Teori Pelaziman Operan Group

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.0 TEORI BEHAVIORISME 1.

2 PENGENALAN
Aliran ini memandang manusia sebagai mesin (homo mechanicus) yang dapat dikendalikan tingkahlakunya melalui suatu pelaziman (conditioning). Sikap yang diinginkan dilatih secara berterusan sehingga menimbulkan maladaptive behaviour atau tingkahlaku menyimpang. Tingkahlaku yang terbentuk daripada pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman yang bermaksud manusia yang dilatih dengan sesuatu cara secara berterusan akan membentuk satu tabiat baru atau tingkahlaku yang baru. Konsep peneguhan dalam menjayakan kaedah ini adalah penting kerana membantu untuk menacapai matlamatnya.

2.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER Skinner menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal tingkahlakunya. Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan.

Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Eksperimen Skinner Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

2.1 PENEGUHAN Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner telah membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. . 2.1.1 Peneguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apabila sesuatu kelakuan atau tindakbalas diikuti

dengan stimulus yang positif maka murid akan mengulangi kelakuan atau tindakbalas tersebut. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Contoh situasi ialah apabila murid mengemukakan soalan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, guru memberikan pujian. Pujian tersebut merupakan satu peneguhan positif yang memotivasikan murid dan pada masa akan datang, murid tersebut akan mengemukakan lebih banyak soalan kepada guru. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah:a) b) c) d) e) f) Memuji secara ikhlas Memuji dengan cepat Memuji tanpa pilih kasih Memuji usaha dan cuba jaya Memuji tingkah laku yang spesifik Memuji jawapan atau respon yang spontan

Peneguhan positif

2.1.2 Peneguhan negatif Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Peneguhan negatif dibuat sekiranya murid mempamerkan atau membuat satu tingkahlaku yang tidak baik semasa berada di dalam kelas. Peneguhan negatif biasanya akan menyebabkan murid merasa tidak selesa dan mungkin malu melalui teguran dan leteran. Contoh situasi ialah apabila murid lambat menyiapkan tugasan tepat pada waktunya, guru akan berleter ataupun memberi teguran secara negatif. Teguran dan leteran tersebut merupakan peneguhan negatif yang akan menyebabkan murid menyiapkan tugasan tepat pada waktunya pada masa akan datang. diulangi oleh murid-muridnya. Melalui peneguhan negatif juga guru dapat mengurangkan kemungkinan sesuatu tingkahlaku

Peneguhan negatif

2.2 DENDAAN Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut

Dendaan Dendaan boleh dibahagikan kepada dua iaiutu dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran. Contoh dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran dijelaskan melalui jadual di bawah.

You might also like