Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Syarahan: Yang Mulia Tuan Pegerusi Majlis, Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Dr Haji Ali Mahmood, Timbalan Pengarah, pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, pensyarah-pensyarah cemerlang dan pelajar-pelajar yang dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang. Begitulah tajuk syarahan saya pada pagi yang mulia lagi indah ini. Sebelum saya melanjutkan syarahan saya, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya. Menurut Kamus Dewan edisi ke-3, "Guru" bermaksud pendidik, pengajar atau pengasuh. Guru ibarat lilin yang membakar diri, menyala dan menerangi hati anak-anak ke lembah ilmu. Justeru, guru berusaha untuk melahirkan anak-anak yang digelar insan cemerlang, yakni seseorang individu manusia yang merangkul kejayaan serta kecemerlangan dalam kehidupan. Untuk melahirkan insan cemerlang, negara memerlukan guru yang berkualiti, pendidik atau pengasuh yang bermutu tinggi. Begitulah makna yang tersirat dalam tajuk syarahan saya , iaitu guru yang berkualiti amat signifikan untuk melahirkan insan cemerlang yang mampu berbakti demi nusa dan bangsa. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Guru yang berkualiti ialah guru yang mampu melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh keikhlasan. Imam Habib Abdullah Hadad pernah mengulas bahawa tanpa keikhlasan maka perbuatan yang dilaksanakan adalah untuk menunjuk -nunjuk kepada orang ramai. Keikhlasan, secara tuntasnya, ialah satu nilai murni yang diperlukan kerana dengan adanya nilai ini, seseorang individu pasti akan melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, tanpa berputus asa dan sempurna. Sebagai contoh, kita dapat melihat keikhlasan seseorang guru melalui kisah-kisah mereka yang sanggup mengajar murid-murid di kawasan pedalaman dan luar bandar. Kisah-kisah mereka sering dipaparkan di dada media-media elektronik dan media cetak. Untuk melaksanakan atau menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan. Hatta, mereka sanggup berjalan kaki, menaiki sampan malah ada yang
1

terpaksa berenang untuk sampai ke sekolah. Mereka tidak mengharapkan dan mengidamkan sebarang balasan. Mereka sanggup berbuat demikian hanya kerana mereka ialah guru, iaitu seorang pendidik yang memikul harapan nusa dan bangsa dalam usaha membimbing anak bangsa kita ke arah era yang terbilang. Hadirin-hadirat yang dihormati, Guru yang berkualiti haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang. Ilmu ialah salah satu syarat yang mustahak untuk melahirkan guru yang berkualiti kerana tanpa memiliki ilmu, seseorang individu tidak mungkin dapat menjadi seorang pendidik yang menyampaikan ilmu kerana dirinya tidak mempunyai ilmu. Falsafah China pernah mengatakan bahawa, orang yang berilmu di dunia ibarat bintang di langit, menjadi petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Hal ini jelas memaparkan bahawa gurulah yang menjadi penunjuk arah dan penyampai ilmu. Gurulah yang bakal membimbing anak bangsa ke arah kecemerlangan. Jadi, untuk melahirkan seseorang guru yang kaya dengan ilmu, maka setiap guru pada masa kini perlulah diberikan latihan di institut-institut perguruan terlebih dahulu supaya mereka yang bakal menjadi pendidik memiliki ilmu dalam apa-apa jua bidang dan intihanya, melahirkan anak bangsa yang luas berpengetahuan pada masa depan. Hadirin yang dihormati sekalian, Berakhlak mulia juga merupakan salah satu syarat yang mesti ada pada seorang guru yang berkualiti. Guru ibarat ibu dan bapa kepada pelajar-pelajar di sekolah. Mereka merupakan role model bagi murid-murid atau anak didik di sekolah. Falsafahfalsafah Islam pernah mengatakan bahawa "Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan akan dapat mempengaruhi manusia dengan hartamu, maka dari situ pengaruhi mereka dengan wajah yang manis dan berbudi pekerti yang mulia. Jadi, guru haruslah sentiasa berakhlak mulia untuk melahirkan anak-anak murid yang turut mulia dari segi akhlaknya. Sebagai contoh, kes-kes keganasan guru terhadap murid sering dipampangkan di dada media-media elektronik. Sikap-sikap atau akhlak guru yang melampaui batasan ini bukan sahaja menunjukkan bahawa dia gagal menjadi seorang pendidik, malahan dicerca gagal menunjukkan teladan yang baik terhadap anak didik mereka. Oleh hal
2

yang demikian, jelaslah bahawa guru yang berkualiti ialah guru yang berakhlak mulia dan ini menjadi kunci kejayaan dalam usaha untuk melahirkan insan cemerlang. Guru juga haruslah sentiasa berhikmah semasa mendidik. Perkataan hikmah ini membawa maksud bijaksana. Berhikmah merujuk kepada kebolehan seseorang pendakwah yang mempelbagaikan kaedah dakwahnya agar sesuai dengan suasana semasa. Hal ini sama juga dalam peranan sebagai seorang guru. Guru haruslah sentiasa menganalisis dan membuat refleksi terhadap amalan mereka, menilai keberkesanan pengajaran mereka dan memperbaiki kaedah pengajaran dan

pembelajaran. Mereka haruslah sentiasa mencari dan menggunakan kaedah yang sesuai semasa mendidik. Kementerian Pelajaran kita telah menyarankan guru supaya menggunakan teknologi multimedia bagi membantu pembelajaran mereka. Untuk kekal sebagai seorang guru yang berkualiti, setiap guru hendaklah sentiasa berusaha menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi merupakan kaedah yang bijaksana untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hadirin yang dihormati sekalian, Seorang guru yang berkualiti haruslah dapat menguasai pelbagai domain seperti kognitif, sosial, fizikal dan emosi untuk membantu mereka mengalami proses pertumbuhan. Ilmu pengetahuan ini akan dapat membantu guru memahami keadaan atau latar belakang pelajar bagi membentuk pengalaman pembelajaran yang produktif. Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa mengambil berat terhadap anak didik mereka. Guru haruslah sentiasa peka terhadap emosi pelajar-pelajar dan sesuaikan dengan teknik pembelajaran yang efektif untuk melahirkan insan negara yang cemerlang. Secara tuntasnya, guru yang berkualiti akan dapat merealisasikan falsafah negara yang cemerlang. Falsafah-falsafah yang cermelang dapat menjamin

pembangunan sesebuah negara di samping melahirkan sebuah negara yang dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara moden yang lain. Oleh itu, sebagai seorang guru, marilah kita sama-sama untuk meningkatkan kualiti diri kita ke arah melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insan yang cemerlang
3

datang daripada guru yang berkualiti. Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, izinkan saya berpantun, berbunyi

Guru mengajar sepenuh hati, Usaha melahirkan pelajar cemerlang, Setiap cadangan akan direalisasi, Agar murid terus gemilang.

Setakat ini sahaja syarahan saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Refleksi: Setinggi-tingginya penghargaan ingin saya tujukkan kepada pensyarah

pembimbing saya, Puan Tuan Zainab binti Wi yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kumpulan saya sepanjang melaksanakan kerja kursus ini. Dengan kesabaran beliau, kerja kursus kumpulan saya dapat disiapkan dengan baik. Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan. Sebelum ini, saya tidak berapa tahu cara-cara penulisan sesebuah teks syarahan. Namun, dengan bimbingan pesyarah dan juga membuat rujukan terhadap buku-buku serta bahan-bahan lain, saya dapat menguasai ilmunya. Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan. Ia haruslah memberi ucapan salam dan menyebut nama kepada tetamu hadir yang dijemput khas dengan mengikut urutan betul berdasarkan statusnya. Tujukan juga salam kepada pihak-pihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan. Biasanya, bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta meyakinkan. Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi. Jika mengemukakan masalah, calon hendaklah

menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan. Syarahan juga mestilah menarik agar pendengar tidak merasa jemu. Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapati bahawa guru yang berkualiti amat signifikan untuk melahirkan insan cemerlang yang mampu berbakti demi nusa dan bangsa. Seseorang guru haruslah berkualiti barulah dapat melahirkan insan yang sempurna. Guru yang berkualiti ialah guru yang mampu melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh keikhlasan. Hanya seorang yang ikhlas baru dapat memberi tunjuk ajar kepada murid-muridnya tanpa mengharap sebarang balasan. Di samping itu, guru yang berkualiti haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang. Seseorang guru perlulah berilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang agar dapat menjadi penunjuk ajar kepada murid-murid dalam apa-apa jua masalah. Guru yang berakhlak mulia juga sangatlah penting bagi seseorang guru yang berkualiti. Hanya seorang yang beraklak mulia baru dapat melahirkan anak-anak murid yang turut mulia dari segi akhlaknya. Sebagai akhirulkalam, saya mendapati bahawa untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bukanlah senang. Seorang guru yang berkualiti haruslah melengkapkan diri daripada pelbagai bidang. Oleh hal demikian, saya akan berusaha untuk mencapai hasrat-hasrat tersebut. Saya berharap agar saya juga akan dapat menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa hadapan. Sekian, terima kasih. LILY LING HUI LI (PPISMP 3D)

Seinfiniti penghargaan kepada pensyarah saya, iaitu Puan Tuan Zainab binti Wi yang banyak memberi taklimat dan dorongan tentang kerja kursus ini. Saya bersyukur kerana dapat menyempurnakan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Tugasan ini merupakan hasil daripada saya dengan rakan-rakan sekumpulan saya. Selepas menyempurnakan kerja kursus ini, saya telah mempelajari cara-cara untuk menulis syarahan. Syarahan disampaikan secara individu kepada khalayak ramai untuk menghuraikan atau menjelaskan tentang sesuatu tajuk. Syarahan dapat dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu syarahan berbentuk pertandingan dan terbuka. Dalam kerja kursus ini, kami telah menulis sebuah syarahan yang berbentuk terbuka. Syarahan jenis ini bukan untuk pertandingan, tetapi disampaikan kepada khalayak ramai. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami telah menghadapi masalah untuk memilih tajuk syarahan. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat perbincangan dengan ahli kumpulan dan merujuk kepada pensyarah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Selepas mendapat penjelasan daripada pensyarah, kami telah mendapat ikhtibar dan memilih tajuk Guru Berkualiti Menjana Insan Cemerlang. Selain itu, kami juga menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang dipilih. Untuk mengatasi masalah ini, saya bersama-sama dengan ahli kumpula telah mencari dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber, contohnya buku, internet, majalah dan sebagainya. Maklumatmaklumat yang didapati telah diaplikasikan dalam syarahan yang dihasilkan. Untuk menyempurnakan kerja kursus ini, saya dan ahli-ahli kumpulan telah menjalankan tanggungjawab masing-masing. Kesimpulannya, kerja kursus ini telah memberi banyak input yang berharga kepada saya contohnya menulis sebuah syarahan dengan sempurna. Input-input yang berharga itu haruslah diamalkan dalam pembelajaran supaya dapat membantu saya dalam kehidupan seharian pada masa yang akan datang. CHUNG CHOI UNG (PPISMP 3D)

Bibliografi: 1. Baba, H. (1997). Kemahiran Penugasan Untuk Guru. Kuala Lumpur: Maskha Sdn.Bhd. 2. Elias, A. M. (2004). Mengajar Secara Efektif. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 3. et.al., M. A. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah. Cerdik Publications Sdn.Bhd. 4. Fooi, F. S. (2009). Etika Perguruan. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 5. Format Syarahan. (n.d.). Retrieved from

http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksyarahan.htm. 6. Hassan, A. (2007). Guru Pendorong Dalam Darjah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 7. Mohd., A. (2002). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Pahang Datul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd. 8. Sang, M. S. (2011). Pengantar Pendidikan Teras. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

You might also like