Garis Panduan Menghadapi Kebakaran Dan Kecemasan Di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

GARIS PANDUAN MENGHADAPI KEBAKARAN DAN KECEMASAN DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (IPKKM)

Unit Keselamatan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia


1

GARIS PANDUAN MENGHADAPI KEBAKARAN DAN KECEMASAN DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.

TUJUAN

1.1

Garis panduan ini disediakan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman penjawat awam di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM) yang dilantik menganggotai Pasukan Bertindak Kebakaran dan Kecemasan (PBKK), khususnya mengenai tatacara dan tindakan yang perlu

diambil bagi menghadapi sebarang insiden kebakaran di IPKKM.

2.

LATAR BELAKANG

2.1

Ahli PBKK di IPKKM dilatih dengan kemahiran dan pengetahuan dalam menghadapi situasi bencana seperti gegaran, kebakaran, ancaman bom dan seumpamanya;

2.2

Tragedi bencana yang mengakibatkan kemusnahan aset, dokumen dan kehilangan nyawa merupakan satu fenomena yang perlu ditangani dengan segera dan berkesan; dan

2.3

Dengan wujudnya PBKK, maka terbentuklah kumpulan penjawat awam yang mempunyai kemahiran dalam

penggunaan

peralatan kebakaran dan kelengkapan

keselamatan serta berkeupayaan bertindak segera untuk memberi bantuan menyelamat dan evakuasi di samping mampu mengendalikan situasi kecemasan dengan cekap dan efisien.
2

3.

PBKK 3.1 3.2 PBKK di IPKKM ditubuhkan pada Disember 2005 dan telah dikemaskini keahlian dan peranannya pada 2010; Penubuhannya adalah berikutan kejadian kebakaran di Aras 11 Blok E7, Kompleks E, Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada tahun 2005; PBKK ditubuhkan di Blok E1, E6, E7, E10, Presint 3 (Bahagian Pengurusan Latihan), Bangunan PERKIM Kuala Lumpur, Kompleks Jalan Cenderasari, Presint 15 (Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu) dan Jalan Bangsar (Malaysian Health Tourism Council (MHTC)). Lampiran I menunjukkan senarai ahli PBKK yang ditubuhkan di fasiliti KKM yang terlibat; dan Rajah 1 menunjukkan struktur Organisasi PBKK yang ditubuhkan. Rajah 1 : Struktur Organisasi PBKK
Pengurus Kebakaran dan Kecemasan

3.3

3.4

Penolong Pengurus Kebakaran dan Kecemasan Ketua Blok Penolong Ketua Blok

Pasukan Komunikasi /Penyelenggaraan

Ketua Tingkat (Floor Marshal)

Pasukan kawalan Keselamatan/Trafik

Penolong Ketua Tingkat

Pasukan Penyelamat/Evakuasi

Pasukan Pemadam

4.

PERANAN PBKK 4.1 Pasukan ini terdiri daripada penjawat awam yang dilantik mengikut tingkat dan blok bangunan tempat mereka bekerja. Setiap ahli pasukan ini telah dilatih dan memahami akan tanggungjawab masing-masing ketika menghadapi sebarang kebakaran dan kecemasan; 4.2 Dengan adanya kursus dan latihan kepada Ahli PBKK, mereka seharusnya berupaya dan mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi menguruskan situasi kejadian

kebakaran atau kecemasan yang lain; dan 4.3 Berikut dinyatakan peranan setiap Ahli PBKK semasa kejadian kebakaran atau kecemasan :

4.3.1 Pengurus Kebakaran dan Kecemasan i. Bertanggungjawab terhadap keselamatan

penghuni/penjawat awam serta persekitaran tempat kerja. ii. iii. Menggerakkan organisasi bila berlaku kecemasan. Mengeluarkan arahan untuk mengaktifkan pelan pengungsian bangunan. iv. Memaklumkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi mengenai kebakaran atau kecemasan. v. Bekerjasama dengan agensi berkaitan semasa

berlaku kebakaran atau kecemasan. vi. Menyediakan maklumat untuk laporan kejadian.

4.3.2 i.

Penolong Pengurus Kebakaran dan Kecemasan Membantu merancang dan melaksanakan aktiviti dan latihan kebakaran / pengungsian bangunan.

ii.

Membantu menentukan keselamatan penghuni serta persekitaran tempat kerja semasa kejadian.

iii.

Membantu menggerakkan organisasi bila berlaku kecemasan.

iv.

Membantu

mengeluarkan

arahan

untuk

mengaktifkan pelan pengungsian bangunan. v. Membantu agensi berkaitan semasa berlaku

kebakaran atau kecemasan. vi. Membantu menyediakan maklumat kepada pihakpihak berkaitan untuk menyediakan laporan

kejadian.

4.3.3 i.

Ketua Blok Melaporkan kepada Pengurus Kebakaran dan

Kecemasan / Penolong Pengurus Kebakaran dan Kecemasan mengenai kebakaran atau kecemasan. ii. Mengarahkan Pasukan Komunikasi untuk membuat pengumuman bencana dan mengaktifkan penggera selepas mendapat kebenaran Pengurus Kebakaran dan Kecemasan. iii. Memastikan Ketua Tingkat serta Pasukan-

Pasukannya di setiap tingkat berfungsi dengan sempurna kecemasan. semasa kejadian kebakaran dan

4.3.4 i.

Penolong Ketua Blok Membantu melaporkan kepada Pengurus

Kebakaran dan Kecemasan / Penolong Pengurus Kebakaran dan Kecemasan mengenai kebakaran atau kecemasan sekiranya ketiadaan Ketua Blok. ii. Mengarahkan Pasukan Komunikasi untuk membuat pengumuman bencana dan mengaktifkan penggera selepas mendapat kebenaran Pengurus Kebakaran dan Kecemasan. iii. Membantu memastikan Ketua Tingkat serta

Pasukan-Pasukannya di setiap tingkat berfungsi dengan sempurna semasa kejadian kebakaran dan kecemasan. iv. Menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di luar blok untuk kegunaan JBPM, PDRM dan Pasukan Perubatan. v. Mengumpul maklumat terkini dan lengkap untuk dimaklumkan pada JBPM, PDRM dan Pasukan Perubatan

4.3.5 Ketua Tingkat i. Memeriksa dan mengesahkan kejadian serta

melaporkan kepada Ketua Blok. ii. Mengarahkan Pasukan Evakuasi untuk

mengaktifkan sistem penggera dan memastikan pengungsian terkawal. iii. Memastikan semua penghuni mengungsikan aras berkaitan. iv. Melaporkan situasi kepada Ketua Blok secara berkala.
6

4.3.6 Penolong Ketua Tingkat i. ii. Membantu memeriksa dan mengesahkan kejadian. Membantu mengarahkan Pasukan Evakuasi untuk mengaktifkan sistem penggera dan memastikan pengungsian terkawal. iii. Mengetuai penghuni aras ke zon berkumpul yang telah ditetapkan mengikut blok masing-masing. iv. Memeriksa kehadiran penghuni di zon berkumpul dengan membuat head count dan memberi laporan lengkap kehadiran kepada Ketua Blok. v. Membantu Ketua Tingkat melaporkan maklumat kejadian kepada Ketua Blok.

4.3.7 i.

Pasukan Penyelamat / Evakuasi Memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan perubatan.

ii.

Melaporkan kepada Ketua Tingkat dan Ketua Blok akan keadaan mangsa / tempat kejadian.

iii.

Membantu mereka yang kurang upaya, dikenalpasti mengidap penyakit kronik serta ibu mengandung untuk mengungsikan bangunan.

iv.

Memastikan tiada penghuni yang terperangkap di dalam lif semasa kejadian.

v.

Memastikan pintu, tingkap, suis dan lain-lain ditutup.

4.3.8 i.

Pasukan Pemadam Memadam kebakaran sekiranya kecil dan tidak merbahaya menggunakan peralatan melawan

kebakaran sedia ada. ii. Membantu agensi berkaitan dalam merancang dan mengendalikan situasi. iii. iv. Membantu Pasukan Penyelamat sekiranya perlu. Menyediakan pelan susun atur bangunan untuk operasi menyelamat.

4.3.9

Pasukan Komunikasi / Penyelenggaraan

i. Hubungi agensi/pasukan berkaitan dengan segera apabila dimaklumkan mengenai kebakaran atau kejadian kecemasan yang lain. ii. Maklumat yang perlu disampaikan kepada agensi / pasukan Penyelamat berkaitan ialah: a. Nama dan lokasi bangunan b. Lokasi kebakaran atau kejadian kecemasan yang lain iii. Membuat pengumuman melalui sistem siaraya

mengikut skrip bagi tujuan evakuasi bangunan. iv. Mengenalpasti kedudukan dan lokasi kejadian.

4.3.10 Pasukan Kawalan Keselamatan / Trafik i. Mengawal keadaan sekitar kejadian dan bangunan sebelum keadaan diisytiharkan selamat. ii. Mengawal lalu lintas di kawasan kejadian dan membantu penghuni untuk ke zon berkumpul. iii. Memastikan laluan ke tempat kejadian bebas dari halangan untuk kegunaan kenderaan Pasukan

Penyelamat. iv. Melaporkan status trafik dan kejadian kepada Ketua Blok. v. Memberi pandu arah kepada Pasukan Penyelamat untuk ke tempat kejadian.

5.

CARTA ALIRAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

5.1

Semasa kejadian kebakaran dan kecemasan, setiap Ahli PBKK memainkan peranan masing-masing dalam

mengawal situasi supaya setiap prosedur dan ketetapan dilaksanakan mengikut aturan. Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan adalah terbahagi kepada 2 carta iaitu Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Tingkat / Blok dan Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Umum;

5.2

Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Tingkat / Blok adalah meliputi kejadian bencana yang hanya meliputi sesuatu tingkat / blok. Carta aliran ini digunapakai sekiranya berlaku kejadian yang hanya akan melibatkan pengungsian pada 1 unit blok sahaja. Kejadian ini akan meliputi bencana kebakaran, ancaman bom, dan keretakan. Rajah 2 di halaman berikutnya menunjukkan Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Tingkat / Blok; dan

5.3

Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Umum adalah meliputi kejadian bencana yang akan mengakibatkan kecemasan di seluruh Blok IPKKM. Carta aliran ini akan meliputi seluruh ahli PBKK untuk bertindak mengikut arahan dari Pengurus Kebakaran dan Kecemasan. Antara contoh bencana yang terlibat adalah gegaran atau gempa bumi, banjir dan tanah runtuh. Rajah 3 menunjukkan Carta Aliran Kebakaran dan Kecemasan Umum.

10

RAJAH 2 : CARTA ALIRAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN TINGKAT / BLOK SENARIO


MULA KEBAKARAN ATAU KECEMASAN
Merangkumi kejadian bencana yang hanya meliputi sesuatu tingkat/blok

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

PENGGERA AKTIF

Sekiranya berlaku kebakaran pada tingkat, penggera akan aktif secara automatik pada aras yang terlibat Mengesahkan kejadian dengan melakukan pemeriksaan tingkat/blok Memaklumkan kepada Pengurus Kebakaran mengenai hasil pemeriksaan yang telah dibuat Arahan kepada Pasukan Komunikasi untuk membuat pengumuman bencana dan mengaktifkan penggera sekiranya penggera belum diaktifkan lagi Pengumuman dibuat berkenaan dengan pengungsian mengikut teks yang disediakan

PENGESAHAN BENCANA

Ketua Blok

Tidak Ya

Ketua Blok

PENGUMUMAN

Pasukan Komunikasi/Penyelenggaran

PUSAT KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK)

Menubuhkan PKTK berdekatan dengan Zon Berkumpul dan memastikan ia dilengkapi dengan kelengkapan sewajarnya Menghubungi Agensi Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Ambulans Membantu Penghuni keluar dari bangunan dan menyelamatkan mangsa (seperti Orang Kurang Upaya dan wanita mengandung) serta Memeriksa pintu, tingkap dan suis ditutup

Ketua Blok

HUBUNGI PASUKAN KESELAMATAN / AGENSI BERKAITAN

Pasukan Komunikasi/Penyelenggaraan

Pasukan Evakuasi

Penyelamat/

PENGUNGSIAN

Memadam kebakaran yang berlaku di tingkat/blok dan membantu Agensi Penyelamat Mengawal lalulintas semasa pengungsian dan memberi pandu arah kepada Pasukan Penyelamat untuk ke tempat kejadian serta memastikan laluan bebas dari halangan untuk kegunaan Agensi Penyelamat Setiap penghuni akan berkumpul di zon berkumpul yang telah ditetapkan mengikut blok masing-masing Pemeriksaan kehadiran setiap penjawat awam mengikut aras masing-masing di zon berkumpul Laporan kehadiran akan dikemukakan kepada Ketua Blok untuk tindakan menyelamat sekiranya perlu

Pasukan Pemadam Pasukan Keselamatan/Trafik Kawalan

Pasukan Komunikasi akan membuat pengumuman berkenaan dengan false alarm setelah mendapat arahan dari Pengurus Kebakaran dan Kecemasan

BERKUMPUL DI ZON YANG DITETAPKAN

PEMERIKSAAN KEHADIRAN

Penolong Ketua Tingkat

PEMERIKSAAN BANGUNAN

Melaksanakan pemeriksaan struktur bangunan

ke

atas

Pasukan Penyelamat JBPM, Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya dan Pasukan Komunikasi/ Penyelenggaraan

Tidak Ya

Status keselamatan bangunan akan dimaklumkan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian Pengumuman berkenaan dengan status keselamatan bangunan selamat diduduki atau tidak

Pengurus Kebakaran dan Kecemasan / Penolong Pengurus Kebakaran Pasukan Komunikasi/Penyelenggaraan Ketua Setiausaha KKM

PENGUMUMAN

TAMAT

Jika keadaan tidak selamat, Ketua Setiausaha KKM boleh meluluskan cuti kecemasan berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 1986 (Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am)

11

RAJAH 3 : CARTA ALIRAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN UMUM SENARIO


MULA INSIDEN KECEMASAN UMUM
Merangkumi kejadian bencana yang melibatkan semua blok di bawah tanggungjawab Pengurus Kebakaran dan Kecemasan seperti gempa bumi atau gegaran Mengesahkan kejadian dengan melakukan pemeriksaan tingkat/blok Memaklumkan kepada Pengurus Kebakaran mengenai hasil pemeriksaan yang telah dibuat Ketua Tingkat/Ketua Blok

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB

PENGESAHAN BENCANA

Tidak Ya

Arahan kepada Pasukan Komunikasi untuk membuat pengumuman bencana dan mengaktifkan penggera sekiranya penggera belum diaktifkan lagi Pengumuman dibuat berkenaan dengan pengungsian mengikut teks yang disediakan

Pengurus Kebakaran Kecemasan / Ketua Blok

dan

PENGUMUMAN

Pasukan Komunikasi/Penyelenggaran

PUSAT KAWALAN TEMPAT KEJADIAN (PKTK)

Menubuhkan PKTK berdekatan dengan Zon Berkumpul dan memastikan ia dilengkapi dengan kelengkapan sewajarnya Menghubungi Agensi Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Ambulans Membantu Penghuni keluar dari bangunan dan menyelamatkan mangsa (seperti Orang Kurang Upaya dan wanita mengandung) serta Memeriksa pintu, tingkap dan suis ditutup

Ketua Blok

HUBUNGI PASUKAN KESELAMATAN / AGENSI BERKAITAN

Pasukan Komunikasi/Penyelenggaraan

Pasukan Evakuasi

Penyelamat/

PENGUNGSIAN

berlaku di Memadam kebakaran yang tingkat/blok dan membantu Agensi Penyelamat Mengawal lalulintas semasa pengungsian dan memberi pandu arah kepada Pasukan Penyelamat untuk ke tempat kejadian serta memastikan laluan bebas dari halangan untuk kegunaan Agensi Penyelamat Setiap penghuni akan berkumpul di zon berkumpul yang telah ditetapkan mengikut blok masing-masing Pemeriksaan kehadiran setiap penjawat awam mengikut aras masing-masing di zon berkumpul Laporan kehadiran akan dikemukakan kepada Ketua Blok untuk tindakan menyelamat sekiranya perlu

Pasukan Pemadam Pasukan Keselamatan/Trafik Kawalan

Pasukan Komunikasi akan membuat pengumuman berkenaan dengan false alarm setelah mendapat arahan dari Pengurus Kebakaran dan Kecemasan

BERKUMPUL DI ZON YANG DITETAPKAN

PEMERIKSAAN KEHADIRAN

Penolong Ketua Tingkat

PEMERIKSAAN BANGUNAN

Melaksanakan pemeriksaan struktur bangunan

ke

atas

Penyelamat JBPM, Agensi Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya dan Pasukan Komunikasi/ Penyelenggaraan

Tidak Ya

Status keselamatan bangunan akan dimaklumkan di Pusat Kawalan Tempat Kejadian Pengumuman berkenaan dengan status keselamatan bangunan selamat diduduki atau tidak

Pengurus Kebakaran dan Kecemasan / Penolong Pengurus Kebakaran Pasukan Komunikasi/Penyelenggaraan Ketua Setiausaha KKM

PENGUMUMAN

TAMAT

Jika keadaan tidak selamat, Ketua Setiausaha KKM boleh meluluskan cuti kecemasan berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 1986 (Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am)

12

6.

LANGKAH-LANGKAH KECEMASAN 6.1

DIAMBIL

KETIKA

KEBAKARAN

Arahan Pengungsian Bangunan (Evakuasi) 6.1.1 Pengurus Kebakaran dan Kecemasan mempunyai kuasa untuk mengarahkan pengungsian bangunan (evakuasi) atau memasuki semula bangunan setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada agensi berkaitan; 6.1.2 Pasukan Komunikasi/Penyelenggaraan hendaklah membuat pengumuman kecemasan dengan sertamerta setelah dibenarkan oleh Ketua Blok melalui Pengurus Kebakaran dan Kecemasan. Arahan

pengungsian bangunan hendaklah dibuat dengan jelas melalui sistem siaraya dan penggera

kecemasan; dan 6.1.3 Ketua Blok hendaklah memastikan penghuni di setiap tingkat selamat keluar dan berlindung di tempat yang selamat. Ketua Tingkat hendaklah melaporkan kepada Ketua Blok dari semasa ke semasa. 6.2 Pengumuman Kecemasan / Penggera Keselamatan 6.2.1 Pasukan Komunikasi / Penyelenggaraan setelah mendapat kebenaran evakuasi / memasuki semula bangunan oleh Ketua Blok melalui Pengurus

Kebakaran dan Kecemasan hendaklah dengan segera siaraya;


13

membuat

pengumuman

melalui

sistem

6.2.2 Pengumuman yang dibuat hendaklah dengan jelas serta mengikut skrip yang telah ditetapkan meliputi arahan pengungsian, keselamatan penghuni, lokasi berkumpul serta tatacara evakuasi; dan 6.2.3 Contoh skrip : SILA AMBIL PERHATIAN!! Semua penjawat awam di Blok E7 di arah untuk mengungsikan bangunan dengan segera dan harap bertenang. Gunakan tangga kecemasan berdekatan dan dilarang menggunakan lif. Sila patuhi arahan yang diberi oleh Ketua Tingkat dan berkumpul di tempat berkumpul yang ditetapkan iaitu di Dataran Gunasama bagi Blok E7 6.3 i. Agensi Yang Perlu Dihubungi Segera JBPM - Gerakan menyelamat dan memadam kebakaran atau kebahayaan lain. a. Talian Kecemasan b. Pusat Operasi JBPM Putrajaya 999 03-88880964

ii. PDRM Pemantauan trafik dan orang ramai. a. b. Talian Kecemasan Bilik Gerakan Polis Putrajaya 999 03-88862144

iii. Pasukan Perubatan (Hospital) - Rawatan kecemasan akibat kecederaan. a. b. Talian Kecemasan Pusat Operasi Ambulan Putrajaya - 999 - 03-88889273

(Ketua-Ketua Blok di Luar Kompleks E, Putrajaya perlu mendapatkan talian kecemasan agensi yang perlu dihubungi berdekatan dengan kawasan masing-masing)
14

6.4

Tempat Berkumpul (Assembly Point)

6.4.1 Satu tempat yang lapang, jauh daripada sebarang struktur binaan, tiang-tiang elektrik/ telefon serta pokok-pokok besar; 6.4.2 Penetapan kawasan berkumpul adalah dengan nasihat dan pandangan JBPM; dan 6.4.3 Ketua Blok bagi setiap blok bertanggungjawab memastikan semua penghuni blok dalam keadaan selamat. 6.4.4 Ketua-Ketua Blok di luar Kompleks E, Putrajaya perlu

mengenalpasti tempat berkumpul mengikut kesesuaian kawasan masing-masing.

7.

PENUTUP 7.1 Dalam suasana menghadapi sebarang krisis atau

bencana, semua ahli PBKK perlu peka dan berhati-hati semasa mengendalikan proses evakuasi, menyelamat dan memadam kebakaran kerana risikonya amat tinggi; dan 7.2 Latihan dan kursus-kursus pengurusan krisis perlu

diadakan bagi meningkatkan prestasi dan kemahiran setiap ahli apabila berhadapan dengan sebarang bencana.

Disediakan Oleh : Unit Keselamatan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia

15

You might also like