedua tertinggi jumlah bilangan keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan sehingga Disember 2007 berbanding dengan negeri lain yang berada di semenanjung Malaysia. Jumlah keluarga setinggan yang masih ada di Johor adalah sebanyak 11,411 orang ( Rujuk Lampiran 2). Kawasan yang sering dikaitkan dengan masalah setinggan di negeri Johor ini ialah Kampung Semangat (rujuk Lampiran 3), Kampung Denai Pinggiran (rujuk Lampiran 4), Kampung Desa Melayu (rujuk Lampiran 5), Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak (rujuk Lampiran 6), Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah. Kesemua lokasi kawasan setinggan ini berada dalam lingkungan kawasan bandar raya Johor Bahru. Kewujudan kampungkampung setinggan di Johor Bahru ini telah cukup untuk membuktikan bahawa isu atau masalah rumah setinggan ini memang berada pada tahap yang membimbangkan dan ia akan menjadi lebih kritikal jika tidak diselesaikan (rujuk Lampiran 7). Kampung-kampung setinggan yang disenaraikan ini banyak didiami oleh penduduk tempatan, tetapi ada juga yang didiami oleh warganegara asing seperti Kampung Tok Siak. Kewujudan perkampungan setinggan ini telah menimbulkan banyak masalah termasuklah masalah kemiskinan, peningkatan gejala sosial, kawasan penagihan dadah, samseng, dan taraf pendidikan yang rendah. Selain itu, keadaan persekitarannya yang tidak mesra alam seperti sistem kumbahan yang tidak sistematik dan pembinaan rumah yang tidak terancang telah menyebabkan kecacatan pemandangan memberikan imej yang kurang baik kepada masyarakat umum. Oleh itu, kaedah pengendalian yang drastik perlu dilakukan.
4

MASALAH SETINGGAN DI JOHOR BAHRU: MASALAH YANG DIUNDANG Masalah setinggan di Johor Bahru telah mengundang kepada banyak masalah. Antaranya ialah masalah pencemaran, penularan wabak penyakit, dan peningkatan kes sosial. Masalahmasalah ini telah menyebabkan kecacatan dalam urbanisasi bandar Johor Bahru. Lantas itu, langkah-langkah yang bersesuaian yang drastik perlu dilaksanakan bagi membasmi masalah setinggan ini dan sekali gus menyelesaikan masalah yang diundang oleh kewujudan kawasan setinggan ini. Masalah pertama yang diundang oleh masalah setinggan ialah masalah pencemaran. Pembinaan rumah-rumah yang tidak terancang di kawasan haram telah menyebabkan pengurusan sisa pepejal di kawasan setinggan tidak terurus. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran darat iaitu, sisa-sisa domestik telah dibuang merata-rata tempat dan tidak diuruskan dengan betul. Selain itu, pengurusan sisa domestik yang tidak teratur ini turut menyebabkan berlakunya pencemaran air. Ironinya, penduduk di kawasan setinggan ini suka mengambil jalan mudah untuk mengendalikan sisa domestik mereka dengan membuangnya di sungai berhampiran, maka hal ini telah menyebabkan berlakunya pencemaran darat dan air. Buktinya dapat dirujuk Lampiran 8. Masalah kedua pula ialah penularan wabak penyakit. Kawasan petempatan setinggan ini dibina secara tidak terancang telah menyebabkan sistem kumbahan di kawasan ini juga tidak teratur. Hal ini demikian memudahkan lagi penularan wabak penyakit seperti denggi, taun, keracunan makanan, dan sebagainya. Bukti yang jelas dapat dilihat ialah melalui jurnal yang bertajuk Dengue Vectors Surveillance in Endemic Areas in Kuala Lumpur City Centre and Selangor State, Malaysia. Walaupun jurnal ini tidak menyatakan kawasan Johor Bahru turut tersenarai dalam masalah denggi di kawasan setinggan ini, tetapi kita sedia maklum bahawa Johor Bahru juga merupakan kawasan pusat bandar yang menjadi tumpuan serta terdapat banyak petempatan setinggan. Lantas itu, Johor Bahru juga dapat dikaitkan dengan masalah denggi ini. Masalah seterusnya ialah peningkatan kes sosial. Kawasan setinggan ini kebiasaannya didiami oleh penduduk yang mempunyai taraf pendidikan yang rendah dan menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan. Oleh itu, mereka mengambil mudah dengan melakukan jenayah bagi mendapatkan rezeki untuk menampung kos hidup yang tinggi di bandar. Perbuatan mereka ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan kes sosial seperti
5

mencuri, meragut, pecah rumah dan juga merompak. Selain itu, masalah sosial seperti buli, gangster dan juga penagihan dadah turut meningkat. Hal ini demikian, anak-anak di kawasan ini tidak membesar di persekitaran yang betul menyebabkan mereka terpengaruh dengan budaya sekeliling yang kurang sihat, maka berlakulah peningkatan masalah sosial akibat daripada kewujudan kawasan setinggan. Penyataan ini disokong oleh Dr. Hajah Asiah dalam laporannya yang bertajuk, Implikasi Pencerobohan Tanah Kerajaan, Kajian Kes: Bandar Raya Johor Bahru

KAEDAH PENGENDALIAN SETINGGAN DI JOHOR Antara kaedah pengendalian yang telah diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam menangani masalah setinggan di Johor Bahru termasuklah memberi pemilikan tanah, memberi Lesen Pendudukan Sementara(LPS), perpindahan ke rumah kos rendah (PPR), dan penguatkuasaan undang-undang tanah. Manakala, secara amnya, pihak kerajaan persekutuan Malaysia telah melaksanakan dua program dalam membasmi kewujudan kawasan setinggan ini. Program pertama yang diperkenalkan ialah program sifar setinggan yang bertindak untuk mengosongkan kawasan setinggan. Seterusnya ialah program perumahan awam yang melibatkan pembinaan perumahan awam kepada penduduk setinggan. Kedua-dua program ini turut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor. Kaedah memberi pemilikan tanah merupakan kaedah paling lazim yang dilakukan oleh kerajaan negeri Johor. Melalui kaedah ini, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menempatkan semula penduduk setinggan di atas tanah yang telah mereka ceroboh. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan daripada membayar pampasan dan memindahkan golongan ini ke kawasan lain. Sekurang-kurangnya kerajaan hanya rugi dari segi nilai tanah, kerana kerajaan negeri menukar pemilikan tanah kepada tanah tidak bertuan kepada tanah bertuan. Kaedah ini telah diaplikasikan oleh kerajaan negeri Johor ke atas kawasan setinggan di Kampung Seri Serdang, Kampung Sri Jaya Baru, Kampung Sentosa Dua, Kampung Sri Aman, dan Kampung Melayu Gelang Patah. Seterusnya ialah kaedah memberi Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Dalam kaedah ini, kerajaan negeri Johor telah memberikan LPS ini kepada penduduk di kawasan setinggan supaya mereka tidak menjadi penduduk haram di kawasan tersebut. Lesen yang diberikan bertujuan untuk membenarkan penduduk setinggan tinggal di kawasan tersebut
6

tetapi apabila tanah tersebut boleh diambil semula oleh pihak kerajaan, mereka tidak akan membayar sebarang wang pampasan. Oleh itu, kaedah ini dilihat dapat menjimatkan kos dari segi membayar pampasan kepada penduduk setinggan. Kaedah ini telah diguna pakai bagi kawasan setinggan di Kampung Tawakkal, Kampung Paya Kenangan Kampung Bunga Ros, Kampung Ulu Pandan, dan Kampung Lembah Murni. Langkah yang turut diambil oleh kerajaan negeri Johor dalam menangani masalah setinggan termasuklah memindahkan penduduk di kawasan setinggan ini ke kawasan perumahan kos rendah yang telah disediakan atau dikenali juga sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR). Dalam kaedah ini, semua kos dan perbelanjaan untuk pembinaan kawasan penempatan baru akan ditanggung oleh pihak yang ingin memajukan kawasan setinggan tersebut. Oleh itu, kos yang tinggi telah digunakan bagi melaksanakan kaedah ini. Antara kampung yang terlibat dengan PPR ini ialah Kampung Laut, Batu 10 Skudai dan Kampung Lembah Jaya, Tebrau. Kaedah penguatkuasaan undang-undang tanah turut dilaksanakan kerajaan negeri Johor dalam menangani masalah setinggan. Penguasaan undang-undang tanah di bawah seksyen 425, Kanun Tanah Negara tahun 1965 telah menyatakan tindakan perlu diambil terhadap penduduk di kawasan setinggan terutamanya terhadap warga asing yang mendiami kawasan tersebut. Warga asing ini kebanyakannya terdiri daripada Indonesia, Myanmar, Kemboja, India, Bangladesh, dan sebagainya. Rakyat tempatan yang menceroboh tanah rizab kerajaan sememangnya satu perbuatan yang salah dari sisi undang-undang dan inikan pula warganegara asing yang kebanyakannya terdiri daripada pendatang tanpa izin (PATI). Kesalahan yang dilakukan mereka ini memang tidak dapat dimaafkan, dan memang wajar penguatkuasaan kanun tanah negara dilaksanakan kerajaan negeri Johor dalam

menyelesaikan masalah ini. Kampung setinggan yang dikenal pasti penduduknya ialah warga asing ialah Kampung Pertanian Masai, Kampung Pasir Dalam, Kampung Sungai Tiram dan Kampung Sc Batu 2. Seterusnya, kita melihat kepada pengenalan kepada program sifar setinggan. Program ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2005 bagi membasmi setinggan di kawasan bandar dan lain-lain yang terlibat dengan masalah setinggan ini. Pelancaran program ini adalah melibatkan semua negeri yang ada di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak. Kerajaan negeri Johor juga tidak terkecuali dalam melaksanakan program ini bagi membasmi masalah setinggan. Bancian penduduk di kawasan
7

setinggan telah dilaksanakan bagi mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar penduduk setinggan yang wujud dan tindakan membasmi akan dilakukan dengan mengambil kira dari segi semua aspek, termasuklah kos pelaksanaan dan kebajikan penduduk. Pelaksanaan kaedah ini melibatkan keseluruhan bandar raya Johor Bahru dan juga negeri Johor. Langkah terakhir ialah melalui program perumahan awam. Program ini telah dirangka oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membuat penempatan semula penduduk di kawasan setinggan seluruh negara. Antara kaedah yang digunakan ialah mewujudkan Program Perumahan Rakyat Bersepadu, serta Program Perumahan Rakyat Dasar Baru untuk disewa dan dimiliki. Pelaksanaan program perumahan ini adalah sejajar dengan pelaksanaan program sifar setinggan sebagai wadah untuk menyelesaikan masalah setinggan yang berlaku.

KESIMPULAN Kesimpulannya masalah setinggan ini tidak boleh dipandang enteng kerana kegagalan dalam pengendaliannya akan membawa impak yang besar terhadap pembangunan negara kita. Hal ini demikian kerana, masalah setinggan ini merupakan masalah berangkai yang akan mendatangkan banyak kesan terhadap aspek-aspek lain apabila gagal dikendalikan dengan baik. Seterusnya merujuk kepada kaedah pengendalian masalah setinggan oleh kerajaan negeri Johor, saya merasakan kaedah yang sedia ada adalah sudah memadai tetapi cuba kurang dari segi pelaksanaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui, sehingga kini masih lagi wujud kawasan setinggan di Johor Baharu. Kawasan setinggan yang wujud ini semakin bertambah-tambah dan kawasan setinggan yang sedia ada juga masih terbentang elok kerana tiada tindakan yang diambil pihak kerajaan negeri Johor.

LAMPIRAN

Lampiran 1: Peta Johor Bahru, Johor. Sumber: Blog Travelog (http://isatravelog.blogspot.com/p/peta.html)


9

BIL

NEGERI

BIL. KELUARGA SETINGGAN YANG BELUM DIPINDAHKAN 11,181 1,068 343 11,411 6,370 2,266 3,443 14,282 36 399 974 699 1,069 9,339 23,692 86,572

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

W.P.KUALA LUMPUR W.P.LABUAN SELANGOR JOHOR PULAU PINANG PERLIS KEDAH PERAK MELAKA NEGERI SEMBILAN PAHANG TERENGGANU KELANTAN SARAWAK SABAH Jumlah

Lampiran 2: Statistik Bilangan Keluarga Setinggan yang Masih Belum Dipindahkan di Seluruh Negara Sehingga Disember 2007. Sumber: Diperoleh dan Diubahsuai Dari Jabatan Perumahan Negara, Ogos 2008.

Lampiran 3: Kawasan setinggan di Kampung Semangat, Kempas, Johor Bahru. Sumber: Artikel Illegals rent ex-squatters' homes oleh Chuah Bee Kim (Mac, 2011)
10

Lampiran 4: Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor Bahru. Seumber: Artikel Isu Kampung Denai Pinggiran: Pintu Perubahan di Johor oleh Abu Safuan.

Lampiran 5: Kampung Desa Melayu, Stulang, Johor Bahru. Sumber: Blog EDL dan Setinggan di (http://edldansetinggan.blogspot.com).

11

Lampiran 6: Kampung Tok Siak, Stulang, Johor Bahru. Sumber: Artikel Usaha capai sifar setinggan oleh Jaafar Ahmad.

12

MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) BILANGAN BIL NAMA KAWASAN RUMAH i. Kg. Melayu Sepakat ii. Kg. Berkat 1 iii. Kg. Al-Ikhsan 757 iv. Kg. Bakti v. Kg. Stulang Baru 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 Kg. Bunga Ros Kg. Paya Kenangan Kg. Pasir Tebrau Kg. Lembah Murni Kg. Denai 1 Lorong Aman Lorong Masjid Kg. Permatang 5 Lembah Bistari Kg. Tenang Kg. Muafakat Kg. Padu Kg. Tahana Kg. Bukit Alif Kg. Kencana A Kg. Kencana B Kg. Skudai Kiri Kg. Usaha Jaya Kaw. Sekitar Hospital Permai Kg. Pasir Brunai
13

STATUS TANAH Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Rizab Sungai Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Rizab Jab. Haiwan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Rizab Kaw. Lapang Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Rizab KUSTA Rizab Hops. Permai Tanah Kerajaan

48 22 27 27 11 37 29 44 39 20 88 20 47 27 45 21 827 22 1300 163

22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

Kg. Pengkalan Rinting Kg. Sri Serdang Kg. Serdang Baru Kg. Sri Jaya Kg. Bukit Batu Kg. Desa Melayu Kg. Desa Jaya Kg. Desa Makmur Kg. Tengah Kg. Belantik Kg. Melayu ( Jln Budiman) Kg. Sri Makmur Plentong Kg. Laut batu 10 & 11 Skudai Kg. Sri Purnama Kg. Pasir Tebrau Kg. Baru Ulu Pandan Kg. Baru Pandan Kg. Jaya Sepakat Sekitar Sg. Plentong TOTAL

115 79 105 126 216 272 212 172 50 182 120 123 360 87 33 49 88 25 54 6089

Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan Tanah Kerajaan

Lampiran 7: Senarai Rumah Setinggan di Kawasan Johor Bahru Sumber: Laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Negeri Johor (28 Julai 2009)

14

BIBILIOGRAFI Dr. Hajah Asiah Othman (2006). Laporan Akhir Penyelidikn Jangka Pendek Implikasi Pencerobohan Tanah Kerajaan. Kajian Kes: Bandar Raya Johor Bharu. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor. M/surat (29-44).

Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan: Isu Pengurusan, Undang-undang dan Pembangunan Harta Tanah.

Haji Salleh Buang (2003). Kanun Tanah Negara 1965 dan pelbagai undang-undang berkaitan tanah, satu tinjauan. Seminar pentadbiran dan perundangan untuk pegawai daerah/ pentadbir tanah semenanjung Malaysia pasa 15-16 Disember 2003.

Hamid Saad (1988). Petempatan dan Asas Pertapakan Bandar: Rujukan kepada Semenangjung Malaysia Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jamaluddin Husin (2004). Projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah. Akbar Berita Harian pada 2/1/2004.

Katiman Rostam (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

C.D.Chen, B.Seleena, W.A.Nazni, H.L.Lee, S.M.Masri, Y.F.Chiang and M.Sofian-Azirun (2006). Dengue Vectors Surveillance in Endemic Areas in Kuala Lumpur City Cebtre and Selangir State, Malaysia. Dengue Bulletin: Vol-30.

15

Azlinor Sufian dan Nor Asiah Mohamad (2009). Squatters and Affordable Houses ini Urban Areas: Law and Policy in Malaysia. Theorical and Empirical Researches in Urban Management. Number 4(13)/ November 2009.

Yaso Nadarajah. Life Under the Freeway in Malaysia: Community Resilience amidst Modernization in Contemporary Malaysia. Dislocation: Local Global.

Badrul Hisham b. Baharuddin. Pengurusan Bandar. Diperoleh dari pdf Pengurusan Bandar (http://peperiksaan.dbkl.gov.my/sppi/public/borang/PENGURUSAN%20BANDAR)

Sumber Internet: Malaysia Achiving The Millennium Development Goals: Suxxesses And Challenges. Diterbitkan Economic Planning Unit, Prime Ministers

Department,Malaysia.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. ( 28 Julai 2009). Laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Johor.

16

HGM 3043:
GEOGRAFI BANDAR DAN METROPOLITAN
Tajuk: Tugasan Individu PILIH SEBUAH BANDAR DI MALAYSIA DAN BINCANGKAN MASALAH SETINGGAN DI BANDAR TERSEBUT. MASALAH SETINGGAN BANDAR JOHOR BAHRU, MALAYSIA: KAEDAH PENGENDALIAN.

No. Matrik No.Kad pengenalan Semester Program Nama Pensyarah

: D20101037799 : 901228-03-5882 : Sem 3 sesi 2011/2012 : AT-33 Pendidikan Geografi : Dr. Mazdi Bin Marzuki

17

18

You might also like