Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

1

1.0 MODEL BILIK DARJAH

Rajah 1 Model Bilik Darjah

2.1 PENDAHULUAN Kanak-kanak belajar melalui interaksi persekitarannya. Persekitaran yang kondusif memastikan pembelajaran murid yang lebih berkesan. Persekitaran yang kondusif dapat meransang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Walaubagaimanapun, persekitaran yang kondusif sahaja tidak menjanjikan suatu pembelajaran efektif. Di dalam kelas, murid terdiri daripada pelbagai latar belakang sosial seperti kaum dan agama malah berbeza dari segi kebolehan. Oleh itu, rasa kesepunyaan perlu diwujudkan di dalam bilik darjah untuk menjamin keberkesanan persekitaran bilik darjah yang baik. Pierangelo dan Giuliani (2008), satu daripada kayu ukur kejayaan pengajaran seseorang guru ialah tahap yang mana murid yang tidak berkebolehan merasakan dirinya sebahagian daripada kelas. Rasa kesepunyaan ini akan mempengaruhi mereka imej mereka, keyakinan diri, dan motivasi untuk menyesuaikan diri dengan suasana bilik darjah secara positif. Inilah yang dinyatakan sebagai kesepunyaan yang mana semua murid merasakan diri sebahagian daripada kelas. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia terkenal dengan masyarakatnya yang unik iaitu terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu tidak hairanlah, di kebanyakan sekolah muridnya terdiri daripada kepelbagaian kaum. Kepelbagaian kaum ini akan menyebabkan terdapatnya perbezaan dari segi sosiobudaya. Oleh itu, bilik darjah juga memainkan peranan dalam memupuk perasaan mesra budaya dan sekali gus menghapus perbezaan, salah faham dan prasangka dalam kalangan murid. Justeru akan lahirlah suasana kelas yang kondusif di mana semua pelajar akan menghargainya. Salah satu faktor yang penting dalam mewujudkan suasana mesra budaya di dalam bilik darjah ialah persekitaran fizikal di dalam bilik darjah iaitu susunan dan reka bentuk bilik darjah. Suasana fizikal boleh menyumbang kepada kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan guru dengan murid dan murid lain. Persekitaran yang ceria dan kemas mampu menyeronokkan pembelajaran murid.

2.2 REKA BENTUK DAN SUSUNAN BILIK DARJAH

Susunan Meja Kerusi

Sudut Pembelajar -an

MODEL BILIK DARJAH

Susunan Perabot Dan Peralatan

Ruang

Rajah 2 Reka Bentuk Dan Susunan Bilik Darjah

2.2.1 SUSUNAN MEJA DAN KERUSI Susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. Ia melibatkan kekreatifan guru kelas dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar. Susunan dalam bilik darjah juga seharusnya dapat memberikan peluang kepada proses interaksi semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Menurut Shahabuddin et. al (2007), interaksi bermaksud proses saling bertindak

antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lain dengan alam sekitarnya. Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya. Terdapat beberapa jenis interaksi di dalam bilik darjah iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid dan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

Rajah 3 Susun atur meja kerusi

Susunan meja dan kerusi murid hendaklah memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Dalam model bilik darjah yang telah dibina, susunan meja kerusi meja murid adalah menggunakan gaya kumpulan kecil. Terdapat lima kumpulan secara keseluruhannya dan setiap kumpulan terdiri daripada empat orang. Setiap ahli kumpulan duduk bersemuka antara satu sama lain. Pierangelo dan Giuliani (2008) menyatakan antara langkah untuk mewujudkan rasa kesepunyaan dalam diri murid ialah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Susunan ini dapat

menggalakkan pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran koperatif. Hal ini disokong oleh Haliza dan Joy (2009) melalui penyataan bahawa susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan murid bermaksud penglibatan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanpun huraian yang ringkas ini tidak bermaksud guru tidak memainkan peranannya dalam kelas. Penglibatan murid bermakna murid bersama-sama guru
6

berinteraksi untuk meneroka, menganalisis, mencuba serta mencari penyelesaian secara kritis, kreatif dan inovatif terhadap sesuatu topik pembelajaran. Kaedah pengajaran secara berkumpulan atau koperatif merupakan orientasi pengajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Tujuan kaedah ini diadakan dalam pembelajaran adalah bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif di samping memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan Melalui kaedah ini, murid berpeluang untuk berinteraksi, berkongsi bahan pembelajaran, berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Murid-murid tidak memencilkan diri mereka daripada rakan-rakan dan berpeluang untuk meluahkan pendapat dan pandangan tanpa rasa rendah diri dan bebas kerana terdapat sebilangan murid yang agak kaku, malu dan takut bersuara dengan kehadiran guru. Dengan itu mereka akan merasa diri mereka juga adalah individu yang penting di dalam kumpulan. Perasaan dihargai dapat meneguhkan konsep kendiri yang sangat mustahak dan amat mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka. Malah mereka memerlukan kerjasama antara satu sama lain untuk menyelesaikan sebarang masalah pembelajaran. Mereka

menghargai satu sama lain, berkerjasama, saling bantu membantu dan sering bertukar-tukar idea dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan. Menurut Shahabuddin et. al (2007), antara matlamat utama pengajaran ialah mewujudkan kerjasama dan toleransi sesama pelajar. Susunan gaya kumpulan ini memberi mereka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial. Semasa dalam sesi P&P murid dilatih menggunakan kemahiran bersama rakan-rakan dalam kumpulan masing-masing. Mereka perlu berinteraksi dalam usaha untuk menyatakan pendapat dan membincangkannya. Selain itu, mereka juga dilatih supaya mendengar pendapat orang lain dan menimbangkannya dengan wajar. Murid juga diajar bagaimana mengendalikan hubungan sekiranya terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mereka. Dalam bilik darjah yang pelbagai ras/etnik, seperti yang terdapat di Negara kita pelajar membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya dominan yang menjadi budaya formal sekolah. Pelajar berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan mereka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Justeru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra
7

budaya, susunan gaya kumpulan dianggap sebagai satu inisitatif yang sesuai. Melalui susunan ini,murid-murid ditempatkan secara berkumpulan yang mempunyai pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina. Hal ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk saling berinteraksi antara satu sama lain. Secara beransuransur dapat mewujudkan susasana mesra dan saling memahami antara satu sama lain dan menghapuskan prasangka buruk terhadap bangsa lain. Jelaslah bahawa susunan gaya kumpulan ini dilihat sebagai satu inisiatif dalam mengatasi perbezaan dalam kalangan murid dan sekaligus dapat mewujudkan suasana kelas yang harmoni dengan muridnya yang saling menghormati perbezaan masing-masing Meja guru pula ditempatkan di bahagian penjuru hadapan kelas. Meja guru hendaklah ditempatkan di bahagian hadapan kelas untuk memudahkan guru untuk mengawal keadaan kelas. Guru perlu juga sentiasa berada dihadapan kelas kerana murid tahap KBSR amat memerlukan tunjuk ajar daripada guru dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Dengan menempatkan meja guru di bahagian hadapan kelas, semua murid berpeluang untuk melihat dan meneladani setiap tindak-tanduk guru dan dapat memudahkan interaksi antara guru dan murid serta tidak perlu untuk mengalih kerusi atau berdiri. Sebagai contoh, semasa aktiviti amali, semua murid dapat melihat demostrasi yang dijalankan oleh guru semasa di hadapan kelas. Di samping itu, sesi soal jawab antara guru dan murid juga mudah untuk dijalankan. Interaksi yang kerap antara guru dengan murid akan mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kelas. Dari segi kebaikan kepada guru, hubungan guru-murid yang baik menaikkan motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Apabila aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berjalan lancar, guru akan menjadi semakin bermotivasi untuk mengajar. Di samping itu, murid juga lebih senang dikawal. Hubungan guru-murid yang baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai contoh, dengan adanya hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru dalam mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, guru dapat mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif. Selain itu, hubungan baik antara guru dan murid juga dapat memastikan pengajaran dengan lebih berkesan kerana guru sudah dapat mengawal murid dengan baik.

Hubungan guru murid yang positif juga membawa kebaikan kepada murid. Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan mereka. Guru juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh diterima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, murid-murid akan lebih memberikan kerjasama kepada guru. Hubungan guru-murid yang baik memberikan peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat dengan gurunya. Hal ini membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar. Hubungan yang baik antara guru dengan murid membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik murid. Murid-nmrid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar dengan lebih tekun.

2.2.2 Ruang Pada Dinding Strategi yang lebih berpusatkan kepada pelajar memerlukan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan proses belajar. Pelajar harus belajar dalam kelas yang kondusif dengan persekitaran fizikal dan psikososial yang menggalakkan. Ini bermakna pengurusan kelas dari segi susun atur, hiasan dan sudut pembelajaran dan peraturan yang menjamin iklim pembelajaran yang sihat (Salhah, 2009). Ruangruang kawasan kelas mempunyai fokus atau peluang-peluang tertentu untuk pembelajaran. Ruang dalam kelas seharusnya dibahagi kepada sudut pembelajaran tertentu bagi membolehkan kanak-kanak nampak lebih jelas tentang pilihan ruang Selain itu, ia juga membenarkan kanak-kanak memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas.

Rajah 4 Ruang Pada Dinding Hadapan

Secara umumnya terdapat dua ruang pada dinding yang boleh digunakan seperti yang ditunjukkan dalam model yang telah dibina. Setiap ruang digunakan secara maksimum dengan fungsi-fungsi tertentu. Ruang pada dinding di bahagian hadapan kelas iaitu di sebelah kiri dan kanan papan putih digunakan sebagai papan kenyataan bagi memaparkan maklumat-maklumat mengenai kelas.. Menurut Salhah (2009), guru harus kreatif mengurus kelas secara koperatif dan kolaboaratif bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang membina semangat kekitaan yang tinggi di kalangan pelajar. Semangat menceriakan bilik darjah diberikan tanggungjawab secara korperatif di kalangan pelajar selaras dengan pengurusan bilik darjah yang sistematik. Oleh itu guru boleh melibatkan semua murid di dalam kelas dalam menyediakan maklumat-maklumat yang hendaklah dipaparkan pada ruang info kelas tersebut. Antara maklumat yang boleh dipaparkan di ruang info kelas ialah jadual waktu kelas, jadual bertugas, senarai nama murid dan carta organisasi kelas.
10

Menurut Abdullah Sani et. al. (2005), organisasi bilik darjah adalah aspek penting yang mencorakkan suasana persekitaran bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang berkesan dapat menjadikan suasana bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru kelas akan membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas, bendahari dan AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan dan AJK subjek. Organisasi ini kemudian diterjemahkan dalam bentuk tulisan iaitu carta organisasi kelas dan dipamerkan di hadapan kelas. Dengan ini, dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dalam kalangan AJK untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan supaya tidak mengecewakan rakan-rakan sekelas yang lain dan menghargai kepercayaan yang telah diberi rakan-rakan untuk membantu guru dalam mentadbir kelas. Bagi murid yang bukan dalam kalangan AJK pula, mereka dapat memberikan kepatuhan, membantu dan memberi kerjasama kepada AJK kelas. Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan pengurusannya ialah supaya dapat mewujudkan suasanan pembelajaran yang selesa serta keaddan fizikal bilik darjah yang sentiasa bersih, kemas dan teratur. Sekolah merupakan rumah kedua bagi murid. Tanggungjawab murid di sekolah bukan sahaja terbatas untuk menuntut ilmu semata-mata. Bahkan menjaga dan meningkatkan kebersihan seluruh kawasan sekolah seperti kantin, tandas, bilik-bilik khas termasuklah bilik darjah merupakan sebahagian daripada peranan murid semasa di sekolah. Di sini juga, AJK Kebersihan dapat menjalankan tanggungjawab dengan mengagihkan tugas-tugas membersihkan kelas melalui penyediaan jadual untuk memastikan tiada kalangan rakan-rakannya yang mencuri tulang. Penyediaan satu jadual bertugas penting untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Jadual bertugas yang disediakan hendaklah mengandungi maklumat seperti hari, tugas-tugas khusus seperti menyapu lantai, membersihkan papan tulis, menyusun kerusi meja, mengemas ruang dan sudut pembelajaran, menjaga penggunaan lampu dan kipas dan mengelap cermin tingkap. Jadual bertugas murid supaya menjaga kebersihan dan keselesaan bilik darjah perlu diatur secara adil supaya setiap murid rela menjalankan tugas masing-masing. Prinsip pembahagian kerja-kerja tersebut ialah untuk menyemai sikap tanggungjawab dalam kalangan
11

murid. Ang (2007), persekitaran yang bersih dan indah dapat menimbulkan kebersihan rohani dan jasmani di kalangan murid, di samping menyemai semangat kerjasama dan bertanggungjawab. Di samping itu, prinsip ini juga dapat memastikan murid dapat menjalankan kerja tanpa sebarang rungutan memandangkan ianya adil saksama. Selain itu, papan kenyataan di bahagian hadapan juga boleh dipamerkan dengan peraturan ialah peraturan bilik darjah. Menurut Abdullah Sani et. al. (2005), disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh kelompok bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan hidup masyarakat. Menurut Charles (2002), disiplin dalam bilik darjah yang baik memerlukan pengurusan bilik darjah yang sempurna supaya dapat mengurangkan gangguan dan memudahkan pembelajaran yang boleh diikuti oleh pelajar. Justeru untuk memastikan disiplin

murid di dalam bilik darjah terpelihara, peraturan di dalam bilik darjah perlu diwujudkan. Berdasarkan model yang telah dibina peraturan bilik darjah boleh ditampal pada papan kenyataan di bahagian hadapan kelas. Adalah lebih menarik sekiranya peraturan dibincangkan, digariskan dan ditulis secara bersama oleh guru dan murid. Setiap kumpulan membincangkan peraturan yang perlu ada di dalam bilik darjah sesama mereka dan menulisnya di atas sekeping manila kad. Kebebasan diberi kepada murid untuk menetapkan peraturan yang mereka kehendaki dan peranan guru adalah untuk membantu mereka dalam menyusun bahasa ataupun ejaan. Kemudian, setiap kumpulan diberi peluang untuk membentang peraturan yang telah dicipta mereka. Semasa sesi pembentangan inilah, murid dan guru berbincang dan menentukan peraturan yang boleh digunapakai dalam bilik darjah mereka. Peraturan-peraturan yang dipilih kemudian dikumpulkan dan ditulis pada satu kad manila dan ditampal pada papan kenyataan yang berhampiran dengan pintu masuk kelas supaya mudah dilihat. Peraturan yang dibentuk melalui amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan sekadar pemerhati. Hal ini seterusnya dapat menggalakkan mereka untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan akhirnya memastikan keberkesanan peraturan yang telah dibina.

12

Rajah 5 Papan Kenyataan di belakang kelas Manakala papan kenyataan di bahagian belakang bilik darjah boleh digunakan sebagai ruang hasil kerja murid, ruang dokumentasi aktiviti, tarikh hari jadi murid, gambar-gambar murid dan ruang matapelajaran. Setiap kanak-kanak ingin rasa dihargai (Casas, 2011). Antara cara untuk membuat murid rasa dihargai ialah dengan menampal hasil kerja yang baik mereka pada papan kenyataan di dalam bilik darjah. Majoriti murid sangat gembira apabila melihat hasil kerja mereka dipaparkan di dalam bilik darjah; bermaksud guru sangat bangga dan berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Walaubagaimanapun, guru terlebih dahulu meminta keizinan murid sebelum memaparkan hasil kerja mereka kerana bukan semua murid selesa apabila hasil kerja mereka kerana dikhuatiri mendapat kritikan negatif daripada rakan-rakan yang lain.

2.2.3 SUDUT PEMBELAJARAN Menurut Haliza dan Joy (2009), guru mungkin hendak menyediakan sudutsudut khas untuk aktiviti tertentu, misalnya satu ruang kosong, di mana murid boleh duduk di atas lantai dan mendengar cerita atau ruang untuk komputer. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan dan

sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-murid dalam kelas.

13

Rajah 6 Sudut Bacaan Terdapat tiga sudut utama yang telah diketengahkan dalam model yang telah dibina. Di sudut penjuru kiri bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani separa bulatan dan diletakkan sebuah meja jepun bulat dan beberapa buah bantal untuk keselesaan murid. Suasana sudut bacaan ini adalah lebih bersifat mesra dan santai. Ini akan menyebabkan murid akan berasa seolah-olah seperti berada di rumah. Di sudut ini juga terdapat sebuah rak yang digunakan untuk menempatkan bahan bacaan umum dan bahan rujukan murid seperti buku, kamus, peta, surat khabar dan majalah. Antara bahan bacaan yang boleh ditempatkan di sudut ini ialah majalahmajalah yang berkaitan dengan kepelbagaian kebudayaan di Malaysia. Bahan-bahan ini bukan sahaja disediakan oleh guru semata-mata bahkan murid-murid juga disarankan untuk memberi sumbangan. Oleh itu, murid-murid boleh menyumbang pelbagai sumber bacaan mengenai kebudayaan bagi kaum masing-masing untuk
14

diletakkan di sudut bacaan. Dengan ini, mereka bukan sahaja dapat berkongsi tentang kebudayaan masing-masing, bahkan dapat mempelajari tentang

kebudayaan kaum-kaum lain melalui variasi bahan bacaan

tersebut. Ini bukan

sahaja dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam diri mereka untuk menjaganya kerana mereka turut memberi sumbangan kepada kelas bahkan dapat mewujudkan kemesraan antara murid pelbagai budaya di samping menimba ilmu baru mengenai keunikan kaum di Malaysia.

Rajah 7 Sudut Multimedia Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media telah dibina dalam model. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding bahagian tersebut. Melalui penyediaan sudut multimedia ini, murid boleh mengakses maklumat mengenai pembelajaran dengan mudah dan cepat. Penggunaan komputer bukan sahaja berperanan sebagai satu daripada alat bantu mengajar, bahkan mempunyai peranan yang amat signifikan dalam membentuk suasana kelas yang mesra budaya dan dapat mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan murid. Bilangan komputer yang disediakan menurut model yang dibina hanyalah dua buah sahaja. Peraturan penggunaan komputer seperti giliran yang adil perlu dibuat untuk memastikan semua murid berpeluang untuk menggunakan kemudahan yang terhad. Secara tidak langsung ini dapat melatih mereka supaya bersifat toleransi, mematuhi peraturan, mengambil giliran, berkompromi, bertolak ansur serta menghormati hak orang lain. Menurut Zainuddin (2008), kewujudan era digital mengubah aspek

pengumpulan dan penyebaran maklumat atau ilmu daripada orang kepada suatu
15

tempat

(misalnya pangkalan data) yang boleh dikunjungi ramai dalam satu-satu

masa. Menerusi kaedah ini, maklumat dapat dikumpul dan disebarkan dengan pantas dan meluas. Dalam mengurus bilik darjah yang muridnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya, penyediaan sudut multimedia dilihat sebagai satu inisiatif yang baik dalam memupuk hubungan erat dalam kalangan murid. Melalui kemudahan komputer dan internet, mereka dapat mengakses pelbagai maklumat mengenai kebudayaan dan warisan kaum masing-masing dengan mudah. Malahan mereka boleh bercerita dan berkongsi maklumat tentang budaya masingmasing dengan lebih menarik lagi. Misalnya, murid Cina boleh menggunakan paparan visual seperti video semasa menceritakan tentang tarian naga kepada rakan-rakan sekelas yang lain. Hal ini bukan sahaja dapat menarik perhatian rakanrakannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebudayaan masyarakat Cina, bahkan dapat menimbulkan rasa persaingan yang sihat dalam kalangan murid untuk berlumba-lumba bercerita tentang budaya masing-masing.

Rajah 8 Sudut Multimedia Seterusnya ialah sudut demonstrasi. Sudut demonstrasi ini ditempatkan pada bahagian tengah hadapan kelas. Antara fungsi sudut demostrasi ini ialah tempat untuk guru menunjukkan demostrasi kepada murid sebelum melakukan aktiviti amali. Selain itu, sudut ini juga boleh digunakan untuk guru meletakkan alat bantu mengajar. Rasional dengan meletakkan sudut ini di bahagian hadapan tengah kelas ialah untuk memastikan semua murid berpeluang untuk melihat dengan jelas demonstrasi oleh guru. Terdapat ruang kosong yang luas di sekitar sudut tersebut untuk memberi ruang kepada murid
16

berdiri di sekitarnya semasa demonstrasi dijalankan supaya mereka semua berpeluang melihatnya dengan jelas. Dengan melibatkan semua murid, tidak ada dalam kalangan mereka yang berasa tersisih sebaliknya mereka akan berasa diri mereka sebahagian daripada kelas. Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahanbahan pelajaranyang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada setiap kumpulan murid untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul. Ini sekaligus dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri murid di samping menanam rasa kesepunyaan dalam diri mereka memandangkan mereka mendapat kepercayaan daripada guru dan rakan mereka untuk menjalankan tanggungjawab ini.

17

2.1.4 Peralatan & Perabot

Rajah 9 Perabot Peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan kelancaran perjalanan bilik darjah bagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Alatan asas seperti kapur, pembaris, marker pen, pemadam dan sebagainya adalah satu bentuk keperluan yang wajib tersedia didalam kelas. Contohnya, guru masuk untuk mengajar, ketika itu kapur tulis tiada. Sesi pengajaran dan pembelajaran terbantut dan menyebabkan murid terpaksa menunggu guru mencari kapur bagi menulis di papan hitam. Dalam model yang dibina, terdapat beberapa rak dibina tujuan penyimpanan. Antara rak yang telah dibina ialah rak kasut, rak ABM dan rak bahan guru. Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid. Alatan yang dinyatakan juga merangkumi Alat Bantu Mengajar. Menurut Atan Long ( 1981) beliau

membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alatalat pandangan dan alat pandang-dengar. Contohnya bagi matapelajaran Sains,

alatan seperti radas dan spesimen penting bagi menyampaikan penjelasan kepada murid dengan lebih jelas melalui ujukaji. Jika tiada alatan yang mencukupi dan sempurna, sukar pada guru untuk menceritakan kepada murid akan konsep-konsep
18

tertentu dalam Sains. Justeru rak ABM telah dibina supaya murid mempunyai akses yang mudah kepada bahan sumber pengajaran. Hal ini dapat memudahkan murid mengambil bahan pembelajaran dan menggunakannya. Kesempatan ini boleh diambil guru untuk mengajar mereka cara menyimpan bahan dengan tersususn

yakni mereka boleh bertanggungjawab ke atas bahan pembelajaran tersebut. Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif. Di sudut kanan hadapan bilik darjah , ditempatkan sebuah akuarium ikan. Ini adalah satu cara dalam memupuk rasa kesepunyaan dalam kalangan murid. Semua murid bertanggungjawab ke atas akuarium tersebut seperti memberi ikan makan, menukar air dan menjaga kebersihan di sekeliling akuarium tersebut. Guru boleh mengadakan jadual giliran tugasan berdasarkan kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberi.

19

20

3.0 ASPEK-ASPEK KEMAHIRAN ASERTIF DALAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU DI BILIK DARJAH Dalam ilustrasi tersebut, didapati suasana kelas dalam keadaan yang tidak kondusif. Tiada proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku. Terdapat banyak salah laku murid yang dilakukan seperti bermain di dalam kelas, mengusik rakan dan tidak memberikan tumpuan kepada guru. Selain itu, keadaan kelas juga dalam keadaan kelam kabut dan kotor. Guru juga dilihat mempunyai sifat yang tidak asertif dengan membiarkan sahaja semua tingkah laku negatif yang dilakukan oleh murid. Di bilik darjah, guru memainkan peranan sebagai pengajar dan sebagai pengurus. Keberkesanan aktiviti dan pembelajaran berkait rapat dengan kecekapan

pengurusan bilik darjah seorang guru. guru yang cekap mengurus, membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara sistematik dan lancar. Justeru, jelaslah tugas guru ialah mewujudkan suasana dan keadaan yang mebolehkan murid-murid mengikuti pelajaran mereka tanpa gangguan. Canter dalam Haliza & Joy (2009), menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. Hak murid untuk belajar dalam bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. Oleh itu guru perlulah mempunyai sifat asertif dalam menguruskan bilik darjah. Guru yang asertif tahu apa yang murid inginkan. Evans dalam A. Ghani (2009), merumuskan bahawa kanakkanak sukakan guru yang baik hati, mesra, periang, sabar, menolong, adil, sering menyelit humor semasa mengajar, memahami masalah dan membenarkan pelajar membuat banyak aktiviti. Tetapi pada masa yang sama mengekalkan ketenteraman kelas. Mereka kurang senang dengan guru yang sukar menyindir, mempunyai anak emas, berlagak angkuh, mendera bagi mengawal disiplin, tidak dapat memenuhi kehendak pelajar dan mempunyai personaliti yang luar biasa.

21

Justeru dapat disimpulkan di sini bahawa antara aspek kemahiran asertif yang perlu ada pada seorang guru dalam membina persekitaran bilik darjah yang berkesan ialah:

Mesra

Bersedia

ASPEK KEMAHIRAN ASERTIF

Tegas

Adil

22

3.1 MESRA Menurut Taylor dalam A. Ghani (2009), guru yang dianggap baik ialah guru yang bertimbang rasa, sabar, memberi galakan, sedia mendengar masalah pelajar, tidak sombong, mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa, tidak lewat masuk kelas, peramah dan mempunyai hubungan peribadi dengan pelajarnya. Glasser dalam Haliza & Joy (2009), untuk membina sebuah bilik darjah yang berkualiti, antara langkah yang boleh diikuti oleh guru ialah membina hubungan dengan murid. Justeru seorang guru perlu berusaha mewujudkan perhubungan mesra dengan murid. Sebelum membina sebuah persekitaran bilik darjah yang berkesan, seorang guru haruslah terlebih dahulu berusaha menjadi guru yang berkesan. Dalam usaha menjadi guru yang berkesan, seseorang guru terlebih dahulu perlu menyukai muridmuridnya. Highet dalam A. Ghani (2009), menasihati jika guru itu tidak menyukai pelajar-pelajarnya, jauhkanlah diri daripada memilih profesion perguruan. Guru bukan sahaja mesti sukakan akan muridnya malah dia juga mesti selesa dan seronok bergaul dengan murid-muridnya. Tentunya, sifat-sifat ini tidak sepatutnya dibuat-buat, sebaliknya perlulah secara spontan dan lahir secara semula jadi. Nama sering kali menjadi kebanggaan kepada manusia. A. Ghani (2009) menyatakan bahawa kebanyakan orang gemar apabila namanya disebut atau dipanggil oleh guru. oleh itu dalam menjalinkan hubungan mesra dengan murid, perkara yang paling utama yang perlu ada pada guru ialah mempunyai kebolehan mengenali murid, guru juga perlu tahu nama dan kenal wajah setiap muridnya. Ada guru yang senang mengingati nama muridnya, tidak kurang pula yang merasakan hal itu adalah perkara yang menyulitkan dan mustahil. Untuk mengatasi kesulitan dalam mengingati nama murid, pada mulanya gunakan senarai nama untuk memanggil murid. Kemudian, cuba untuk mengingati nama dan wajah murid tanpa menggunakan senarai nama. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Dengan kesabaran dan latihan yang cukup, pasti seseorang guru dapat mengingati nama dan wajah muridnya. Dalam keadaan biasa, guru lebih mudah untuk mengingati nama murid yang pada, lemah, nakal, kelakar atau yang sering membantu guru. keadaan ini seolah-olah memberi reputasi dan persepsi yang baik murid pada kaca mata guru.

23

Dreikus Haliza & Joy (2009), mendapati tingkah laku bermasalah satunya berpunca daripada motif untuk mendapatkan perhatian. Salah satu bentuk tingkah laku yang ingin mendapat perhatian ialah apabila murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru. Berdasarkan ilustrasi tersebut didapati antara tingkah laku mengganggu dilakukan baik dengan cara aktif seperti bermain semasa guru mengajar dan mengusik murid lain dan ada juga secara pasif iaitu mengusik rakan tanpa pengetahuan guru. Tindakan ini akan mengundang perasaan marah dan sakit hati guru. Dalam situasi tersebut guru dilihat tidak mengambil berat terhadap tingkah laku negatif murid. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin. Perhubungan yang mesra menggalakkan komunikasi antara guru dan murid. Melalui cara ini, segala masalah-masalah murid dapat diluahkan dan guru boleh cuba mendengar masalah-masalah itu serta berasa empati dengan murid. Amalan ini dapat mengurangkan disiplin di dalam bilik darjah. Abdullah (2009), guru patut menjalankan tugas sebetulnya dalam memahami latar belakang dan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar. Menurut Dreikus (1968) dalam Haliza & Joy (2009), terdapat situasi, iaitu murid mencabar kuasa guru dan menimbulkan konflik di dalam bilik darjah. Apabila situasi ini timbul, elakkan daripada bertekak dan saling mencabar. Situasi ini akan menjatuhkan imej guru sekiranya guru dilihat saling mencabar dengan murid. Cuba selesaikan masalah secara murid. Panggil murid berjumpa secara individu. Dengan cara ini, guru dapat mengelakkan pertelingkahan di hadapan murid-murid lain. Dalam mewujudkan hubungan mesra dengan murid, elakkan juga

memandang rendah kepada murid kerana ini akan mewujudkan hubungan yang renggang dengan murid di samping mewujudkan pandangan negatif seperti tidak suka malahan benci kepada guru sehinggakan hilangnya rasa hormat murid kepada guru. Marcapada ini, masih terdapat segelintir guru yang memandang rendah kepada pelajar yang tidak disukainya dan malahan ada yang melabelkan mereka sebagai bodoh. Ahli-ahli psikologi pendidikan tidak merestui amalan-amalan yang tidak profesional ini kerana label-label itu memberi kesan negatif kepada perkembangan sahsiah pelajar. Gejala seperti ini mempunyai kesan buruk kepada perkembangan personaliti pelajar dan sekali gus merenggangkan lagi hubungan antara guru dan murid.
24

3.2 TEGAS Situasi dalam ilustrasi tersebut memperlihatkan sikap guru yang tidak asertif. Mereka menggunakan pendekatan yang pasif terhadap murid. Mereka gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Dalam situasi ini didapati guru

sudahpun berputus asa dan hanya membiarkan sahaja semua tingkah laku negatif murid-murid berlaku di dalam bilik darjah. Tindakan guru ini akan membuatkan murid berasa keliru dan akan membuatkan hilang rasa hormat kepada guru. Untuk mencapai persekitaran pembelajaran yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Canter dalam Haliza & Joy (2009) percaya guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid- murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan bilik darjah yang ditetapkan di dalam bilik darjah perlu jelas serta mudah dipatuhi. Apabila peraturan bilik darjah dipatuhi oleh murid, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan. Keadaan sedemikian berlaku kerana murid mematuhi peraturan yang ditetapkan. Peraturan-peraturan ini dapat membentuk keperribadian murid yang baik. Guru perlu bersifat tegas dalam melaksanakan peraturan-peraturan ini. Guru perlu tegas dalam aspek seperti semasa memberi tugas dan arahan supaya murid dapat akur dengan kehendak dan arahan guru. Walaupun begitu jangan sampai terlalu tegas sehingga tidak dapat bertolak ansur langsung. Menurut Shahabuddin et. al, tegas di sini tidak membawa maksud autokratif, sebaliknya demokratik. Guru perlu sedar tugas mengawal disiplun murid adalah tugas semua guru lebih-lebih lagi melibatkan waktu pengajaran guru. Kawalan kelas semasa pengajaran dan pembelajaran adalah penting. Segala salah laku yang berlaku dalam bilik darjah perlu ditegur dengan segera. Dalam hal ini, guru perlu mengingati semua nama murid di dalam kelas berkenaan. Hal ini disokong oleh Haliza & Joy (2009), guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas. Amalan ini akan memelihara penghormatan murid-murid pada gurunya. Justeru, perasaan kurang puas hati di kalangan murid dapat dielakkan dan menjauhi masalah disiplin. Guru yang telalu agresif akan menjadikan suasana di
25

dalam bilik darjah yang suram dan tidak menyeronokkan. Murid berasa takut dan terancam. Hal ini akan menjadi batu penghalang kepada hubungan baik antara guru dan murid. Hasilnya murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru. Menurut Kounin dalam Haliza & Joy (2009), teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan salah laku akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain. Kesan ini dikenal sebagai Kesan Gelombang ( Ripple Effect). Ini bermakna sekiranya teguran dan tindakan diambil kepada murid yang bermasalah pada masa yang sama murid-murid yang lain akan mengambil iktibar daripada tindakan tersebut dan sekali gus mengelakkan mereka mengulangi perkara yang dilakukan rakan mereka. Walaubagaimanapun, dalam memastikan kesan Gelombang ini berlaku secara efektif, guru harus mempunyai tiga ciri semasa menjalankan tindakan mendisiplin murid iaitu jelas, tegas dan serius. Menurut Kounin, teguran yang diberikan kepada murid hendaklah jelas. Apabila memberi teguran, guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Contohnya, berdasarkan ilustrasi, A, berhenti bermain dengan roket kertas itu, pandang depan dan lihat contoh soalan yang cikgu tulis di papan tulis. Guru juga boleh memberi teguran dengan cara memberikan akibat daripada salah laku tersebut. Misalnya, A, letakkan roket kertas itu atas meja saya atau saya akan rampasnya sekiranya awak terus bermain. Sekiranya tingkah laku masih terus dilakukan, guru tidak perlu teragak-agak menjalankan akibat yang telah dinyatakan. Hal ini memberi pengajaran kepada murid-murid lain bahawa guru serius dalam mendisiplinkan mereka. Di samping itu, dalam memberikan arahan guru harus tegas dan bernada serius. Nada dan intonasi suara juga perlu tegas dan keras. Mimik muka yang ditunjukkan haruslah menggambarkan betapa seriusnya guru dalam menangani masalah tersebut. Perlakuan nonverbal ini akan membantu teguran dan tindakan disiplin dijalankan dengan lebih berkesan.

26

3.3 ADIL Seterusnya, kemahiran asertif yang perlu ada pada seorang guru ialah adil. Hal ini disokong oleh Shahabuddin et. al (2007), seorang guru juga perlu mesra dengan pelajar dan mengelakkan daripada wujudnya plih kasih dalam melayan kerenah murid supaya murid senang dengan guru. Apabila senang dengan guru berkenaan, masalah disiplin yang timbul hasil daripada hubungan yang tidak baik dengan guru dapat dikurangkan. Guru seorang guru yang adil dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-murid pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua murid. Manakala, guru yang mempunyai sifat pilih kasih, memberi layanan tidak sama rata dalam kalangan murid. Ada murid yang mendapat perhatian daripada guru dan ada yang tidak. Murid yang merasakan diri tidak dilayan oleh guru akan memilih untuk menyisihkan diri atau cuba melakukan sesuatu untuk menarik perhatian guru. mereka tidak memberi perhatian dengan berbual-bual dan membuat bising. Guru perlu memberi penghargaan dan pujian kepada yang berkelakuan baik, di samping memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid. Murid yang bertingkah laku negatif pula perlu ditangani sebaik mungkin supaya mereka mendapat pengajaran dan tidak mengulangi kesalahan disiplin itu lagi. Menurut Haliza & Joy (2009), pengiktirafan merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Menurut Canter dalam Haliza & Joy (2009) pula, pengiktirafan perlu digunakan selalu untuk meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Ini adalah untuk menggalakkan murid supaya meneruskan lagi tingkah laku yang positif tersebut dan sekali gus dapat membina persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif. Antara cara yang boleh digunakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid ialah seperti memberi pujian, memberi penghargaan kepada tingkah laku tersebut, memberi komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa. Manakala tindakan pembetulan pula ialah inisiatif yang diaplikasikan kepada murid-murid yang bertingkah laku negatif seperti mengganggu ketenteraman dan hak murid-murid lain untuk belajar. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan ini
27

menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter dalam Haliza & Joy (2009), menegaskan bahawa matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan tersebut perlulah dijalankan secara konsisten oleh guru. Dalam melaksanakan tindakan pembetulan ke atas murid, guru perlu memberitahu murid tersebut bahawa tingkah laku mereka yang bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan tindakan pembetulan ini perlu dilaksanaka. Apabila berlaku salah laku berlaku, guru haruslah menghadapinya dengan tenang. Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta tindakan pembetulan/ akibat yang dikenakan. Setiap tindakan pembetulan dalam hierarki akan menjadi serius daripada sebelumnya. Sebagai contoh dalam situasi seperti ilustrasi tersebut:

kali pertama murid mengganggu rakan- " A, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Ini adalah amaran daripada saya.

kali keuda/ketiga menganggu rakan- "A, peraturan kita kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas. kali keempat mengganggu rakan- "A, awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak." Telefon ibu A dan lebih berkesan sekiranya A memberitahu ibunya tentang salah laku yang dibuat. kali kelima-" A, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan guru besar. tingkah laku yang melampau- A tidak menghiraukan arahan guru dan mula berkelakuan kasar seperti memukul murid lain. "A, awak tidak memukul rakan awak di dalam kelas ini. Awak telah memilh untuk berjumpa dengan guru besar sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian."

28

3.4 BERSEDIA Asas kepada keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah mengikut Model Pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru terhadap aktiviti di dalam bilik darjah. Kounin juga mencadangkan bahawa kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah memainkan peranan yang penting untuk mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Antara punca yang mennyumbangkan kebarangkalian salah laku seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi ialah aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh, arahan tidak jelas dan aktiviti P&P yang tidak menarik. Murid akan berasa bosan, tidak memberi perhatian, tidak faham dan tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Akhirnya, mereka mengambil alternatif untuk melakukan pelbagai perkara di luar aktiviti yang telah ditetapkan . Oleh itu, sebelum masuk ke kelas guru bukan sahaja bersedia dari segi mental sahaja bahkan dari segi fizikal seperti perancangan aktiviti P&P yang jelas dan sistematik serta bahan pengajaran yang menarik dan lengkap. Menurut Shahabuddin et. al (2007), guru perlu merancang dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang menarik dan sesuai dengan kebolehan dengan penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar. Guru juga perlu membuat persediaan rapi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam merancang aktiviti yang sesuai pastikan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak terkawal. Sebagai contoh disebabkan tidak bersedia, guru gagal memberi arahan yang jelas sebaliknya memberi arahan yang meleret-leret. Ini menyebabkan murid hilang tumpuan dan fokus di dalam bilik darjah dan mula melakukan aktiviti yang bertentangan seperti mengusik rakan-rakan yang lain. Antara strategi yang berkesan ialah dengan melibatkan semua murid secara aktif semasa proses P&P. Meskipun keupayaan setiap murid berbeza, itu tidak menjadi sebarang masalah guru. Sediakan aktiviti pengayaan kepada murid yang sudah mempunyai kemahiran manakala murid yang belum menguasai kemahiran dilibatkan dalam aktiviti pemulihan. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai kemahiran withitness, iaitu keupayaan mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti di dalam bilik darjah dalam satu-satu masa. Kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa ini digelar sebagai pertindanan.
29

You might also like