Kepentingan Perlembagaan Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Definisi Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara.

Ia adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia juga merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1857.

Sejarah perlembagaan Malaysia


Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk Kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar kepada Malaysia.
Home >> Artikel, Nasional >> Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia


Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia dapat dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu. Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu, Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia. Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu, sekurangkurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.

Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Malayan Union 1946 Maayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka. Perjumpaan Kongres Melayu Pertama 1946 Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu sebagai bumiputera. Penubuhan UMNO 1946 Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk menggantikan Malayan Union. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948. Pilihanraya Pertama Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada

penghujung tahun 1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja. Rundingan Kemerdekaan Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. W akil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan kemerdekaan yang sepenuhnya. Suruhanjaya Reid Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka rang undangundang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118 kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan. Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli, iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British, Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut. Kemerdekaan Tanah Melayu Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang

ramai di Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuankesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Penubuhan Malaysia Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undangundang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Apakah kejadian yang akan berlaku sekiranya tiada perlembagaan ?


Sekiranya sebuah negara kekurangan perlembagaan yang bagus, pelbagai perkara yang teruk akan berlaku.Sebagai contoh,sekiranya sebuah negara kekurangan perlembagaan yang bagus,negara begitu akan menjadi :1)Negara akan berada dalam keadaan yang huru-hara. 2)Kerajaan tidak dapat mentadbir negara dengan senang. 3)Para rakyat terpaksa hidup dalam ketakutan serta kebimbangan. 4)Gejala sossial akan berlaku di merata-rata tempat.

Kepentingan Perlembagaan Malaysia

Segi Politik
Sistem Kerajaan Persekutuan yang berlandaskan kepada demokrasi berparlimen dapat dijalankan melalui 2 cara :1. Unit politik negara yg boleh dibahagikan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri 2. Memberikan rakyat hak untuk memilih kerajaan yang dapat memerintah dengan adil Dengan menggunakan cara pertama,pertindihan kuasa dapat dielakkan dan dapat mengurangkan pemusatan kuasa manakala dengan cara kedua,rakyat boleh menentukan hala tuju politik negara.

Segi Sosial
Dengan wujudnya Perlembagaan Malaysia :-

Hak dan kebebasan warganegara terjamin

Contoh : - Hak = Berhak memperoleh perlindungan yang sama rata - Kebebasan = bebas bergerak , bebas menetap di mana-mana bahagian negara , bebas bersuara , bebas menganuti agama , bebas memiliki harta dan sebagainya.

Keselamatan rakyat terjamin Keagamaan , keturunan dan kebudayaan seseorang warganegara tidak akan didiskriminasi kerana warganegaratidak dibenarkan menimbulkan perkara sentimen perkauman

Segi Ekonomi
Dengan adanya Perlembagaan Malaysia,segi ekonomi Malaysia juga akan mendapat faedah iaitu kestabilan dalam ekonomi negara dapat diwujudkan dengan mengubal peruntukan tertentu. Peruntukan yang dimaksudkan termasuklah :

kewangan hak pekerja hak pengguna cara urus niaga pasaran saham jenayah perdagangan kutipan cukai eksport dan import urus niaga mata wang negara dan lain-lain

Dengan mengubalkan peruntukan seperti yang dinyatakan,garis panduan kepada peniaga dapat diwujudkan. Selain itu,pelbagai kegiatan ekonomi juga dapat dilaksanakan oleh kerajaan.

Proses penggubalan Perlembagaan Malaysia


Berikut merupakan proses penggubalan Perlembagaan Malaysia.

1. Menteri dengan pihak kementerian akan menyediakan draf undang-undang. 2. Jabatan Peguam Negara akan meneliti draf undang-undang dan menulis draf tersebut semula dalam bentuk perundangan. 3. Rang undang-undang dibincangkan di Jemaah Menteri.Baginda perlu meluluskan draf undang-undang tersebut sebelum dibawa ke parlimen. 4. Menteri berkenaan membentangkan rang undang-undang di Parlimen dengan hanya membacakan tajuk rang undang-undang. 5. Perbahasan secara menyeluruh dan mendalam dijalankan oleh ahli-ahli Parlimen tentang rang undang-undang. Pengundian dijalankan. 6. Rang undang-undang akan ditelitikan secara terperinci oleh ahli-ahli jawatankuasa. Pindaan akan dibuat mengikut keperluan tertentu. 7. Rang undang-undang akan dibahaskan sekali lagi. Undian akan diadakan untuk meluluskan rang undang-undang.

8. Dipersembahkan unutk diperkenankan oleh Yang di-Pertua Agong. 9. Rang undang-undang diwartakan untuk dijadikan undang-undang. Undang-undang begini dikenali sebagai akta.

Apakah kesan wujudnya perlembagaan di sesuatu negara ?


Dengan adanya undang-undang yang teratur dan adil dalam sebuah negara,rakyat yang berdisiplin tinggi dapat dilahirkan. Dengan melahirkan rakyat yang berdisiplin tinggi secara banyak, masalah sosial yang sering berlaku di bandar ataupun di kampung dapatlah dikurangkan dan lambat laun dapatlah gejala sosial dilenyapkan dari dunia ini lalu wujudlah negara aman dan damai yang dinanti-nantikan oleh para rakyat dan para perdana menteri. Secara ringkasnya :1. Undang-undang yang adil dan saksama terhadap semua rakyat 2. Rakyat berdisiplin tinggi dapat diwujudkan 3. Bilangan berlakunya gejala sosial dapat dikurangkan Dan akhirnya wujudlah negara yang aman dan damai.

You might also like