Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

HARITH, HASMADIL, ERFAN

PENGENALAN
Pluralisme : Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti : wujud kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka Pluralistik : wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British

GARIS MASA PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

ZAMAN SEBELUM SINGAPURA (SEBELUM 1399/ 1400M)

Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura

ZAMAN SINGAPURA DAN PASAI/SAMUDERA(1399/1400 MASIHI-1511 MASIHI)


Sang Nila Utama(bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama. Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedangang dan bukan pedagang.

ZAMAN MELAKA (1399/1400-1511M)


Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit. Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting.

Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termasyhur di rantau Alam Melayu. Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam. Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah. Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam. Hubungan etnik telah mewujudkan dengan masyarakat Cina, India, Arab, dan Eropah melalui aktiviti perdagangan.

Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat. Proses asimilasi(perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama.

ZAMAN JOHOR (1511 1612M)


Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka. Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan Melaka.

KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU


Bahasa, kesusasteraan dan kesenian. Pendidikan Budaya

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALITI OLEH PENJAJAH

Kedatangan Inggeris ke Alam Melayu membawa konsep pemikiran pemisahan negara dan agama, negara kolonial sekular Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan, manakala sains dianggap penyumbang kepada kemajuan. Inggeris turut memperkenalkan sistem pentadbiran berasaskan 3 unsur penting, iaitu: Kehakiman, Eksekutif dan Perundangan

Bernard Cohn, pengkaji India British berpendapat kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang, tetapi juga epistemologi atau sistem pemikiran penduduk peribumi. melibatkan proses penggantian sistem pemikiran tempatan dengan sistem pemikiran sistematik modus penyiasatan

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Kedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah British. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British menjadi faktor penggerak kedatangan orang-orang China dan India ke Tanah Melayu.

Berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang China dan India yang datang dengan orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni. Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun non-material. Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam daripada agama mereka

British mula bertapak kukuh menerusi satu campurtangan secara tidak langsung pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi dari Kedah. Bagi memastikan penaklukkan mereka berjalan lebih tersusun dan sistematik penasihat British kemudiannya turut di tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB). Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah Melayu.

Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan agama dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat Melayu terletak di bawah urustadbir. British kemudiannya gagal kotakan janji tidak campurtangan dalam urusan agama dan adat istiadat Melayu.

Politik

Perlembagaan

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA


Pendidikan

Ekonomi

POLITIK
Politik: Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang berupaya melaksanakan sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan

PERLEMBAGAAN
Perlembagaan: Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini.

Sebagai panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara ini. mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu.

Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad. Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Malaysia.

Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili rakyat, Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah. Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British untuk kemerdekaan Tanah Melayu:

Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu

Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun 1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar.

PENDIDIKAN
Pendidikan:

Semasa penjajahan pendidikan dibahagikan kepada 3 peringkat:


Pendidikan British rendah dan menengah (elit MCI) Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh British, untuk jadi petani yang pandai sikit. Terdapat juga sekolah agama/Quran Sekolah vernakular Cina dan India.

Bahasa pertuturan sesuatu golongan

Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi.

Laporan Razak 1956 Laporan Rahman Talib 1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957, BI masih bahasa rasmi.

Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:

(i) sekolah berbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan bukubuku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara Cina dan India (John Lowe 1960).

EKONOMI
Ekonomi Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosiopolitik. Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagikan kepada empat peringkat;

Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960) Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru. Dasar Pembangunan Negara hingga.

Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik:

Pertama, sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran (cth getah, bijih timah). Kedua, sistem ekonomi tradisional yang diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1967).

KESIMPULAN

Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah memahami pembentukan masyarakat plural. Pluraliti telah sedia wujud di Alam Melayu. Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan persetujuan bersama.

You might also like