Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

a Huraikan amalan budaya mengenai tiga kumpulan etnik di Malaysia dan bagaimana kepelbagaian budaya dapat menyumbang kepada

keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Namun begitu, kaum Melayu, Cina dan India merupakan tiga etnik utama di Malaysia dan telahpun menetap di Malaysia selama 5 abad. Setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan masingmasing yang telah diwarisi sehingga hari ini. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kebanyakkan adat orang melayu juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil ritual. Tarian Masyarakat Melayu, Makyong ialah satu tarian drama Melayu tertua yang berasal dari negeri Siam. Tarian ini dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh bangsa Melayu, terutamanya ke negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Pada asalnya, Makyong hanya dipersembahan di istana sahaja. Alat muziknya dipengaruhi oleh alat mizik lama, seperti rebab iaitu sejenis perkakas alat muzik yang memakai tiga utas tali yang digesek seperti biola, tetapi bezanya ia mempunyai ukiran dan dicat dengan warna-warni yang merupakan percampuran kesenian Siam dengan Melayu. Gendang, geduk, gedombak, celempong, gong dan sepasang buluh yang panjangnya sekira-kira 18 inchi untuk tempoh irama dalam lahu Makyong ini ikut sama dalam tarian itu. Dalam satu pasukan Makyong adalah mengandungi kira-kira 20 orang lelaki dan perempuan termasuk ahli seni bunyian dan serombnongan penari perempuan yang digelar "Jong Dondang". segala jalan cerita dilakonkan itu bukanlah dengan bertulis tetapi dijalan dengan berhafal. Cerita yang dilakukan oleh Makyong berasaskan cerita dongeng dan khayalan, cerita jin dan mambang, dan sebagainya. Jarang sekali mengupas cerita kehidupan masyarakat di sekelilingnya.

Permainan gasing dan wau merupakan permainan tradisonal kaum melayu. Permainan gasing memerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di merata-rata tempat di negara Malaysia. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia dimainkan selepas musim menuai. Di pantai barat Semenanjung gasing yang dimainkan adalah jenis yang kecil dan mempunyai pelbagai bentuk. Layang-layang atau Wau amat digemari oleh pendudukpenduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Pakaian tradisional bagi kaum lelaki iaitu baju Melayu Terdapatnya tiga jenis baju Melayu bagi kaum lelaki iaitu baju gunting cina, baju cekak musang dan baju teluk belangga. Baju gunting cina merupakan pakaian yang biasanya dipakai di rumah dan waktu bertamu ke rumah kerabat terdekat. Baju ini akan dilengkapi dengan celana dan songkok. Baju cekak musang selalunya dipakai dalam pertemuan setengah rasmi atau acara keluarga seperti kenduri. Pada perayaan hari raya dan majlis perkahwinan, baju teluk belanga biasanya menjadi pilihan kaum lelaki samaada yang dewasa mahupun kanak-kanak. Cara pemakaian baju cekak musang dan baju teluk belanga adalah berbeza. Samping baju teluk belanga biasanya dipakai di luar manakala samping baju cekak musang dipakai di dalam. Pakaian kaum perempuan melayu yang biasa dipakai iaitu baju kurung dan baju kebaya. Baju kurung merupakan baju bersopan yang berciri keselesaan, longgar, labuh dan panjang. Kelengkapan baju kurung terdiri daripada selendang atau tudung. Baju kurung mempunyai paten yang tidak sama seperti baju kurung Johor, Pahang, Kedah, moden dan sebagainya. Baju kebaya pula mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Potongan baju kebaya labuh yang juga dikenali sebagai baju panjang mempunyai labuh baju yang dikecilkan sedikit mengikut bentuk badan pemakai. Baju kebaya pendek pula telah diubahsuai iaitu mempunyai sulaman berbiku di bahagian hujung lengan dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju. Kelengkapan baju

kebaya lazimnya terdiri daripada selendang, aksesori dan sebagainya. Selain baju kurung dan baju kebaya, terdapat juga jenis baju yang lain seperti baju kebarung, baju jubah, baju kaftan dan lain-lain. Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya berdasarkan Takwim Tahun Islam. Di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun. Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya ini dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir. Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku

dialek.Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan, dan Fuzhou(Hokchiu). Masyarakat cina juga mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka. Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit. Pada asasnya, adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat iaitu adat merisik, penetapan hari pertunangan dan hari perkahwinan. Dalam upacara menetapkan hari pertunangan, khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku. Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang mengikut tempoh yang ditetapkan. Pada malam hari perkahwinan, saudara mara dan kawan akan dijemput menghadiri kenduri. Di samping itu, pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk. Sebagai contoh, wanita mengandung dilarang melakukan kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Mereka juga terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak. Seperti masyarakat melayu, mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur sebulan. Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka

menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.

Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh. Pada asalnya, busana kaum cina berlapis-lapis, penuh dengan sulaman benang emas dan sutera. Pada masa kini walaupun telah diubahsuai. Jubah labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacara majlis. Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan

menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera. Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan. Salah satu daripadanya adalah kuih bulan. Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh. Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki inti biji buah teratai di tengahnya. Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya cina. Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan. Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah. Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian singa juga merupakan adat warisan masyarakat cina. Antara dua tarian singa yang amat terkenal ialah Tarian Singa Utara dan Tarian Singa Selatan. Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India

juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan

oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum. Perkahwinan masyarakat India iaitu Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu Vaitikat Thirumanam, Tamil Thirumanam, dan Diya Thirumanam yang dijalankan berlandaskan suku kaum India. Adat yang dilakukan dalam perkahwinan adalah untuk menghormati, mendapat restu dan menandakan pasangan telah menjadi suami isteri secara rasmi. Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, dimana jasad akan hancur, tetapi roh kembali ke alam barzakh. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan, iaitu Thaali vaangutal dan upacara vaikkarasi. dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung akan membawa kollic catti untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Kaum india merayakan perayaan Deepavali, Thaipusam, dan

Ponggal pada setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas itu, penganut hindu akan mengunjungi kuil untuk memberikan kalungan bunga kepada patung dewa hindu. Perayaan Thaipusam pula merupakan

perayaan yang menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Sebahagian penganut hindu melakukan Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan . Jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Ponggal diraikan secara beramai-ramai dengan memasak menggunakan periuk yang

kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah. Perayaan ponggal dianggap sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. Pakaian bagi kaum lelaki India dilengkapi dengan turban yang diperbuat daripada lembaran kain yang berwarna putih yang panjang. Pakaian ini hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Golongan ceti juga sering memakai dhoti. Mereka memakai kain tersebut yang dililit dibahagian pinggang dan diikat pada celah peha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Pakaian bagi kaum wanita ia lah Sari. Ia merupakan pakaian seharian dan pakaian pada musim perayaan. Sari digandingkan dengan choli ketat. Wanita remaja memakai skirt labuh (henga) yang dipadankan dengan baju lengan pendek atau choli. Roti Canai adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia. Roti canai biasa dijual di restoran mamak. Makanan ini kini sangat disukai bukan sahaja kaum India tetapi rakyat Malaysia. Roti canai merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung. Kini, pembuat roti canai telah mengadakan inovasi pada ramuan roti tersebut sehingga terdapat pelbagai jenis roti canai. Antaranya ialah roti canai, roti telor, roti tisu, roti sardin, roti bawang, roti pisang, roti boom dan lain-lain. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Roti canai biasa disaji bersama dengan sambal cili, sambal ikan bilis, kari ikan atau kari ayam.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat. Setelah memperkenalkan budaya tradisional kaum Melayu, Cina dan India, kita dapat mendapati terdapat persamaan dan perbezaan budaya setiap kaum. Walaubagaimanapun, kepelbagaian budaya di Malaysia bukan sahaja diamalkan oleh etnik masing-masing, malah ia juga menyumbang kepada keharmonian hubungan antara etnik di Malaysia. Pertama sekali, permainan Wau dan Gasing telah mengeratkan

hubungan semua rakyat Malaysia terutamanya di pantai timur semenanjung Malaysia. Wau bulan amat popular di pantai timur semenanjung Malaysia. Ini kerana kawasan tersebut terletak di kawasan berangin kuat. Oleh itu, kanakkanak yang tinggal di tepi pantai sentiasa bermain wau pada waktu petang, tidak kira kaum Melayu, Cina, India ataupun kaum lain. Selain itu, terdapat juga rakyat Malaysia membuat tempahan untuk membeli wau bulan yang cantik dan besar untuk menjadikan hiasan di dalam atau rumah. Semasa musim pertandingan wau, iaitu pada musim kemarau setelah selesai menuai padi terdapat banyak pertangingan wau dianjurkan di sekitar pantai timur semenanjung Malaysia. Pertandingan ini biasanya disertai oleh 2 golongan utama, iaitu golongan kanakkanak dan orang dewasa. Melalui pertandingan wau, rakyat Malaysia dapat mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa dan budaya. Bagi permainan gasing, ia juga dimainkan selepas musim menuai. Ia digunakan sebagai hiburan setelah penat menuai padi. Selain dimainkan pada

waktu harian, terdapat juga pertandingan gasing di Malaysia. Semua peserta yang menyertai pertandingan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bermain gasing. Semasa pertandingan, rakyat yang berbilang kaum dari perumahan yang berdekatan akan datang menonton dan memeriahkan tempat pertandingan. Semasa pertandingan, para penonton akan memberi sorakan kepada pemain yang mereka rasa akan menang. Selain itu, mereka juga akan saling berbincang tentang kemahiran pemain yang sedang bertanding. Dengan ini, ia permainan ini menjadi satu topik kepada rakyat yang berbilang kaum di malaysia untuk berkongsi pendapat dan pandangan seterusnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Seterusnya, pakaian tradisional kaum melayu turut dijadikan pakaian rasmi dalam majlis tertentu dan guru perempuan juga dikehendaki memakai baju melayu pada hari Khamis. Pakaian ini telah menjadi budaya yang milik raakyat Malaysia dan bukan lagi pakaian khas untuk kaum Melayu. Dalam Program Latihan Khidmat Negara, terdapat juga peserta kaum lain cuba memakai baju melayu atas rasa ingin tahu tentang perbezaan pakaian yang berlainan kaum. Dalam perayaan Hari Raya dan bulan Ramadan, kita juga dapat memperlihatkan dengan jelas bagaimana makanan melayu mengeratkan hubungan semua rakyat di Malaysia. Semasa kaum Melayu berbuka puasa pada waktu petang, kaum lain turut ikut serta berbuka puasa dan menjamu selera bersama-sama. Kita dapat memperlihatkan rakyat yang berbilang kaum mengunjung dari gerai ke gerai sambil membeli makanan yang ingin dicuba. Walaupun kebanyakan makanan kaum Melayu dimasak pedas, tetapi ia tidak menghalang kaum lain mencuba makanan mereka kerana makanan mereka tetap sedap walaupun tidak ditambah kuah pedas. Terdapat juga penjual yang prihatin akan sediakan makanan yang kurang pedas kepada pembeli kaum lain. Semasa perayaan Hari Raya, kaum Melayu akan saling kunjung mengunjungi dan saling bermaaf-maafan. Terdapat juga golongan Melayu yang akan menjemput rakan mereka untuk menhadiri rumah terbuka. Apabila rakan

datang, mereka akan menghidangkan pelbagai kuih buatan sendiri dan makan bersama-sama sambil bergembira. Kanak-kanak pula akan diberikan duit raya. Dalam kebudayaan kaum Cina pula, Perayaan Tahun Baru Cina juga mengeratkan hubungan dengan kaum yang lain. Seperti perayaan Hari Raya, kaum Cina juga akan membuat rumah terbuka semasa Tahun Baru Cina. Semasa rumah terbuka, golongan yang sudah berkahwin perlu memberi angpau kepada mereka yang belum berkahwin. Oleh itu, kanak-kanak akan berasa amat gembira kerana mereka akan dapat banyak angpau semasa Tahun Baru Cina. Dalam rumah terbuka, biasanya tuan rumah akan menjemput Tarian Singa atau tarian naga membuat persembahan di rumah mereka untuk meriahkan lagi suasana di rumah. Kanak-kanak dari kaum lain turut akan menonton bersama. Pada asalnya, tarian singa hanya ditari oleh kaum cina sahaja. Akan tetapi, kini ia juga ditari oleh kaum lain setelah mereka dilatih oleh jurulatih berkenaan. Tarian singa bukan sahaja ditari semasa Tahun Baru Cina, melah ia juga ditari apabila dijemput oleh orang lain. Pernah sekali sepasang pengantin kaum Melayu menjemput kaum cina untuk membuat persembahan tarian singa dalam perkahwinan mereka. Selain daripada perayaan Tahun Baru Cina, rakyat kaum lain juga menyertai Dragon Boat festival. Dalam perayaan tersebut, sekumpulan orang yang terdiri daripada rakyat yang pelbagai kaum akan berlumba merakit perahu naga. Dalam pertandingan tersebut peserta yang berbilang kaum akan berusaha dan bekerjasama untuk merakit ke garisan penamat. Kaum India terkenal dengan makanan tradisional mereka, ia itu roti canai. Makanan ini adalah makanan yang murah dan disukai oleh rakyat di Malaysia tanpa mengira kaum. Semasa pertandingan bola sepak ataupun pertandingan sukan, kita boleh mendapati restoran mamak yang diusahakan oleh kaum India penuh dengan orang. Para pengunjung akan memesan roti canai dan secawan minuman seterusnya menonton pertandingan sukan bersama rakannya di restoran mamak kerana terdapat televisyen. Apabila bola masuk goal, suasana

restoran akan menjadi sangat meriah. Para penonton akan menjeritkan kegembiraan mereka dan ada juga yang berasa kecewa kerana pihak lawan bagi kumpulan yang disukainya mendapat goal. Walaubagaimanapun, tidak ada pergaduhan yang berlaku. Dalam perkara ini, kita boleh mendapati makanan ini telah menjadikan restoran mamak sebagai salah satu tempat untuk rakyat yang berbilang kaum menikmati keseronokan. Melalui perayaan, makanan dan pakaian pelbagai kaum di Malaysia, kita boleh mendapati kepelbagaian budaya tidak menghalang rakyat yang berbilang kaum mencapai keharmonian dan bersatu padu. Secaran langsung dan tidak langsung, kebudayaan berbilang kaum telah merapatkan lagi hubungan antara kaum melalui keadaan yang dinyatakan di atas.

You might also like