PENGKID

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DEFINISI PENGKID PENGKID merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki, termasuk tingkah laku,

sikap dan tindakan, bahkan kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis. Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral dan sosial kewanitaan yang mereka miliki. Fenomena sosial biasanya dapat dilihat melalui beberapa ciri peribadi, antaranya cara berpakaian seperti lelaki, imej pada diri misalnya berambut pendek seperti lelaki dan gemar melakukan aktiviti yang selalu dilakukan golongan lelaki. Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit, seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seorang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan. Ada pihak mendakwa, sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid disebabkan kecenderungan dari usia kanak-kanak yang lebih berminat kepada perempuan dan persekitaran mereka dibesarkan. Fenomena berlaku atas keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual seorang perempuan bersama perempuan lain, dengan alasan hanya perempuan mengetahui keinginan perempuan dan menjanjikan kepuasan yang lebih. Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata. Pengkid dipanggil juga tomboi kerana kedua-duanya membabitkan makna yang sama iaitu remaja perempuan yang berkelakuan seperti lelaki. Tomboi atau pengkid pula dikatakan berhubung kait dengan lesbian. Ini kerana tomboi atau pengkid akan menunjukkan identiti lesbian apabila usia semakin meniti kedewasaan. Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870. Perkataan lesbian daripada kata sifat merujuk kepada pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubung kait dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain.

HUKUM PENGKID MENURUT ISLAM

Di kalangan para sarjana Islam,hubungan luar tabii yang berlaku di antara seorang wanita dengan wanita lain dinamakan sihaq atau musahaqah di mana ianya merupakan perbuatan yang bertujuan memuaskan nafsu seks masing- masing dengan cara yang tertentu (Enakmen Undang- Undang Kanun Jenayah Syariah (11) 1993, (Hukum Hudud), Negeri Kelantan, fasal 19). Amalan sihaq atau musahaqah merupakan amalan terkutuk di dalam Islam. Tidak ada ulama yang mengatakan iainya sesuatu yang halal di sisi syara. Pengharamannya merujuk kepada firman Allah di dalam surah al- Mukminun, ayat 5-6 dan sebuah Hadith Rasulullah saw yang bermaksud: seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan yang lain dalam sehelai kain Maksud Hadith ini amat jelas menunjukkan pengharaman liwat dan musahaqah di antara seorang perempuan dengan pasangan perempuannya

Menurut pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al- Quran dan Al- Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Azwira Abdul Aziz, fatwa pengharaman pengkid tidak seharusnya dipersoalkan lagi kerana boleh dikatakan semua ulama sama ada jalur hadis atau fikah atau dari pelbagai aliran mazhab, telah sepakat mengatakan penyerupaan atau penipuan gender adalah suatu perkara yang haram. Tidak kiralah sama ada penyerupaan wanita terhadap lelaki atau penyerupaan lelaki terhadap wanita. Dari sudut hukum asal, pengharaman pengkid adalah jelas dan tiada khilaf di kalangan ulama pun. Tamadun awal kegemilangan Islam ada merakamkan kewujudan kelompok wanita menyerupai lelaki atau lelaki menyerupai wanita ini dalam beberapa hadis sahih. Baginda Rasulullah s.a.w dengan hikmahnya telah menggariskan beberapa kaedah yang proaktif dan tegas sebelum gejala negatif itu menular ke dalam masyarakat.

Pernah suatu ketika baginda berada di dalam rumah Ummu Salamah, baginda terdengar seorang mukhannah ( mak nyah) berkata kepada adik Ummu Salamah: "Sekiranya Allah memberi kemenangan kepada kamu ke atas Taif esok, nescaya aku akan tunjukkan kepadamu anak perempuan Ghailan, yang bila dilihat dari hadapan ( badannya) berbelang empat dan bila dilihat dari belakang (badannya) berbelang lapan." Mendengar kata- kata itu, Nabi s.a.w berkata: " Halau mereka (mak nyah) keluar dari rumah kamu." (al- Bukhari, no:5887 dan 6834). Ini membuktikan syariat Islam mempunyai prinsip yang tegas bagi mengharamkan penyerupaan gender antara kaum lelaki dan perempuan. Nabi s.a.w bersabda: " Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang meyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki ( Al- Bukhari, no:5435). Laknat adalah suatu hukuman yang berat bagi kesalahan yang berat pada pertimbangan syariat Islam. Lantas, tiada khilaf di kalangan ulama dalam mengharamkan kedua- dua perkara tersebut. Dengan kata lain, hukum wanita menyerupai lelaki sama haramnya dengan hukum lelaki menyerupai wanita. Bahkan tindakan tegas juga dikenakan ke atas kedua- dua mereka. Dalam hal ini diterangkan dengan lebih lanjut oleh al- Hafiz Ibn Hajar al- Asqalani yang memetik kata- kata Ibn at- Tin yang bermaksud:" Yang dimaksudkan dengan laknat dalam hadis ini ialah penyerupaan dari segi pakaian. Adapun jika penyerupaan itu sampai ke tahap melakukan hubungan kelamin luar tabii, maka celaan dan hukuman lebih berat berbanding yang tidak sampai ke tahap itu." ( Al- Asqalani,Fath al-Bari BiSyarh Sahih al- Bukhari, 10:333).

Dalam sebuah hadis lain, Nabi s.a.w. pernah didatangi oleh seorang mak nyah yang menginaikan tangan serta kakinya, lalu baginda memerintahkan individu tersebut dibuang ke Daerah An- Naqi'( sebuah kawasan pedalaman di mana aktiviti jual beli kambing dijalankan)." Dalam hadis itu, si sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Bukankah lebih baik dibunuh sahaja?" Nabi s.a.w menjawab:"Sesungguhnya aku dilarang membunuh orang yang bersolat."(Riwayat Abu Daud, No. 4928.) Tindakan buang daerah seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w itu turut dilakukan oleh Khalifah Umar al- Khattab r.a terhadap beberapa individu mak nyah dan pengkid di zaman pemerintahannya.

KESIMPULAN

Sedar atau tidak, golongan pengkid secara langsung melakukan dua jenayah iaitu jenayah syariah dan jenayah yang boleh meruntuhkan institusi keluarga. Jika tidak dibendung, gejala ini boleh membuka kepada jenayah yang lebih besar. Oleh itulah fatwa pengharaman pengkid dikeluarkan bagi menyelamatkan orang Islam, malah gejala ini juga ditolak oleh agama lain.Dalam hal ini, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam membasmi gejala pengkid. Pelaksanaan"amar ma'ruf nahi mungkar" mesti disebarkan secara lebih menyeluruh. Implikasi buruk gejala pengkid perlu didedahkan melalui siaran media massa kerana gejala ini bercanggah dari segi nilai agama, moral, serta budaya masyarakat timur. Di samping itu, secara peribadinya penulis merasakan adalah perlu digubal dan diwujudkan satu peruntukan seksyen yang khusus kesalahan pengkid ini dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri supaya kerisauan yang dinyatakan oleh pengerusi majlis fatwa dalam sidang akhbar beliau ketika menghebahkan fatwa pengharaman pengkid tidak akan menjadi lebih parah dan menjadi satu realiti pada masa hadapan. Sepertimana yang biasa dituturkan dalam satu kata hikmah Mencegah Itu Lebih Baik Daripada Merawat, maka adalah berpatutan sekiranya langkah penguatkuasa melalui undang-undang dilaksanakan

You might also like